Sanggup dan Layak untuk Melayani

Oleh Presiden Thomas S. Monson


Mukjizat-mukjizat dapat ditemu di merata-rata tempat apabila imamat difahami, kuasanya dihormati dan digunakan dengan sesuai, dan iman digunakan.

Saudara-saudaraku yang disayangi, betapa baiknya untuk bertemu dengan anda sekali lagi. Bila saya menghadiri petemuan umum untuk pemegang imamat, saya merenungkan ajaran dari pemimpin-pemimpin Tuhan yang berhati mulia yang telah berucap di dalam pertemuan-pertemuan umum untuk imamat gereja Ramai darinya telah meninggal menunju gangaran abadi mereka, akan tetapi dari kepintaran fikiran mereka, dari kedalaman jiwa mereka, dan dari kebaikan hati mereka, telah memberikan kita arahan yang penuh ilham. Saya berkongsi dengan anda malam ini sedikit dari ajaran mereka mengenai imamat.

Dari Nabi Joseph Smith: “Imamat adalah prinsip abadi, dan wujud dengan Tuhan dari kekekalan, dan akan wujud sehingga kekekalan, tanpa permulaan (hari) atau (tahun) tamat.”1

Dari perkataan Presiden Wilford Woodruff, kita belajar: “Imamat yang suci adalah saluran yang menerusinya Tuhan berkomunikasi dengan, serta memperlakukan manusia yang ada di atas bumi; dan utusan-utusan syurgawi yang telah mengunjungi dunia untuk berkomunikasi dengan manusia juga ialah insan yang dulu memegang dan menghormati imamat ketika berada dalam daging; dan segalanya yang Tuhan telah suruh agar dilakukan demi keselamatan manusia, dari kedatangan manusia atas bumi sehingga keselamatan dunia, telah dan akan dilakukan melalui imamat yang kekal.”2

Presiden Joseph F. Smith menjelaskan: “Imamat adalah…kuasa Tuhan yang ditugaskan kepada manusia dengan mana manusia dapat bertindak di bumi demi keselamatan keluarga manusia, dalam nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus, dan bertindak secara sah; dengan tidak mengambil wewenang itu, dan tidak meminjamkannya dari generasi yang lalu yang mati, tetapi wewenang itu telah diberikan pada hari kita ini oleh malaikat dan roh-roh yang melayani dari syurga, langsung dari hadirat Tuhan Mahakuasa.”3

Dan akhirnya dari Presiden John Taylor: “Apakah itu imamat? ... Iyanya kerajaan Tuhan, sama ada di bumi atau di syurga, kerana dengan kuasa, hak, atau prinsip itulah bahawa segala hal ditadbirkan di bumi atau di syurga, dan olehnya segala hal ditahan dan dikekalkan. Ia memerintahkan—ia mengarahkan—ia mengekalkan—dan berhubung dengan segala hal yang mempunyai kaitan dengan Tuhan dan kebenaran.”4

Betapa diberkati kita untuk berada di sini ketika zaman akhir ini, bila imamat Tuhan ada di bumi. Betapa istimewa hak kita yang memegang imamat. Imamat bukanlah seperti hadiah, ia seperti panggilan untuk melayani, hak istimewa untuk mengangkat, dan kesempatan untuk memberkati hidup orang-orang lain.

Dengan kesempatan ini datanglah tanggung-tanggungjawab dan tugas. Saya sayangi dan menghargai perkataan yang mulia tugas yang semua yang tersirat dengannya.

Dalam suatu tugas atau yang lain, di dalam suatu keadaan atau yang lain, saya telah menghadiri pertemuan imamat selama 72 tahun yang lepas—sejak saya ditahbiskan sebagai deakon pada umur 12. Waktu terus berjalan. Tugas berjalan dengan kadar yang sama. Tugas tidak menjadi kurang penting atau lebih kecil. Malapetaka atau konflik datang dan berlalu, tetapi peperangan bagi jiwa-jiwa manusia terus tanpa berkurang. Seperti seruan lantang datanglah firman Tuhan kepada anda, saya, dan pemegang imamat di serata tempat: “Oleh kerana itu, maka biarlah setiap orang belajar akan kewajipannya, dan memangku jabatan yang telah ditetapkan baginya dengan penuh ketekunan.”5

