2010–2019
Anak Perempuan dalam Perjanjian
April 2014


Anak Perempuan dalam Perjanjian

Jalan itu... yang kita harus ikut semasa perjalanan kepada Bapa Syurgawi kita... ditandai oleh perjanjian suci dengan Tuhan.

Kita sudah diajar dengan kuasa rohani malam ini. Saya berdoa agar perkataan yang dikatakan oleh pemimpin perempuan yang hebat ini akan masuk hati kamu macam perkataan itu sudah masuk hati saya.

Ini satu pertemuan yang bersejarah. Semua perempuan dalam gereja yang berumur sekurangnya lapan tahun sudah dijemput untuk menyertai kami malam ini. Banyak dari kita sudah berdoa agar Roh Kudus akan bersama kita. Berkat itu diberikan semasa kita dengarkan ucapan para saudari ini dan dengar musik yang mengilhamkan. Saya berdoa agar Roh akan tetap bersama kita semasa saya bercakap beberapa perkataan yang menggalakkan dan bersaksi sebagai tambahan kepada apa yang sudah diucapkan - dan terutamanya untuk bersaksi bahawa apa yang sudah kita diberitahu adalah apa yang Tuhan mahu kita dengar.

Saya akan berucap malam ini tentang jalan itu - yang dalam cara yang indah sudah dijelaskan hari ini - yang kita harus ikut semasa perjalanan kepada Bapa Syurgawi kita. Jalan itu ditandai oleh perjanjian suci dengan Tuhan. Saya akan berucap dengan kamu tentang kegembiraan yang datang dari membuat dan menepati perjanjian ini.

Beberapa dari kamu dibaptiskan baru-baru ini dan menerima kurnia Roh Kudus oleh perletakan tangan. Kepada kamu ingatan itu masih muda. Ada yang lain yang dibaptiskan lama lalu, jadi ingatan akan perasaan dari pengalaman perjanjian itu mungkin kurang jelas, tetapi sebahagian dari perasaan itu balik bila-bila pun kamu dengar kepada doa-doa sakramen.

Tidak ada dua pun dari kita yang ada kenangan yang sama tentang hari itu apabila kita membuat perjanjian pembaptisan yang suci itu dan menerima kurnia Roh Kudus. Tetapi kita masing-masing berasa bahawa Tuhan berkenan. Dan kita rasa keinginan untuk mengampuni dan diampuni dan sebuah azam yang lebih kuat untuk melakukan perkara yang betul.

Berapa dalam perasaan itu masuk ke dalam hati kamu ditentukan secara besar oleh cara kamu disediakan oleh orang yang sayangi kamu. Saya berharap bahawa kamu yang baru masuk kerajaan diberkati untuk duduk bersama ibu kamu. Jika demikian, kamu mungkin boleh bersenyum kepada dia untuk menyatakan kesyukuran sekarang. Saya boleh ingat perasaan sukacita dan kesyukuran yang saya rasa apabila saya duduk belakang ibu saya semasa kami pergi dalam kereta ke rumah kami selepas pembaptisan saya di Philadelphia, Pennsylvania.

Ibu saya yang menyediakan saya dengan cermat untuk membuat perjanjian itu dan perjanjian lain yang akan ikut. Dia setia kepada tugas ini dari Tuhan:

“Dan lagi, sejauh orang tua memiliki anak-anak di Sion, atau di mana pun dari pasak-pasaknya yang diorganisasi, yang tidak mengajari mereka untuk mengerti ajaran tentang pertaubatan, iman kepada Kristus Putera Tuhan yang hidup, dan tentang baptisan dan kurnia Roh Kudus melalui penumpangan tangan, ketika berumur delapan tahun, dosa itu berada di atas kepala orang tua.

“Kerana ini akan menjadi sebuah hukum bagi penghuni Sion, atau di mana pun dari pasak-pasaknya yang diorganisasi.

