2010–2019
Sewaktu Kita Mengakhiri Persidangan Ini
April 2012


Sewaktu Kita Mengakhiri Persidangan Ini

Semoga anda merenungkan kebenaran yang telah anda dengar, dan semoga kebenaran itu membantu anda menjadi lebih baik daripada dahulu.

Hati saya penuh sewaktu kita menghampiri akhir persidangan ini yang mulia. Kita telah diberkati secara berlimpah semasa mendengar nasihat dan kesaksian orang yang mengucapkan kepada kita. Saya rasa anda akan bersetuju dengan saya bahawa kita merasai Roh Tuhan semasa hati kita tersentuh dan kesaksian kita dikuatkan.

Sekali lagi kita menikmati muzik yang indah, yang meningkatkan dan memperkayakan setiap sesi persidangan ini. Saya mengucapkan syukur saya kepada semua yang mengongsikan bakat mereka dengan kita dalam hal ini.

Secara bersungguh-sungguh, saya mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang mengucap kepada kita dan setiap orang yang memberi doa dalam setiap sesi.

Adanya banyak individu yang bekerja di luar pandangan umum atau dalam jawatan yang kurang terkenal pada setiap sesi.

Saya ketahui anda akan bersama saya dengan bersungguh-sungguh mengucapkan kesyukuran kepada saudara dan saudari yang dilepaskan dalam persidangan ini. Kita akan merindui mereka. Caruman mereka dalam pekerjaan Tuhan adalah dangat besar dan akan dirasakan diseluruh generasi-generasi yang akan datang.

Kita juga menyokong, dengan angkat tangan, saudara dan saudari yang telh dipanggil dalam jawatan baru dalam persidangan ini. Kami mengalu-alukan merekan dan ingin mereka tahu kami menantikan untuk melayan bersama mereka dalam pekerjaan Tuan. Mereka dipanggil oleh ilham dari Syurga.

Persidangan ini disiarkan ke kawasan yang lebih luas dari apa yang pernah dilakukan, menjangkau merentasi benua-benua dan laut-laut kepada orang di manapun. Walau kami jauh dari banyak di anatara anda, kami merasa dekat dengan anda dan merasa dedikasi anda.

Betapa diberkati kita, saudara dan saudari, untuk mempunyai injil Yesus Kristus yang dipulihkan dalam kehidupan dan hati kita. Ia memberikan jawapan di atas soalan-soalan kehidupan yang paling besar. Ia memberikan maksud dan tujuan dan harapan ke dalam kehidupan kita.

Kita hidup pada zaman yang bermasalah. Saya meyakinkan anda bahawa Bapa Syurgawi kita mengetahui cabaran-cabaran yang kita hadapi. Dia menyayangi setiap kita dan ingin memberkati dan menolong kita. Semoga kita memanggil Dia dalam doa, seperti dia menasihati bila di mengatakan, “Berdoalah selalu, maka Aku akan mencurahan Rohku ke atasmu, dan besarlah berkatmu—ya, bahkan melebihi ukuran harta yang kauperoleh dari bumi.”1

Saudara dan saudari saya, semoga rumah kita dipenuhi dengan kasih dan kesopanan dan dengan Roh Tuhan. Menyayangi keluarga anda. Jikalau adanya perbantahan atau pertengkaran di antara anda, saya menggesa anda menyelesaikannya. Juruselamat berkata:

“Dan tidak bole terjadi perbantahan di antara kamu. …

“Kerana sesungguh-sungguhnya Aku berkata kepadamu, orang yang berjiwa suka bertengkar bukanlah milikKu melainkan milik iblis, yaitu bapa segala pertengkaran dan ia menghasut hati manusia supaya saling bertengkar dengan amarah.

“[Tetapi] lihatlah, ini bukan ajaranKu … ; tetapi inilah ajaranKu bahawa hal-hal demikian itu harus ditiadakan.”2

Sebagai hamba anda yang rendah hati, saya mengulangi kata-kata Raja Benyamin mengucapkan kepada umatnya:

Aku tidak memerintahkan kamu berfikir bahawa aku sendiri melebihi seorang yang fana.

Tetapi aku sama sepert kamu sendiri, yang takluk kepada segala macam kelemahan tubuh dan jiwa, tetapi aku telah dipilih… oleh tangan Tuhan… dan telah dijaga serta dilindungi oleh kuasaNya yang tiada bandingnya, untuk melayani kamu dengan segenap daya, fikiran dan kekuatan yang telah dinanugerahkan Tuhan kepadaku.”3

Saudara dan saudari saya yang terkasih, saya ingin dengan sepenuh hati saya untuk melakukan kemahuan Tuhan dan melayani Dia dan melayani anda.

Sekarang, semasa kita meniggalkan persidangan ini, saya berdoa agar berkat-berkat dari syurga akan dia atas setiap anda. Semoga anda semua yang jauh dari rumahmu pulang dengan selamat. Semoga anda merenungkan kebenaran yang telah anda dengar, dan semoga kebenaran itu membantu anda menjadi lebih baik daripada dahulu.

Sehingga kita bertemu lagi dalam masa enam bulan, saya meminta berkat di atas anda dan, sessungguhnya, di atas semua kita, dan saya melakukannya dalam nama-Nya yang suci—bahkan Yesus Kristus, Tuhan dan Juruselamat kita—amin.