2010–2019
Dan Seorang Anak Kecil Akan Menggiringnya
April 2012


Dan Seorang Anak Kecil Akan Menggiringnya

Suami dan isteri harus faham bahawa panggilan pertama mereka—yang mereka tidak akan dibebaskan--adalah panggilan terhadap satu sama lain dan terhadap anak-anak mereka.

Beberapa tahun yang lalu pada satu malam yang sejuk di sebuah stesen kereta api di Jepun, saya mendengar suatu ketuk pada jendela bilik saya. Di luar kereta api berada seorang lelaki yang sangat sejuk yang memakai baju yang terkoyak serta kain yang kotor di sekitar rahang bengkak-nya. Kepala dia diliputi dengan kudis. Dia memegang sebuah tin yang berkarat dan sebuah sudu, tanda seorang yatim yang mengemis. Semasa saya berusaha untuk membuka pintu itu untuk memberikan duit kepada-nya, kereta api meninggalkan stesen.

Saya tidak pernah akan melupa budak itu yang dilaparkan berdiri dalam kesejukan, memegang tin yang kosong. Saya juga tidak dapat melupa betapa tidak berkuasa saya merasa semasa kereta api dengan perlahan-lahan berangkat dan meninggalkan dia berdiri di platform itu.

Beberapa tahun nanti di Cusco, sebuah kota di Gunung-gunung Andes di Peru, Elder A. Theodore Tuttle dan saya mengadakan suatu pertemuan sakramen di sebuah bilik panjang dan sempit dengan pintu yang membuka ke jalan di luar. Itu pada malam, dan sangat sejuk di luar. Semasa Elder Tuttle berceramah, seorang lelaki kecil, mungkin berumur enam tahun, muncul di pintu. Dia memakai cuma sekeping baju terkoyak yang meliputi sampai lutut-nya.

Di sebelah kiri kami berada sebuah meja kecil dengan sebuah piring dengan roti bagi sakramen. Budak yatim yang dilaparkan ini melihat roti iti dan dengan perlahan-lahan jalan dekat dinding ke roti itu. Dia hampir sampai di meja itu ketika seorang wanita di lorong melihat dia. Dengan tindakan menegur, dia mengusir budak itu ke luar. Saya merintih di dalam diri saya.

Nanti, budak itu kembali. Dia merayap dekat dinding menengok kepada saya dan roti itu. Ketika dia sampai di tempat di mana wanita itu akan melihat dia lagi, saya mengulurkan lengan saya, dan dia melari kepada saya. Saya mengangkat dia ke paha saya.

Kemudian, sebagai sesuatu yang berlambang, saya meletak dia di kursi Elder Tuttle. Selepas doa penutup, budak kecil dan lapar itu melari dan keluar, yang memberi saya rasa dukacita.

Apabila saya pulang, saya memberitahu Presiden Spencer W. Kimball tentang pengalaman saya. Dia tersentuh dan memberitahu saya, “Kamu ada memegang sebuah negara di paha kamu.” Dia berkata kepada saya beberapa kali, “Pengalaman itu mempunyai maknah yang lebih besar daripada apa yang kamu tahu.”

Semasa saya telah melawat negara-negara di Amerika Latin hampir seratus kali, saya telah mencari untuk lelaki kecil itu dalam muka orang. Sekarang saya tahu maksud Presiden Kimball.

Saya berjumpa seorang lelaki lagi yang kecil dan menggigil di jalan di Salt Lake City. Itu pada satu malam sejuk lagi pada masa musim sejuk. Kami sedang meninggalkan aktiviti Krismas di sebuah hotel. Dari hujung jalan itu datang enam atau lapan orang lelaki yang berbising. Semua-nya sepatutnya berada di rumah bukan di luar dalam kesejukan.

Satu dari antara mereka tidak ada kot. Dia bergerak dengan cepat untuk melawan rasa sejuk. Dia lenyap ke dalam jalan sisi, memang ke suatu pangsupuri yang kecil dan tua dan ke sebuah tempat tidur yang tidak mempunya selimut yang cukup untuk memastikan dia hangat.

Pada malam, bila saya meliputi diri dengan selimut, saya berdoa demi mereka yang tidak memiliki katil yang pada-nya tidak mereka pulang.

Saya ditempatkan di Osaka, Jepun, ketika Peperangan Dunia Kedua berakhir. Kota itu adalah runtuhan, dan jalan-nya penuh dengan bata, serpihan, dan lubang dari bom. Walaupun kebanyakan pokok telah dihancurkan, beberapa dari-nya masih berdiri dengan cabang yang dipecahkan dan batang yang mempunya keberanian untuk mengeluarkan beberapa cabang kecil dengan daun.