“Dan anak-anak mereka hendaknya dibaptis untuk pengampunan akan dosa-dosa mereka ketika berumur delapan tahun, dan menerima [Roh Kudus].”1

Ibu saya sudah membuat tugas dia. Dia sudah menyediakan anaknya dengan perkataan serupa perkataan Alma, yang dicatat dalam Kitab Mormon:

“Dan terjadilah bahawa dia berkata kepada mereka: Lihatlah, di sinilah Perairan Mormon (kerana demikianlah ia dipanggil) dan sekarang, kerana kamu berhasrat untuk datang ke dalam kawanan Tuhan, dan untuk dipanggil umat-Nya, dan bersedia untuk menanggung beban satu sama lain, agar ianya boleh menjadi ringan;

“Ya, dan bersedia untuk berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa; ya, dan menghibur mereka yang memerlukan penghiburan, dan untuk berdiri sebagai saksi bagi Tuhan di segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat di mana kamu boleh berada, bahkan sampai kematian, agar kamu boleh ditebus oleh Tuhan, dan terbilang dengan mereka dalam kebangkitan pertama, agar kamu boleh memperoleh kehidupan abadi—

“Sekarang, aku berkata kepadamu, jika ini adalah hasrat hatimu, apa yang menghalangmu untuk dibaptis dalam nama Tuhan, sebagai suatu kesaksian di hadapan-Nya bahawa kamu telah masuk ke dalam sebuah perjanjian dengan-Nya, bahawa kamu akan melayani-Nya dan mentaati perintah-perintah-Nya, agar Dia boleh mencurahkan Roh-Nya dengan lebih berlimpah ke atas dirimu?

“Dan sekarang, ketika orang telah mendengar perkataan-perkatan ini, mereka bertepuk tangan kerana sukacita, dan berseru: Inilah hasrat hati kami.:2

Kamu mungkin tidak menepuk tangan apabila kamu pertama kali dengar jemputan itu untuk berjanji dengan pembaptisan, tetapi kamu pasti merasa kasih sayang Juruselamat dan azam yang lebih kuat untuk menjaga orang lain untuk Dia. Saya boleh berkata ”pasti” kerana perasaan itu diletakkan dalam hati semua anak perempuan Bapa Syurgawi secara mendalam. Itu sebahagian dari warisan ilahi kamu dari Dia.

Kamu diajar oleh Dia sebelum kamu hidup. Dia membantu kamu untuk memahami dan menerima bahawa kamu akan ada cubaan, ujian, dan peluang yang dipilih secara sempurna khususnya bagi kamu. Kamu belajar bahawa Tuhan kita ada rancangan kegembiraan untuk membantu kamu melalui cubaan itu dengan selamat dan kamu akan membawa orang lain melalui cubaan mereka. Rancangan ini ditandai oleh perjanjian dengan Tuhan.

Adalah pilihan bebas kita kalau kita akan membuat dan menepati perjanjian itu. Hanya beberapa dari anak perempuan-Nya ada peluang dalam hidup ini bahkan untuk belajar tentang perjanjian itu. Kamu di antara yang sedikit yang diberkati begini. Kamu, saudari yang terkasih, setiap dari kamu ialah anak perempuan dalam perjanjian.

Sebelum kamu dilahirkan, Bapa Syurgawi mengajar kamu tentang pengalaman yang akan kamu alami selepas kamu meninggal Dia dan datang ke bumi. Kamu diajar bahawa jalan untuk balik kepada dia tidak akan senang. Dia tahu bahawa akan terlalu susah bagi kamu untuk membuat perjalanan itu tanpa bantuan.

Kamu sudah diberkati untuk menjumpai cara untuk membuat perjanjian itu dalam kehidupan ini, tetapi juga untuk dilindungi oleh orang lain yang akan membantu- seperti kamu, ialah anak perempuan perjanjian Bapa Syurgawi.

Kamu semua sudah merasa berkat dari berada dalam hadirat anak perempuan Tuhan yang juga di bawah perjanjian untuk membantu dan membimbing kamu seperti mereka sudah janji. Saya sudah nampak apa yang kamu nampak semasa saudari perjanjian menepati perjanjian itu untuk menghiburkan dan membantu - dengan senyuman.

Saya ingat senyuman Sister Ruby Haight. Dia isteri Elder David B. Haight, seorang ahli Kuorum Dua Belas Rasul. Semasa muda dia melayan sebagai presiden pancang Palo Alto di California. Dia berdoa dan risau tentang pemudi dalam kelas Mia Maid di bahagiannya.

Jadi, Presiden Haight diilhami untuk meminta uskupnya untuk memanggil Ruby Haight untuk mengajar para remaja puteri itu. Dia tahu bahawa Sister Haight akan menjadi saksi Tuhan yang akan mengangkat, menghiburkan dan menyayangi para remaja puteri dari kelas itu.

