2010–2019
Janganlah Takut Kerana Aku Menyertai Kamu
April 2014


Janganlah Takut Kerana Aku Menyertai Kamu

Apabila kita membina kepercayaan dan iman lebih besar kepada Tuhan, kita boleh mencapai kuasa-Nya untuk memberkat dan membebaskan kita.

Tidak ada banyak perasaan yang boleh berbanding dengan emosi menjadi seorang ibu atau bapa. Tidak ada perkara yang lebih manis dari menerima seorang bayi dari syurga. Adik saya mengalami ini dalam cara yang memilukan. Anak lelaki sulungnya dilahir terlalu awal dan hanya berberat 1.3 kg. Hunter berada di unit rawatan rapi neonatal selama dua bulan. Dua bulan itu satu masa yang emosi bagi keluarga kami semasa kami harap dan memohon kepada Tuhan demi bantuan-Nya.

Hunter perlukan banyak sokongan. dia berjuang untuk memperolehi kekuatan yang diperlukan untuk hidup. Tangan bapanya yang kuat selalu memegang tangannya yang begitu kecil untuk menggalak bayi yang mudah diserang ini.

Begitulah bagi semua anak Tuhan. Bapa Syurgawi kita menghulurkan tangan kepada kita semua dengan kasih sayang-Nya yang tidak terbatas. Dia mempunyai kuasa ke atas semua dan Dia ingin menolong kita untuk belajar, berkembang, dan pulang kepada Dia. Ini menghuraikan tujuan Bapa kita, “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan kekal bagi manusia.”1

Apabila kita membina iman dan kepercayaan lebih besar kepada Tuhan, kita boleh mencapai kuasa-Nya untuk memberkat dan membebaskan kita.

Kitab Mormon mengandungi tema indah tentang kuasa Tuhan untuk membebaskan kita. Nefi memperkenalkan tema ini dala bab pertama kitab ini. Pada ayat ke 20, kita baca, “Lihatlah, aku, Nefi, akan memperlihatkan kepadamu bahawa belas kasihan Tuhan yang lembut meliputi mereka semua yang telah Dia pilih, kerana iman mereka, untuk menjadikan mereka perkasa bahkan hingga kuasa pembebasan.”2

Banyak tahun lalu saya dapat faham dengan lebih mendalam tentang kebenaran yang dihuraikan dalam ayat ini. Saya dapat tahu bahawa Bapa Syurgawi dekat dengan kita dan Dia ingin menolong kita.

Pada suatu petang hampir gelap, saya memandu kereta bersama anak-anak saya. Saya ternampat seorang budak lelaki mengangkat beg galas berjalan di tepi jalan. Saya menerima satu tekanan yang jelas bahawa saya harus menolong dia. Tetapi saya bimbang dia akan berasa takut kerana satu orang asing henti dekat dia pada waktu malam, jadi saya terus memandu. Tekanan itu datang lagi dengan kata-kata ini dalam minda saya: “Tolong budak itu!”

Saya pusing balik dan tanya dia, “Kamu perlukan bantuan? Saya berasa saya harus menolong kamu.”

Dia memandang kami, dengan air mata mengalir pada mukanya, dia kata, “Bolehkah kamu tolong? Saya sudah berdoa untuk menerima bantuan.”

Doanya dijawab dengan ilham yang datang kepada saya. Pengalaman untuk menerima arahan yang begitu jelas dari Roh ini tinggalkan satu tekanan pada hati saya yang tidak dapat saya lupakan.

Selepas 25 tahun dan melalui belas kasihan Tuhan, saya bertemu dengan budak lelaki itu beberapa bulan dahulu. Saya mendapati bahawa pengalaman itu bukan cerita saya sahaja--ia juga cerita budak itu. Deric Nance sekarang seorang bapa yang memiliki keluarga diri sendiri. Dia tidak lupakan pengalaman itu juga. Pengalaman ini menolong kami untuk membina satu dasar iman bahawa Tuhan mendengar dan menjawab doa kami. Kedua-dua kami gunakan pengalaman itu untuk mengajar anak-anak kami bahawa Tuhan menjaga kami. Kami tidak bersendirian.