Panggilan pada tugas datang kepada Adam, Nuh, Abraham, Musa, Samuel, dan Daud. Ia datang kepada Nabi Joseph Smith dan kepada setiap dari penggantinya. Panggilan pada tugas datang kepada Nefi ketika ia pemuda apabila dia diarah oleh Tuhan, melalui ayahnya Lehi, untuk kembali kepada Yerusalem dengan abangnya untuk mendapatkan kepingan-kepingan loyang dari Laban. Abang-abang Nefi bersungut, dan menyebut bahawa ia perkara yang susah yang telah diminta darinya. Apakah jawaban Nefi? Dia berkata, “Aku akan pergi dan melakukan apa yang telah Tuhan perintahkan, kerana aku tahu bahawa Tuhan tidak memberikan perintah kepada anak-anak manusia, kecuali dia akan mempersiapkan jalan bagi mereka agar mereka boleh merampungkan apa yang Dia perintahkan kepada mereka.”6

Apabila panggilan yang sama datang kepada anda dan saya, apakah akan menjadi jawaban kita? Adakah kita akan bersungut seperti Laman dan Lemuel dan bercakap. “Ini perkara yang sukar yang telah di tuntut dari kami”?7 Atau adakah kita akan, dengan Nefi, mengumumkan, “Aku akan pergi. Aku akan melakukan”? Adakah kita akan sanggup untuk melayani dan mematuhi?

Ada waktu apabila kebijaksanaan Tuhan kelihatan kurang bijak atau begitu susah, tetapi satu dari pelajaran terhebat yang dapat kita pelajari selama kefanaan adalah bilamana Tuhan bercakap dan seorang mematuhi, orang itu selalunya akan benar.

Apaila saya berfikir akan perkataan tugas dan bagaiamana melakukan tugas, kita dapat memperkaya hidup kita dan hidup orang lain, saya teringat pada perkataan yang ditulis oleh seorang pemuisi dan penulis:

Saya tidur dan memimpi
Bahawa hidup itu kebahagiaan
Saya bangun dan melihat
Bahawa hidup itu tugas
Saya bertindak, dan lihatlah--
Tugas adalah kebahagiaan.8

Robert Louis Stevenson menggambarkannya dalam perkataan lain. Dia berkata, “Saya tahu apa itu nikmat, kerana saya telah melaksanakan kerja yang bermutu.”9

Ketika kita melaksanakan tugas-tugas kita dan menggunakan imamat kita, kita akan menemukan kebahagiaan yang sejati. Kita akan mengalami kepuasan dari penyelesaian tugas-tugas kita.

Kita telah diajar tugas-tugas yang tertentu dalam imamat yang kita pegang, sama ada ia Imamat Harus atau Melkisidek. Saya mendesak anda untuk menimbangkan tugas-tugas itu lalu malakukan segalanya dalam kemampuan anda untuk menepatinya. Untuk mencapai itu, setiap satu mesti layak. Biar kita bersedia dengan tangan yang murni dan sanggup supaya kita dapat terlibat dalam memberikan apa yang Bapa Kita di Syurga ingin orang lain terima dari-Nya. Jika kita tidak layak, ia mungkin bagi kita kehilangan kuasa imamat, dan jika kita menghilanginya, kita telah rugi intipati kemuliaan. Biarlah kita melayak untuk melayani.

Presiden Harold B. Lee, salah satu dari guru Gereja yang terhabat, berkata, “Apabila seorang menjadi pemegang imamat, dia menjadi wakil Tuhan. Dia harus berfikir akan panggilannya seperti dia berada di suruhan Tuhan.”10

Ketika Peperangan Dunia keDua, pada awal 1944, suatu pengalaman yang melibatkan imamat terjadi semasa tentera-tentera marin sedang mengambil Kwajalein Atoll, sebahagian dari pulauan Marshall yang terletak hampir di pertengahan Australia dan Hawaii. Apa yang terjadi disampaikan oleh wartawan—yang bukan ahli gereja—yang bekerja untuk surat khabar di Hawaii. Di dalam artikel surat khabar 1944 dia menulis pengalaman yang berikut, dia menerangkan bahawa dia dan beberaoa wartawan lain berada di belakang kumpulan kedua dari tentera marin di Kwajalein Atoll. Ketika mereka maju ke hadapan mereka melihat seorang tentera marin yang terampung dengan mukanya dalam air, ternyata dengan luka yang berat. Air yang cetek di sekelilingnya merah dengan darahnya. Lalu para wartawan itu perasan seorang tentera bergerak menunju rakannya yang terluka. Tentera kedua itu juga terluka, lengan kirinya tergantung pada sisinya. Dia mengangkat kepala yang satu yang terambung dalam air supaya dia tidak mati lemas. Dalam suara yang penuh cemas dia panggil untuk bantuan. Para wartawan itu melihat lelaki yang tentera itu membantu dan panggil balik, “Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan untuk lelaki ini.”

