2010–2019
Menyedari Keadaan Kita dan Menjadi Berdikari Secara Rohani: Sakramen, Bait Suci, dan Pengorbanan dalam Pelayanan
April 2012


Menyedari Keadaan Kita dan Menjadi Berdikari Secara Rohani: Sakramen, Bait Suci, dan Pengorbanan dalam Pelayanan

Juruselamat memberitahu para pengikutNya tentang seorang anak lelaki yang tinggalkan bapanya yang kaya, pergi ke negara yang jauh, dan membazirkan warisannya. Bila kebuluran terjadi, pemuda itu mengambil kerja yang rendah, iaitu memberi khinzir makan. Dia begitu lapar sehingga dia ingin makan makanan khinzir.

Jauh dari rumah, jauh dari tempat yang di mana di ingin berada, dan dalam keadaannya yang sangat miskin, sesuatu yang penting secara abadi terjadi dalam kehidupan pemuda ini. Dalam kata-kata Juruselamat, “dia menyedari keadaannya.”1 Dia mengingat siapa dia, menyedari apa yang telah dia lepaskan, dan bermula menginginkan berkat-berkat yang ada di rumah bapanya.

Di sepanjang kehidupan kita, sama ada dalam masa kegelapan, cabaran, kesedihan, atau dosa, kita dapat merasa Roh Kudus mengingatkan kita bahawa kita betul-betul anak-anak Bapa Syurgawi yang penyayang, yang mengasihi kita, dan kita sangat ingin berkat-berkat yang hanya Dia dapat berikan. Pada masa-masa begini kita patut berusaha menyedari keadaan kita dan kembali ke dalam cahaya kasih Juruselamat kita.

Berkat-berkat ini adalah milik semua anak Bapa Syurgawi. Mengingini berkat-berkat ini, termasuk kehidupan kebahagiaan dan kegembiraan, adalah bahagian yang sangat penting dalam rancangan Bapa Syurgawi untuk setiap kita. Nabi Alma mengajar, “Bahkan jika kamu tidak dapat berbuat lain daripada percaya, biarlah keinginan ini bekerja di dalam dirimu.”2

Ketika keinginan rohani kita bertambah, kita menjadi berdikari secara rohani. Jadi bagaimana kita menolong diri kita sendiri dan keluarga kita untuk menambahkan keinginan kita untuk mengikuti Juruselamat and mematuhi injil-Nya? Bagaimana kita memperkukuhkan keinginan kita untuk bertaubat, menjadi layak, dan bertahan sampai akhir? Bagaimana kita menolong pemuda-pemudi dan para dewasa muda membiarkan keinginan ini berkesan di dalam mereka hingga mereka mengubah hati dan menjadi “orang suci melalui korban tebusan Kristus?”3

Kita menukar hati dan menjadi berdikari secara rohani ketika kita memenuhi perjanjian kita dengan doa—melalui pengambilan sakramen dengan layak, hidup layak untuk pegang rekomen bait suci, dan berkorban untuk melayani orang lain.

Untuk mengambil sakramen dengan layak, kita mengingat bahawa kita membarui perjanjian yang kita buat pada masa baptisan. Untuk sakramen menjadi pengalaman yang membersihkan secara rohani, kita perlu mempersiapkan diri kita sebelum datang ke pertemuan sakramen. Kita melakukan ini dengan meninggalkan kerja dan rekreasi harian kita sengaja dan dengan melepaskan fikiran dan kerisauan duniawi. Ketika kita berbuat demikian, kita membuat ruang dalam minda dan hati kita untuk Roh Kudus.

Selepas itu kita bersedia merenungkan Korban Tebusan. Lebih daripada memikirkan fakta-fakta penderitaan dan kematian Juruselamat, perenungan kita menolong kita mengenali bahawa melalui pengorbanan Juruselamat, kita mempunyai harapan, kesempatan, dan kekuatan untuk membuat perubahan yang sebenar dan ikhlas dalam kehidupan kita.

Ketika kita menyanyikan lagu rohani sakramen, menyertai doa-doa sakramen, dan mengambil lambang daging dan darah-Nya, kita mencari pengampunan dengan doa untuk dosa dan kesalahan kita. Kita memikirkan perjanjian-perjanjian yang kita buat dan memenuhi semasa minggu yang lalu dan membuat komitmen-komitmen peribadi yang tertentu untuk mengikuti Juruselamat semasa minggu yang akan datang.

