2010–2019
These Things I Know
April 2013


Inilah Perkara Yang Saya Tahu

Dari semua yang saya telah baca dan diajari serta dipelajari, salah satu yang paling berharga dan kebenaran kudus yang saya menawarkan adalah kesaksian saya yang luar biasa atas Juruselamat Yesus Kristus.

Di tahun 1992, sesudah melayani selama sembilan tahun sebagai Pembantu kepada kourum Dua belas dan 22 tahun sebagai ahli kourum Dua belas, saya mencapai umur 68. Saya berasa diilhami untuk menulis sesuatu yang saya sebut sebuah “ Karangan Yang Belum Selesai.” Bahagian pertama dari karangan itu dibaca:

Saya mempunyai satu fikiran di malam lain,

Satu fikiran yang mendalam dan bijaksana.

Ianya datang bila saya sangat lelah,

Terlalu letih untuk pergi tidur.

Saya telah mempunyai hari yang sangat sibuk

Dan memikirkan nasib saya.

Pemikiran ini adalah:

Apabila saya masih muda, saya bukan 68 tahun!

Saya boleh berjalan tanpa ketempangan;

Saya tidak mempunyai sakit bahu

Saya dapat membaca satu kalimat dua kali

Dan mengutipnya kembali lagi.

Saya dapat bekerja selama berjam-jam

Dan hampir tidak berhenti untuk bernafas.

Dan perkara-perkara yang kini tidak dapat saya lakukan

Saya menaklukinya dengan kemudahan apabila saya masih muda.

Jika saya kini dapat kembali ke masa lalu,

Jika saya berkemampuan untuk melakukan itu,

Saya tidak akan menukar usia tua dengan usia muda,

Saya akan mempunyai kehilangan yang terlalu banyak.

Saya agak berpuas hati untuk bergerak ke hadapan,

Menyerahkan masa muda saya, tak peduli bagaiamanapun indahnya.

Perkara yang akan saya kehilangan jiika saya kembali

Adalah apa yang saya memahami.

Sepuluh tahun kemudian, saya memutuskan untuk menambahkan beberapa garis lagi kepada sajak itu:

Sepuluh tahun telah berlalu dengan cepat

Dengan berlalunya tahun-tahun itu, saya kehilangan banyak kesakitan

Pinggul logam menghapuskan ketempangan saya;

Saya berjalan lurus semula.

Plat logam lain memegang tulang leher dengan terjamin di tempatnya—

Plat logam adalah satu ciptaan yang mengagumkan!

Ia membantu mengatasi akibat polio;

Saya telah bergabung dengan generasi keras kepala.

Tanda-tanda penuaan dapat dilihat.

Perkara-perkara itu tidak akan menjadi baik.

Satu-satunya bahagian daripada saya yang bertambah kuat

Adalah kelupaan saya .

Anda bertanya, “Apakah saya ingat anda?”

Tentu sahaja, anda kelihatannya sama.

Sekarang anda janganlah menjadi sangat bersusah hati

Jika saya tidak dapat mengingat nama anda.

Saya setuju saya telah belajar beberapa perkara yang

Saya tidak ingin tahu,

Tetapi usia telah membawa kebenaran-kebenaran yang berharga

Itulah yang membuat kita berkembang.

Dari semua berkat yang telah datang,

Perkara yang terbaik dalam hidup saya

Adalah persahabatan dan keselesaan

Yang saya peroleh dari isteri tercinta.

Anak-anak kami semua telah menikah dengan baik,

Dengan keluarga mereka sendiri,

Dengan anak-anak dan cucu-cucu,

Betapa cepatnya mereka semua membesar .

Saya tidak sedikitpun mengubah fikiran saya

Tentang memperoleh kembali masa muda.

Kita sepatutnya menjadi tua, kerana dengan itu

Datang pengetahuan akan kebenaran.

Anda bertanya, “Apa yang akan terjadi di masa depan?

Apa yang akan menjadi nasib saya?”

Saya akan menuruti dan tidak mengadu.

Bertanya apabila saya berumur 88!

Dan tahun yang lepas saya menambahkan baris-baris ini:

Dan sekarang anda lihat saya berumur 88.

Tahun-tahun telah berlalu dengan cepat.

Pada mulanya saya berjalan normal, kemudian saya berjalan tempang, dan kemudian saya harus memakai tongkat,

Dan sekarang, pada akhirnya, saya menaiki kerusi roda.

Saya tidur dari masa ke masa,

Tetapi kuasa imamat tetap tinggal.

Meskipun semua perkara fizikal saya yang kurang

Saya telah berkembang besar secara rohani.