“Lalu,” menulis si wartawan, “ Saya melihat sesuatu yang tidak pernah saya melihat. Lelaki ini, yang berat terluka sendiri, berjalan ke pesisir air dengan tubuh rakan dia yang kelihatan tidak bernyawa. Dia meletakkan kepala rakannya pada lututnya. Betapa hebat gambar itu—dua pemuda ini terluka secara yang munkin membawa maut—keduanya … kelihatan bersih dan murni, walaupun keadaan mereka ini yang penuh derita. Dan yang satu tunduk kepalanya atas yang lain dan berkata, ‘saya memerintahkan anda dalam nama Yesus Kristus dan dengan kuasa imamat, untuk terus hidup sehingga saya mendapat bantuan perubatan.” Wartawan menutup artikelnya: “Kita bertiga, [yang dua tentera itu dan saya], berada di sini di hospital. Para doctor tidak mengetahui…[bagaimana mereka sampai hidup-hidup], tetapi saya tahu.”11

Mukjizat-mukjizat dapat ditemu di merata-rata tempat apabila imamat difahami, kuasanya dihormati dan digunakan dengan sesuai, dan iman digunakan. Bila iman menggantikan keraguan, bila pelayanan yang tidak mementingkan diri menghapuskan usaha yang mementingkan diri, kuasa Tuhan mencapai tujuan-tujuan-Nya.

Panggilan pada tugas dapat datang dengan senyap ketika kita yang memgang imamat menjawab tugas-tugas yang kita terima. Presiden George Alber Smith, pemimpin yang berkesan dan bersikap sederhana, mengumumkan, “Ia tugas anda pertama-tama untuk belajar apa yang Tuhan ingin, lalu dengan kuasa dan kekuatan imamat kudus anda, melakukan tugas anda dengan cemerlang di dalam hadirat rakan-rakan anda agar orang-orang akan ikut anda dengan gembira.”12

Suatu panggilan yang begitu—yang kurang dramatis, tetapi yang meskipun menyelamatkan jiwa seorang—datang kepada saya pada 1950 bila saya seorang uskup baru. Tugas saya sebagai uskup adalah banyak dan beragam macam, dan saya mencuba sedaya upaya saya untuk melakukan semua yang diperlu dari saya. Amerika Syarikat terlibat dalam peperangan berbeza pada waktu itu. Oleh kerana ramai dari ahli-ahli gereja kita melayani di angkatan tentera, tugas datang kepada saya dari ibu pejabat Gereja bagi semua uskup untuk memberikan setiap anggota tentera sebuah langganan surat Church News dan Improvement Era, majalah gereja yang semasa pada waktu itu. Tambahan, setiap uskup diminta untuk menulis, sendiri, sepucuk surat kepada setiap anggota tentera dari bahagiannya. Bahagian kami ada 23 lelaki yang anggota tentera. Kuorum imamat, dengan usaha, membekal wang untuk langganan penerbitan itu. Saya mengambil tugas untuk menulis 23 surat peribadi setiap bulan. Setelah begitu banyak tahun, saya masih ada salinan dari surat saya dan balasan yang saya terima. Air mata datang dengan senang apabila surat-surat itu dibaca kembali. Ianya sangat menggembirakan untuk belajar kembali akan janji tentera untuk hidup menerut injil, keputusan seorang kelasi untuk tahan dan beriman dengan keluarganya.

Pada suatu malam saya hulurkan kepada seorang saudari dari bahagian saya susunan 23 surat untuk bulan itu. Tugas dia adalah mengendalikan perhantaran surat itu dan mengemaskinikan senarai alamat-alamat yang selalunya bertukar. Dia melihat sehelai sampel surat dan, dengan senyum , bertanya, “Uskup, adakah kamu pernah menjadi tawar hati? Di sinilah sepucuk surat lagi kepada Saudara Bryson. Ini surat ke17 yang telah anda kirim kepadanya tanpa balasan.”

Saya menjawab, “Jadi, munkin ini akan bulan bagi jawabannya.” Dan, pada akhirnya, inilah bulan. Untuk pertama kalinya, dia membalas surat saya. Balasannya kenangan manis, sesuatu yang sangat berharga. Dia, pada waktu itu, melayani di tempat jauh, terasing, merindui kampung, dan bersendiri. Dia menulis, “Uskup, saya tidak begitu baik dengan menulis surat.” (Saya mungkin dapat memberitahunya itu beberapa bulan yang lalu.) Suratnya terus, “Terima kasih untuk surat Church News dan majalah, tetapi saya paling berterima kasih atas surat-surat peribadi anda. Saya telah berubah. Saya telah ditahbiskan sebagai penatua dalam Imamat Harun. Hati saya penuh. Saya seorang lelaki yang gembira.