Seorang perempuan kecil yang dipakai dalam sandal dan suatu kimono yang terkoyak dan berwarna-warni sedang mengumpulkan daun kuning dari pokok sycamore ke dalam sebuah buket. Budak itu nampak tidak sadar tentang kemusnahan yang mengelilingi dia semasa dia pergi naik-turun runtuhan untuk menambah daun baru pada kumpulan-nya. Dia telah mendapat keindahan satu-satunya dalam dunia dia. Mungkin saya mahu berkata, dialah bagian indah satu-satunya dalam dunia dia. Entah bagaimana untuk memikir pasal dia meningkatkan iman saya. Budak itu adalah teladan tentang harapan.

Mormon mengajar bahawa “anak kecil hidup di dalam Kristus”1 dan tidak perlu bertaubat.

Kira-kira tahun 1900, dua orang mubaligh sedang melayani di gunung-gunung sebelah selatan di Amerika Syarikat. Satu hari, dari puncak sebuah bukit, mereka melihat orang-orang dikumpul di suatu pembukaan jauh di bawah. Para mubaligh tidak sering kali mempunyai banyak orang yang kepada mereka dapat mereka khutbakan, jadi mereka turun ke pembukaan itu.

Seorang budak telah mati lemas, dan akan diadakan sebuah penguburan. Ibu bapa-nya telah hantar agar seorang penginjil boleh bercakap di penguburan anak mereka. Para mubaligh memerhatikan semasa penginjil randah menghadapi ibu bapa yang sedang meratap dan mulai khutbah-nya. Jika ibu bapa itu berharap untuk menerima hiburan dari penginjil ini, mereka akan dijadikan kecewa.

Dia memarahi mereka dengan berat kerana tidak memastikan anak kecil mereka dibaptis. Mereka telah menangguhkan itu kerana ini atau itu, dan sekarang terlalu lambat. Dia memberitahu mereka secara terus-terang bahawa anak kecil mereka telah pergi ke neraka. Itulah salah mereka. Merekalah yang bersalah atas siksaan-nya yang tak akan berakhir.

Selepas khutbah itu berakhir dan kuburan ditutupi, elder-elder ini mendekati ibu bapa yang sedang meratap ini. “Kami hamba Tuhan,” mereka berkata kepada ibu itu, “dan kami datang dengan suatu pesan bagi kamu.” Semasa ibu bapa yang menangis ini mendengar, elder-elder ini membaca dari wahyu dan bersaksi tentang pemulihan kunci-kunci bagi penebusan bagi baik yang hidup serta yang mati.

Saya mempunya simpati terhadap pengkhubah itu. Dia telah buat sebaik yang dia mungkin dengan cahaya dan pengetahuan yang dia miliki. Tetapi ada lebih yang sepatutnya dapat dia tawar. Ada kegenapan injil.

Elder-elder ini datang sebagai penghibur, sebagai pengajar, sebagai hamba Tuhan, sebagai pelayan rohani yang diizinkan injil Yesus Kristus.

Budak-budak ini yang tentang-nya tadi saya bercakap mewakili semua anak Bapa Syurgawi kita. “Anak-anak adalah milik pusaka dari pada Tuhan, dan … berbahagialah orang yang telah membuat penuh tabung panahnya dengan semuanya itu.”2

Penciptaan kehidupan ialah tanggung jawab yang besar untuk sepasangan yang berkhawin. Ialah cabaran kefanaan untuk menjadi seorang ibu atau bapa yang layak dan boleh dipercayai. Bukan seorang lelaki ataupun seorang wanita mampu beranak sebagai seorang sendiri. Agar anak dapat mempunya seorang ibu dan seorang bapa ialah niat rancangan. Tiada pola atau proses lain yang boleh mengganti-nya.

Lama dahulu seorang wanita dengan menangis memberitahu saya bahawa sebagai seorang pelajar di kolej dia telah bersilap dengan besar dengan cowok-nya. Cowok dia menetapkan temujanji bagi sebuah pengguguran anak. Nanti mereka habis kolej dan berkhawin dan melahirkan beberapa anak lagi. Dia memberitahu memberitahu saya betapa disiksa dia rasa ketika dia memandang keluarga-nya, anak-anak-nya yang indah, dan melihat dalam minda dia tempat kosong di mana anak yang satu itu tiada.