Para ibubapa dan pemimpin, kamu boleh menolong pemuda-pemudi mengalami berkat-berkat sakramen yang tiada bandingannya dengan memberi kesempatan untuk mereka pelajari, bincangkan, dan menemui kepentingan Korban Tebusan dalam kehidupan mereka. Biarlah mereka pelajari tulisan suci sendiri dan mengajar satu sama lain dari pengalaman mereka sendiri.

Para bapa, para pemegang imamat, dan presidensi-presidensi kuorum mempunyai tanggungjawab yang istimewa untuk membantu para pemegang Imamat Harun untuk bersedia melakukan tugas sakramen mereka yang suci. Persiapan ini dilakukan sepanjang minggu dengan mematuhi standard-standard injil. Bila para pemuda mempersiapkan, memberkati, dan memberi sakramen dalam kelayakan dan kehormatan, mereka betul-betul mengikut teladan Juruselamat di Jamuan Terakhir4 dan menjadi seperti Dia.

Saya bersaksi bahawa sakramen memberikan kita kesempatan untuk menyedari keadaan kita dan mengalami “suatu perubahan hati yang hebat”5—untuk mengingat siapa kita dan apa yang kita inginkan. Ketika kita membarui perjanjian untuk mematuhi perintah-perintah, kita mendapat teman Roh Kudus untuk membimbing kita kembali ke hadirat Tuhan. Itulah sebabnya kita diperintahkan untuk “sering berkumpul untuk mengambil bahagian dalam roti dan air”6 dan untuk mengambil bahagian dalam sakramen kepada jiwa kita.7

Selain dari sakramen, keinginan kita untuk kembali kepada Bapa Syurgawi bertambah ketika kita menjadi layak untuk mendapat rekomen bait suci. Kita menjadi layak dengan mematuhi perintah-perintah dengan konsisten. Kepatuhan ini bermula sewaktu kita anak dan menjadi lebih kuat melalui pengalaman dalam Imamat Harun dan Remaja Puteri. Lalu, para imam dan Laurel membuat matlamat dan mempersiapkan diri mereka terutamanya untuk dianugerahi dan dimeteraikan dalam bait suci.

Apa standard-standard untuk para pemegang rekomen bait suci? Orang Bermazmur mengingatkan kita:

“Siapakah yang boleh naik ke atas gunung Tuhan? Siapakah yang boleh berdiri di tempat-Nya yang kudus?

“Orang yang bersih tangannya dan murni hatinya.”8

Kelayakan mempunyai rekomen bait suci memberi kita kekuatan untuk memenuhi perjanjian bait suci kita. Bagaimana kita mendapat kekuatan itu secara peribadi? Kita berusaha mendapat kesaksian Bapa Syurgawi, Yesus Kristus, Roh Kudus, kewujudan Korban Tebusan, dan kebenaran Nabi Joseph Smith serta Pemulihan. Kita menyokong para pemimpin kita, memperlakukan keluarga kita dengan baik, berdiri sebagai seorang saksi Gereja Tuhan yang benar, menghadiri pertemuan Gereja kita, memenuhi perjanjian kita, memenuhi tanggungjawab ibubapa, dan menjalani kehidupan yang soleh. Kamu mungkin berkata bahawa hal-hal itu nampaknya biasa saja sebagai Seorang Suci Zaman Akhir! Kamu betul. Standard untuk para pemegang rekomen bait suci tidak terlalu tinggi untuk kita capai. Standard itu adalah untuk mematuhi injil dengan setia dan mengukuti nabi.

Lalu, sebagai para pemegang rekomen bait suci yang dianugerahi, kita mendirikan pola-pola kehidupan yang seperti Kristus. Ini termasuk kepatuhan, membuat pengorbanan untuk mematuhi perintah-perintah, mengasihi satu sama lain, menjadi murni dalam fikiran dan tindakan, dan memberi bantuan untuk membina kerajaan Tuhan. Melalui Korban Tebusan Juruselamat dan dengan mengikuti pola-pola keimanan yang asas ini, kita menerima “kekuasaan dari atas”9 untuk menghadapi cabaran-cabaran kehidupan. Kita perlu kuasa syurgawi ini sekarang lebih daripada yang pernah diperlukan. Kuasa ini adalah kuasa yang kita terima hanya melalui tata cara-tata cara bait suci. Saya bersaksi bahawa pengorbanan yang kita buat untuk menerima tata cara-tata cara bait suci adalah tidak sia-sia dengan setiap usaha yang kita buat.

