Ajaran Kristus

Oleh Elder D. Todd Christofferson

Dari Kuorum Dua belas Rasul


Dalam Gereja Sekarang, seperti Gereja purba, menubuhkan ajaran Kristus atau membetulkan doktrin hanya dapat dilakukan melalui wahyu.

Akhir-akhir ini kita telah melihat perkembangan dalam minat awam terhadap kepercayaan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Ini sesuatu yang kami mengalu-alukan kerana, tujuan asas Gereja adalah untuk mengajar Injil Yesus Kristus, yaitu ajaran-ajaran-Nya, di seluruh dunia (lihat Matius 28:19–20; A&P 112:28). Tetapi kita kena mengaku bahawa dulu ada dan masih terdapat kekeliruan tentang bagaiamana Gereja ditubuhkan. Itulah tajuk saya ingin mengemukakan hari ini.

Sejak permulaan dunia, telah menjadi tujuan Tuhan dan para nabi-Nya untuk mengisytiharkan rancangan penebusan Tuhan. Rasul-rasul Juruselamat 2,000 tahun yang lalu berjuang secara hebat untuk menjaga ajaran-Nya terhadap serangan dari tradisi dan falsafah palsu. Surat-surat Perjanjian Baru merujukan banyak peristiwa yang menunjukkan bahawa kemurtadan yang serius dan meluas sudah dimulai pada waktu pelayanan para Rasul.1

Abad-abad yang berikut diterangkan oleh sinaran cahaya injil yang datang sekali-sekala, sehingga abad ke-19, apabila subuh Pemulihan yang cemerlang bermula di atas dunia dan Injil Kristus, penuh dan lengkap, berada di bumi sekali lagi. Hari yang mulia ini bermula apabila, dalam “tiang cahaya yang lebih terang dari sinar matahari" (Joseph Smith-Sejarah 1:16), Tuhan Bapa dan Putera-Nya yang dikasihi, Yesus Kristus, melawat Joseph Smith yang muda dan memulakan apa yang akan menjadi pencurahan wahyu yang berkaitan dengan kuasa dan wewenang ilahi.

Dalam wahyu ini, kita menemukan apa yang boleh digelar sebagai ajaran utama Gereja Yesus Kristus yang telah didirikankan semula di bumi. Yesus sendiri mendefinisikan ajaran itu dalam kata-kata ini yang tercatat di dalam Kitab Mormon: Satu Kesaksian lagi tentang Yesus Kristus:

"Inilah ajaran-Ku, dan adalah ajaran yang telah Bapa berikan kepada-Ku; dan Aku memberikan kesaksian tentang Bapa, dan Bapa memberikan kesaksian tentang Aku, dan Roh Kudus memberikan kesaksian tentang Bapa dan Aku; dan Aku memberikan kesiaksian bahawa Bapa memerintahkan semua orang, di mana pun, untuk bertaubat dan percaya kepada-Ku.

"Dan barang siapa percaya kepada-Ku dan dibapts, orang yang sama akan diselematkan dan merekalah yang akan mewarisi Kerajaan Tuhan.

"Dan barangsiapa tidak percaya kepada-Ku dan tidak dibaptiskan, akan dikutuk.

“… Dan barang siapa percaya kepada-Ku percaya kepada Bapa juga; dan kepadanya akanlah Bapa memberikan kesaksian tentang Aku, kerana Dia akan mengunjunginya dengan api dan dengan Roh Kudus. …

"Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahwa inilah ajaran-Ku dan barangsiapa membangun di atas ini, mambangun di atas batu-Ku dan pintu gerbang neraka tidak akan berjaya melawan mereka" (3 Nefi 11:32–35, 38–39).

Ini adalah pesanan kita, batu yang diatasnya kita membina—dasar untuk segalanya yang lain dalam Gereja. Seperti semua yang datang dari Tuhan, ajaran ini adalah murni, jelas, dan mudah difahami--bahkan untuk seorang anak. Dengan hati yang gembira, kami menjemput semua untuk menerimanya.

Dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, "Kami percaya segalanya yang telah Tuhan nyatakan, segalanya yang Dia sekarang menyatakan, dan kami percaya bahawa Dia masih akan menyatakan banyak hal yang besar dan penting mengenai kerajaan Tuhan" (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:09). Maksud ini, walaupun terdapat banyak yang kita belum tahu atau fahami, kebenaran dan ajaran yang kita telah terima datang dan akan terus datang melalui wahyu yang ilahi. Di dalam beberapa agama, ahli teologi mendakwa wewenang yang sama untuk mengajar dari tatatingkat agama, dan perkara-perkara doktrin mungkin dapat menjadi suatu pertandingan pendapat di antara mereka. Beberapa orang yang bergantung kepada majlis-majlis dan akidah mereka itu yang ingin menyatupadukan mahzab Kristian pada Zaman Pertengahan. Orang lain menitikberatkan usaha ilmiah seperti tafsiran dan takwil Alkitab. Kita menghargai kesarjanaan yang meningkat pemahaman, tetapi dalam Gereja hari ini, sama seperti Gereja zaman kuno, medirikan ajaran Kristus atau membetulkan penyimpangan ajaran itu hanya terjadi melalui wahyu yang ilahi kepada mereka yang dianugerahi oleh Tuhan dengan wewenang kerasulan.2

Pada tahun 1954, Presiden J. Ruben Clark Jr, sebagai penasihat dalam Presidensi Utama, menerangkan bagaimana ajaran disebarkan dalam Gereja dan peranan Presiden Gereja yang terunggul. Ketika berucap mengenai ahli-ahli Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul, dia menyatakan: "Kita harus ingat bahawa sesetengah Penguasa Umum telah ditugaskan dengan panggilan istimewa; mereka mempunyai kurnia yang istimewa; mereka itu disokong sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu. Ini memberikan mereka berkat rohani yang istimewa yang berkaitan dengan pengajaran orang-orang. Mereka mempunyai hak, kuasa, dan wewenang untuk mengisytiharkan minda dan kemahuan Tuhan kepada umat-Nya. Wewenang mereka itu takluk pada keseluruhan kuasa dan wewenang yang dipegang oleh Presiden Gereja. Penguasa Umum yang lain tidak diberikan kurnia dan anugerah rohani yang istimewa ini dalam pengajaran mereka; dan ini berakibat dengan had, dan had itu ada pada kuasa dan wewenang untuk mengajar berkait dengan setiap pegawai lain dan ahli Gereja, kerana tidak ada di antara mereka yang telah dianugerahi secara rohani sebagai nabi, pelihat, dan pewahu. Lebih-lebih lagi, seperti yang dibayangkan, Presiden Gereja mempunyai kurnia rohani yang istimewa dalam hal ini, kerana dia ialah Nabi, Pelihat, dan Pewahyu untuk seluruh Gereja.”3

Bagaimana Juruselamat menyatakan kemahuan dan ajaran-Nya kepada para nabi, pelihat, dan pewahyu? Dia boleh bertindak melalui utusan atau sebagai diri-Nya sendiri. Dia boleh berkata dengan suara sendiri atau melalui suara Roh Kudus—sebuah komunikasi dari Roh kepada roh yang boleh diungkapkan dalam perkataan atau perasaan yang menyampaikan pemahaman yang melebihi perkataan (lihat 1 Nefi 17:45; A&P 9:08). Dia dapat berkomunikasi dengan hamba-hamba-Nya secara individu atau kepada orang-orang suruhan-Nya sebagai majlis. (lihat 3 Nefi 27:1–8).

