2010–2019
Simpanlah Kepercayaanmu pada Tuhan
Oktober 2013


Simpanlah Kepercayaanmu pada Tuhan

Menjadi terlibat dalam apa yang anda mampu untuk berkongsi pesanan hebat tentang Pemulihan injil Yesus Kristus.

Saudari Ballard dan saya baru pulang dari satu tugas ke lima buah negara di Eropah. Di situ kami mempunyai peluang untuk bertemu dengan banyak para mubaligh kita, mungkin ada beberapanya adalah anak lelaki dan anak perempuan kamu. Sejak Presiden Thomas S. Monson mengumumkan bahawa usia untuk para remaja putera dan puteri kita untuk melayani misi telah diturunkan, saya berpeluang untuk bertemu sebanyak lebih 3000 dari mereka. Cahaya Kristus menyinar di wajah mereka, dan mereka bersemangat untuk mengerakkan pekerjaan Tuhan ke hadapan—untuk mencari dan mengajar, untuk membaptiskan, untuk mengaktifkan, dan untuk menguatkan dan untuk membina kerajaan Tuhan. Saat bertemu dengan mereka, seseorang5 dengan segera mengetahui, walau bagaimanapun, yang mereka tidak boleh membuat pekerjaan ini sendirian. Hari ini saya ingin berbicara kepada semua ahli Gereja, kerana terdapatnya satu kemustahakan untuk kita semua terlibat6 dalam perkongsian injil.

Seperti yang telah dipetik banyak kalinya, Nabi Joseph Smith mengisytiharkan bahawa “selepas semua yang telah dikatakan, tugas yang paling hebat dan paling penting adalah untuk mengajarkan Injil” (Ajaran-Ajaran Para Nabi Gereja: Joseph Smith [2007], 330).

Pada 1974 Presiden Spencer W. Kimball mengatakan ini: “Mungkin sebab paling utama untuk pekerjaan mubaligh adalah untuk memberi dunia peluang untuk mendengar dan menerima injil. Tulisan-tulisan suci penuh dengan arahan dan janji-janji dan pemanggilan dan ganjaran kerana mengajarkan injil. Saya menggunakan ayat arahan dengan sengaja kerana ia agak mendesak yang mana kita, secara tunggal dan secara kolektif, tidak dapat melarikan diri” (“Apabila Dunia akan ditukarkan,” Ensign, Okt. 1974, 4).

Di bulan Julai pada tahun yang sama, Saudari Ballard dan saya pergi bersama anak-anak kami untuk mempengerusikan Misi Toronto Kanada. Kata-kata Presiden Kimball mendering di telinga saya, terutamanya apabila dia berkata: “Saudara-sauradaku, saya tertanya-tanya jika kita melakukan semua yang kita mampu. Adakah kita leka dalam cara kita mengajar kepada seluruh dunia? Kita telah mengajar sekarang untuk 144 tahun. Adakah kita bersedia untuk memanjangkan langkah kita? Untuk membesarkan wawasan kita?” (Ensign, Okt. 1974, 5).

Dia juga meminta kita untuk mempercepatkan langkah kita, berkerja bersama untuk membina Gereja dan kerajaan Tuhan.

Bulan Jun yang lepas, Presiden Thomas S. Monson menggemakan pesanan yang sama kepada semua ahli Gereja. Presiden berkata: “Sekaranglah waktunya untuk para anggota dan para mubaligh datang bersama … [dan] berkerja di ladang anggur Tuhan20 untuk membawa jiwa-jiwa kepada-Nya. Dia telah menyediakan caranya untuk kita mengongsikan injil dalam pelbagai cara, dan Dia akan membantu kita dalam pekerjaan kita kalau kita bertindak dalam iman untuk melaksanakan pekerjaan-Nya” (“Iman dalam Kerja Penyelamatan” [ucapan diberikan di penyiaran khas, Jun 23, 2013]; lds.org/broadcasts).

