Supaya Yang Hilang Boleh Dijumpai

Oleh Elder M. Russell Ballard

Dari Kuorum Dua Belas Rasul


Semasa kamu cuba menjalankan injil dan ajaran Kristus, Roh Kudus akan membimbing kamu dan keluarga kamu.

Menurut tulisan suci, Liahona “sebuah bola bundar dengan pengerjaan yang rumit”, dengan dua penunjuk, dan salah satu menunjuk jalan keluarga Bapa Lehi patut ikut dalam padang belantara (1 Nefi 16:10).

Saya rasa bahawa saya tahu sebabnya Lehi sangat hairan apabila dia pertama kali melihatnya kerana saya mengingati reaksi saya pertama kali saya menyaksikan subuah GPS digunakan. Dalam minda saya itu sebuah alat “dengan pekerjaan rumit” moden. Entah macam mana, dalam cara yang saya tidak boleh membayangkan, alat kecil ini, dalam telefon saya, boleh tahu dengan tepat di mana saya ] dan memberitahu saya macam mana pergi ke mana saya mahu pergi.

Untuk baik isteri saya, Barbara, mahupun saya, GPS sebuah berkat. Untuk Barbara maksudnya dia tidak perlu menyuruh saya berhenti dan meminta arahan; dan bagi saya maksudnya saya boleh betul apabila saya berkata, "Saya tidak perlu bertanya seorang. Saya tahu ke mana saya pergi dengan tepat.

Saudara-saudari, adanya bagi kita sebuah alat bahkan lebih menakjubkan daripada GPS yang terbaik. Semua orang menjadi hilang pada sesuatu masa, pada sesuatu tahap. Adalah melalui bisikan Roh Kudus bahawa kita boleh dibawa balik dengan selamat ke jalan yang benar; dan adalah kurban tebusan Juruselamat yang boleh membalikkan kita ke rumah.

Menjadi hilang boleh berlaku kepada masyarakat-masyarakat dan individu-individu. Hari ini kita hidup dalam sebuah masa apabila banyak dari dunia ini sudah menjadi hilang, secara khusus dalam nilai-nilai dan keutamaan dalam rumah kita.

Seratus tahun yang lalu President Joseph F. Smith menyambungkan kegembiraan kepada keluarga secara langsung dan mendesak kita untuk berfokus usaha kita ke sana. Dia berkata: "Tak boleh adanya kegembiraan yang benar yang terpisah dan jauh dari rumah... Tidak ada kegembiraan tanpa pelayanan, dan tidak ada pelayanan yang lebih hebat daripada itu yang mengubah rumah kepada sebuah institusi yang ilahi yang menggalakkan dan mengekalkan kehidupan keluarga... Rumah yang perlu diperbaikkan" (Teachings of Presidents of the Church: Joseph F. Smith [1998], 382, 384).

Adalah rumah dan keluarga kita yang perlu diperbaikkan dalam dunia ini yang semakin materialistik dan duniawi. Sebuah contoh ini yang menakjubkan adalah sifat tidak mempudulikan perkahwinan yang bertumbuh di sini di Amerika Syarikat. Lebih awal tahun ini New York Times melaporkan bahawa "bahagian anak yang dilahirkan kepada wanita yang belum berkahwin sudah mencapai tahap tinggi yang baru: lebih dari sesetengah dari semua kelahiran kepada wanita yang berumur bawah 30 tahun terjadi di luar pernikahan. ((Jason DeParle and Sabrina Tavernise, “Unwed Mothers Now a Majority Before Age of 30,” New York Times, Feb. 18, 2012, A1).

Kita juga tahu bahawa di antara pasangan di Amerika Syarikat yang berkahwin, hampir sesetengah akan bercerai. Bahkan mereka yang terus kahwin sering kali menjadi hilang dengan membiarkan hal-hal lain campur tangan dalam hubungan keluarga mereka.

