Iman, Ketabahan, Pencapaian: Mesej kepada Ibu bapa Tunggal

Dari Tujuh Puluh


Anda berjuang mendidik anak-anak anda dalam terang dan kebenaran, dan mengetahui bahawa sementara anda tidak dapat mengubah masa lalu, anda dapat membentuk masa depan.

Mesej saya adalah untuk para ibu bapa tunggal dalam Gereja, yang kebanyakannya adalah para ibu tunggal—anda wanita-wanita yang setia, yang melalui keadaan hidup yang berbeza-beza, mendidik anak dan menjalani hidup sendirian. Mungkin anda telah janda ataupun bercerai. Anda mungkin menghadapi cabaran sebagai ibu tunggal akibat hubungan intim di luar nikah tetapi sekarang hidup menuruti ajaran injil dan mengubah jalan hidup anda menjadi lebih baik. Diberkatilah anda kerana menghindari jenis persahabatan yang akan mencegah anda daripada menjadi pengikut yang salih. Mempunyai hubungan intim yang demikian tidak akan bernilai dan menyebabkan anda membayar harga yang tinggi.

Walaupun berkali-kali anda boleh bertanya, “Mengapa saya?” Adalah melalui cabaran hidup kita berkembang menuju ke arah ke ketuhanan sementara sifat kita dibentuk oleh penderitaan yang sukar, dan sewaktu peristiwa-peristiwa sukar muncul dalam hidup dan sementara itu Tuhan tidak campur tangan atas hak pilihan orang-orang. Seperti yang dikomentari oleh Elder Neal A. Maxwel, “kita tidak faham semua sebab-sebab bagi perkara sebagaimana mereka adanya kerana kita tidak mempunyai semua fakta-fakta.”1

Apapun alasan dan situasi hidup anda, anda mengagumkan. Setiap hari anda menghadapi perjuangan hidup, melakukan kerja yang sentiasa dimaksudkan untuk dua orang, tetapi kebanyakannya dilakukan sendirian. Anda perlu menjadi bapa dan juga sebagai ibu. Anda mengurus isi rumah anda, mengawasi keluarga anda, kadangkala berjuang memenuhi keperluan hidup, dan secara mukjizat anda bahkan menemui jalan untuk berkhidmat dalam Gereja dengan cara-cara yang penting. Anda mendidik anak-anak anda. Anda menangis dan berdoa dengan mereka dan bagi mereka. Anda ingin yang terbaik bagi mereka tetapi khuatir setiap malam yang usaha-usaha terbaik anda mungkin tidak pernah cukup baik.

Sementara saya enggan menjadi terlalu peribadi, saya juga berasal dari keluarga seperti itu. Bagi kebanyakan masa kanak-kanak dan masa remaja saya, ibu saya sendiri yang membesarkan kita dalam keadaan yang miskin. Ibu mencatu wang dengan hati-hati. Dia mengatasi kesepian yang tersembunyi, terdesak pada bila-bila masa atas sokongan dan persahabatan. Lagi, disebalik semua ini ibu saya mempunyai maruah, sumber besar keazaman dan sifat yang kukuh, khas dari nenek moyang Scotland beliau.

Dengan bersyukur, tahun kemudian beliau lebih diberkati daripada tahun permulaan bilamana dia seorang ibu tunggal. Dia bernikah dengan seorang penganut baru, seorang duda, mereka dimeteraikan di Bait Suci London England dan kemudian berkhidmat secara ringkas sebagai pekerja di bait suci. Mereka bersama-sama hampir selama seperempat abad—gembira, puas hati, hingga mereka meninggal dunia.

Terdapat banyak wanita-wanita baik dalam Gereja di seluruh dunia yang menghadapi keadaan yang sama dan yang menunjukkan daya ketahanan yang sama tahun demi tahun.

Ini sebenarnya bukan apa yang anda mengharap atau merancangkan, mendoakan ataupun menjangka apabila anda bermula tahun-tahun yang lalu. Perjalanan hdiup anda mempunyai kesukaran dan perubahan yang tidak dijangka, sebagai akibat kehidupan di dunia fana ini.. Dunia ini adalah sebagai tempat pembuktian dan pengujian.

Sementara itu, anda berjuang mendidik anak-anak anda dalam terang dan kebenaran, mengetahui bahawa manakala anda tidak boleh mengubah masa lalu, tetapi anda boleh membentuk masa depan. Di sepanjang jalan, anda akan memperolehi berkat yang pampasan, walaupun berkat itu tidak serta-merta ketara

Dengan pertolongan Tuhan, anda tidak perlu takut untuk masa depan. Anak-anak anda akan membesar dan menyebut anda rahmat, dan tiap-tiap satu pencapaian mereka yang banyak akan menjadi suatu penghormatan kepada anda.

Sila tidak pernah merasa bahawa status anda di dalam Gereja agak lebih rendah daripada ahli yang lain, sekalipun berasa kurang layak atas berkat-berkat Tuhan daripada ahli yang lain. Dalam kerajaan Tuhan semua warga-Nya adalah sama.

