Yang Berbelaskasihan Dapatkan Belas Kasihan

Oleh Presiden Dieter F. Uchtdorf

Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama


Apabila hati kita dipenuhi dengan kasih sayang Tuhan, kita menjadi “ramah seorang terhadap yang lain, penuh kasih mesra dan saling mengampuni.”

Tidak lama lalu saya menerima sebuah surat dari seorang ibu yang risau yang meminta sebuah ceramah persidangan umum pada topik yang akan menolong kedua-dua anaknya secara khusus. Mereka sudah menjadi jauh secara emosi satu dari yang lain, dan mereka sudah berhenti bercakap satu sama lain. Ibu dipenuhi dengan kesedihan. Dalam surat tersebut, dia menjamin saya bahawa sebuah pesanan persidangan umum pada topik ini akan mendamaikan anak-anak dia, dan semuanya akan menjadi baik.

Permintaan ikhlas sister yang baik ini hanya satu dari beberapa desakan yang saya sudah terima selama bulan-bulan kebelakangan ini bahawa saya harus berkata sedikit hari ini pada topic ini yang bertumbuh sebagai masalah - bukan sahaja untuk seorang ibu yang risau tetapi untuk banyak orang di Gereja dan di seluruh bumi.

Saya dikagumkan oleh iman ibu yang mengasihi ini bahawa sebuah ceramah persidangan umum boleh monolong menyumbuhkan hubungan antara anak-anaknya. Saya pasti bahawa keyakinannya bukan pada kemahiran penceramah tetapi dalam "kuasa firman Allah," yang memiliki "dampak yang lebih kuat atas fikiran orang daripada ... apa pun yang lain."1 Sister yang terkasih, saya berdoa agar Roh akan mempengaruhi perasaan anak-anak kamu.

Apabila Hubungan Merosot

Hubungan yang tegang dan rosak seumur dengan manusia sendiri. Kain yang kuno yang pertama yang benarkan perasaan pahit dan niat jahat mengatasi dan mencemarkan hatinya. Dia bercucuk tanam tanah jiwa dia dengan kebencian dan rasa iri dan benarkan perasaan itu masak sampai dia buat yang tidak boleh difikirkan—membunuh adik dia sendiri dan menjadi dalam proses itu pencipta dusta Satan di bumi.2

Sejak masa awal itu, perasaan iri hati dan benci telah meyebabkan beberapa dari cerita paling tragik dalam sejarah. Perasaan-perasaan ini telah memalingkan Saul terhadap David, anak-anak Yakub terhadap adik mereka Josef, Laman dan Lemuel terhadap Nefi, dan Amalikia terhadap Moroni.

Saya rasa bahawa setiap orang di bumi terjejas dalam suatu cara oleh perasaan persaingan, geram, dan membalas dendam yang memusnahkan. Mungkin bahkan ada masa apabila kita mengenali perasaan ini dalam diri kita sendiri. Apabila kita rasa luka hati, marah, atau iri hati, senang sangat menghakimi orang lain, sering kali memutuskan bahawa tindakan mereka ada motivasi yang jahat supaya memberikan justifikasi atas perasaan geram kita sendiri.

Ajarannya

Sudah tentu kita tahu ini salah. Ajarannya sangat jelas. Kita semua bergantung kepada Juruselamat; tak seorang pun dari kita boleh diselamatkan tanpa Dia. Kurban Tebusan Kristus tak terbatas dan abadi. Keampunan atas dosa kita terjadi dengan syarat. Kita harus bertaubat, dan kita mesti sanggup mengampuni orang lain. Yesus mengajarkan, "Mengampuni satu sama lain; kerana dia yang tidak mengampuni… [berdiri]terhukum di hadapan Tuhan; kerana ada tinggal dalam dirinya dosa yang lebih besar"3 dan "Berbahagialah yang murah hatinya, kerana mereka akan beroleh kemurahan.”4

Sudah tentu perkataan ini kelihatan munasabah - apabila diterapkan kepada orang lain. Kita boleh dengan begitu senang dan jelas menampakkan dampak yang memburukkan yang terjadi apabila orang lain berhakim dan memegang dendam. Dan tentulah kita tidak suka apabila orang lain menghakimi kita.

Tetapi apabilia kita fikir tentang prasangka dan rungutan kita sendiri, kita terlalu sering kali menjelaskan bahawa kemarahan kita salih dan pertimbangan kita boleh dipercayai dan sesuai. Walaupun kita tidak boleh memandang dalam hati orang lain, kita menganggap bahawa kita tahu motif atau bahkan orang yang jahat apabila kita menampaknya. Kita membuat kecualian apabila kita fikir tentang rasa pahit kita kerana kita merasa bahawa, dalam situasi kita, kita memiliki semua maklumat yang kita perlu untuk memandang orang lain dengan rasa benci.