Saya telah mengembara di seluruh dunia

Lebih daripada tiga juta kilometer.

Dan melalui siaran satelit,

Suara saya masih mengembara di seluruh dunia.

Sekarang saya boleh berkata dengan semua kepastian

Bahawa saya tahu dan mengasihi Tuhan.

Saya boleh bersaksi akan perkara yang sama seperti mereka yang bersaksi di zaman dulu

Semasa saya mengkutbahkan firmanNYa yang kudus.

Saya tahu apa yang Beliau merasakan di Getsemani

Adalah terlalu banyak untuk difahami.

Saya tahu Beliau melakukan semua itu bagi kita;

Kita tidak mempunyai Rakan yang lebih besar.

Saya tahu bahawa Beliau akan datang lagi

Dengan kuasa dan dalam kemuliaan.

Saya tahu saya akan melihatNya sekali lagi

Pada akhir kehidupan saya.

Saya akan berlutut dihadapan kakiNya yang terluka;

Saya akan merasakan cahaya Roh Beliau.

Suara bisikan saya, yang bergetar akan berkata,

“Tuhan ku, Tuhan ku, saya tahu“1

Dan saya tahu!

Tingkap belakang rumah kami menghadap ke taman bunga kecil dan hutan yang bersempadan dengan sungai kecil. Salah satu dinding rumah bersebelahan taman tebal ditutupi dengan pokok menjalar. Kebanyakan tahun pokok menjalar ini menjadi tempat bersarang burung-burung kecil. Sarang di dalam pokok menjalar aman dari musang dan rakun serta kucing yang berkeliaran.

Satu hari ada keriuhan besar di pokok menjalar itu. Tangisan kesusahan yang serius terjadi semasa 8 atau 10 burung dari hutan sekitarnya bergabung dalam tangisan kecemasan itu. Ular telah meluncur setengah turun dari pokok menjalar dan menggantung di depan tingkap cukup lama bagi saya untuk menariknya keluar. Bahagian tengah tubuh ular itu mempunyai dua bonjol—bukti nyata yang membuktikan bahwa ular telah menelan dua anak burung dari sarang itu. Kami tidak pernah melihat kejadian seperti itu selama 50 tahun kami tinggal di rumah itu. Ia terjadi sekali dalam pengalaman seumur hidup—dan begitu kami fikir.

Beberapa hari kemudian ada keriuhan lain, kali ini pada pokok menjalar yang menutupi kandang anjing kami. Kami mendengar tangisan kecemasan yang sama dari kumpulan burung kecil yang tinggal di kawasan itu. Kami tahu apa pemangsanya. Seorang cucu lelaki memanjat ke kandang dan menarik keluar ular lain yang masih memegang dengan erat ibu burung yang telah ia tangkap dalam sarang dan membunuhnya.

Saya bertanya pada diri saya, “ Apakah yang terjadi? Apakah Taman Eden diserang lagi?”

Ada datang ke dalam fikiran saya amaran yang dikatakan oleh para nabi. Kita tidak akan sentiasa selamat dari pengaruh musuh, walaupun di dalam rumah kita sendiri. Kita perlu melindungi anak-anak kita.

Kita hidup di dunia yang sangat merbahaya yang mengancam perkara-perkara yang paling rohani. Keluarga, organisasi penting dalam masa dan keabadian, adalah di bawah serangan angkatan yang kelihatan dan tak kelihatan. Musuh sangat aktif. Tujuan musuh adalah menyebabkan cedera. Jikalau dia boleh melemahkan dan menghancurkan keluarga, dia akan berjaya.

Orang Suci zaman akhir menyedari kepentingan unggul keluarga dan berusaha untuk hidup dalam cara yang sedemikian sehingga musuh tidak dapat menyelinap ke dalam rumah kita. Kita menemukan keselamatan dan keamanan bagi diri kita dan anak-anak kita dalam menghormati perjanjian yang telah kita buat dan melakukan tindakan kepatuhan yang sederhana yang diperlukan daripada pengikut Kristus.

Yesaya mengatakan, “Pekerjaan soleh akan mendatangkan kedamaian; dan akibat kesolehan ialah ketenangan dan ketenteraman untuk selama-lamanya.”2

Bahwa ketenangan itu juga dijanjikan dalam wahyu yang mana Tuhan mengisytiharkan, “Jikalau kamu bersiap, kamu tidak akan takut.” 3

Kuasa mutlak imamat telah diberikan untuk melindungi rumah dan penghuninya. Ayah mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk mengajar anak-anaknya dan memberkati dan menyediakan bagi mereka tatacara injil dan setiap imamat perlindungan lain yang diperlukan. Dia menunjukkan kasih sayang dan kesetiaan dan hormat kepada ibu supaya anak-anak mereka boleh melihat kasih sayang itu.

