2010–2019
Susulan
April 2014


Susulan

Kita semua boleh menjadi lebih terlibat dalam kerja mubaligh dengan menggantikan rasa takut kita dengan iman tulus.

Enam puluh empat tahun lalu September ini, saya pulang dari misi saya di England. Tiga hari selepas itu, saya menghadiri satu tarian sosial di Universiti Utah dengan seorang kawan saya. Dia memberitahu saya mengenai seorang mahasiswa tingkat dua bernama Barbara Bowen, yang perlu saya kenali. Dia memperkenalkan kita, dan kita mula menari.

Malangnya, ini dipanggil “tarian tag,” yang bermaksud kamu menari dengan pasangan sehingga orang lain sentuh bahu kamu untuk menari dengan pasangan kamu. Barbara seorang meriah dan popular, jadi saya menari dengannya kurang daripada satu minit sebelum pemuda lain “tag” saya.

Itu tidak boleh diterima oleh saya. Setelah mempelajari kepentingan susulan semasa misi, saya mendapat nombor telefon dan menelefonnya hari berikut untuk megajak dia keluar, tetapi dia sibuk dengan sekolah dan komitmen sosial. Untungnya, misi mengajar saya untuk gigih walaupun menghadapi kehilangan semangat, dan akhirnya berjaya mengajaknya keluar. Dan pertemuan kita berterusan. Entah bagaimana saya menyakinkan dia bahawa saya adalah satu-satunya mubaligh kembali yang sejati dan hidup – sekurang-kurangnya - yang harus dia tahu. Sekarang, 64 tahun kemudian, terdapat tujuh anak dan banyak cucu dan cicit yang berdiri sebagai bukti kebenaran yang ketara bahawa tidak kira betapa baiknya pesanan anda, anda mungkin tidak berpeluang untuk menyampainya tanpa susulan yang konsisten dan berterusan.

Ini mungkin mengapa saya rasa tanggapan jelas hari ini untuk menyusul dua pesanan saya daripada persidangan umum yang lalu.

Dalam persidangan Oktober 2011, saya menggesa kita harus mengingati kata-kata Tuhan mengenai nama Gereja-Nya pada hari terakhir: Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.1

Dengan kata-kata ini, Tuhan membuat jelas bahawa ini bukan sahaja gelaran formal tetapi nama Gereja-Nya yang harus dipanggil. Denga pengisytiharan jelas-Nya, kita tidak harus merujuk kepada Gereja dengan nama lain, seperti “Gereja Mormon” atau “Gereja Orang Suci Zaman Akhir”

Istilah Mormon boleh digunakan sewajarnya dalam konteks merujuk kepada ahli Gereja, seperti para peneroka Mormon, atau institusi, seperti Koir Mormon Tabernacle. Ahli Gereja dikenal luas sebagai Mormons, dan dalam interaksi dengan orang berkepercayaan lain, kita boleh merujuk dengan sesuai kepada diri sebagai Mormons, jika digunakan dengan nama penuh Gereja.

Jika ahli-ahli Gereja belajar menggunakan nama betul Gereja dengan menghubungkan perkataan Mormon, ia akan menekankan bahawa kita adalah Kristian, ahli-ahli Gereja Juruselamat.

Saudara dan saudari, mari kita menyusul dan memulakan tabiat untuk sentiasa membuat jelas bahawa kita kepunyaan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Pesanan kedua yang saya rasa harus disusul telah diberikan pada persidangan umum yang baru lalu, semasa saya menggalakkan ahli Gereja berdoa untuk dibawa kepada seseorang yang boleh dijemput untuk mempelajari injil dipulihkan sebelum Krismas. Ramai ahli Gereja telah berkongsi bersama saya pengalaman istimewa sebagai hasil daripada doa untuk peluang mubaligh.

Sebagai contoh, satu mubaligh kembali, berdoa khusus untuk dibawa kepada orang yang dia boleh jemput. Nama bekas rakan sekelas kolej datang ke minda. Dia berkomunikasi dengannya melalui Facebook, dan mengetahui bahawa rakannya telah berdoa tentang tujuan dan makna kehidupannya. Dia menyusul pada masa rakannya mencari kebenaran, dan di Disember rakannya dibaptiskan.

Banyak jemputan serupa telah dilaporkan kepada saya, tetapi hanya beberapa yang susul seperti yang dilakukan oleh saudara ini.