Adalah baik, saudara dan saudari, untuk mencerminkan pada ajaran-ajaran para nabi dari masa Joseph Smith sehingga hari ini. Mereka telah mendorong dan memanggil kepimpinan dan para ahli Gereja untuk bersemangat terlibat dalam membawa pesanan Pemulihan injil kepada semua anak-anak Bapa Di Syurga di seluruh dunia.

Pesanan saya pada petang ini adalah mengenai Tuhan sedang mempercepatkan pekerjaan-Nya. Pada zaman kita ini hanya boleh dilakukan apabila semua ahli Gereja menjangkau dengan kasih untuk berkongsi kebenaran tentang pemulihan injil Yesus Kristus. Kita perlu berkerja bersama dengan para mubaligh kita seramai 80, 000 orang yang kini sedang melayani. Informasi tentang pekerjaan hebat ini, terutamanya tugasan-tugasan untuk para pemimpin pancang dan majlis bahagian, sangat jelas ditunjukkan di laman web LDS.org bertajuk “Mempercepatkan Kerja Penyelamatan.”

Kita tahu dari penyelidikan bahawa para ahli Gereja yang paling aktif menginginkan berkat-berkat dari injil untuk menjadi sebahagian dari kehidupan orang lain yang mereka kasihi, bahkan juga untuk orang yang mereka belum pernah jumpa. Tetapi kita juga tahu bahawa banyak ahli gereja leka untuk melakukan pekerjaan mubaligh dan mengongsikan injil untuk dua sebab yang asas.

  • Yang pertama adalah Ketakutan. Banyak anggota tidak pun berdoa untuk peluang-peluang mengongsikan injil, mereka takut akan penerimaan bisikan-bisikan ilahi untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak mampu buat.

  • Sebab kedua ialah salah faham mengenai apa itu pekerjaan mubaligh.

Kita tahu bahawa apabila seseorang bangun untuk memberi ucapan dalam pertemuan sakramen dan berkata “Hari ini saya akan bercakap tentang pekerjaan mubaligh,” ataupun apabila Elder Ballard bangun di persidangan umum dan mengatakan hal yang sama, beberapa dari kamu yang mendengar mungkin berfikir, “Oh tidak, jangan lagi; kami pernah dengar tentang ini sebelumnya.”

Sekarang, kita tahu bahawa tidak ada sesiapa pun menyukai perasaan bersalah. Mungkin kamu berasa kamu akan diminta untuk melakukan perkara yang tidak realistik dalam hubungan kamu dengan rakan-rakan atau jiran. Dengan bantuan Tuhan, biarlah saya mengeluarkan segala ketakutan kamu atau para mubaligh sepenuh masa kita yang mungkin ada dalam mengongsikan injil bersama orang lain.

Pilihlah keputusan untuk melakukan apa yang Yesus Kristus telah minta kita untuk lakukan. Juruselamat telah berkata:

“Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketuklah, maka pintu akan dibuka bagimu:

“Kerana setiap orang yang meminta, menerima dan setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetuk, baginya pintu dibukakan.

“Adakah seorang dari padamu yang memberi batu kepada anaknya, jika ia meminta roti,

“Atau memberi ular, jika ia meminta ikan?

“Jadi jika kamu yang jahat tahu memberi pemberian yang baik kepada anak-anakmu, apa lagi Bapamu yang di Syurga Ia akan memberikan yang baik kepada mereka yang meminta kepada-Nya.” (Matius 7:7–11).

Saudara dan saudari, Ketakutan dapat digantikan oleh iman dan keyakinan apabila para anggota dan para mubaligh sepenuh masa berlutut dalam doa dan meminta Tuhan untuk memberkati mereka dengan peluang-peluang pekerjaan mubaligh. Kemudian, kita harus mendemonstrasikan iman kita dan melihat bagi peluang-peluang untuk memperkenalkan injil Yesus Kristus kepada anak-anak Bapa Syurgawi kita, dan semestinya peluang-peluang itu akan datang. Peluang-peluang ini tidak memerlukan satu tindak balas yang terpaksa atau tersusun. Mereka akan mengalir seperti hasil semula jadi dari kasih kita untuk saudara dan saudari kita. Hanya jadilah positif, dan mereka yang kamu bercakap dengan akan merasai kasih sayangmu. Mereka tidak akan melupakan perasaan itu, walaupun masa untuk mereka memeluk injil mungkin belum sesuai. Itu juga mungkin berubah di masa hadapan apabila keadaan-keadaan mereka berubah.

