2010–2019
Jadilah Yakin dan Berani
April 2014


Jadilah Yakin dan Berani

Marilah kita – semua -- berkeberanian untuk menentang persetujuan ramai, dengan keberanian untuk mempertahankan prinsip.

Saudara yang dikasihi, gembira dapat bersama kamu sekali lagi. Saya meminta bantuan syurgawi untuk membantu saya berucap kepada kamu.

Selain daripada Pusat Persidangan ini, terdapat ribuan yang berkumpul di gereja dan tempat lain di seluruh dunia. Kita semua mempunyai satu persamaan, iaitu kita telah ditanggungjawabkan untuk memegang imamat Tuhan.

Kita berada di bumi ini pada masa yang sangat istimewa dalam sejarah. Kita mempunyai peluang yang tidak terhingga, namun demikian kita juga menghadapi pelbagai cabaran, cabaran yang unik kepada masa kini.

Kita hidup di dunia di mana kebanyakkan nilai moral telah diketepikan, dosa dipamer dengan terbuka, dan godaan untuk menyesat dari lorong yang lurus dan sempit mengelilingi kita. Kita menghadapi tekanan dan pengaruh penipuan yang sentiasa menghancurkan apa yang sopan dan diganti dengan falsafah dan tatacara palsu masyarakat duniawi.

Oleh kerana ini dan cabaran lain, kita sering perlu membuat keputusan yang akan menentukan takdir kita. Untuk membuat keputusan yang betul, kita perlu berani – berani untuk berkata tidak jika perlu, dan keberanian untuk berkata ya apabila berpatutan, berani melakukan apa yang betul kerana ia betul.

Oleh kerana aliran masyarakat kini semakin menjauhi nilai dan prinsip yang telah diberi oleh Tuhan, kita pastinya akan disuruh untuk mempertahankan apa yang kita percaya. Adakah kita akan berani untuk melakukannya?

Presiden J. Reuben Clark Jr., yang berkhidmat bertahun-tahun sebagai seorang ahli Presidensi Pertama telah berkata: “Ramai yang dikenali, kononnya beriman …, kerana takut dipersenda oleh kawan sekerja atas pemberian kesaksian iman yang penuh, lalu mereka mengubah keimanan dengan mengurangkan kepentingannya sehingga hampir menghancurkannya, atau berlakon bagaikan menolaknya. Mereka ini hipokrit.”1 Tiada diantara kita ingin dilabel sebegitu, tetapi masihkah kita segan mengisytiharkan iman kita dalam situasi sedemikian?

Kita boleh membantu diri sendiri untuk melakukan apa yang betul jika kita meletakkan diri di tempat dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di mana pemikiran kita dipengaruhi dengan kebaikan dan di mana Roh Tuhan akan berasa selesa.

Saya mengingati beberapa ketika dahulu, nasihat seorang ayah kepada anaknya sebelum dia berpindah untuk ke sekolah: “Jika kamu mendapati diri di tempat yang tidak patut, keluar!” Saya ingin memberi kamu semua nasihat yang sama: “Jika kamu mendapati diri di tempat yang tidak patut, keluar!”

Kita perlu sentiasa berani. Dalam kehidupan kita setiap hari, keberanian diperlukan – bukan sahaja untuk peristiwa penting tetapi lebih lagi apabila kita membuat keputusan atau bertindak kepada situasi sekeliling. Penulis dan penyair Scottish, Robert Louise Stevenson berkata: “Keberanian seharian jarang disaksi. Ini tidak bermakna kemuliaan keberanian kamu berkurangan kerana tiada orang menepuk dram atau menyorak nama kamu.” 2

Keberanian datang dalam pelbagai bentuk. Penulis Kristian, Charles Swindoll telah menulis: “Keberanian bukan sahaja diterhadkan dalam padang peperangan  ... atau menangkap seorang pencuri dalam rumah kamu. Ujian keberanian muktamad adalah lebih halus daripada itu. Ia adalah ujian dalaman, seperti kekal beriman semasa tidak diperhati, … seperti berdiri seorangan untuk kepercayaan walaupun tidak difahami.” 3 Saya juga percaya keberanian dalaman ini termasuk melakukan pekara yang betul walaupun takut, mempertahankan kepercayaan walaupun akan dipersenda, dan menjaga kepercayaan tersebut walaupun berhadapan dengan ancaman status social dan kehilangan rakan-rakan. Dia yang berdiri teguh untuk kebenaran pasti akan menghadapi risiko dicela dan menjadi kurang popular.