Yang sama merisaukan adalah ruang yang terus-menurus bertumbuh di antara yang kaya dan yang miskin dan di antara mereka yang berusaha untuk mengekalkan komitmen dan nilai-nilai keluarga dan mereka yang berputus asa tentang itu. Secara statistik mereka yang berpendidikan lebih rendah dan akibatnya terima pendapatan yang lebih rendah kurang kerap kali berkahwin dan pergi ke gereja dan lebih kerap kali terlibat dalam jenayah dan beranak di luar pernikahan. Dan trend-trend juga merisaukan dalam banyak dari tempat lain di dunia. (Lihat W. Bradford Wilcox and others, “No Money, No Honey, No Church: The Deinstitutionalization of Religious Life among the White Working Class,” yang ada di www.virginia.edu/marriageproject/pdfs/Religion_WorkingPaper.pdf.)

Bertentangan dengan apa yang banyak orang percaya, kemakmuran dan pendidikan kelihatan ada kaitannya dengan lebih kerap kali memiliki keluarga dan nilai yang tradisional.

Soalan sejati, sudah tentu, adalah tentang penyebab dan kesan. Adakah sebahagian sektor dalam masyarakat ada nilai dan keluarga yang lebih kuat sebab mereka lebih berpendidikan dan makmur, atau adakah mereka lebih berpendidikan dan makmur sebab nilai dan keluarga yang kuat mereka. Dalam gereja sedunia ini kita tahu bahawa adalah yang kedua. Apabila orang membuat keluarga dan komitmen agama ke asas-asas injil, mereka lebih berjaya secara rohani dan sering kali secara jasmani juga.

Dan sudah tentu bahawa masyarakat pada umumnya dikuatkan semasa keluarga menjadi lebih kuat. Komitmen kepada keluarga dan nilai penyebab yang dasar. Hampir semuanya lain kesan. Apabila pasangan berkahwin dan membuat komitmen satu sama lain, mereka menaikkan kemungkinan mereka akan menjadi baik secara ekonomi. Apabila anak-anak dilahirkan dalam sebuah pernikahan dan memiliki baik ibu mahupun bapa, peluangan mereka dan kemungkinan mereka berjaya secara bekerja jauh lebih tinggi. Dan apabila keluarga bekerja dan bermain bersama, kawasan dan komuniti berkembang maju, ekonomi bertumbuh baik, dan lebih kurang pemerintahan dan program permerintahan lain diperlukan.

Jadi khabar teruk adalah bahawa kerosakan keluarga menyebabkan banyak masalah masyarakat dan ekonomi. Tetapa khabar baik adalah bahawa, macam apa saja penyebab dan kesan, masalah ini boleh diterbalikkan kalau apa yang menyebabkan mereka diubah. Ketaksaksamaan diselesaikan dengan menjalankan asas-asas dan nilai-nilai yang benar. Brother dan Sister, penyebab yang paling penting dalam kehidupan kita ialah keluarga kita. Kalau kita akan membaktikan diri kita sendiri ke penyebab ini, kita akan menambah baik setiap aspek lain kehidupan kita dan akan menjadi, sebagai kaum dan gereja, sebuah contoh dan lampu isyarat untuk seluruh penduduk bumi.

Tetapi ini bukan senang dalam sebuah dunia di mana hati memaling ke banyak arahan dan di mana seluruh bumi kelihatan terus-menurus berpindah dan berubah dengan kadar belum lagi dibayangkan. Tidak ada yang terus sama lama. Gaya, trend, fad, kebetulan secara politik, dan bahkan kepercayaan akan benar dan salah berubah-ubah. Semacam dinubuat Nabi Yesaya, yang salah digambarkan sebagai yang benar, dan yang benar sebagai yang salah (lihat Yesaya 5:20).

Jurang rohani terus menjadi lebih lebar semasa kejahatan menjadi selalu lebih mengilirukan dan tak ketara dan menarik orang kepadanya macam sebuah magnet jahat - bahkan semasa injil kebenaran dan cahaya menarik yang jujur hati dan mulia dari bumi untuk mencari apa yang moral dan baik.

