2010–2019
Menanggung Beban Mereka dengan Mudah
April 2014


Menanggung Beban Mereka dengan Mudah

Beban-beban unik dalam hidup setiap kita membantu kita bergantung pada jasa, belas kasihan, dan rahmat Mesias Kudus.

Saya mempunyai kawan yang, pada masa awal perkahwinannya, berkeyakinan bahawa dia memerlukan sebuah lori pacuan empat roda. Isterinya pasti dia tidak perlukannya tapi dia inginkan sebuah kenderaan baru. Perbualan yang lucu di antara suami dan isteri ini memulakan pertimbangan berkenaan kelebihan dan kelemahan membeli lori.

“Sweetheart, kita memerlukan lori pacuan empat roda.”

Isteri bertanya, “Kenapa kamu fikir kita perlu lori baru?”

Dia menjawab soalannya dengan jawaban yang dia fikir sangat pandai: “Macam mana kalau kita perlukan susu untuk anak-anak kita semasa ribut yang buruk, dan satu-satunya cara untuk pergi ke kedai runcit adalah dengan memandu lori?”

Isterinya bersenyum dan menjawab, “Kalau kita membeli lori baru, kita tidak akan mempunyai cukup wang untuk susu—jadi kenapa risau pergi ke kedai semasa kecemasan!”

Mereka berdua terus berbincang dan akhirnya membuat keputusan untuk membeli lori baru. Tidak lama selapas itu, kawan saya ingin menunjukkan kebergunaan lori dan mengesahkan sebab-sebabnya untuk membeli lori itu. Jadi dia membuat keputusan untuk memotong dan mengangkat kayu api untuk rumah mereka. Musim luruh pada masa itu, dan salji sudah turun di gunung-gunung di mana dia ingin mencari kayu api. Ketika dia memandu dan naik gunung, salji menjadi semakin mendalam. Kawan saya mengetahui bahawa jalan licin adalah bahaya, tetapi dengan keyakinan besar terhadap lori baru itu, dia terus pergi.

Malangnya, kawan saya pergi terlalu jauh di jalan bersalji itu. Ketika dia mengemudikan lori ke tepi jalan di mana dia ingin potong kayu, lori tersekat. Semua empat roda lori berputar-putar dalam salji tanpa bergerak. Dia mengenali bahawa dia tidak tahu bagaimana keluar keadaan bahaya ini. Dia risau dan berasa malu.

Kawan saya fikir, “Well, saya tidak akan duduk saja.” Dia keluar lori dan bermula potong kayu. Dia mengisi lori sampai penuh dengan muatan yang berat. Setelah itu dia membuat keputusan untuk berusaha memandu lori keluar dari salji satu kali lagi. Apabila dia memulakan lori dan bermula memandu, lori perlahan-lahan bergerak ke depan. Akhirnya lori keluar dari salji dan masuk jalan lagi. Kawan saya bebas untuk pulang ke rumah, dan dia telah menjadi bahagia dan rendah hati.

Muatan Kita Sendiri

Saya berdoa untuk bantuan Roh Kudus ketika saya menekankan pengajaran penting yang dapat kita belajar dari cerita ini mengenai kawan saya, lori, dan kayu. Muatanlah. Muatan kayulah yang memberi cengkaman di antara tayar dan salji untuk keluar, untuk masuk jalan lagi, dan untuk bermaju. Muatanlah yang membolehkannya untuk pulang ke keluarganya dan rumahnya.

Setiap kita mempunyai muatan ataupun beban. Beban individu kita terdiri daripada permintaan dan kesempatan, kewajiban dan hak istimewa, kesusahan dan berkat, dan pilihan dan had. Dua soalan bimbingan boleh membantu bila kita menilai beban kita secara berkala dan dengan berdoa: “Adakah beban yang saya menanggung memberi cengkaman rohani yang akan membolehkan saya untuk bermaju dengan iman kepada Kristus di jalan yang lurus dan sempit dan mengelakkan menjadi tersekat? Adakah beban yang saya menanggung membuat cukup cengkaman supaya akhirnya saya dapat pulang rumah ke Bapa Syurgawi?”