Semasa berkhidmat dalam Angkatan Laut Amerika Syarikat ketika Perang Dunia kedua, saya pelajari tindakan-tindakan berani, contoh-contoh kegagahan, dan contoh-contoh keberanian. Satu peristiwa yang tidak akan dilupai adalah mengenai seorang lelaki berumur 18 tahun – bukan ahli gereja kita – yang tidak takut untuk berdoa. Diantara 250 orang dalam unit tentera itu, dia seorang sahaja yang akan melutut di tepi katilnya setiap malam untuk berdoa, kerap kali pada masa yang sama dia diejek dan dipersenda oleh mereka yang tidak percaya dalam Tuhan. Dia menunduk kepala dan berdoa kepada Tuhan. Dia tidak pernah takut. Dia tidak pernah teragak-agak. Dia punyai keberanian.

Beberapa ketika dahulu, saya terdengar mengenai seseorang yang kurang keberanian dalaman. Kawan saya menghadiri satu mesyuarat sakramen yang berohani dan yang meningkatkan iman bersama suaminya. Seorang pemuda lelaki, imam dalam Imamat Aaronic menyentuh hati jemaah apabila dia bercakap mengenai kebenaran injil dan kegembiraan yang diperoleh dari pentaatan perintah-perintah. Sambil berdiri di depan dengan baju putih bersama tali leher kelihatan bersih dan kemas. Dia memberi kesaksian yang mengharukan dan ikhlas.

Pada hari yang sama, wanita ini bersama suaminya memandu keluar dari perumahan mereka, dan ternampak pemuda sama yang telah mengilhami mereka beberapa jam sebelum itu. Namun, sekarang dia kini telah berubah sambil berjalan di tepi jalan berpakaian baju yang tidak kemas – dan merokok. Kawan saya dan suaminya bukan sahaja kecewa dan sedih, tetapi juga keliru bagaimana dia boleh menjadi seorang yang sangat berbeza semasa di mesyuarat sakramen dan kemudiannya dengan begitu cepat menjadi seorang yang lain sama sekali.

Saudara-saudara, adakah kamu orang yang sama di mana saja kamu berada dan dalam apa saja yang kamu lakukan—orang yang Bapa Syurgawi inginkan untuk kamu menjadi dan jenis orang yang kamu tahu kamu patut menjadi?

Di sebuah temubual yang diterbit dalam majalah nasional, pemain bola keranjang NCAA Amerika yang terkenal, Jabari Parker, ahli Gereja, telah diminta untuk mengongsi nasihat paling baik yang diterima dari ayahnya. Jabari menjawab, “[Ayah saya] berkata, jadilah orang yang sama biarpun di khalayak ramai atau bersendirian.”4 Nasihat yang penting, saudara sekalian, kepada kita semua.

Tulisan suci kita dipenuhi dengan contoh-contoh jenis keberanian yang diperlukan oleh setiap kita hari ini. Nabi Daniel menunjukkan keberanian hebat dengan mempertahankan apa yang dipercayai dan juga untuk berdoa, walaupun diancam dengan kematian jika dia berbuat sedemikian. 5

Keberanian telah mencirikan hidup Abinadi, ini boleh dilihat melalui kerelaannya untuk mati daripada menafikan kebenaran. 6

Kita semua diilhami oleh 2,000 putera Helaman, yang mengajar dan menunjukkan perlunya untuk berani mengikut ajaran ibubapa, menjadi suci dan murni? 7

Mungkin setiap cerita dari tulisan suci ini dilengkapi oleh contoh Moroni, yang berani bertahan dalam kebenaran sampai akhir.”8

Sepanjang hidupnya, nabi Joseph Smith telah memberi contoh keberanian yang tidak terhingga. Salah satu peristiwa yang paling hebat berlaku semasa dia dan saudara-saudaranya dirantai bersama – bayangkan, dirantai bersama - dalam pondok separuh siap bersebelahan dengan mahkamah di Richmond, Missouri. Parley P. Pratt, salah seorang daripada mereka yang ditangkap, menulis pada satu malam: “Kami berbaringan seakan tidur sehingga selepas jam tengah malam berlalu, dan telinga dan hati kami sakit, kerana mendengar gurauan tidak senonoh, sumpahan ngeri, kata-kata buruk pengawal-pengawal kami.”