Rasul Paulus, dalam surat dia kepada orang Roma, mengatakan bahwa mereka yang menghakimi orang lain "tidak bebas dari salah." Pada saat kita mengakimi orang lain, dia jelaskan, kita menunjukkan bahawa kita bersalah, kerana tak seorang pun tanpa dosa.5 Menolak mengampuni orang lain dosa yang besar - Juruselamat memberikan amaran terhadapnya. Pengikut Yesus sendiri telah "mencari kesempatan menentang satu sama lain dan tidak mengampuni [satu sama lain] dalam hati mereka; dan untuk kejahatan ini mereka disengsarakan dan dengan parah didera."6

Juruselamat kita telah berkata dengan betapa jelas tentang tajuk ini bahawa adalah mustahil untuk bersalahfaham apa yang dia cakap. "Aku, Tuhan, akan mengampuni yang akan Aku ampuni," Beliau sudah katakan, “tetapi darimu dituntut untuk mengampuni semuaorang.”7

Mungkin saya boleh buat nota kaki di sini? Apabila Tuhan menghendaki bahawa kita mengampuni semua orang, itu termasuk mengampuni diri kita sendiri. Kadang kala, dari semua orang di bumi, orang yang paling susah mengampuni—dan mungkin yang paling perlu pengampunan kita—adalah diri kita sendiri.

Ajaran yang Paling Penting

Tajuk ini tentang menghakimi orang lain boleh diajarkan dalam khutbah satu kata sahaja. Apabila seorang mahu membenci, bergosip, tak mempedulikan, mengejek, berpegang dendam, atau mahu meluka hati orang lain - tolong menerapkan yang berikutnya:

Berhentilah!

Sesederhana itu. Kita perlu berhenti menghakimi orang lain sahaja dan menggantikan fikiran dan perasaan yang berhakim dengan kasih sayang atas Tuhan dan anak-anak-Nya. Tuhan Bapa kita. Kita anak-Nya. Kita semua saudara-saudari. Saya tidak tahu dengan tepat macam mana menjelaskan perkara ini tentang jangan menghakimi orang lain dengan cukup kejelasan, perasaan, dan pujukan supaya anda semua selalu mengingatinya. Saya boleh memetik tulisan suci, saya boleh menjelaskan ajaran, bahkan saya akan memetik sebuah pelekat bampar saya nampak baru-baru ini. Pelekat itu dilekatkan pada belakang kereta yang pemandunya kelihatan sedikit kasar, tetapi perkataan atas pelekat itu mengajarkan saya sebuah pelajaran yang memberi saya wawasan. Ia berkata, "Jangan menghakimi saya sebab saya berdosa dengan cara lain daripada kamu."

Kita harus mengenal bahawa kita semua tidak sempurna -- bahawa kita pengemis di hadapan Tuhan. Tidak pernahkah kita semua, pada sesuatu saat, mendekat tutup pendamaian dan meminta rahmat? Tak pernahkah kita ingin belas kasihan dengan segenap tenaga jiwa kita - untuk diampuni dari kesilapan dan dosa yang kita buat?

Kerana kita semua bergantung pada belas kasihan Tuhan, macam mana boleh kita tak memberi kepada orang lain sedikitpun belas kasihan yang kita ingin dengan amat bagi diri kita sendiri? Saudara-saudari, tak patutkah kita mengampuni semacam kita mahu diampuni?

Kasih Sayang Tuhan

Susahkah ini membuat?

Ya, tentulah.

Mengampuni diri kita sendiri dan orang lain tidaklah mudah. Sebenarnya, bagi kebanyakan dari kita mengampuni orang perlu sebuah perubahan yang besar dalam sikap dan cara berfikir kita - bahkan sebuah perubahan hati kita. Tetapi ada khabar baik. Injil Yesus Kristus direka bentuk untuk menghasilkan "perubahan yang hebat"8 dalam hati ini.

Macammana ini dilakukan? Melalui kasih sayang Tuhan.

Apabila hati kita dipenuhi dengan kasih sayang Tuhan, sesuatu baik dan murni terjadi kepada kita. Kita "menuruti perintah-perintah-Nya. Perintah-perintah-Nya ini tidak berat, sebab semua yang lahir dari Allah, mengalahkan dunia."9

Lebih banyak kita membenarkan kasih sayang Tuhan untuk memerintah dalam minda dan emosi kita - lebih banyak kita membenarkan kasih sayang kita terhadap Bapa kita di Syurga bertumbuh dalam hati kita - lebih senang menyayangi orang lain dengan kasih yang murni Kristus. Apabila kita membenarkan Tuhan memenuhi kita dengan kasih sayang-Nya, kenbencian dan perasaan iri kita akan akhirnya dilemahkan.

Macam selalu, Kristus teladan kita. Dalam ajaran-Nya semacam kehidupan-Nya, Dia menunjuk kita jalan yang benar. Dia mengampuni orang yang jahat, yang kasar, dan yang mencuba melukakan Dia.

