2010–2019
"This Is My Work and Glory"
April 2013


“Inilah PekerjaanKu serta KemuliaanKu”

Tuhan telah memberikan secara bebas kuasaNya kepada mereka yang mahu menerima dan menghormati imamatNya, yang mana membimbing kepada berkat-berkat yang dijanjikan, kebakaan dan kehidupan abadi.

Presiden Packer, kita semua menantikan versi 98 dari sajak yang bagus itu. Betapa arahan yang bagus yang diberikan kepada kita.

Beberapa minggu yang lepas, pada malam musim sejuk yang gelap dan dingin, isteri saya, Barbara, dan saya memandang kagum ke atas langit. Berjuta-juta bintang nampak sangat terang dan indah. Kemudian saya beralih kepada Mutiara Yang Sangat Berharga dan membaca lagi dengan tertanya-tanya apa yang Tuhan berkata kepada Musa: “ Dan dunia yang tak terhitung telah Aku ciptakan; dan Aku juga telah menciptakan mereka untuk keperluanku sendiri; dan oleh Putera TunggalKu” (Musa1:33).

Pada masa kita, teleskop angkasa Hubble telah mengesahkan kepentingan apa yang dilihat Musa. Saintis Hubble, mengatakan Galaksi Bima Sakti, yang mana bumi kita dan matahari adalah hanya sebahagian kecil, dianggarkan hanya salah satu daripada 200 bilion galaksi yang sama. Bagi saya, ia adalah sukar untuk dimengerti, mustahil untuk difahami, begitu besar dan begitu luas ciptaan Tuhan.

Saudara dan saudari, kuasa oleh mana langit dan bumi itu diciptakan adalah kuasa imamat. Kita ahli-ahli gereja tahu bahawa sumber dari kuasa imamat ini adalah Tuhan Raja Yang Perkasa dan PuteraNya, Yesus Kristus. Tidak hanya kuasa imamat oleh mana langit dan bumi ini diciptakan, tetapi ia juga adalah kuasa yand dipakai Juruselamat dalam pelayanan fanaNya melakukan mukjizat, memberkati dan menyembuhkan yang sakit, menghidupkan orang yang mati, dan, sebagai PuteraTunggal Bapa kita, menahan kesakitan yang tak tertanggung di Getsemani dan tempat yang disebut Tengkorak—oleh itu memenuhi hukum keadilan dengan belas kasihan dan menyediakan penebusan yang tak terhad dan mengatasi kematian jasmani melalui Kebangkitan.

Ia adalah kunci-kunci kuasa imamat dan kuasa berikutnya yang Beliau memberikan kepada Petrus, Yakobus, dan Yohanes dan rasulNya yang lain untuk memberkati yang lain dan untuk mengikat di syurga apa yang di ikat di bumi.

Kuasa Imamat adalah satu anugerah kudus dan penting dari Tuhan. Ia berbeza dari wewenang imamat, yang mana ianya hak kuasa untuk bertindak dalam nama Tuhan. Wewenang itu atau pentahbisan yang diberikan dengan peletakan tangan. Kuasa imamat datang hanya apabila mereka menggunakannya dengan layak dan bertindak selaras dengan kehendak Tuhan. Seperti Presiden Spencer W. Kimball mengatakan, “Tuhan memberikan kepada kita semua, sebagai pemegang imamat, sebahagian dari kuasaNya, tetapi kita hanya dapat menggunakan kuasa dari syurga berdasarkan kesolehan peribadi kita” (“Boys Need Heroes Close By,” Ensign, May 1976, 45).

Selama hari mulia dari Pemulihan dan penubuhan kembali Gereja Yesus Kristus di dunia hari ini, Yohanes Pembaptis; Petrus, Yakobus; dan Yohanes; Musa, dan Elia datang ke bumi dan dipulihkan melalui Nabi Joseph Smith semua kunci dan kuasa imamat bagi pekerjaan Tuhan pada zaman akhir ini.

