2010–2019
Sokongan Para Pegawai Gereja
Oktober 2013


Sokongan Para Pegawai Gereja

Diusulkan bahawa kita menyokong Thomas Spencer Monson sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu dan Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir; Henry Bennion Eyring sebagai Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama; dan Dieter Friedrich Uchtdorf sebagai Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama.

Mereka yang bersetuju, tolong menyatakannya.

Mereka yang membantah, kalau ada, boleh menyatakannya.

Diusulkan bahawa kita menyokong Boyd Kenneth Packer sebagai Presiden Kuorum Dua Belas Rasul, dan yang berikut sebagai para ahli kuorum itu: Boyd K. Packer, L. Tom Perry, Russell M. Nelson, Dallin H. Oaks, M. Russell Ballard, Richard G. Scott, Robert D. Hales, Jeffrey R. Holland, David A. Bednar, Quentin L. Cook, D. Todd Christofferson, dan Neil L. Andersen.

Mereka yang bersetuju, tolong menyatakannya.

Mereka yang membantah boleh menyatakannya.

Diusulkan bahawa kita menyokong para penasihat dalam Presidensi Utama dan Dua Belas Para Rasul sebagai para nabi, para pelihat, dan para pewahyu.

Semua yang bersetuju, tolong menyatakannya.

Yang membantah, kalau ada, boleh menyatakannya.

Diusulkan bahawa kita melepaskan para Elder John B. Dickson, Paul E. Koelliker, dan F. Michael Watson sebagai para ahli Kuorum Pertama Tujuh Puluh dan menggelari mereka sebagai Para Penguasa Umum yang bersara.

Diusulkan juga bahawa kita melepaskan Elder Kent D. Watson sebagai ahli Kuorum Kedua Tujuh Puluh.

Kita juga mengakui dan menyatakan penghargaan kepada para Elder César H. Hooker dan Craig T. Wright, yang telah dilepaskan dari pelayanan mereka sebagai para Ahli Kawasan Tujuh Puluh.

Mereka yang ingin menyertai kami dalam menyatakan kesyukuran kepada para Saudara ini untuk pelayanan mereka yang cemerlang, tolong menyatakannya.

Diusulkan bahawa kita menyokong yang berikut sebagai para Ahli baru Kawasan Tujuh Puluh: Julio A. Angulo, Peter F. Evans, dan Gennady N. Podvodov.

Semua yang bersetuju, tolong menyatakannya.

Yang membantah, kalau ada.

Diusulkan bahawa kita menyokong Randall L. Ridd sebagai penasihat kedua dalam presidensi umum Remaja Putera.

Mereka yang bersetuju boleh menyatakannya.

Mereka yang membantah boleh menyatakannya.

Diusulkan bahawa kita menyokong Para Penguasa Umum, Ahli Kawasan Tujuh Puluh, dan presidensi-presidensi badan sokongan umum yang lain sebagaimana yang teratur pada masa kini.

Mereka yang bersetuju, tolong menyatakannya.

Mereka yang membantah boleh menyatakannya.

Terima kasih, para saudara dan saudari, untuk undi sokongan anda dan untuk iman dan doa-doa anda yang berterusan bagi pihak kami.