Sister Haight sekurang-kurangnya 30 tahun lebih tua dari remaja puteri itu yang dia ajar. Tetapi 40 tahun selepas dia mengajar mereka, setiap kali dia berjumpa dengan isteri saya, yang dulu seorang remaja puteri dalam kelasnya, dia akan mengulurkan tangannya, bersenyum, dan berkata kepada Kathy, ”Oh! Mia Maid saya.” Saya nampak lebih daripada senyuman dia. Saya dengar kasih sayangnya yang dalam untuk seorang saudari dia sudah jaga macam anaknya sendiri. Senyuman dan sapanya yang mesra datang dari menampak seorang saudari dan puteri Tuhan masih berada di jalan perjanjian ke rumah syurgawi dia.

Bapa Syurgawi bersenyum kepada kamu juga apabila dia menampak kamu membantu seorang anak perempuan-Nya dalam jalan perjanjian menuju ke kehidupan abadi. Dan Dia bergembira setiap kali kamu cuba untuk memilih yang betul. Dia tidak hanya menampak keadaan kamu sekarang tetapi apa yang kamu boleh menjadi.

Mungkin kamu ada ibu atau bapa di bumi yang percaya bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang kamu fikirkan. Saya ada ibu begitu.

Apa saya tidak tahu apabila saya muda adalah bahawa Bapa Syurgawi saya, Bapa Syurgawi kamu, menampak potensi yang lebih besar dalam anak-Nya daripada apa yang kita, atau bahkan ibu kita di bumi, boleh menampak dalam kita. Dan apabila kamu maju pada jalan kepada potensi kamu, dia bergembira. Dan kamu boleh merasa bahawa Dia berkenan.

Dia menampak potensi yang mulia itu dalam semua anak perempuan-Nya di mana pun mereka berada. Jadi, itu memberikan kamu tanggungjawab yang besar. Dia mengharap bahawa kamu akan menerima setiap orang yang kamu jumpai sebagai anak Tuhan. Itulah sebabnya Dia memerintah kita untuk menyayangi jiran kita macam diri sendiri dan untuk mengampuni mereka. Perasaan pengampunan dan kelembutan kamu terhadap orang lain datang sebagai warisan ilahi kamu dari Dia sebagai anak perempuan-Nya. Setiap orang yang kamu jumpai ialah anak rohani-Nya yang tersayang.

Semasa kamu merasa bahawa kamu semua ialah adik-beradik perempuan, apa yang kita fikirkan dulu yang membuat kita tepisah lenyap. Contohnya, perempuan yang muda dan yang lebih tua mengongsikan perasaan mereka dengan harapan bahawa mereka akan difahami dan diterima. Kamu lebih sama sebagai anak perempuan Tuhan daripada berbeza.

Dengan pandangan itu, perempuan yang lebih muda harus menanti kemasukan mereka ke dalam Lembaga Pertolongan sebagai peluang untuk mengenali, menghormati, dan menyayangi sebuah kumpulan perempuan yang lebih besar.

Kapasiti yang sama itu untuk menampak apa yang kita boleh menjadi bertambah juga dalam keluarga dan di Sekolah Primer. Ia terjadi dalam malam keluarga dan persembahan Sekolah Primer. Anak muda diilhami untuk bercakap hal yang besar dan menakjubkan, macam keadaan apabila Juruselamat membebaskan lidah mereka semasa Dia mengajar mereka selepas Dia bangkit.3

Walaupun Setan menyerang para saudari pada umur yang lebih muda, Tuhan mengangkat saudari dalam gereja ke tahap kerohanian yang lebih tinggi. Contohnya, pemudi dalam gereja mengajar ibu mereka caranya untuk menggunakan FamilySearch untuk mencari dan menyelamatkan nenek moyang. Ada saudari muda yang saya kenal yang sekarang pilih untuk pergi awal pagi untuk membuat pembaptisan perwakilan dalam bait suci tanpa pemujukan dari apa-apa pun, selain dari Roh Elia.

Di misi di seluruh bumi, ada saudari yang dipanggil untuk melayan sebagai pemimpin. Tuhan merekakan keperluan pelayanan mereka dengan menyentuh hati perempuan untuk melayan dalam nombor yang lebih besar daripada sebelumnya. Banyak orang presiden misi sudah menampak mubaligh perempuan menjadi semakin lebih berkuasa sebagai pengkhutbah dan pemimpin yang mengilhamkan.

