Cara Menonton


LDS Media Player (Video)

Apakah keperluan sistem untuk menonton kandungan video dengan menggunakan LDS Media Player?

Kamu harus mempunyai salah satu pelayar Internet dan versi Flash berikut di pasang di dalam komputer kamu.

Nota: Jika flash kamu terus meruntuh, sila lumpuhkan pelajuan perkakasan flash. Ini akan hentikan runtuhan itu dan benarkan main semula video untuk menerus. Sila rujuk kepada arahan tentang cara untuk melaksanakan ini.

 

Windows PC

Mac

Pelayar

  • Chrome
  • Firefox 3.0.1 atau lebih tinggi
  • Internet Explorer 6 SP1
  • Internet Explorer 7
  • Internet Explorer 8
  • Safari 3.2.2 atau lebih tinggi
  • Safari 4 atau lebih tinggi
  • Chrome
  • Firefox 3.0.1 atau lebih tinggi
  • Safari 3.2.1 atau lebih tinggi
  • Safari 4 atau lebih tinggi

 

 

Flash

  • Flash Player 10
  • Flash Player 10

Nota: Terdapat masalah yang wujud dengan Flash versi 10.1.85.3. Sila tingkatkan versi Flash terkini jika kamu mengalami masalah semasa menonton kandungan video dengan menggunakan LDS Media Player.

Kami juga dapat memerhati masalah dengan iOS 4.3x. Selepas menekan butang main, sila tunggu beberapa saat semasa ia muat turun dan kemudian ia harus boleh main. Semasa muat turun, sila jangan tekan butang main di tengah lagi atau yang timbul di sudut. Ini hanya berlaku kepada 4.3x.


Mengapa kadang-kala video tergagap-gagap atau berhenti semasa main semula?

Video mungkin tergagap-gagap atau berhenti semasa main semula jika sambungan Internat kamu tidak cukup laju atau komputer kamu mempunyai satu pemproses yang perlahan atau RAM (ingatan) yang kecil. Mahupun dengan sambungan jalur lebar, kesesakan atau trafik Internet boleh mengakibatkan main semula yang tidak lancar atau penimbalan yang berulang-ulang.

Bagaimana Saya Boleh Berkongsi Satu Pautan Video Tertentu?

Gunakan pilihan Kongsi Video atau Capai Pautan dari butang-butang menu gulung lampau pada player. Kamu boleh salinkan pautan itu dan tampalkannya pada pesanan e-mail atau laman web.

Apakah fungsi “Ambil Kod”?

Pilihan Ambil Kod membolehkan kamu untuk menyalin kod terbenam HTML bagi satu player dan tampalkannya pada laman web kamu. Kamu boleh gunakan pilihan ini untuk menjadikan LDS Media Player sebahagian laman web kamu.

LDS Media Player menunjukkan satu amaran bahawa saya perlu tingkatkan Flash Player. Bagaimana saya boleh buat demikian?

Media player akan tunjukkan satu mesej seperti berikut:

Kamu boleh klik pada mesej untuk memperolehi versi Flash Player terkini dari Adobe.

LDS Media Player tidak main dengan betul atau tunjukkan video yang salah. Bagaimana saya boleh memperbaiki masalah ini?

Pelayar web kamu mungkin mainkan informasi cache (atau lama). Untuk membersihkan cache pelayar dan menonton versi terkini muka surat kamu, klik CTRL + F5 Window atau COMMAND + SHIFT + R untuk Mac.

Windows Media Player (Video atau Audio sahaja)

ChurchofJesusChrist.org menggunakan Windows Media Player dari Microsoft untuk strim video dan audio. Untuk menonton atau mendengar strim video atau audio, kamu perlu pasangkan Windows Media Player pada komputer kamu jika kamu belum buat demikian.

Untuk menguji sama ada kamu sudah pasangkan Windows Media Player pada komputer kamu, klik ujian Windows Media Player. Jika satu tingkap kecil muncul dan kamu dapat dengar audio, kamu sudah ada player. Jika pelayar kamu beritahu kamu bahawa kamu tidak mempunyai palam atau aplikasi penolong yang diperlukan, kamu boleh muat turun Windows Media Player dengan percuma.