Yesus mengatakan bahawa senang bagi kita untuk mengasihi orang yang mengasihi kita; bahkan yang jahat boleh buat itu. Tetapi Yesus Kristus mengajarkan sebuah undang-undang yang lebih tinggi. Dia mengatakan perkataan ini berabad-abad lalu, tetapi perkataan itu diterapkan kepada kita hari ini. Perkataan ini dirancang untuk mereka semua yang mahu menjadi pengikut-Nya.10

Apabila hati kita dipenuhi dengan kasih sayang Tuhan, kita menjadi "ramah seorang terhadap yang lain, penuh kasih mesra dan saling mengampuni, sebagaimana Allah di dalam Kristus telah mengampuni [kita]."11

Kasih sayang yang murni Kristus boleh mengambil dari kita perasaan geram dan kemarahan yang mempengaruhi cara kita memandang, membenarkan kita memandang orang lain secara Bapa kita di Syurga memandang kita: sebagai manusia yang bercacat dan tidak sempurna yang berpotensi dan berharga jauh lebih tinggi daripada apa yang kita dapat membayangkan. Kerana Tuhan menyayangi kita betapa banyak, kita jugt harus menyayangi dan mengampuni satu sama lain.

Cara Pengikut

Saudara-suadari saya yang terkasih, mamandang soalan-soalan berikutnya sebagai ujian-sendirian:

Berpegangkah kamu sebuah dendam terhadap seorang lain?

Bergosipkah kamu, bahkan apabila apa yang kamu cakap benar?

Menghalangkah, menjauhkankah diri sendiri dari, atau menghukumkah orang lain kerana sesuatu yang mereka membuat?

Berasakah kamu iri hati terhadap seorang lain secara rahsia?

Inginkah kamu meluka seorang lain?

Kalau kamu menjawab ya ke satu daripada soalan ini, kamu mungkin patut menerapkan khutbah satu kata itu dari lebih awal: Berhentilah!

Dalam sebuah dunia dipenuhi dengan tuduhan dan ketidakramahan, senang sangat mengumpulkan dan melemparkan batu. Tetapi sebelum kita membuat itu, biarkan kita mengingati perkataan dari Dia yang adalah Tuhan dan teladan kita: "Barangsiapa di antara kamu tidak berdosa, hendaklah ia yang pertama melemparkan batu."12

Saudara-saudari, biarkanlah kita menjatuhkan batu kita.

Biarkanlah kita berhati baik.

Biarkanlah kita mengampuni orang.

Biarkanlah kita berkata secara damai satu sama yang lain.

Biarkanlah kasih sayang Tuhan memenuhi hati kita.

"Marilah kita berbuat baik kepada semua orang."13

Juruselamat berjanji: "Berilah dan kamu akan diberi: suatu takaran yang baik, yang dipadatkan, yang digoncang dan yang tumpah ke luar akan dicurahkan… Sebab ukuran yang kamu pakai untuk mengukur, akan diukurkan kepadamu."14

Tak patutkah perjanjian ini cukup untuk selalu mengfokuskan usaha kita pada tindakan keramahan, keampunan, dan kasih amal daripada kelakuan negatif apa pun?

Biarkanlah kita, sebagai pengikut Yesus Kristus, membalikkan kebaikan untuk kejahatan.15 Biarkanlah kita tidak mencari membalas dendam ataupun membenarkan kemarahan kita mengatasi kita.

“Sebab ada tertulis: Pembalasan itu adalah hak-Ku. Akulah yang akan menuntut pembalasan, firman Tuhan.

“Tetapi, jika seteumu lapar, berilah dia makan; jika ia haus, berilah dia minum.  …

“Janganlah kamu kalah terhadap kejahatan, tetapi kalahkanlah kejahatan dengan kebaikan!”16

Ingatlah: pada akhirnya, adalah yang berbelas kasihan yang dapatkan belas kasihan.17

Sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, di mana pun kita berada, biarkan kita dikenali sebagai orang yang "saling mengasihi."18

Menyayangi Satu Sama Lain

Saudara-saudari, ada cukup penderitaan dan kedukaan dalam kehidupan ini tanpa kita menambah kepadanya melalui kedegilan, kepahitan, dan rasa geram kita.

Kita tidak sempurna.

Orang-orang di sekeliling kita tidak sempurna.19 Orang membuat hal yang menjengkelkan, megecewakan, dan memarahkan. Dalam kehidupan yang fana ini, selalulah begitu.

Walaupun begitu, kita harus melepaskan rungutan kita. Sebahagian dari tujuan kefanaan adalah belajar macam mana melepaskan hal begitu. Itulah cara Tuhan.

Ingatlah, syurga dipenuhi dengan orang yang semuanya begini: Mereka diampuni. Dan mereka mengampuni orang.

Meletakkan beban kamu pada kaki Juruselamat. Melepaskan penghakiman. Biarkanlah Kurban Tebusan Kristus mengubah dan menyembuh hati kamu. Menyayangi satu sama lain. Mengampuni satu sama lain.

Yang berbelas kasihan akan dapatkan belas kasihan.

Tentang ini saya bersaksi dalam nama Dia yang menyayangi dengan begitu baik dan begitu lengkap bahawa dia memberi kehidupan-Nya bagi kita -kawan-kawan-Nya, dalam nama Yesus Kristus, amin.