Kadang-kadang kita percaya bahawa kebahagiaan terdiri daripada kekurangan beban. Tetapi menanggung beban adalah bahagian rancangan kebahagiaan yang penting sekali. Oleh kerana beban individu kita patut membuat cengkaman rohani, kita patut berhati-hati supaya tidak mementingkan begitu banyak barang yang cantik tapi yang tidak perlu sehingga kita terganggu dan dialihkan dari hal-hal yang sungguhnya paling penting

Kuasa Korban Tebusan yang Menguatkan

Juruselamat mengatakan:

“Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu.

“Pikullah kuk yang Ku-pasang dan belajarlah pada-Ku, kerana Aku lemah lembut dan rendah hati dan jiwamu akan mendapat ketenangan.

“Sebab kuk yang Ku-pasang itu enak dan beban-Ku pun ringan” (Matius 11:28–30).

Kuk adalah rasuk kayu, biasanya digunakan di antara dua lembu atau binatang lain yang membolehkan dua binatang untuk menarik muatan. Kuk menempatkan dua binatang bersebelah supaya dua binatang itu dapat menarik bersama untuk melaksanakan tugas.

Fikirkanlah jemputan Tuhan untuk “pikullah kuk yang Ku-pasang.” Mengikat dan mematuhi perjanjian suci menempatkan kita di kuk di sebelah Tuhan Yesus Kristus. Pada dasarnya, Juruselamat meminta kita untuk bergantung pada Dia dan menarik bersama Dia, walaupun usaha sedaya upaya kita tidak setanding dan tidak dapat dibandingkan dengan usaha Dia. Ketika kita mempercayai Dia dan menarik beban bersama Dia semasa perjalanan kefanaan ini, betul-betul kuk-Nya mudah dan beban-Nya ringan.

Kita tidak bersendirian dan kita tidak akan pernah bersendirian. Kita dapat bermaju dalam hidup harian kita dengan bantuan syurgawi. Melalui Korban Tebusan Juruselamat kita dapat menerima kebolehan dan “kekuatan yang melebihi kekuatan kita sendiri” (“Lord, I Would Follow Thee,” Hymns, no. 220). Seperti yang Tuhan mengisytiharkan, “Kerana itu, lanjutkanlah perjalananmu dan biarlah hatimu bersukacita, sebab lihatlah, Aku bersamamu bahkan sampai akhir” (A&P 100:12).

Fikirkanlah contoh dalam Kitab Mormon di mana Amulon menganiaya Alma dan para pengikutnya. Suara Tuhan datang kepada pengikut-pengikut ini pada masa kesukaran mereka: “Angkatlah kepalamu dan terhiburlah, kerana Aku tahu tentang perjanjian yang telah kamu buat kepada-Ku; dan Aku akan membuat perjanjian dengan umat-Ku dan membebaskan mereka daripada perhambaan” (Mosia 24:13).

Perhatikanlah bahawa perjanjian-perjanjian menjadi pusat untuk pemenuhan janji. Perjanjian yang diterima dan dipatuhi dengan tulus dan tatacara-tatacara yang dilakukan oleh wewenang imamat yang betul adalah perlu untuk menerima semua berkat yang ada melalui Korban Tebusan Yesus Kristus. Kerana melalui tatacara-tatacara imamat, kuasa ketuhanan dinyatakan kepada lelaki dan perempuan dalam kefanaan, termasuk berkat-berkat Korban Tebusan (lihat A&P 84:20–21).

Ingat pernyataan Juruselamat “Sebab kuk yang Ku-pasang itu enak dan beban-Ku pun ringan” (Matius 11:30) ketika kita memikirkan ayat berikut dalam kisah Alma dan para pengikutnya.

“Dan Aku akan juga meringankan beban yang ditaruh di atas bahumu, sehingga bahkan kamu tidak dapat merasakannya di atas belakangmu” (Mosia 24:14).