Kalau pasangan ini memahami dan mengaplikasi Korban Tebusan, mereka akan tahu bahawa pengalaman-pengalaman itu serta rasa siksa berkaitan pada-nya boleh dihapuskan Tiada rasa sakit manapun yang tiada akhir. Bukan senang, namun kehidupan tidak pernah berniat untuk menjadi senang atau adil. Pertaubatan dan harapan tetap yang pengampunan bawa selalu berbaloi usaha manapun.

Sepasangan muda lagi memberitahu saya dengan menangis bahawa mereka baru datang dari seorang doktor yang memberitahu mereka bahawa mereka tidak mampu beranak. Mereka patah hati dengan berita ini. Mereka terkejut bila saya memberitahu mereka bahawa sebenarnya mereka ada nasib baik. Mereka mahu tahu kenapa saya akan bercakap begitu. Saya memberitahu mereka bahawa keadaan mereka sangat lebih baik daripada keadaan pasangan lain yang mampu untuk menjadi ibu bapa tetapi menolak dan menghindari tanggung jawab itu dengan mementingkan diri sendiri.

Ada orang lain yang tidak berkhawin dan, kerana itu, tiada anak. Beberapa dari ini, kerana keadaan yang di luar kuasa mereka, membesarkan anak sebagai seorang ibu atau seorang bapa sendiri. Keadaan ini sementara saja. Dalam rancangan abadi—tidak semestinya dalam kefanaan—keinginan dan hasrat soleh akan digenapi.

“Jikalau kita hanya dalam hidup ini saja menaruh pengharapan pada Kristus, maka kita adalah orang-orang yang paling malang dari segala manusia.”3

Matlamat segala yang dibuat dalam Gereja ialah melihat seorang suami dan isteri-nya serta anak-anak mereka gembira di rumah, dilindungi oleh asas-asas dan hukum-hukum injil, dimeteraikan secara selamat dalam perjangian imamat yang abadi. Suami dan isteri mesti faham bahawa panggilan pertama mereka—yang dari-nya tidak akan mereka dilepaskan—adalah saling menyayangi dan menyayangi anak-anak mereka.

Salah satu penemuan keibubapaan yang hebat adalah bahawa kita belajar lebih banyak lagi tentang apa yang betul-betul penting dari anak-anak kita daripada apa yang kita belajar dari ibu bapa kita. Kita baru menyadari kebenaran dalam nubuat Yesaya bahawa “seorang anak kecil akan menggiringnya”4

Di Yerusalem, “Yesus memanggil seorang anak kecil dan menempatkannya di tengah-tengah mereka,

“Lalu berkata: Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika kamu tidak bertobat dan menjadi seperti anak kecil ini, kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga.

“Sedangkan barangsiapa merendahkan diri dan menjadi seperti anak kecil ini, dialah yang terbesar dalam Kerajaan Sorga.”5

“Yesus berkata: Biarkanlah anak-anak itu, janganlah menghalang-halangi mereka datang kepada-Ku; sebab orang-orang yang seperti itulah yang empunya Kerajaan Sorga.

“Lalu Ia meletakkan tangan-Nya atas mereka dan kemudian Ia berangkat dari situ.”6

Kita membaca dalam Kitab Mormon tentang lawatan Yesus Kristus ke Dunia Baru. Dia menyembuhkan dan memberkati orang-orang serta menyuruh agar anak-anak kecil mereka dibawa kepada-Nya.

Nefi mencatat, “Mereka membawa anak-anak kecil mereka dan menempatkan mereka di atas tanah di sekitar-Nya, dan Yesus berdiri di tengah; dan khalayak ramai memberi jalan sampai mereka semua telah dibawa kepada-Nya.”7

Kemudian, Dia memerintahkan khalayak ramai untuk berlutut. Dengan anak-anak di sekililing-Nya, Juruselamat berlutut dan menawar sebuah doa kepada Bapa kita di Syurga. Selepas doa itu, Juruselamat menangis, “dan Dia mengambil anak-anak kecil mereka, satu demi satu, dan memberkati mereka dan berdoa kepada Bapa untuk mereka.

Dan ketika Dia telah melakukan ini Dia menangis lagi.”8

Saya boleh faham perasaan yang diucapkan Juruselamat terhadap budak-budak. Ada banyak untuk belajar dengan mengikuti teladan-Nya dalam berusaha untuk berdoa demi, memberkati, dan mengajar “anak-anak kecil itu.”9

Saya anak ke-sepuluh dalam sebuah keluarga dengan sebelas anak. Sejauh saya tahu, bukan bapa saya atau ibu saya melayani dalam panggilan utama dalam Gereja.