Elder Pratt menyambung:

“Saya telah mendengar sehinggalah saya jijik, terkejut, dasyat, dan juga begitu marah sehingga saya hampir tidak dapat menahan diri daripada berdiri dan mencaci pengawal-pengawal itu; namun [saya] tidak berkata apa-apa kepada Joseph, ataupun sesiapa yang lain, walaupun sambil saya berbaring sebelahnya, saya tahu dia juga masih sedar. Tiba-tiba dia bangun dan berkata dengan suara bagaikan gurun, singa mengaum, dan seingat-ingat saya dia berkata:

“DIAM .. dalam nama Yesus Kristus saya mencela kamu, dan mengarah kamu untuk tenang; saya tidak ingin hidup satu minit lagi untuk mendengar bahasa sebegitu. Berhenti berbahasa demikian, atau kamu akan mati di KALA INI.”

Joseph “berdiri dengan agung,” kata Elder Pratt. Dia dirantai, tanpa sebarang senjata, tetapi masih tenang dan bermaruah. Dia melihat pengawal-pengawal yang takut berundur ke belakang pondok dan yang membongkok di kakinya. Lelaki-lelaki yang awalnya bagaikan tidak boleh dikawal telah merayu ampun daripadanya dan menjadi sepi. 9

Tidak semua aksi keberanian membawa hasil sebegitu hebat atau pantas, tetapi semuanya membawa ketenangan minda dan pengetahuan bahawa kebaikan dan kebenaran telah dipertahankan.

Adalah mustahil untuk kita berdiri kukuh apabila berada di atas pasir lembut yang seumpama kita melakukan semua hal dengan hanya bergantung kepada pendapat dan pengesahan popular. Kita memerlukan keberanian bagaikan Daniel, Abinadi, Moroni atau Joseph Smith untuk memegang kuat dan teguh kepada apa yang benar. Mereka mempunyai keberanian untuk melakukan hal yang susah tetapi betul.

Kita semua akan menghadapi ketakutan, diejek, dan ditentang. Marilah kita—kita semua—berkeberanian untuk berlaku bertentangan dengan pendapat popular, keberanian untuk mempertahankan prinsip. Hanya keberanian, bukanlah kompromi, memberkat kita dengan pengesahan Tuhan. Keberanian akan menjadi sesuatu yang kuat dan sifat baik yang menarik apabila ia bukan sahaja dianggap sebagai kerelaan untuk mati dengan bermaruah tetapi juga ketetapan hati untuk hidup secara sopan. Apabila kita maju ke hadapan dan hidup dengan sepatutnya, kita akan menerima bantuan Tuhan dan memperoleh ketenangan dalam kata-kataNya. Saya sangat suka janji Nya yand direkod dalam buku Yosua:

“Aku tidak akan membiarkan engkau dan tidak akan meninggalkan kamu …

“… Jadi lah yakin dan berani; janganlah engkau takut atau kurang bersemangat, sebab Aku Tuhan, Allahmu mendampingi engkau ke mana saja engkau pergi.” 10

Saudara yang dikasihi sekalian, dengan keberanian terhadap pendirian kita, kita patut umumkan, seperti Rasul Paulus, “Aku tidak malu dengan injil Kristus.”11 Kemudian, dengan keberanian yang sama, marilah kita mengikut nasihat Paulus: “Jadilah kau contoh kepada mereka yang percaya, dalam kata, dalam perbualan, dalam dermaan, dalam roh, dalam iman, dalam kesucian.”12

Perselisihan hebat datang dan pergi, tetapi peperangan untuk jiwa kaum manusia berterusan tanpa pengurangan. Seperti panggilan nyaring yang membawa kata Tuhan kepada kamu, saya dan pemegang imamat di semua tempat: “Karenanya, sekarang biarlah setiap lelaki mempelajari kewajibannya, dan bertindak pada jabatan yang di dalamnya dia ditetapkan, dengan segenap ketekunan.”13 Setelah itu, barulah kita menjadi, bagai Rasul Petrus umumkan, “imamat diraja,”14 yang disatukan dalam matlamat dan dikurniai dengan kuasa dari atas. 15

Saya berharap agar setiap kamu meninggalkan mesyuarat ini dengan ketetapan hati dan keberanian untuk berkata, bahkan Ayub dari zaman dulu, “Selama nafasku masih ada padaku, … aku tetap mempertahankan bahwa aku tidak bersalah.”16 Dengan rendah hati, saya doakan semua ini dalam nama Yesus Kristus, Tuhan kita, amin.