Saya memetik dua kisah dari Perjanjian Baru. Yang pertama adalah wahyu yang diberikan kepada ketua Gereja. Awal dalam kitab Kisah Rasul-Rausl, kita dapati bahawa Rasul-rasul Kristus sedang mengisytiharkan injil kepada orang-orang Yahudi saja, mengikuti pola kementerian Yesus (lihat Matius 15:24), Menerut jadwal waktu Tuhan, masa untuk perubahan telah tiba. Petrus, di Yope, mempunyai mimpi yang dia lihat tiga kali. Dia melihat berbagai-bagai haiwan diturunkan ke bumi dari langit di "suatu benda kain lebar yang bergantung pada keempat sudutnya" (Kisah Rasul-Rasul 10:11) dan diperintahkan untuk "sembelihlah dan makanlah" (Kisah Rasul-Rasul 10:13). Petrus enggan kerana sesetengah haiwan itu "haram" menurut hukum Musa, dan Petrus tidak pernah melanggar perintah mengenai makanan. Bagainmanapun, suara berkata kepada Petrus di dalam mimpinya, "Apa yang dinyatakan halal oleh Tuhan, tidak bolehlah engkau nyatakan sebagai haram." (Kisah Rasul-Rasul 10:15).

Maksud mimpi ini menjadi jelas dengan tidak lama selepas itu, apabila beberapa lelaki yang diutus dari askar Rom Kornelius sampai di tempat penginapan Petrus untuk meminta Petrus mengajar ketua mereka. Kornelius telah berkumpul satu kumpulan yang besar daripada saudara-mara dan kawan-kawan, dan dengan menemukan mereka bersedia untuk menerima mesejnya, Petrus berkata:

"Tuhan telah menunjukkan kepadaku bahawa aku tidak boleh menamai orang sebagai najis atau tidak tahir …

“… Sesungguhnya aku telah mengerti bahawa Tuhan tidak membezakan orang:

"Tetapi di setiap Negara, sesiapa yang menghormati-Nya, dan mengerjakan kesolehan, diterima oleh-Nya." (Kisah Rasul-Rasul 10:28, 34–35; lihat versa 17–24).

"Ketika Petrus sedang berkata demikian, turunlah Roh Kudus ke atas semua orang yang mendengarkan firman itu.

"Dan semua orang [bersama Petrus] tercengang-cengang, kerana kurnia Roh Kudus juga dicurahkan ke atas orang dari bangsa bukan Israel.

“… Lalu kata Petrus,

"Bolehkah sesiapa melarang orang-orang ini dari pembapatisan dengan air, sedangkan mereka telah menerima Roh Kudus sama seperti kita?" (Kisah Rasul-Rasul 10:44–47).

Melalui pengalaman dan wahyu ini kepada Petrus, Tuhan mengubah suai amalan Gereja dan mendedahkan pemahaman ajaran yang lebih lengkap kepada pengikut-pengikut-Nya. Dan demikianlah pengkhutbahan injil diperluaskan sehingga merangkumi semua manusia.

Kemudian dalam kitab Kisah Rasul-Rasul, kita dapati satu kisah lagi yang agak berkaitan, yang kali ini menunjukkan bagaimana wahyu mengenai perkara ajaran boleh datang dalam suasana majlis. Timbul perselisihan tentang sama ada persunatan, yang diperintahkan di dalam hukum Musa harus diteruskan sebagai perintah dalam injil dan Gereja Kristus (lihat Kisah Rasul-Rasul 15:1, 5). "Dan bersidanglah para rasul dan penatua untuk membuat pertimganan tentang soal itu" (Kisah Rasul-Rasul 15:6). Catatan yang kita punyai tentang majlis ini memang tidak lengkap, tetapi kita diberitahukan setelah "banyak pertikaian" (Kisah Rasul-Rasul 15:7), Petrus, Rasul kanan, bangkit dan menyatakan apa yang Roh Kudus telah menegaskan kepadanya. Dia mengingatkan majlis bahawa apabila injil mulai diajar kepada bangsa-bangsa bukan Israel yang belum disunat di rumah Cornelius, mereka menerima Roh Kudus sama seperti saudara Yahudi yang penganut baru yang telah disunat. Tuhan, dia berkata, "tidak membezaan antara kita dan mereka, sesudah Ia menyucikan hati mereka dengan iman.

"Kalau demikian, mengapa kamu mahu mencubai Tuahn dengan meletakkan pada tengkuk murid-murid itu suatu kuk, yang tidak dapat dipikul oleh nenek moyang kita ataupun kita sendiri?