Adalah mustahil bagi kita untuk gagal apabila kita melakukan yang terbaik apabila kita membuat pekerjaan Tuhan. Sementara hasilnya adalah keputusan dari pengunaan hak pilihan37 masing-masing, berkongsi injil adalah tanggungjawab kita.

Percayalah pada Tuhan, Dia adalah Pengembala yang Baik. Dia mengenali kambing biri-biri-Nya, dan kambing biri-biri-Nya mengenali suara-Nya; dan hari ini, suara Pengembala yang Baik adalah suaramu dan suaraku. Dan kalau kita tidak terlibat, banyak yang akan mendengar pesanan pemulihan injil ini akan hanya berlalu pergi. Dinyatakan dengan ringkas, itu hanya hal mengenai iman dan tindakan di pihak kita. Prinsip-prinsipnya mudah—berdoa, secara peribadi dan dengan keluarga, untuk peluang-peluang pekerjaan mubaligh. Tuhan telah berkata dalam Ajaran dan Perjanjian bahawa banyak orang telah ditahan dari kebenaran hanya “sebab mereka tidak tahu di mana untuk mencarinya” (A&P 123:12).

Kamu tidak perlu untuk menjadi seorang yang peramah atau mahir atau seorang guru yang meyakinkan. Kalau kamu mempunyai kasih yang mendalam dan harapan dalam dirimu, Tuhan telah berjanji kalau kamu “mengangkat suaramu kepada orang orang ini; [dan] membicarakan pemikiran yang akan [Dia] taruh ke dalam hatimu, … kamu tidak akan dipermalukan di hadapan manusia;

“[Dan] akan diberikan kepadamu … pada saat yang tepat, apa yang akan kamu katakan” (A&P 100:5–6).

Mengkhutbahkan Injil-Ku mengingatkan kita semua bahawa “tidak ada apa-apa yang akan berlaku dalam pekerjaan mubaligh sehingga [kita] mencari seseorang untuk diajar. Bercakaplah dengan sebanyak orang yang kamu boleh setiap hari. Adalah semulajadi untuk menjadi khuatir untuk bercakap dengan orang, tetapi kamu boleh berdoa untuk iman dan kekuatan untuk menjadi lebih berani dalam membuka mulut kamu untuk mengisytiharkan pemulihan injil” ([2004], 156–57). Anda para mubaligh sepenuh masa, kalau kamu mahu mengajar lebih banyak, kamu mesti bercakap dengan lebih banyak orang setiap hari. Ini senantiasa adalah sebab mengapa Tuhan telah menghantar para mubaligh untuk lakukan.

Tuhan mengenali kita. Dia tahu akan halangan-halangan kita. Saya sedar yang beberapa dari kamu mungkin berasa penuh beban, tetapi saya berdoa yang tidak ada sesiapa dari kamu akan berasa bahawa menjangkau dengan cara biasa, cara yang menyenangkan untuk berkongsi injil adalah satu beban. Tetapi, ia adalah satu keistimewaan! Tidak ada kegembiraan yang lain dalam kehidupan melainkan terlibat dengan bersemangat dalam pelayanan Tuhan.

Kuncinya adalah anda diinspirasikan oleh Tuhan, bahawa kamu meminta-Nya untuk petunjuk dan kemudian pergi melakukan seperti yang Roh bisikkan kepadamu. Apabila kamu melihat kerja penyelamatan seperti tanggungjawab kamu sendiri, ia boleh menjadi menakutkan. Apabila mereka melihatnya seperti jemputan untuk mengikut Tuhan dalam membawa jiwa-jiwa kepada-Nya untuk diajar oleh para mubaligh sepenuh masa, ia adalah menginspirasikan, menyegarkan dan meningkatkan.