Saya telah mengetahui bahawa iman adalah kuasa nyata, bukan hanya ungkapan kepercayaan. Ada beberapa perkara yang lebih berkuasa daripada doa yang setia dari ibu yang soleh.

Ajarlah diri anda dan ajarlah keluarga anda tentang kurnia Roh Kudus dan Korban Tebusan Yesus Kristus. Anda akan melakukan tiada pekerjaan abadi yang agung daripada di dalam dinding rumah anda sendiri.

Kita tahu bahawa kita adalah anak –anak roh dari ibubapa syurgawi, yang kita berada di bumi untuk menerima tubuh fana kita dan diuji. Kita yang mempunyai tubuh fana mempunyai kuasa atas makhluk yang tidak bertubuh.4 Kita adalah bebas untuk memilih apa yang kita kehendaki dan memilih perbuatan kita, tetapi kita tidak bebas untuk memilih akibatnya. Akibat dari pilihan kita tidak dapat diubah.

Hak pilihan dijelaskan dalam ayat suci sebagai “hak pilihan bebas atas moral,” yang mana bererti yang kita boleh memilih di antara baik dan jahat. Musuh berusaha menggoda kita untuk menyalahgunakan hak pilihan moral kita.

Kitab suci mengajar kita “bahawa setiap orang dapat bertindak dalam ajaran dan asas yang berkenaan dengan masa depan, sesuai dengan hak pilihan bebas atas moral yang telah Aku berikan kepadanya, supaya setiap orang mesti bertanggungjawab atas dosa-dosanya sendiri pada hari penghakiman.” 5

Alma mengajarkan bahawa “ Tuhan tidak dapat membiarkan dosa sedikitpun.”6 Untuk memahami ini, kita mesti memisahkan dosa dari pendosa.

Sebagai contoh, apabila mereka membawa ke hadapan Juruselamat seorang wanita yang berzinah, secara jelas bersalah, Beliau mengakhiri perkara itu dengan lima kata: “Pergilah, dan jangan berdosa lagi.”7 Itulah sikap pelayanan Beliau.

Toleransi adalah satu kebaikan, tetapi seperti semua kebaikan, apabila dibesar-besarkan ianya berubah menjadi kejahatan. Kita perlu berhati-hati atas “perangkap toleransi” supaya kita tidak terjebak di dalamnya. Toleransi awam yang diciptakan dengan melemahkan hukum awam yang mengizinkan perbuatan yang tidak bermoral menjadi sah, tidaklah mengurangkan akibat serius rohani yang dihasilkan daripada pelanggaran hukum kermurnian Tuhan.

Semua orang dilahirkan dengan Terang Kristus, satu pengaruh yang membimbing yang mana mengizinkan setiap orang untuk mengenali yang baik dan yang jahat. Apa yang kita lakukan dengan terang itu, dan bagaimana kita menjawab kepada bisikan-bisikan untuk hidup dengan soleh adalah bahagian dari ujian kehidupan fana.

“Kerana lihatlah, Roh Kristus diberikan kepada setiap orang, supaya dia dapat mengetahui yang baik dari yang jahat; oleh kerana itu, Aku memperlihatkan kepadamu cara untuk menilai, kerana setiap hal yang mengajak orang untuk berbuat baik dan membujuk orang untuk percaya Kristus, dikirim oleh kuasa dan kurnia Kristus; oleh kerana itu kamu akan mengetahui dengan sempurna hal itu berasal dari Tuhan.” 8

Setiap daripada kita mesti tetap tinggal dalam keadaan untuk menjawab kepada inspirasi dan bisikan dari Roh Kudus. Tuhan mempunyai cara untuk memberikan kecerdasan murni ke dalam fikiran kita untuk memperingatkan kita, membimbing kita, mengajar kita, dan memberi amaran kepada kita. Setiap anak lelaki dan anak perempuan Tuhan boleh mengetahui perkara yang mereka perlu tahu dengan segera. Belajar menerima dan bertindak atas inspirasi dan wahyu.

Dari semua yang saya telah baca dan diajari serta dipelajari, salah satu yang paling berharga dan kebenaran kudus yang saya menawarkan adalah saksi yang luar biasa atas Yesus Kristus. Beliau hidup. Saya tahu Beliau hidup. Saya saksi Beliau. Dan daripadaNya saya bersaksi. Beliau Juruselamat kita, Sang Penebus kita. Mengenai hal ini saya yakin. Atas ini saya menanggung saksi. Dalam nama Yesus Kristus, amin.