2010–2019
Selamat Datang ke Persidangan
Oktober 2013


Selamat Datang ke Persidangan

Adalah doa saya bahawa kita akan dipenuhi dengan Roh Tuhan semasa kita mendengar dan belajar.

Betapa hebatnya, saudara-saudari terkasih saya, untuk berjumpa bersama sekali lagi. Hanya 183 tahun telah berlalu sejak Gereja diorganisasikan oleh Nabi Joseph Smith, di bawah arahan Tuhan. Di pertemuan itu pada 6 April, 1830, terdapat 6 anggota Gereja yang hadir. 1

Saya amat gembira untuk memaklumkan bahawa dua minggu lalu, keanggotaan Gereja telah mencapai 15 juta. Gereja terus berkembang dengan mantap dan mengubah kehidupan semakin ramai orang setiap tahun. Gereja menyebar merentasi bumi ketika pasukan mubaligh kita mencari mereka yang sedang mencari kebenaran.

Baru saja berlalu satu tahun sejak saya mengumumkan penurunan umur bagi pelayanan mubaligh. Sejak masa itu, jumlah para mubaligh sepenuh waktu yang sedang melayani telah meningkat dari 58,500 pada Oktober 2012 kepada 80,333 hari ini. Betapa hebat dan mengilhamkan respons yang telah kita saksikan!

Tulisan suci tiada pengisytiharan yang lebih berkaitan, tiada tanggungjawab yang lebih mengikatkan, tiada arahan yang lebih jelas daripada perintah yang diberikan Tuhan yang telah bangkit semasa dia menyatakan diri-Nya di Galilea kepada sebelas murid. Kata-Nya, “Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.”2 Nabi Joseph Smith menyatakan, “Selepas semua yang diucapkan, tugas yang terbesar dan terpenting ialah untuk mengkhutbahkan Injil.”3 Beberapa di antara kamu di sini hari ini masih mengingati perkataan Presiden David  O. McKay, yang mengungkap sebutan yang dikenali “Setiap anggota ialah seorang mubaligh!”4

Pada perkataan mereka saya menambah perkataan saya sendiri. Sekaranglah masa bagi para anggota dan para mubaligh untuk bergabung, untuk bekerja bersama, untuk bekerja di ladang anggur Tuhan untuk membawa jiwa-jiwa kepada-Nya. Dia telah menyediakan jalan bagi kita untuk berkongsi Injil dalam banyak cara, dan Dia akan membantu kita dalam pekerjaan kita jikalau kita akan bertindak dalam iman untuk menggenapi pekerjaan-Nya.

Untuk menolong dalam menjaga pasukan mubaligh kita yang makin meningkat, saya telah meminta para anggota kita untuk menyumbang, seperti yang mereka mampu, pada dana mubaligh bahagian mereka atau pada Dana Mubaligh Umum Gereja. Respons pada permintaan itu adalah menggembirakan dan telah membantu menyokong beribu-ribu mubaligh yang mana keadaan mereka tidak membenarkan mereka untuk menyokong diri. Saya berterima kasih kepada anda atas sumbangan anda yang murah hati. Keperluan bagi bantuan adalah berterusan, agar kita dapat terus menolong mereka yang mempunyai keinginan besar untuk melayani tetapi tidak mempunyai sumber sendirian untuk berbuat demikian.

Sekarang, saudara-saudari, kita telah datang ke sini untuk diajar dan diilhami. Banyak pesanan, yang merangkumi pelbagai tajuk Injil, akan diberikan selama dua hari ini. Para lelaki dan perempuan yang akan berucap kepada anda telah mencari bantuan syurgawi mengenai pesanan-pesanan yang akan mereka berikan.

Adalah doa saya bahawa kita akan dipenuhi dengan Roh Tuhan semasa kita mendengar dan belajar. Dalam nama Juruselamat kita, Yesus Kristus, amin.

Catatan

  1. Manakala sebanyak beberapa dozen orang telah hadir pada hari Gereja telah diorganisasikan, enam orang telah disenaraikan secara rasmi sebagai anggota.

  2. Matius 28:19 .

  3. Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 330.

  4. David O. McKay, dalam Laporan Persidangan, Apr. 1959, 122.