Adalah dengan kunci –kunci ini, wewenang ini, dan kuasa ini bahawa Gereja Yesus Kristus diatur, dengan Kristus sebagai ketua mengarahkan nabi hidup Beliau, Thomas S. Monson, serta dibantu oleh Rasul yang dipanggil dan ditahbiskan dengan sepatutnya.

Dalam rancangan anugerahan imamat agung Bapa Syurgawi kita, kaum lelaki mempunyai tanggung jawab unik untuk memberi imamat, tetapi mereka bukan imamat. Lelaki dan wanita mempunyai peranan yang berbeza tetapi sama penting. Sama seperti seorang wanita tidak dapat hamil tanpa seorang lelaki, oleh sebab itu seorang lelaki tidak dapat sepenuhnya menjalankan kuasa imamat untuk menubuhkan satu keluarga abadi tanpa seorang wanita. Dengan kata lain, dalam perspektif kekal, kedua-dua kuasa memperanakkan dan kuasa imamat adalah dikongsi oleh suami dan isteri. Dan sebagai suami dan isteri, seorang lelaki and seorang wanita harus berusaha untuk mengikuti Bapa Syurgawi kita. Kebaikan Kristian, kasih sayang, kerendahan hati, dan kesabaran harus menjadi tumpuan mereka semasa mereka mencari berkat imamat dalam kehidupan mereka dan bagi keluarga mereka.

Ia adalah sangat penting bagi kita untuk memahami bahawa Bapa Syurgawi telah menyediakan satu jalan bagi semua anak lelaki dan anak perempuanNya untuk mempunyai akses kepada berkat dan dikuatkan oleh kuasa imamat. Inti dalam rancangan Tuhan kepada roh anak-anakNya adalah pernyataan Beliau sendiri: “Inilah pekerjaanKu serta kemulianKu—untuk mendatangkan kebakaan dan hidup yang kekal bagi manusia” (Musa 1:39).

Dalam wahyu yang diberikan kepada nabi Joseph Smith di bagian 81, dari Ajaran dan Perjanjian, Tuhan menjelaskan bahawa kuasa imamat adalah digunakan untuk “membantu yang lemah, mengangkat tangan yang terkulai, dan menguatkan lutut yang lemah” (ayat 5).

“Dan dalam melaksanakan hal [demikian] engkau hendaknya melakukan kebaikan yang terbesar kepada sesamamu, dan hendaknya meningkatkan kemuliaanNya yang menjadi Tuhanmu” (Ajaran dan Perjanjian 81:4).

Semasa kita berfikir tentang gambaran membantu yang lemah, mengangkat tangan yang terkulai, dan menguatkan lutut yang lemah, saya teringat seorang anak gadis manis berumur tujuh tahun menunjukkan datuknya sebuah tanaman tomato kecil yang dia telah bermula dari benih sebagai bahagian daripada projek sekolah gred kedua.

Dia menjelaskan bahawa dari satu benih kecil ini akan menjadi satu tanaman. Dan jika tanaman ini dijaga, ia akan tumbuh banyak tomato yang masing-masing akan mempunyai banyak benih.

Dia berkata, “Dan jika semua benih-benih itu ditanam dan akan tumbuh lebih banyak lagi tomato, dan anda menanam semua benih-benih itu, dalam beberapa musim, anda akan mempunyai berjuta-juta tomato.”

Semuanya,” dia berkata dalam kekaguman, “dari satu benih kecil.”

Tetatpi kemudian dia berkata, “Saya hampir membunuh tanaman saya. Saya meninggalkan ia dalam bilik gelap dan terlupa untuk menyiramnya. Apabila saya teringat tanaman itu, ia menjadi layu dan nampaknya mati. Saya menangis kerana saya berfikir akan berjuta-juta tomato yang tidak akan pernah tumbuh.”

Dia teruja untuk memberitahu datuknya tentang “mukjizat” yang terjadi.

Dia menjelaskan, “Mama berkata mungkin tanaman itu tidak mati. Mungkin yang ia perlukan adalah sedikit air dan cahaya untuk dihidupkan kembali.

“Dan dia betul. Saya memberi tanaman itu sedikit air dan meletakkan ia di tingkap untuk cahaya. Dan apa diteka?” dia bertanya. “Tanaman itu hidup kembali, dan sekarang ia akan tumbuh berjuta-juta tomato!”