Kita tidak meminta semua orang untuk melakukan segalanya. Kami hanya meminta semua anggota untuk berdoa, mengetahui bahaw jika setiap anggota, muda dan tua, akan menjangkau kepada hanya satu dari sekarang hingga Krismas, berjuta akan merasai kasih Tuhan Yesus Kristus. Dan betapa ia merupakan hadiah yang istimewa kepada Juruselamat.

Enam minggu lalu saya menerima sepucuk surat dari sebuah keluarga yang sangat berjaya dalam pekerjaan mubaligh, Keluarga Munns dari Florida. Mereka menulis:

“Elder Ballard yang dikasihi, 30 minit selepas siaran sedunia dalam mempercepatkan pekerjaan penyelamatan, kami mengadakan perbincangan mubaligh keluarga kami sendiri. Kami sangat teruja apabila cucu-cucu remaja kami ingin menyertai. Kami dengan gembira melaporkan bahawa sejak pertemuan perbincangan kami, kadar pengajaran kami telah dikembangkan sebanyak 200 peratus.

“Kami meminta cucu-cucu untuk membawa kawan-kawan ke gereja, mereka menikmati pertemuan sakramen bersama kawan-kawan kami yang kurang aktif, dan ada beberapa kenalan baru kami ingin belajar dari mubaligh. Salah seorang saudari kami yang kurang aktif bukan sahaja pulang ke gereja tetapi telah membawa bersamanya orang-orang baru yang ingin belajar lebih tentang gereja.

“Tidak ada seorang pun yang menolak jemputan untuk belajar bersama mubaligh. Betapa adalah waktu yang sangat menggembirakan untuk menjadi ahli Gereja ini”(Surat peribadi, Ogos 15, 2013).

Dengarkanlah bisikan-bisikan Roh Kudus. Merayu kepada Tuhan dalam doa yang kuat. Menjadi terlibat dalam apa yang kamu mampu untuk berkongsi pesanan hebat tentang Pemulihan injil Yesus Kristus.

Saya memetik dari seorang lagi anggota mubaligh yang berjaya, Clayton Christenses: “setiap kali kamu mengambil secara kiasan tangan seseorang dan memperkenalkan dia kepada Yesus Kristus, kamu akan merasa dengan dalam kasih Juruselamat kita untukmu dan kasih untuk orang itu yang berada di tanganmu” (Kuasa Mubaligh setiap hari: Apa dan Bagaimana Berkongsi Injil [2013], 1).

Tuhan memberkati kamu, saudara dan saudari, untuk mencari kegembiraan yang besar yang datang dari mengalami mukjizat melalui iman kamu. Seperti apa yang diajarkan kepada kita dalam Moroni pasal 7:

“Dan Kristus telah berfirman: Jika kamu akan mempunyai iman kepada-Ku kamu akan memiliki kuasa untuk melakukan apa pun yang sesuai bagi-Ku. …

“ … Kerana melalui imanlah para malaikat memperlihatkan diri dan melayani manusia; oleh itu, jika hal-hal ini berhenti celakalah anak-anak manusia, kerana itu disebabkan ketidakpercayaan, dan semuanya adalah sia-sia” (Moroni 7:33, 37).

Dari pengalaman saya sendiri saya dapat bersaksi kepadamu bahawa Tuhan akan mendengar doa-doamu dan kamu akan mempunyai banyak peluang sekarang dan untuk tahun-tahun yang akan datang untuk memperkenalkan injil Yesus Kristus kepada anak-anak Bapa Syurgawi yang berharga. Presiden Monson, kami telah mendengar. Kami semua akan berusaha untuk mencari seseorang, Saya berdoa agar kita semua akan mengalami kegembiraan yang besar yang datang dari pelayanan mubaligh, dalam nama kudus Tuhan Yesus Kristus, amin.