"Sebaliknya, kita percaya, bahawa oleh kasih kurnia Tuhan Yesus Kristus kita akan beroleh keselamatan sama seperti mereka juga." (Kisah Rasul-Rasul 15:9–11; lihat versa 8).

Setelah itu Paulus, Barnabas, dan mungkin orang lain memberi sokongan untuk isytiharan Petrus, Yakobus cadangkan bahawa keputusan itu akan dilaksanakan oleh surat kepada Gereja, dan majlis bersatu "dengan bulat hati" (Kisah Rasul-Rasul 15:25; lihat versa 12–23). Dalam surat yang mengumumkan keputusan mereka, para Rasul berkata, "Kerana keputusan itu baik kepada Roh Kudus dan kepada kami" (Kisah 15:28), atau dalam perkataan lain, keputusan ini datang menerut wahyu ilahi melalui Roh Kudus.

Pola-pola yang sama diikuti pada hari ini dalam Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan. Presiden Gereja boleh mengumumkan atau mentafsir ajaran berdasarkan wahyu yang dia terima (misalnya, A&P 138). Penjelasan ajaran juga boleh datang melalui majlis Presidensi Utama dan Kuorum Twelve Apostles (misalnya, Pernyataan Rasmi  2). Perbincangan majlis sering termasuk pertimbangan ayat-ayat suci yang resmi, ajaran-ajaran pemimpin Gereja, dan amalan yang lepas. Tetapi pada akhirnya, sama seperti dalam Gereja Perjanjian Baru, tujuannya bukan saja persetjuan sepakat antara ahli-ahli majlis tetapi wahyu dari Tuhan. Ia suautu proses yang melibatkan baik tinjauan akal (taakul) mahupun iman untuk mendapatkan minda dan kemahuan Tuhan.4

Pada masa yang sama harus diingati bahawa semua kenyataan yang diberi oleh pemimpin Gereja, pada waktu dahulu atau sekarang, tidak semestinya menjadi ajaran Gereja. Ia biasanya difahamkan dalam Gereja bahawa suatu pernyataan yang diberi oleh seorang pemimpin, pada satu masa, sering merupakan pendapat peribadi. Walaupun pendapat itu ditimbangkan dengan teliti, ia tidak menjadi rasmi bagi seluruh Gereja. Nabi Joseph Smith mengajar bahawa "seorang nabi [adalah] seorang nabi hanya apabila dia bertindak dalam peranan itu."5 Presiden Clark, yang dipetik sebelum ini, berkata:

"Sebuah kisah yang bapa saya ceritakan kepada saya ketika saya masih seorang budak menunjukkan ajaran ini, saya tidak mengetahui dari mana kisah ini berasal, tetapi ia menggambarkan ajarannya. Kisahnya adalah bahawa ketika keriuhan yang serentak dengan kedatangan Angkatan Tentera Johnston, Brigham Young mengkhutbah kepada orang-orang dalam pertemuan pagi sebuah khutbah yang penuh keingkaran terhadap para tentera yang sedang menghampiri dan menyatakan niat untuk melawan dan menghalau mereka. Dalam pertemuan petang dia bangun dan berkata bahawa Brigham Young telah berkata pada waktu pagi, tetapi Tuhan akan berfirman sekarang. Kemudiannya dia menyampaikan khutbah yang bertentangan dengan ceremahnya waktu pagi. …

“… Gereja akan tahu melalui kesaksian Roh Kudus yang diberikan kepada para ahli, sama ada pemimpin Gereja, ketika mengatakan pandangan mereka, ‘diilhami oleh Roh Kudus’; dan lama-kelamaan pengetahuan itu akan ditunjukkan."6