Ramai antara kita mungkin berfikir ayat ini bererti bahawa beban akan tiba-tiba diambil secara tetap daripada kita. Tetapi ayat berikut menerangkan bagaimana beban itu dikurangkan.

“Dan sekarang, terjadilah bahawa beban yang diletakkan ke atas diri Alma dan saudara-saudaranya dijadikan ringan; ya, Tuhan menguatkan mereka agar mereka dapat menanggung beban mereka dengan mudah, dan mereka tunduk dengan riang dan dengan kesabaran pada segala kehendak Tuhan” (Mosia 24:15; tekanan ditambah).

Beban dan kesusahan bukan tiba-tiba diambil dari mereka. Tetapi Alma dan para pengikutnya dikuatkan, dan kebolehan mereka yang ditingkatkan membuat beban-beban lebih ringan. Orang-orang baik ini dikuasakan melalui Korban Tebusan untuk bertindak sebagai wakil (lihat A&P 58:26–29) dan mempengaruhi keadaan mereka. Dan “dalam kekuatan Tuhan” (Kata-Kata Mormon 1:14; Mosia 9:17; 10:10; Alma 20:4), Alma dan para pengikutnya diarahkan ke keselamatan di negeri Zarahemla.

Korban Tebusan Yesus Kristus mengatasi kesan Kejatuhan Adam dan memungkinkan pengampunan dosa dan pelanggaran kita sendiri, dan Korban Tebusan-Nya juga membolehkan kita untuk berbuat baik dan menjadi lebih baik dalam cara yang melebihi kebolehan kita yang fana. Kebanyakan kita tahu bahawa bila kita berbuat salah dan perlu bantuan untuk mengatasi kesan dosa dalam kehidupan kita, Juruselamat telah memungkinkan cara dengan mana kita dapat menjadi bersih melalui kuasa penebusan-Nya. Tetapi adakah kita juga memahami bahawa Korban Tebusan adalah untuk lelaki dan perempuan yang setia, yang mematuhi dengan teliti, dan yang berusaha menjadi lebih baik dan melayani dengan lebih setia? Saya ingin tahu jika kita tidak betul-betul mengakui bahagian menguatkan ini dari Korban Tebusan dalam hidup kita dan percaya dengan salah bahawa kita mesti menanggung beban bersendirian—dengan keazaman, semangat, dan disiplin kita sendiri dan dengan kebolehan kita yang berhad.

Kita boleh tahu bahawa Yesus Kristus datang ke bumi untuk mati untuk kita. Tetapi kita juga perlu menghargai bahawa Tuhan ingin, melalui Korban Tebusan-Nya dan dengan kuasa Roh Kudus, untuk memeriahkan kita—bukan sahaja untuk membimbing tetapi juga untuk menguatkan dan menyembuhkan kita.

Juruselamat Menyokong Umat-Nya

Alma menerangkan mengapa dan bagaimana Juruselamat dapat membolehkan kita:

“Dan Dia akan pergi, menderita kesakitan dan kesengsaraan dan cubaan daripada setiap jenis; dan ini agar firman boleh digenapi yang mengatakan Dia akan mengambil ke atas diri-Nya kesakitan dan penyakit umat-Nya.

“Dan Dia akan mengambil ke atas diri-Nya kematian, agar Dia boleh melepaskan ikatan kematian yang mengikat umat-Nya; dan Dia akan mengambil ke atas diri-Nya kelemahan mereka, agar sanubari-Nya boleh dipenuhi dengan belas kasihan, menurut keadaan daging, agar Dia boleh mengetahui menurut keadaan daging bagaimana menyokong umat-Nya menurut kelemahan mereka” (Alma 7:11–12).

Jadi, Juruselamat telah menderita bukan sahaja untuk dosa dan kederhakaan kita—tetapi juga untuk kepedihan dan kesakitan fizikal kita, kelemahan kita, ketakutan dan kekecewaan kita, kehilangan semangat kita, sesalan kita, keputusasaan dan rasa terdesak kita, ketidakadilan dan ketidaksamaan yang kita alami, dan kebimbangan emosi yang menyusahkan kita.