Pada malam itu, Deric ada satu aktiviti di sekolah dan bila aktiviti itu tamat, bus terakhir sudah tinggal. Sebagai seorang remaja, dia berasa yakin dia boleh balik ke rumah bersendirian, jadi dia mula berjalan kaki ke rumah.

Selepas satu setengah jam dan dia masih belum sampai ke rumah. Dia masih harus berjalan beberapa kilometer dan dia tidak nampat satu lampu pun, dia berasa takut. Dengan perasaan putus asa, dia melutut di belakang satu cerucuk batu kelikir dan berdoa kepada Tuhan untuk menolong dia. Selepas beberap minit Deric pulang ke jalan, saya berhenti untuk memberikan bantuan.

Banyak tahun kemudian, Deric ingat: “ Tuhan mengambil berat tentang saya, seorang budak yang kurus dan tidak bersedia. Walaupu ada perkara yang berlaku di seluruh dunia, Dia sedar tentang situasi saya dan hantarkan bantuan kepada saya. Tuhan sudah menjawab doa saya banyak kali semenjak pengalaman itu. Jawapannya tidak selalu datang dengan segera dan dengan jelas, tetapi Dia sedar tentang saya hari ini seperti malam itu. Apabila saya menghadapi beban dunia ini, saya tahu Dia selalu adakan satu pelan untuk menolong saya pulang ke rumah.”

Seperti yang dihuraikan oleh Deric, bukan semua doa akan dijawab dengan segera. Tetapi Bapa Syurgawi kita mengenali kita dan dengar rayuan hati kita. Dia melakukan mujizatnya satu doa demi satu doa.

Kita boleh percaya Dia akan menolong kita, mungkin bukan dengan cara yang kita inginkan tetapi dengan cara yang paling baik untuk perkembangan kita. Untuk menyerahkan kehendak kita kepada Diamungkin susah, tetapi ini penting untuk menjadi seperti Dia dan mendapati keamanan yang diberi oleh Dia.

Saya boleh berasa seperti yang dihuraikan oleh C. S. Lewis: “Saya berdoa kerana saya tidak mampu melakukan semua perkara. Saya berdoa kerana saya berasa saya perlu selalu berdoa, bangun atau tidur. Doa tidak mengubahkan Tuhan, doa mengubahkan saya.”3

Terdapat banyak catatan dalam kitab suci tentang orang yang meletakkan keyakinan ke atas Tuhan dan Tuhan menolong dan membebaskan mereka. Seperti Daud, yang dibebaskan dari pembunuhan raksasa Goliat dengan bergantung kepada Tuhan. Seperti Nefi yang merayu kepada Tuhan untuk membebaskan dia dari tali yang mengikat dia. Seperti Joseph Smith, yang berdoa untuk mencarikan bantuan Tuhan. Dia dibebaskan dari kuasa jahat dan menerima jawapan mukjizat. Mereka masing-masing menghadapi cabaran yang sangat susah. mereka masing-masing bertindak dengan penuh iman dan yakin pada Tuhan. Mereka masig-masing menerima bantuan-Nya. Dan pada hari ini, kuasa dan kasih sayang Tuhan boleh dinampak dalam kehidupan anak-anak-Nya.

Baru-baru ini saya ternampak perkara ini berlaku dalam hidup para Orang Suci yang beriman di Zimbabwe dan Botswana. Dalam satu pertemuan puasa dan kesaksian dalam satu cabang kecil, saya berasa sangat rendah hati dan diilham oleh kesaksian ramai orang-- para kanak-kanak, remaja, dan dewasa. Mereka masing-masing mengongsikan pertunjukan iman yang berkuasa kepada Tuhan Yesus Kristus . Walaupun mereka dikelilingi oleh cabaran dan kesusahan, mereka yakin pada Tuhan setiap hari. Mereka mengakui tangan -Nya dalam hidup dengan selalu mengatakan “Saya sangat bersyukur kepada Tuhan.”