Nabi Joseph Smith mengesahkan peranan utama Juruselamat dalam ajaran kami dalam satu ayat muktamad: " Prinsip-prinsip dasar agama kita ialah kesaksian para Rasul dan Nabi, mengenai Yesus Kristus, yaitu Dia mati, dikuburkan, dan bangkit semula pada hari ketiga, dan naik ke syurga; dan semua perkara lain yang berkaitan dengan agama kita adalah tambahan atas itu."7 Kesaksian Joseph Smith tentang Yesus adalah “bahawa [dia] hidup kerana dia melihatnya, bahkan di sebelah kanan Tuhan dan [dia] mendengar suara yang memberikan kesaksian bahawa Dia adalah Putera Tunggal Bapa." (A&P 76:23; lihat versa 22). Saya memohon dari semua yang mendengar atau membaca mesej ini untuk mendapatkan, melalui berdoa dan membaca tulisan suci, saksi yang sama akan keilahian sifat, Korban Tebusan, dan Kebangkitan Yesus Kristus. Terimalah ajaran-Nya dengan bertaubat, dibaptiskan, menerima kurnia Roh Kudus, dan sepanjang hidup anda mematuhi perintah dan perjanjian Injil Yesus Kristus.

Ketika perayaan Paskah kita mendekat, saya mengungkapkan saksi saya sendiri bahawa Yesus adalah Putera Tuhan, Mesias yang dinubuatan pada zaman kuno. Dia adalah Kristus yang mederita di Gethsemane, mati di atas salib, dikuburkan, dan yang bangkit semula pada hari ketiga. Dia adalah Tuhan yang dibangkitkan, yang melaluinya kita semua akan dibangkitkan, dan yang olehnya semua yang sanggup akan ditebus dan dimuliakan dalam kerajaan-Nya yang syurgawi. Yesus yang telah diangkat ke syurga akan datang kembali dengan cara yand sama untuk memerintah di atas bumi (lihat Kisah Rasul-Rasul 1:11). Ini adalah ajaran kita yang mengesahkan semua kesaksian Yesus Kristus yang sebelumnya dan dinyatakan semula untuk masa kita sendiri. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Tunjuk Rujukan

  1.  

    1. Lihat Neal A. Maxwell, “From the Beginning.” Ensign, Nov. 1993, 18–19: "Yakobus menasihati menentang 'sengketa dan pertengkaran di antara’ Gereja (Yakobus 4:1). Paul mengucapkan sedih tentang 'perpecahan' dalam Gereja dan bagaimana 'serigala yang ganas’ tidak akan ‘menyayangkan kawanan' (1 Kor. 11:18; Kisah Rasul-Rasul 20:29–31). Dia tahu bahawa suatu kemurtadan akan datang dan menulis kepada orang Tesalonika bahawa kedatangan kedua Yesus tidak akan berlaku ‘kecuali datang dahulu murtad’; lagi menasihati bahawa ‘kedurhakaan telah mulai bekerja’ (2 Tes. 2:3, 7). “Dekat pada akhirnya, Paulus mangakui betapa luas ialah kemurtadan itu: ‘semua mereka yang di daerah Asia Kecil berpaling dari padaku’ (2 Tim. 1:15). … Kedurhakaan dan penyembahan berhala meluas membawa amaran kerasulan. (lihat 1 Kor. 5:9; Ef. 5:3; Yud. 1:7). Yohanes dan Paulus meratapi kedatangan Rasul-Rasul palsu (lihat 2 Kor. 11:13; Why. 2:2). Jelasnya, Gereja dikepung. Sesetengah orang menjadi murtad dan kemudian menentang secara terbuka. Dalam satu peristiwa, Paulus berdiri sendirian dan meratapi bahawa ‘semuanya meniggalkan aku; (2 Tim. 4:16). Dia juga menyatakan mereka yang ‘mengecau banyak keluarga’ (Tit. 1:11). Sesetengah pemimpin tempatan memberontak, seperti satu, yang menyukai keunggulannya, menolak pemimpin Gereja (lihat 3 Yoh. 1:9–10). “Tidak hairanlah Presiden Brigham Young menghuraikan: ‘Dikatakn bahawa Imamat telah diambil dari Gereja, tetapi tidak begitu, Gereja menjauhkan diri dari Imamat’ (dalam Journal of Discourses, 12:69).” "Taakul, atau tinjauan akal, yaitu suatu tradisi falsafah Yunani, menguasai, lalu menggantikan, pergantungan pada wahyu, sebuah hasil yang mungkin disegerakan oleh Kristian berniat baik yang ingin membawa kepercayaan mereka ke dalam aliran pertama dalam budaya sezaman. … “… Biar kita [juga] berhati-hati tentang mengubahsuaikan teologi diwahyukan dengan kebijaksanaan duniawi." (Neal A. Maxwell, Ensign, Nov.1993, 19–20).