Saya ialah penganut besar dalam prinsip susulan. Seperti dikatakan dalam panduan mubaligh Mengkhutbahkan Injil-Ku, melanjutkan jemputan tanpa susulan adalah seperti memulakan perjalanan tanpa menamatkannya atau membeli tiket ke konsert tanpa memasuki teater. Tanpa tindakan yang lengkap, komitmen itu tidak bermakna.2

Mengkhutbahkan Injil-Ku mengajar semua bukan sahaja cara menjemput tetapi menyusul jemputan. Definisi tujuan kerja mubaligh adalah menjemput orang lain untuk datang ke Kristus dengan membantu mereka menerima injil dipulihkan melalui iman kepada Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya, pertaubatan, pembaptisan, menerima kurnia Roh Kudus, dan bertahan ke akhir.”3

Menjemput sudah pasti sebahagian daripada proses. Tetapi terdapat lebih kepada kerja mubaligh untuk ahli Gereja daripada hanya melanjutkan jemputan kepada orang untuk mendengar ajaran para mubaligh. Ia juga termasuk menyusul dengan mubaligh dalam penanaman iman, motivasi untuk bertaubat, penyediaan membuat perjanjian dan bertahan ke akhir.

Susulan prinsip ini digambarkan dalam buku Kisah Para Rasul:

“Naiklah Petrus dan Yohanes ke Bait Tuhan. …

“Di situ ada seorang laki-laki, yang lumpuh sejak lahirnya sehingga ia harus diusung. Tiap-tiap hari orang itu diletakkan dekat pintu gerbang Bait Tuhan, yang bernama Gerbang Indah, untuk meminta sedekah kepada orang yang masuk ke dalam Bait Tuhan;

“Ketika orang it melihat, bahwa Petrus dan Yohanes hendak masuk ke Bait Tuhan, ia meminta sedekah.

“Mereka menatap dia dan Petrus berkata: Lihatlah kepada kami.

“Lalu orang itu menatap mereka dengan harapan akan mendapat sesuatu dari mereka.

“Tetapi Petrus berkata: “Emas dan perak tidak ada padaku, tetapi apa yang kupunyai, kuberikan kepadamu: Demi nama Yesus Kristus, orang Nazaret itu, berjalanlah.”

Itu adalah jemputan yang berkuasa daripada seorang hamba Tuhan, bukan? Tetapi Petrus tidak berhenti dengan jemputan itu. Alkitab kemudian memberitahu kita bahawa “ia memegang tangan kanan orang itu dan membantu dia berdiri: seketika itu juga kuatlah kaki dan mata kaki orang itu.

“Ia melonjak berdiri lalu berjalan kian ke mari dan mengikuti mereka ke dalam Bait Tuhan, berjalan dan melompat-lompat serta memuji Tuhan.”4

Dalam kata lain, Peter bukan sahaja menggunakan kuasa imamatnya dan menjemput lelaki itu untuk bangkit dan berjalan. Dia juga menyusul jemputannya dengan menjangkau kepada lelaki itu, memegang tangan kanan, mengangkat, dan berjalan dengannya ke dalam Bait Tuhan.

Mengenai contoh Peter, saya mencadang kita semua boleh menjadi lebih terlibat dalam kerja mubaligh dengan menggantikan rasa takut kita dengan iman tulus, menjemput seseorang sekurangnya sekali setiap suku – atau empat kali setiap tahun – untuk diajar oleh para mubaligh sepenuh masa. Mereka bersedia untuk mengajar melalui Roh dengan inspirasi yang tulus dan mendalam daripada Tuhan. Bersama kita boleh menyusul jemputan kita, mengambil tangan orang lain, mengangkat, dan berjalan bersama dalam perjalanan rohani mereka.

Untuk membantu anda dalam proses ini, saya menjemput semua ahli Gereja, tidak kira panggilan semasa anda atau tahap keaktifan di Gereja, untuk mendapatkan Mengkhutbahkan Injil-Ku. Ia boleh didapati melalui pusat pengedaran Gereja dan di internet juga.Versi internet boleh dibaca atau di download secara percuma. Ia adalah buku panduan kerja mubaligh – yang bermakna untuk kita semua. Bacanya, kajinya, dan kemudian gunakan apa yang dipelajari untuk membantu anda memahami bagaimana untuk membawa jiwa-jiwa kepada Kristus melalui jemputan dan susulan. Seperti Presiden Thomas S. Monson berkata, “Sekarang adalah masa untuk ahli-ahli Gereja dan para mubaligh datang bersama, untuk berkerja bersama, untuk bekerja di ladang anggur Tuhan untuk membawa jiwa-jiwa kepada-Nya.”5

Yesus Kristus mengajar para pengikut-Nya:

“Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit;

“Mintalah kepada tuan yang empunya tuaian, supaya ia mengirimkan pekerja-pekerja untuk tuaian itu.”6

Tuhan telah menjawab doa itu dalam masa kita dengan nombor yang terbesar mubaligh sepenuh masa dalam sejarah dunia. Dengan peningkatan pekerja-pekerja beriman ini, Tuhan telah memberi kita satu lagi peluang untuk membantu-Nya dengan membawa jiwa-jiwa kepada-Nya.