Kita mungkin agak kecil nombornya, tetapi sebagai ahli Gereja ini kita boleh menjangkau ke seberang jurang yang terus melebar ini. Kita tahu kuasa dalam pelayanan yang berpusat pada Kristus yang mengumpulkan anak-anak Tuhan dengan tak pedulikan kedudukan mereka secara rohani atau ekonomi. Satu tahun lalu Presidensi Utama mengundang kita menyertai sebuah hari pelayanan untuk merayakan 75 tahun program bantuan kebajikan sudah membantu orang untuk berdirikari. Berjuta-juta jam disumbang oleh ahli kita di seluruh bumi.

Gereja adalah tambatan dalam laut bergelora ini, sebuah sauh dalam air yang berpusar-pusar perubahan dan pembahagian, dan sebagai lampu isyarat kepada mereka yang menilai dan mencari kebenaran. Tuhan menggunakan Gerejanya sebagai alat untuk menarik anak-anak-Nya di seluruh bumi ke perlindungan injil-Nya.

Roh Elias, yang tak terbatas, juga sebuah kuasa yang besar dalam tujuan Tuhan untuk takdir ababi anak-anak-Nya. Dalam perkataan Maleakhi, Roh Kudus memalingkan “hati bapa-bapa… kepada anak-anaknya dan hati anak-anak kepada bapa-bapanya” (Maleakhi 4:6)

Gereja berdiri sebagai contoh pemalingan hati dan sebagai mangkin untuk kebaikan di dunia. Di antara ahli Gereja yang sudah berkahwin dalam bait suci dan yang pergi mesyuarat hari Ahad kerap kali, tahap penceraian lebih rendah secara signifikan daripada di dunia dan keluarga terus lebih rapat dan berkomunikasi lebih kerap kali. Kesihatan dalam keluarga lebih baik, dan kita hidup beberapa tahun lebih lama daripada purata penduduk lain. Kita menyumbang lebih banyak sumber kewangan dan lebih banyak pelayanan per kapita kepada mereka yang perlu, dan kita lebih berkemungkinan mencari pendidkan tinggi. Saya menegaskan ini bukan untuk bercakap besar tetapi untuk bersaksi bahawa hidup lebih baik (dan lebih gembira) semasa hati berpaling kepada keluarga dan semasa keluarga hidup dalam cahaya Injil Yesus Kristus.

Jadi apa yang boleh kita buat untuk menghindari menjadi hilang? Yang pertama, boleh saya mencadangkan bahawa kita mengutamakan. Menaklukkan semua yang kamu buat di luar rumah kepada apa yang terjadi di dalam rumah kamu. Ingatlah nasihat Presiden Harold B. Lee bahawa "pekerjaan yang paling penting... yang kamu akan buat akan terjadi di dalam dinding rumah kamu sendiri"(Teachings of Presidents of the Church: Harold B. Lee [2000], 134) dan nasihat David O. McKay "Kejayaan apa pun tidak boleh mengganti rugi untuk kegagalan di dalam rumah." (memetik dari J. E. McCulloch, Home: The Savior of Civilization [1924], 42;1 dalam Conference Report, Apr. 1935, 116).

Mengatur kehidupan peribadi kamu untuk menyediakan masa untuk doa dan tulisan suci dan kegiatan keluarga. Berikanlah anak-anak kamu tanggung jawab dalam rumah yang akan mengajar mereka cara bekerja. Ajarlah mereka bahwa menjalankan injil akan memimpin mereka jauh dari kotoran, persetubuhan secara rambang, dan keganasan Internet, media, dan permainan video. Mereka tidak akan terhilang, dan mereka akan sedia mengendalikan tanggung jawab apabila itu dipaksa ke atas mereka.

Yang kedua, kita perlu buat hal dalam susunan yang benar! Perkahwinan dulu lalu keluarga. Terlalu banyak di dunia sudah melupakan susunan hal yang semula jadi ini dan berfikir bahawa mereka boleh mengubah atau bahkan menterbalikkannya. Hilangkanlah ketakutan kamu dengan iman. Percayalah kepada kuasa Tuhan untuk membimbing kamu.