Tanaman tomato kecil beliau, yang begitu penuh potensi tetapi begitu dilemahkan dan layu daripada pengabaian yang tidak disengajakan, telah diperkukuhkan dan dihidupkan semula melalui rawatan yang mudah air dan cahaya dan oleh penjagaan serta kasih sayang dari tangan seorang gadis kecil.

Saudara dan saudari—sebagai anak-anak roh harfiah dari Bapa Syurgawi yang penyayang—kita mempunyai potensi ilahi, yang tak terhad. Tetapi jika kita tidak berhati-hati, kita boleh menjadi layu seperti tanaman tomato. Kita boleh hanyut, jauh dari ajaran yang benar dan injil Kristus dan secara rohani menjadi kekurangan zat makanan dan menjadi layu, setelah menjauhkan diri kita dari cahaya ilahi dan air kehidupan serta kasih sayang Juruselamat dan kuasa imamat.

Mereka yang memegang imamat dan gagal untuk tetap berusaha menghormatinya dengan melayani keluarga kita dan yang lain, akan menjadi seperti mereka yang tidak menerima berkat warisan dalam kuasa imamat dan sudah tentu akan layu secara rohani, setelah melucutkan diri mereka dari zat makanan penting rohani, cahaya, dan kuasa dari Tuhan dalam kehidupan mereka—seperti tanaman tomato yang begitu penuh potensi tetapi diabaikan dan layu.

Sama dengan kuasa imamat yang menciptakan dunia, galaksi, dan alam semesta dapat dan seharusnya menjadi bahagian dari hidup kita untuk membantu, menguatkan, dan memberkati keluarga kita, rakan-rakan kita, dan jiran-jiran kita—dengan kata lain, melakukan perkara yang Juruselamat akan melakukan apabila Beliau melayani diantara kita pada hari ini.

Dan tujuan utama dari kuasa imamat ini adalah untuk memberkati, mengkuduskan, dan menyucikan kita sehingga kita boleh hidup bersama dengan keluarga kita dalam kehadiran ibubapa syurgawi kita, diikat oleh pemeteraian imamat, ikut serta dalam pekerjaan agung Tuhan dan Yesus Kristus dalam meluaskan cahaya dan kemuliaan Mereka untuk selama-lamanya.

Untuk mencapai tujuan ini, beberapa bulan yang lepas saya mempunyai peluang untuk ikut serta dalam pembuatan satu persembahan berasaskan video, latihan kepemimpinan di seluruh dunia yang dipanggil Pengukuhan Keluarga dan Gereja melalui Imamat.

DVD baharu dan instruktif ini diterjemahkan ke dalam 66 bahasa. Ia mengajarkan bagaimana kuasa imamat dapat memberkati, menggiatkan, dan menghidupkan semula kehidupan kita, kehidupan keluarga kita, dan kehidupan semua ahli-ahli Gereja.

Ia menunjukkan kepada kita semua—lelaki, wanita, anak-anak; yang telah berkahwin, janda, atau bujang; tidak memperdulikan keadaan kita—bagaimana kita boleh mengambil bahagian dari berkat imamat. Terdapat beberapa 8 sampai 12 minit video segmen yang menjelaskan kunci-kunci, wewenang, dan kuasa imamat dan bagaimana ianya menguatkan individu, keluarga, dan Gereja.

Satu adegan khas difilemkan dalam rumah perintis yang kecil, nenek besar saya Mary Fielding Smith. Beliau adalah janda Hyrum, abang tertua dari nabi Joseph Smith. Dalam peranannya sebagai ibu tunggal, melalui imannya yang kukuh dalam imamat, dia menjemput dan bergantung pada kuasa itu untuk membesarkan dan memberkati anak-anaknya dalam kasih sayang dan cahaya injil. Hari ini keturunan beliau beribu-ribu pemimpin-pemimpin yang setia dan ahli-ahli Gereja bersyukur kepada beliau bagi iman, keberanian, dan teladannya.