Saudara Bryson tidak lebih gembira daripada uskupnya. Saya belajar pengunaan amali untuk ungkapan, “Melakukan tugasmu; itu yang paling baik. Tinggalkan yang sisa bagi Tuhan.”13

Bertahun-tahun nanti, ketika menghadiri pancang Cottonwood di bandar Salt Lake apabila James E. Faust melayani sebagai presidennya, saya berkonsi cerita itu sebagai usaha untuk menggalakan perhatian bagi anggota tentera kita. Setelah pertermuan itu, seorang yang kacak dan muda maju ke hadapan. Dia mengambil tangan saya dalam tangannya dan bertanya, “Uskup Monson adakah anda ingat saya?”

Saya dengan tiba-tiba mengenali dia. “Saudara Bryson!” saya berteriak. “Apa khabar anda? Apakah anda sedang melakukan dalam Gereja?”

Dengan kehangatan dan kebanggaan yang ternyata dia membalas, “Saya baik. Saya melayani dalam presidensi kuorum penatua. Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan anda dan surat peribadi yang anda kirim kepada saya yang saya sangat hargai.”

Saudara-saudara, dunia memerlukan pertolongan kita. Adakah kita melakukan kesemua yang kita patut? Adakah kita mengingati perkataan Presiden John Taylor: “Jika anda tidak melaksanakan tugas anda dengan cemerlang, Tuhan akan mengganggap anda bertanggungjawab atas mereka yang mungkin anda dapat selamatkan jikalau anda telah melakukan tugas anda”?14 Ada kaki yang perlu ditegapkan, tangan untuk diambil, fikiran untuk digalakkan, hati untuk diilhamkan, dan jiwa untuk diselamatkan. Berkat-berkat keabadian menantimu. Anda yang berhak bukan untuk menjadi penonton tetapi untuk menjadi para peserta di pentas pelayanan imamat. Biar kita dengarkan peringatan dari Surat kepara Yakobus yang membangkitkan semangat, “Tetapi hendaklah kamu menjadi pelaku firman dan bukan hanya pendengar saja; sebab jika tidak demikian kamu akan menipu diri sendiri.”15

Biar kita belajar dan berfikir dalam-dalam tugas kita. Biar kita mejadi sanggup dan layak untuk melayani. Biar kita dalam pelaksanaan tugas kita menjejaki si Ketua. Ketika anda dan saya berjalan dalam cara yang sama dengan cara Yesus, kita akan temui bahawa dia lebih daripada bayi di Betleham, dan lebih daripada anak lelaki kepada seorang tukang kayu, lebih daripada guru terunggul yang akan pernah hidup. Kita akan mengenali Dia sebagai Putera Tuhan, Juruselamat kita dan Penebus kita. Bilamana panggilan pada tugas datang kepadanya, Dia menjawab, “Bapa, kehendak-Mu jadilah, dan kemuliaan bagi-Mu untuk selama-lamanya.”16

Tunjuk Rujukan

  1.  

    1.  Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 104.

  2.  

    2.  Teachings of Presidents of the Church: Wilford Woodruff (2004), 38.

  3.  

    3. Joseph F. Smith, Gospel Doctrine, 5th ed. (1939), 139–40; emphasis added.

  4.  

    4.  Teachings of Presidents of the Church: John Taylor (2001), 119.

  5.  

    5.  Ajaran dan Perjanjian 107:99; emphasis added.

  6.  

    6.  1 Nefi 3:7; lihat versa 1–5.

  7.  

    7. Lihat 1 Nefi 3:5.

  8.  

    8. Rabindranath Tagore, dalam William Jay Jacobs, Mother Teresa: Helping the Poor (1991), 42.

  9.  

    9. Robert Louis Stevenson, dalam Elbert Hubbard II, comp., The Note Book of Elbert Hubbard: Mottoes, Epigrams, Short Essays, Passages, Orphic Sayings and Preachments (1927), 55.

  10.  

    10.  Stand Ye in Holy Places: Selected Sermons and Writings of President Harold B. Lee (1976), 255.

  11.  

    11. In Ernest Eberhard Jr., “Giving Our Young Men the Proper Priesthood Perspective,” typescript, July 19, 1971, 4–5, Church History Library.

  12.  

    12. George Albert Smith, in Conference Report, Apr. 1942, 14.

  13.  

    13. Henry Wadsworth Longfellow, “The Legend Beautiful,” in The Complete Poetical Works of Longfellow (1893), 258.

  14.  

    14.  Teachings: John Taylor, 164.

  15.  

    15.  Yacobus 1:22.

  16.  

    16.  Musa 4:2.