Sama ada kamu melayan sebagai mubaligh sepenuh masa atau tidak, kamu boleh mendapat kemampuan yang sama untuk memperkayakan perkahwinan kamu dan kapasiti kamu untuk membesarkan anak yang baik dengan mengikut teladan saudari yang agung.

Fikirlah tentang Hawa, ibu kepada semua yang hidup. Elder Russell M. Nelson berkata tentang Hawa: “Kita dan semua manusia diberkati sebab keberanian dan kebijaksanaan Hawa yang besar. Dengan mengambil buah itu pertama, dia buat apa yang harus dibuat. Adam cukup bijaksana untuk membuat demikian juga.”4

Setiap anak perempuan Hawa mempunyai potensi untuk membawa berkat kepada keluarganya seperti Hawa membawa berkat kepada keluarganya. Dia begitu penting dalam pendirian keluarga sampai ini dicatat tentang penciptaannya: “Dan para Tuhan berfirman: Marilah Kita menjadikan seorang penolong bagi pria itu, karena tidaklah baik bahawa pria itu akan seorang diri, oleh kerana itu Kita akan membentuk seorang penolong yang pantas baginya.”5

Kita tidak tahu semua bantaun yang Hawa berikan kepada Adam dan keluarganya. Tetapi kami tahu tentang satu kurnia yang besar yang dia berikan dan kamu boleh berikan juga: Dia membantu keluarganya untuk nampak jalan untuk balik kepada Tuhan apabila perjalanan di depan mereka kelihatan susah. “Dan Hawa, isterinya, mendengar segala hal ini dan gembira, mengatakan: Seandainya bukan kerana pelanggaran kita, kita tidak pernah akan memiliki benih keturunan, dan tidak pernah akan tahu yang baik dan yang jahat, dan sukacita penebusan kita, dan kehidupan kekal yang Tuhan berikan kepada semua yang patuh.”6

Kamu ada contoh dia untuk diikuti.

Melalui wahyu, Hawa mengenali cara untuk pulang ke Tuhan. Dia tahu bahawa Korban Tebusan Yesus Kristus memungkinkan kehidupan abadi dalam keluarga. Dia pasti, dan kamu boleh juga, bahawa dia menepati perjanjiannya dengan Bapa Syurgawi, bahawa Penebus dan Roh Kudus akan membantu dia sampai habis dengan apa-apa kedukaan dan kekecewaan yang akan datang. Dia tahu dia boleh percaya kepada Mereka.

“Percayalah kepada Tuhan dengan segenap hatimu; dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri.

“Akuilah Dia dalam segala lakumu, maka Ia akan meluruskan jalanmu.”7

Saya tahu bahawa Hawa menghadapi kedukaan dan kekecewaan, tetapi saya juga tahu bahawa dia jumpai kesukacitaan dalam pengetahuan bahawa dia dan keluarganya boleh balik untuk hidup dengan Tuhan. Saya tahu bahawa banyak dari kamu yang berada di sini menghadapi kedukaan dan kekecewaan. Saya memberi kamu berkat saya bahawa, macam Hawa, kamu boleh merasa kesukacitaan yang sama yang dia rasai semasa perjalanan kamu untuk pulang ke Tuhan.

Saya ada kesaksian yang pasti bahawa Tuhan Bapa menjaga kamu dengan kasih sayang. Dia menyayangi kamu. Kamu anak perempuan-Nya dalam perjanjian. Sebab Dia sayangi kamu, dia akan menyediakan bantuan itu yang kamu perlukan untuk maju secara peribadi dan untuk membantu orang lain maju dalam perjalanan kepada hadirat Dia lagi.

Saya tahu bahawa Juruselamat membayar untuk semua dosa kita dan bahawa Roh Kudus bersaksi tentang kebenaran. Kamu sudah merasa penghiburan itu dalam pertemuan ini. Saya bersaksi bahawa semua kunci yang mengikat pernjanjian suci sudah dipulihkan. Kunci itu dipegang dan digunakan hari ini oleh nabi kita yang hidup, Presiden Thomas S. Monson. Saya meninggalkan kata ini yang menghiburkan dan beri harapan dengan kamu, anak perempuan perjanjian-Nya yang terkasih, dalam nama Yesus Kristus, amin.