  2.  

    2. Rasul-rasul dan nabi-nabi seperti Joseph Smith menyatakan firman Tuhan, tetapi sebagai tambahan, kita percaya lelaki dan wanita dan juga kanak-kanak boleh belajar daripada dan akan dibimbing oleh ilham ilahi sebagai jawapan dia atas doa dan kajian kitab-kitab. Sama seperti pada zaman Rasul-Rasul purba, ahli-ahli Gereja Yesus Kristus diberi kurnia Roh Kudus, yang memudahkan komunikasi yang berterusan dengan Bapa Syurgawi mereka atau dalam erti kata lain, wahyu peribadi (lihat Kisah Rasul-Rasul 2:37 - 38). Dengan cara ini, Gereja menjadi sebuah kumpulan orang yang berkeputusan, matang secara rohani dan yang iman tidak buta tetapi melihat--diajarkan dan disahkan oleh Roh Kudus. Ini bukan untuk mengatakan bahawa setiap ahli bercakap bagi Gereja atau boleh menentukan ajaran-ajarannya, tetapi mereka masing-masing boleh menerima petunjuk Ilahi dalam menangani cabaran dan peluang hidupnya.

  3.  

    3. J. Reuben Clark Jr., “When Are Church Leaders’ Words Entitled to Claim of Scripture?” Church News, July 31, 1954, 9–10; lihat Ajaran dan Perjanjian 28:1–2, 6–7, 11–13.

  4.  

    4. Persiapan dan kelayakan yang diperlukan bagi peserta majlis ialah "keadilan…kekudusan, kerendahan hati, kelemahlembutan dan tidak tergesa-gesa,…iman, dan kebajikan, dan pengetahuan, sopan, sabar, takut akan Tuhan, keramahan, persaudaraan dan kasih yang murni;” “Karena janjinya adalah, jika hal-hal ini berlimpah ruah di dalamnya, itu tidak akan atak berbuah dalam pengetahuan tentang Tuhan.” (A&P 107:30-31)

  5.  

    5. Joseph Smith, in History of the Church, 5:265.

  6.  

    6. J. Reuben Clark Jr., “Church Leaders’ Words,” 10. Presiden Clark terus: Saya tidak pasti jika ini pernah berlaku, tetapi ia menggambarkan ajaranya—bahawa bahkan Presiden Gereja, sendiri, mungkin tidak selalu ‘digerakkan oleh Roh Kudus,’ apabila dia mengucapkan kepada orang. Ini pernah berlaku mengenai ajaran (selalunya bersifat spekulatif) di mana Presiden-Presiden Gereja yang berikutnya dan orang-orang lain fikirkan bahawa dalam menyatakan doktrinnya, orang yang mengucap tidak ‘digerakkan oleh Roh Kudus.’ “Bagaimana akan ketahui bila pengambaraan pemimpin Gereja ke dalam prinsip-prinsip dan ajaran-ajaran yang sangat spekulatif memenuhi syarat-syarat untuk pastikan orang yang mengucapkannya ‘digerakkan oleh Roh Kudus’? Gereja akan ketahui melalui kesaksian Roh Kudus dalam di dalam tubuh ahli-ahli Gereja, sama ada pendapat pemimpin Gereja adalah ‘digerakkan oleh kuasa Roh Kudus’; dan tidak lama lagi pengetahuan itu akan ditunjukkan.” (J. Reuben Clark Jr., “Church Leaders’ Words,” 10).

  7.  

    7.  Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 49.