Terdapat cara-cara praktikal untuk ahli-ahli Gereja membantu dan menyokong para mubaligh kita. Sebagai contoh, anda boleh memberitahu para mubaligh bahawa anda sedang mengkaji Mengkhutbahkan Injil-Ku dan minta mereka menunjuk anda apa yang mereka sedang pelajari. Apabila anda berkongsi antara satu sama lain, keyakinan akan bertambah di antara ahli Gereja dan para mubaligh, seperti diperintahkan Tuhan:

Bahawa setiap lelaki [dan perempuan] boleh berbicara dalam nama Tuhan, bahkan Juruselamat dunia.7

Dan, Dia juga menghantar ahli-ahli Gereja keluar untuk bersaksi dan memperingatkan orang-orang, dan berkata setiap orang yang telah diperingatkan harus mengingatkan jirannya.”8

Para saudara dan saudari, bolehkah anda gambarkan kesannya apabila keluarga dan kawan-kawan menambahkan perkara yang dipelajari daripada kajian peribadi Mengkhutbahkan Injil-Ku dalam surat dan email mereka kepada mubaligh sepenuh masa? Bolehkah anda gambarkan berkat-berkat yang akan datang kepada keluarga apabila mereka tahu dan faham dengan lebih baik apa yang anak mereka akan belajar dan mengajar dalam misi mereka? Bolehkan anda gambarkan berkat-berkat rahmat tebusan yang akan kita terima, bersama dan sebagai individu, menurut janji Juruselamat kepada semua yang memberi kesaksian di dalam proses menjemput jiwa-jiwa kepada-Nya--dan kemudian menyusul jemputan-jemputan itu?

Tuhan berkata melalui nabi Joseph Smith bahawa apabila kita berkongsi injil kita akan diberkati, kerana kesaksian yang diberi akan dicatatkan di syurga untuk malaikat-malaikat lihat, dan mereka berasa girang atas kita dan dosa-dosa kita diampunkan.9

Tuhan juga berjanji bahawa Dia akan mengampunkan dosa-dosa kita, dengan perintah ini – yang kita kekal teguh … dalam memberi kesaksian kepada seluruh dunia mengenai perkara yang diberitahu kepada kita.10

Jika kita menyusul, Tuhan tidak akan mengecewakan kita. Saya pernah melihat kegembiraan tidak terkata yang disertai jemputan motivasi oleh kesaksian dan susulan beriman di kalangan ahli-ahli Gereja di seluruh dunia. Semasa di Argentina baru-baru ini, saya menggalakkan ahli-ahli Gereja untuk menjemput seseorang ke gereja sebelum persidangan umum ini. Joshua berumur lapan tahun mendengar dan menjemput kawan baik dan keluarganya ke rumah terbuka di bahagian mereka di Buenos Aires. Saya akan membacakan surat yang baru diterima yang menjelaskan jemputan Joshua dan susulan berimannya:

“Setiap beberapa minit [Joshua] akan lari ke pagar untuk melihat jika mereka sudah datang. Dia berkata bahawa dia tahu mereka akan [datang].

“Masa berlalu dan kawan Joshua belum sampai, tetapi Joshua tidak berputus asa. Dia kerap memeriksa pagar hadapan setiap beberapa minit. Masa untuk menyimpan barang tiba apabila Joshua mula melompat sambil mengumumkan, ‘Mereka sampai! Mereka sampai!’ Saya melihat seluruh keluarga berjalan menghadapi gereja. Joshua berlari untuk menyambut mereka dan memeluk kawannya. Mereka masuk gereja dan kelihatan sangat gembira dengan rumah terbuka. Mereka mengambil risalah dan menggunakan banyak masa mengenali kawan-kawan baru. Ia sangat baik untuk melihat iman budak kecil ini dan tahu bahawa kanak-kanak Sekolah Primer boleh menjadi para mubaligh juga.”11

Ia adalah kesaksian saya apabila kita berkerja bersama, mencari individu untuk berkongsi injil, menjemput, dan menyusul dengan kepercayaan dan iman, Tuhan akan memberkati kita dan beratus-ratus ribu anak-anak Tuhan akan mencari tujuan dan keamanan dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Semoga Tuhan akan memberkati kita semua dalam usaha kita untuk mempergesakan kerja penyelamatan, saya berdoa dengan rendah hati dalam nama Yesus Kristus, amin.