Ketika keinginan kita untuk belajar dan mematuhi injil bertambah, kita akan ingin melayani satu sama lain. Juruselamat berkata kepada Petrus, “Jika kamu sudah insaf, kuatkanlah saudara-saudaramu.”10 Saya kagum dengan para remaja kini yang mempunyai keinginan yang dalam untuk melayani dan memberkati orang lain—untuk membuat perbezaan di dunia ini. Mereka juga mengingini kebahagiaan yang pelayanan mereka bawakan.

Tetapi, ia susah untuk para remaja memahami bagaimana tindakan mereka sekarang akan mempersiapkan mereka atau tidak melayakkan diri mereka untuk kesempatan pelayanan yang akan datang. Kita semua mempunyai “kewajiban”11 untuk membantu para remaja kita dalam persiapan untuk pelayanan sepanjang hidup dengan menolong mereka menjadi berdikari. Selain daripada hidup berdikari secara rohani yang telah kita bincangkan, terdapat berdikari duniawi, yang termasuk mendapat pendidikan tambahan, belajar caranya bekerja, dan menggunakan wang dengan bijak. Dengan mengelakkan hutang dan dengan menyimpan wang sekarang, kita bersedia untuk pelayanan Gereja yang penuh masa pada masa yang akan datang. Tujuan berdikari secara duniawi dan secara rohani kedua-duanya adalah untuk menjadi kukuh agar kita apat menolong orang lain menjadi kukuh.

Sama ada kita muda atau tua, apa yang kita lakukan sekarang menentukan pelayanan yang kita akan dapat lakukan pada masa yang akan datang. Seorang penyair pernah berkata, “Dari semua perkataan lidah atau pen, perkataan yang paling sedih adalah ini: ‘Ia mungkin dapat terjadi!’”12 Mari kita jangan menjalani kehidupan kita dalam penyesalan tentang apa yang telah kita lakukan atau tidak lakukan.

Saudara-saudari yang dikasihi, pemuda itu yang dibicarakan oleh Juruselamat, yang dipanggil anak lelaki yang hilang, memang pulang ke rumah. Bapanya belum melupakannya; bapanya menunggu dia. Dan “ketika ia masih jauh, ayahnya telah melihatnya, lalu tergeraklah hatinya oleh belas kasihan. Anyahnya itu berlari dan... mencium dia.”13 Sebagai penghormatan untuk kepulangan anaknya, dia meminta jubah, cincin, dan keraian dengan anak lembu yang gemuk14—peringatan bahawa tidak satu berkat pun akan ditahan kalau kita bertahan dengan iman dalam mengikuti jalan kembali ke Bapa Syurgawi kita.

Dengan kasih-Nya dan kasih Putera-Nya dalam hati saya, saya mencabar setiap kita untuk mengikuti keinginan rohani kita dan menyedari keadaan kita. Bercakap dengan diri kamu sendiri di cermin dan tanya, “Di mana saya berdiri dalam memenuhi perjanjian-perjanjian saya?” Kita berada di jalan yang betul apabila kita boleh berkata, “Saya mengambil sakramen dengan layak setiap minggu, dan saya layak untuk memegang rekomen bait suci, dan saya berkorban untuk melayani dan memberkati orang lain.”

Saya berkongsi kesaksian saya bahawa Tuhan begitu mengasihi setiap kita sehingga “Dia telah mengurniakan Anak-Nya yang tunggal”15 untuk menebus dosa-dosa kita. Dia mengenali kita dan menunggu kita, bahkan bila kita jauh dari-Nya. Ketika kita bertindak menurut keinginan kita dan menyedari keadaan kita, kita akan “dipeluk di dalam lengan kasih-Nya”16 dan dialu-alukan kembali. Saya bersaksi dengan demikian dalam nama suci Juruselamat kita, Yesus Kristus, amin.