Kepada kamu yang belum berkahwin, member prihatin kepada pencarian kamu untuk rakan abadi kamu. Orang lelaki yang muda, ingatlah sesuatu lain yang dikatakan Presiden Joseph F. Smith, "keadaan bujang... [membawa] kepada minda yang bersifat luaran gagasan bahawa itu diinginkan kerana itu [membawa] tanggung jawab yang paling kecil… Kesalahan yang benar adalah dengan orang lelaki muda. Kekurangan sekatan masa ini memimpin mereka dari jalan kewajipan dan tanggung jawab... saudari mereka mangsanya... [dan] akan berkahwin kalau mereka boleh dan menerima dengan riang tanggung jawab kehidupan keluarga" (Gospel Doctrine, 5th ed. [1939], 281).

Dan kepada orang wanita muda, saya menambah bahawa kamu juga tak boleh melupakan tanggung jawab ini. Kerjaya apa pun tidak boleh memberi kamu sebanyak kepuasan macam membesarkan keluarga. Dan apabila kamu mencapai umur saya, kamu akan lebih sedar ini.

Yang ketiga, suami dan isteri, kamu patut menjadi pasangan yang setaraf dalam perkahwinan kamu. Membaca sering kali dan memehami Perisytiharan tentang keluarga dan ikutinya. Menghindari kekuasaan yang tidak benar dalam bentuk apa pun. Tak seorang pun pemilik pasangan atau anak-anak kita; Tuhan adalah Bapa kita semua dan dia telah menghulurkan kepada kita hak istimewa keluarga kita, yang dulu kepunyaan Dia sahaja, untuk membantu kita menjadi lebih macam Dia. Sebagai anak-Nya kita harus belajar di rumah untuk menyayangi Tuhan dan tahu bahawa kita boleh meminta Dia untuk bantuan apa pun yang kita perlu. Semua orang, yang sudah berkahwin atau belum, boleh gembira dan menjadi penyokong dalam keluarga apa pun yang kamu miliki.

Dan yang terakhir, menggunakan sumber keluarga Gereja. Dalam membesarkan anak, keluarga-keluarga boleh mencari bantuan dari bahagian. Menyokong dan bekerja bersama dengan pemimpin imamat dan badan sokongan dan menggunakan dengan penuh program Gereja untuk orang muda dan keluarga. Ingatlah satu lagi frasa Presiden Lee yang memberi wawasan - bahawa Gereja binaan yang menyokong yang atasnya kita membangunkan keluarga yang abadi (lihat Teachings of Presidents of the Church: Harold B. Lee [2000], 148).

Nah, kalau untuk alasan apa pun kamu secara individu atau secara keluarga terhilang, kamu perlu menerapkan ajaran Juruselamat dari Lukas pasal 15 sahaja untuk membetulkan laluan kamu. Di sini Juruselamat menceritakan tentang usaha gembala yang mencari dombanya yang hilang, tentang seorang wanita yang mencari duit syiling yang hilang, dan tentang sambutan yang diterima oleh anak lelaki yang membazir apabila dia balik ke rumah. Kenapa Yesus mengajar perumpamaan ini? Dia mahu kita tahu bahawa tak satu pun dari kita akan betapa hilang bahawa kita tidak boleh mencari jalan yang benar lagi melalui Kurban Tebusan-Nya dan ajaran-Nya.

Semasa kamu cuba menjalankan injil dan ajaran Kristus, Roh Kudus akan membimbing kamu dan keluarga kamu. Kamu akan terima GPS rohani yang akan selalu memberitahu kamu di mana kamu dan ke mana kamu pergi. Saya bersaksi bahawa Penebus manusia yang sudah dibangkitkan menyayangi kita semua, dan Dia sudah berjanji bahawa kalau kita ikut Dia, Dia akan memimpin kita balik dengan selamat ke hadirat Bapa kita di Syurga, yang tentangnya saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.