Beberapa tahun lalu, satu keluarga yang beriman merupakan satu contoh keyakinan pada Tuhan bagi para ahli bahagian kami. Arn dan Venita Gatrell mempunyai satu keluarga yang bahagia apabila dia dikesan penyakit barah yang agresif. Prognosisnya teruk-- dia hanya dapat hidup buat beberapa minggu. Keluarga mereka hendak berada bersamam-sama buat kali terakhir. Semua anak-anak mereka berkumpul bersama, ada yang datang dari tempat yang jauh. Mereka hanya mempunyai 48 jam. Mereka pilihkan activiti yang terpenting bagi mereka--foto keluarga, makan keluarga, dan menghadiri Bait Suci Salt Lake. Venita kata, “Apabila kami keluar dari bait suci, itu ialah kali terakhir kami akan berhimpun bersama dalam hidup ini.”

Tetapi mereka tinggalkan bait suci itu dengan kepastian bahawa hidup tidak tamat pada bumi ini. Kerana perjanjian bait suci, mereka boleh mereka berharapan dalam perjanjian Tuhan. Mereka boleh bersamasatu sama buat selamanya.

Mereka menerima banyak berkat selama dua bulan selepas itu. Iman dan keyakinan Arn dan Venita pada Tuhan berkembang seperti kata Venita: “Saya diangkat. Saya belajar bahawa seorang boleh berasa tenang dalam kesusahan. Saya tahu bahawa Tuhan menjaga kita. Jika kamu yakin pada Tuhan, kamu akan mengatasi semua cabaran dalam hidup.”

Salah seorang anak perempuan mereka kata, “Kami memerhati ibu bapa kami dan teladan mereka. Kami dapat nampak iman mereka dan bagaimana mereka menghadapi cabaran itu. Saya tidak hendakkan cubaan itu, tetapi saya tidak hendak tinggalkan cubaan itu juga. Kami dikelilingi oleh kasih sayang Tuhan.”

Tentunya, keluarga Gatrell tidak harapkan ketinggalan Arn. Tetapi krisis mereka bukan satu krisis iman. Injil Yesus Kristus bukan satu senarai semakan; sebaliknya, ia berada dalam hati kita. Injil “bukan satu beban, tetapi ia boleh meringankan beban kita”.4 Ia menyongkong kita. Ia menyokonga keluarga Gatrell. Mereka berasa tenang di tengah-tengah cubaan mereka. Mereka memegang ketat kepada satu sama lain dan kepada perjanjian bait suci yang sudah mereka buat dan patuh. Keupayaan mereka untuk yakin pada Tuhan berkembang dan mereka diperkukuhkan oleh iman mereka kepada Yesus Kristus dan kuasa penebusan-Nya.

Tidak kira di mana pun kita berada pada jalan penganutan, tidak kira apa pun kerisauan dan cabaran kita, kita tidak bersendirian. Kamu belum dilupai. Seperti Deric, Orang Suci dari Afrika, keluarga Gatrell--kita boleh pilih untuk mencarikan tangan Tuhan apabila kita perlu. Kita boleh menghadap cabaran kita dengan doa dan keyakian pada Tuhan. Dalam proses itu, kita menjadi lebih seperti Dia.

Tuhan berfirman kepada kita, “Jangan takut … Aku menyertai kamu. Jangan cermas kerana akulah Tuhan kamu; Aku akan menguatkan dan menolong kamu; … dan menyelamatkan kamu.”5

Saya berikan kesaksian rendah hati saya yang pasti bahawa Tuhan Bapa Syurgawi kita mengenali kita secara peribadi dan ingin menolong kita. Melalui Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus, kita boleh mengatasi dunia ini dan pulang ke rumah dengan selamat. Semoga kita beriman untuk yakin pada Dia, saya doa dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Musa 1:39.

  2. 1 Nefi 1:20.

  3. Diucap oleh peranan C. S. Lewis yang dimain dalam William Nicholson, Shadowlands (1989), 103.

  4. Harry Emerson Fosdick, Twelve Test of Character (1923), 88.

  5. Yesaya 41:10.