Kami berharap bahawa apabila anda menghadiri pertemuan-pertemuan Gereja dan melihat keluarga yang nampaknya sempurna dan bahagia atau mendengar seseorang bercakap tentang keluarga yang ideal, anda akan merasa senang hati menjadi bahagian dari gereja yang memberi tumpuan kepada keluarga-keluarga dan yang mengajarkan peranan utama keluarga dalam rancangan kebahagiaan Bapa Syurgawi kepada semua anak-Nya, bahawa di dunia dimana terdapat penderitaan dan keruntuhan moral, kita mempunyai ajaran, wewenang, tatacara injil, dan perjanjian-perjanjian yang menawarkan harapan terbaik kepada dunia, termasuk bagi kebahagiaan masa depan anak-anak anda dan keluarga yang akan mereka ciptakan.

Pada pertemuan umum Lembaga Pertolongan di bulan September 2008, Presiden Gordon B. Hinckley mengisahkan sebuah pengalaman yang dikongsi oleh ibu tunggal yang bercerai yang beranak tujuh yang pada saat itu anaknya berumur diantara 7 sampai 16 tahun. Dia pergi di seberang jalan untuk menghantar sesuatu kepada jirannya. Dia berkata:

“Apabila saya berjalan balik ke rumah, saya dapat melihat lampu menyala di rumah saya. Saya ingat apa yang dikatakan anak-anak saya bila saya berjalan keluar pintu beberapa minit

“Saya ingat melihat kearah langit sambil menangis, dan saya berkata, ‘Bapa yang terkasih, saya tidak dapat melakukannya. Saya sangat letih. Saya tidak dapat menghadapinya. Saya tidak dapat pulang ke rumah dan merawat semua anak-anak itu sendirian. Bolehkah saya datang kepada Bapa dan tinggal dengan Bapa hanya satu malam sahaja? …’

“Saya sebenarnya tidak mendengar kata-kata jawaban itu, tetapi saya mendengarnya di dalam fikiran-ku. Jawapannya adalah: “Tidak, anak-Ku, kamu tidak boleh datang kepada Ku sekarang. … Tetapi Aku boleh datang kepada-mu. ’”2

Terima kasih, saudari-saudari, bagi semua yang anda lakukan untuk mendidik keluarga-mu dan memelihara sebuah rumah yang penuh kasih sayang di mana terdapat kebaikan, kedamaian, dan peluang.

Walaupun anda sering merasa sendirian, kenyataannya anda tidak pernah betul-betul sendirian. Sebagaimana anda maju ke depan dengan kesabaran dan dengan iman, Tuhan akan bersama anda, Beliau akan menganugerahkan berkat yang anda perlukan.

Perspektif dan pandangan hidup anda akan berubah apabila anda beriman kepada Tuhan dan berharapan daripada merasa tawar hati.

Banyak dari anda telah menemui penjelmaan kebenaran yang besar semasa anda berusaha mengangkat beban orang lain, dan beban anda sendiri menjadi lebih ringan.

Anda telah menemui bahawa apabila anda berusaha menghibur mereka yang putus asa, kita sebaliknya menerima penghiburan bagi diri kita sendiri; dan“cawan kita penuh melimpah: (Mazmur 23:5).

Melalui hidup yang benar, anda dan anak-anak anda boleh pada suatu hari menikmati berkat dari menjadi bahagian dari keluarga abadi yang sempurna.

Para anggota dan para pemimpin, adakah yang anda boleh lakukan untuk mendukung keluarga para ibu bapa tunggal tanpa menghakimi ataupun mengecam mereka? Mungkin anda boleh sebagai penasihat bagi orang muda dalam keluarga ini, khususnya memberikan kepada orang muda ini contoh-contoh apa yang para lelaki baik lakukan dan bagaiman mereka menjalani hidup? Tanpa kehadiran ayah-ayah mereka, adakah anda memberikan peranan contoh yang layak diikuti?

Sekarang ada, sudah tentu, beberapa keluarga tunggal di mana si ayah yang menjadi orang tua tunggal. Saudara-saudara, kami juga berdoa untuk anda dan memberi penghormatan kepada anda. Mesej ini juga untuk anda.

Para ibu bapa tunggal, saya bersaksi bahawa apabila anda melakukan yang terbaik dalam cabaran manusia yang paling sukar, Tuhan akan memberkati anda. Sesungguhnya anda tidak sendirian. Biarlah kuasa penebusan, dan kasih dari Kristus memberkati hidup anda sekarang dan memenuhi anda dengan harapan dari perjanjian abadi. Mengambil keberanian. Mempunyai iman dan harapan. Mempertimbangkan masa sekarang dengan ketabahan dan melihat ke masa depan dengan keyakinan. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Show References

  1.  

    1. Neal A. Maxwell, Notwithstanding My Weakness (1981), 68.

  2.  

    2. In Gordon B. Hinckley, “In the Arms of His Love,” Liahona and Ensign, Nov. 2006, 117.