Tidak ada kesakitan fizikal atau luka rohani atau kesengsaraan jiwa atau kesedihan atau kelemahan yang anda atau saya pernah menghadapi dalam kefanaan yang Juruselamat tidak mengalami terlebih dahulu. Pada saat kelemahan kita mungkin berseru, “Tidak seorangpun tahu beban saya. Tidak seorangpun faham.” Tetapi Putera Tuhan mengetahui dan memahami dengan sempurna, kerana Dia telah merasakan dan menanggung beban-beban kita sendiri. Dan kerana korban-Nya yang tidak terhingga dan abadi (lihat Alma 34:14), Dia mempunyai empati yang sempurna dan dapat menawarkan belas kasihan-Nya kepada kita. Dia dapat memberi pertolongan, mempengaruhi, menyokong, menyembuhkan, dan menguatkan kita untuk menjadi lebih daripada kita pernah dapat menjadi dan membantu kita melakukan hal-hal yang kita tidak pernah dapat melakukan kalau bergantung pada kekuatan kita sendiri. Sungguhnya, kuk-Nya mudah dan beban-Nya ringan.

Jemputan, Janji, dan Kesaksian

Saya menjemput anda untuk mempelajari, berdoa, merenungkan, dan berusaha belajar lebih tentang Korban Tebusan Juruselamat ketika anda menilai beban individu anda. Kita tidak boleh memahami banyak perkara mengenai Korban Tebusan dengan fikiran kita yang fana. Tetapi adanya perkara mengenai Korban Tebusan yang kita dapat dan perlu memahami.

Untuk kawan saya, muatan kayu memberi cengkaman yang menyelamatkan nyawa dia. Lori tidak dapat bergerak melalui salji tanpa muatan, walaupun lori itu pacuan empat roda. Muatan berat adalah perlu untuk membuat cengkaman.

Muatanlah yang perlu. Muatanlah yang memberi cengkaman yang membolehkan kawan saya untuk keluar, kembali ke jalan, bermaju, dan pulang ke keluarganya.

Beban-beban unik dalam hidup setiap kita membantu kita bergantung pada kesolehan, belas kasihan, dan rahmat Mesias Kudus (lihat 2 Nefi 2:8). Saya bersaksi dan berjanji Juruselamat akan membantu kita menanggung beban kita dengan mudah (lihat Mosia 24:15). Ketika kita masuk kuk bersama Dia melalui perjanjian suci dan menerima kuasa membolehkan Korban Tebusan-Nya dalam kehidupan kita, kita akan berusaha memahami dan hidup menurut kehendak-Nya. Kita juga akan berdoa untuk kekuatan untuk belajar dari, mengubah, atau menerima keadaan kita dan tidak berdoa tidak berhenti-henti untuk Tuhan mengubah keadaan kita menurut kehendak kita sendiri. Kita akan menjadi wakil yang bertindak dan bukan makhluk yang kepadanya dikenakan tindakan (lihat 2 Nefi 2:14). Kita akan diberkati dengan cengkaman rohani.

Semoga setiap kita berbuat lebih baik dan menjadi lebih baik melalui Korban Tebusan Juruselamat. Hari ini adalah 6 April. Kita tahu melalui wahyu bahawa hari ini adalah hari sebetulnya kelahiran Juruselamat. Enam haribulan April juga adalah hari bila Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ditubuhkan. (Lihat A&P 20:1; Harold B. Lee, “Strengthen the Stakes of Zion,” Ensign, July 1973, 2; Spencer W. Kimball, “Remarks and Dedication of the Fayette, New York, Buildings,” Ensign, May 1980, 54; Discourses of President Gordon B. Hinckley, Volume 1: 1995–1999 [2005], 409.) Pada hari Sabat ini yang istimewa dan suci, saya mengisytiharkan kesaksian saya bahawa Yesus Kristus adalah Penebus kita. Dia hidup dan akan membersihkan, menyembuhkan, membimbing, melindungi, dan menguatkan kita. Saya bersaksi akan hal-hal ini dalam nama suci Yesus Kristus, amin.