Latihan kepemimpinan yang baharu ini boleh didapati di internet di LDS.org untuk semua melihat and mengalami. Anda dapat melihatnya langsung dari LDS.org atau anda boleh memuat turun ia ke komputer anda, smartphone anda, atau peranti tablet.

Presidensi Utama telah menanyakan “presidensi pancang dan lembaga uskup untuk mendedikasikan satu atau lebih pancang ataupun mesyuarat majlis bahagian untuk melihat seluruh DVD ini. Pancang dan majlis bahagian harus membincangkan bagaimana untuk melaksanakan ajaran-ajaran yang dipersembahkan” (Surat Presidensi Utama, Februari1, 2013).

Kandungan video ini akan mengilhami dan mendorong ahli dalam kourum imamat, Lembaga Pertolongan, Sekolah Hari Ahad, Remaja Putera, Remaja Puteri terutamanya mereka yang bersiap untuk misi dan dalam mesyuarat Sekolah Primer atau dalam perhimpunan gabungan kelima Ahad. Anggota majlis kemudian akan mampu untuk menggalakkan individu dan ibubapa untuk menggunakan persembahan ini dengan keluarga mereka. Saudara dan saudari, latihan kepemimpinan ini adalah untuk semua ahli Gereja. Ibubapa, meninjau semula, berkongsi, dan membincangkan apa yang anda pelajari dan merasakannya dengan anak anda, dan membiarkan mereka melihat dan melakukan yang sama dengan anda bahawa keluarga anda boleh dikuatkan melalui imamat.

Yesus berkata:

“Sesiapa yang dahaga, biarkan ia datang kepada-Ku, dan minum” (Yohanes 7:37).

“Sesiapa minum air yang akan Aku berikan kepadanya, dia tidak akan dahaga selama-lamanya; tetapi air yang akan Aku berikan kepadanya, menjadi suatu mata air yang memancar di dalam dirinya, dan memberi dia kehidupan kekal.” (Yohanes 4:14).

“Akulah cahaya bagi dunia: orang yang mengikuti Aku … akan beroleh cahaya yang memberikan hidup” (Yohanes 8:12).

Jika salah satu dari anda yang merasakan iman atau kesaksian anda atas rancangan Bapa Syurgawi adalah berkurang daripada yang anda tahu ia harus, maka memusatkan perhatian yang lebih penuh kepada Juruselamat. Biarkan cahayaNya dan air hidup Beliau melakukan bagi anda dan keluarga anda apa yang sedikit air dan cahaya melakukan dalam membawa kehidupan semula kepada tanaman tomato yang lemah.

Sekarang, saya mula dengan keajaiban dan kekaguman dalam ciptaan Tuhan melalui kuasa imamat. Saya berdiri disini, seperti saya mengira yang kebanyakan dari anda juga merasa tertanya-tanya apabila kuasa Tuhan untuk mengajar dan memberkati kita pernah dapat sepenuhnya di fahami. Ia begitu besar, begitu agung, begitu berkuasa.

Joseph Smith berkata, ‘Imamat itu adalah satu prinsip yang kekal, dan wujud dengan Tuhan dari kekekalan, dan akan selama-lamanya, tanpa permulaan hari atau akhir tahun. (Ajaran dari Presiden Gereja Joseph Smith [2007], 104).

Tuhan telah memberikan secara bebas kuasaNya kepada mereka yang mahu menerima dan menghormati imamatNya, yang mana membimbing kepada berkat-berkat yang dijanjikan, kebakaan dan kehidupan abadi.

Saya bersaksi bahawa pekerjaan Yesus Kristus adalah dilaksanakan melalui imamat. Ia adalah kuasa oleh mana Bapa Syurgawi kita dan Putera Terkasih-Nya menciptakan bumi ini dan yang menetapkan rancangan kebahagiaan besar demi keuntungan kita. Semoga kita menjadi bijaksana dan berusaha untuk memperkuat kehidupan kita sendiri, kehidupan keluarga kita, dan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir melalui kuasa imamat Tuhan adalah doa rendah hati saya dalam nama Yesus Kristus, amin.