Ibu bapa kami melayani dengan setia dalam panggilan yang terpenting mereka sebagai ibu bapa. Bapa kami memimpin keluarga kami dalam kesolehan, tidak pernah dengan kemarahan atau ketakutan. Dan teladan berkuasa dari bapa kami diperbesarkan oleh nasihat lembut ibu kami. Injil adalah pengaruh yang berkuasa dalam kehidupan setiap satu dari kami dalam keluarga Packer dan kepada angkatan yang berikut dan seterusnya, sejauh yang telah kami lihat.

Saya berharap untuk dihakimi sebagai seorang sebaik ayah saya. Sebelum saya mendengar perkataan “baik sekali perbuatan itu” dari Bapa Syurgawi saya, saya harap untuk mendengar perkataan itu dari bapa duniawi saya.

Banyak kali saya telah berfikir tentang kenapa saya dipanggil sebagai seorang Rasul dan nanti sebagai Presiden Kuorum Dua Belas walaupun saya datang dari sebuah keluarga yang di dalam-nya bapa boleh dianggap kurang aktif. Saya bukan ahli satu-satunya dalam Kuorum Dua Belas yang boleh kata begitu.

Akhirnya, saya boleh melihat dan faham bahawa mungkinlah kerana keadaan itu bahawa saya dipanggil. Dan saya dapat faham kenapa dalam segala yang kita buat dalam Gereja kita perlu menyediakan jalan itu sebagai para pemimpin agar ibu bapa serta anak-anak boleh menikmati masa bersama sebagai sekeluarga. Para pemimpin imamat mesti berhati-hati untuk memastikan bahawa Gereja adalah sebuah berkat kepada keluarga.

Ada banyak hal berkaitan pada menuruti injil Yesus Kristus yang tak dapat diukur oleh itu yang dihitung atau ditulis dalam catatan kehadiran. Kita menyibukkan diri dengan bangunan dan belanjawan dan acara dan hal yang kecil. Dengan membuat ini, ada kemungkinan untuk mengabaikan niat yang terutama dari injil Yesus Kristus.

Terlalu sering seseorang datang kepada saya dan bilang, “Presiden Packer, adakah itu baik jika … ?”

Biasanya, saya menghentikan mereka dan bilang, “Tidak,” kerana saya merasa bahawa apa yang berikut ialah aktiviti baru yang akan menambah satu beban lagi dengan masa dan duit di atas keluarga.

Masa kekeluargaan adalah masa yang suci dan harus dilindungi dan dihormati. Kami mendorong ahli-ahli kita untuk menunjukkan kesetiaan kepada keluarga mereka.

Bila kami baru berkhawin, isteri saya dan say memutuskan bahawa kami akan menerima anak-anak yang akan diberikan kepada kami dengan tanggung jawab itu berkaitan pada kelahiran sertan pembesaran mereka. Dalam masa yang patut, mereka telah mendirikan keluarga mereka sendiri.

Dua kali dalam perkhawinan kami, pada masa kelahiran salah satu anak lelaki kami, kami telah mendengar seorang doktor bilang, “Saya tidak fikir bahawa kamu akan menahan-nya.”

Kedua-dua kali-nya, perkataan ini menyebabkan kami untuk membalas bahawa kami akan memberikan kehidupan diri kalau anak lelaki kecil kami boleh menahan kehidupan dia. Dengan membuat tawaran itu, kami menyadari bahawa kesetiaan yang sama ini seperti apa yang Bapa Syurgawi kita rasa tentang setiap satu dari kita. Betapa ilahi pikiran itu.

Sekarang, bila kami makin dekat dengan kematian, Sister Packer dan saya faham dan mempunya kesaksian bahawa keluarga boleh berada bersama selama-lamanya. Ketika kita mematuhi perintah-perintah dan menuruti injil dengan lengkap, kita akan dilindungi dan diberkati. Demi anak-anak serta cucu-cuci dan cicit juga, doa kami adalah agar setiap satu dari mereka dalam keluarga kami yang makin besar akan mempunya kesetiaan yang sama itu terhadap anak-anak kecil yang berharga.

Kepada semua ayah dan ibu, ketika kamu memegang seorang anak yang baru dilahirkan dalam lengan kamu, kamu boleh menerima penglihatan sendirian tentang rahasia serta tujuan kehidupan. Kamu akan faham dengan lebih baik kenapa Gereja adalah begini dan kenapa keluarga adalah organisasi dasar dalam masa dan segala keabadian. Dalam nama Yesus Kristus, amin.