2010–2019
“Aku Telah Memberikan suatu Teladan kepada Kamu”
April 2014


“Aku Telah Memberikan suatu Teladan kepada Kamu”

Teladan terbaik yang pernah hidup di bumi adalah Juruselamat kita, Yesus Kristus… . Dia menjemput kita semua untuk mengikuti teladan sempurna ini.

Ketika saya merenungkan tugas saya untuk berkongsi Injil, saya terkenang orang terkasih yang pengaruhnya telah membantu saya menjumpai jalan terlantik bagi kemajuan rohani saya. Pada saat-saat penting dalam kehidupan saya, Bapa Syurgawi telah memberkati saya dengan seseorang yang menyayangi saya dan sanggupmembimbing pilihan saya ke arah yang patut. Mereka menuruti kata-kata Juruselamat: “Sebab Aku telah memberikan suatu teladan kepada kamu, supaya kamu juga berbuat sama seperti yang Ku-perbuat kepadamu.”1

Semasa kecil, bapa saya bukan seorang ahli Gereja dan ibu saya telah menjadi kurang aktif. Kami tinggal di Washington, D.C., dan datuk nenek sebelah ibu saya tinggal 2,500 batu (4,000 km) dari kami di negeri Washington. Beberapa bulan selepas hari jadi kelapan saya, Nenek Whittle datang untuk melawat kami. Nenek risau kerana saya dan abang saya belum dibaptiskan. Saya tidak tahu apa yang telah dikatakan kepada ibu bapa mengenai hal ini, tetapi saya tahu pada satu pagi dia membawa abang dan saya ke taman dan mengongsi perasaannya mengenai kepentingan pembaptisan dan kehadiran pertemuan Gereja yang kerap. Saya tidak dapat ingat keperincian yang dikata, namun kata-katanya menyentuh hati saya, dan tidak lama selepas itu abang dan saya dibaptiskan.

Nenek terus menyokong kami. Saya ingat bahawa setiap kali abang atau saya diminta untuk memberi ucapan di gereja, kami menelefon nenek untuk mendapatkan cadangan. Selepas beberapa hari, satu ucapan yang ditulis dengan tangan akan sampai dalam petisurat. Selepas itu, cadangannya berubah kepada garisan kasar yang memerlukan usaha yang lebih daripada kami sendiri.

Nenek menggunakan keberanian dan kehormatan yang berpatutan untuk membantu ayah kami faham kepentingannya untuk membawa kami ke gereja. Dalam setiap cara yang patut, Nenek membantu kami merasakan keperluan Injil dalam kehidupan kami.

Paling pentingnya, kami tahu Nenek menyayangi kami dan dia menyayangi Injil. Dialah contoh yang menakjubkan! Saya sangat bersyukur atas kesaksian yang dikongsi dengan saya ketika kecil. Pengaruhnya telah mengubah arah kehidupan saya demi kebaikan abadi.

Kemudian, apabila saya hampir tamat pengajian universiti, saya jatuh cinta dengan seorang gadis cantik bernama Jeanene Watkins. Saya terasa dia juga mempunyai perasaan yang mendalam terhadap saya. Pada suatu malam, semasa berbincangkan masa hadapan, dengan berhati-hati dia mengatakan sesuatu yang mengubahkan kehidupan saya selama-lamanya. Dia berkata, “Apabila saya berkhawin, saya akan berkahwin di bait suci bersama seseorang yang telah melayani misinya dengan setia.”

Sebelum itu, saya tidak terfikir untuk melayani misi. Malam itu, motivasi saya untuk melayani misi tukar secara mendadak. Saya pulang ke rumah, dan saya hanya boleh fikir mengenai pekara tersebut. Sepanjang malam itu saya tidak dapat tidur. Keesokan hari, saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Selepas banyak berdoa saya membuat kesimpulan untuk berjumpa dengan uskup dan memulakan aplikasi mubaligh saya.

Jeanene tidak pernah meminta saya untuk melayani misibaginya. Dia menyayangi saya cukup untuk mengongsi pendiriannya dan kemudian memberi peluang kepada saya untuk menentukan sendiri arahan kehidupan saya. Kami berdua melayani misi dan kemudian dimeteraikan di bait suci. Keberanian dan tekad Jeanene terhadap imannyalah salah satu bahagian yang paling penting dalam kehidupan kami. Saya pasti kami tidak akan mendapat kegembiraan dinikmati sekarang tanpa iman kuatnya dalam prinsip pengutamaan pelayanan Tuhan. Dia seorang teladan yang hebat dan soleh!

Kedua-dua Nenek Whittle dan Jeanene menyayangi saya cukup untuk mengongsi pendirian mereka mengenai tatacara-tatacara Injil dan pelayanan terhadap Bapa Syurgawi yang akan memberkati kehidupan saya. Mereka tidak memaksa atau membuat saya rasa bersalah. Mereka cuma mengasihi saya dan menyayangi Bapa di Syurga. Mereka tahu bahawa Dia boleh membuat lebih dengan kehidupan saya daripada apa yang saya boleh capai dengan sendiri. Mereka berani membantu saya dengan penuh kasih untuk mendapat jalan kegembiraan yang paling besar.

Bagaimana kita boleh menjadi pengaruh penting sedemikian? Kita perlu menyayangi mereka yang inginkan bantuan kesolehan dengan ikhlas agar mereka boleh mula yakin terhadap kasih Tuhan. Cabaran pertama yang dihadapi oleh ramai orang dalam penerimaan Injil adalah pengembangan iman terhadap Bapa Syurgawi yang menyayangi kita denga sempurna. Pengembangan iman menjadi lebih senang apabila kita mempunyai kawan atau ahli keluarga yang menyayangi mereka dengan cara yang serupa.

Pemberian keyakinan atas kasih kamu dapat membantu mereka mengembangkan iman terhadap kasih Tuhan. Kemudiannya, melalui perhubungan yang penuh kasih dan ikhlas, kehidupan mereka akan diberkati kerana kamu berkongsi pelajaran yang dipelajari, pengalaman yang dialami, dan prinsip-prinsip yang telah diikuti untuk mendapat jawapan dalam cabaran hidup sendiri. Tunjukkanlah minat ikhlas dalam kesejahteraan mereka; kemudian kongsikanlah kesaksian kamu mengenai Injil Yesus Kristus.

Kamu boleh membantu dalam cara yang berdasarkan asas dan ajaran. Beri galakkan kepada mereka yang disayangi untuk berusaha memahami arahan Tuhan. Salah satu cara untuk melakukan ini adalah untuk menanyakan soalan kepada yang memaksa mereka berfikir dan memberi masa yang cukup—tanpa mengira jam, hari, bulan, atau lebih—untuk merenung dan berusaha mendapat jawapan bagi diri mereka sendiri. Kamu mungkin perlu menolong mereka tahu bagaimana untuk berdoa dan mengenali jawapan yang diperoleh dari doa-doa mereka. Bantu mereka untuk ketahui bahawa tulisan suci adalah sumber penting untuk menerima dan mengenali jawapan. Dengan itu, kamu akan membantu mereka bersedia untuk menghadapi peluang dan cabaran yang akan datang.

Tujuan Tuhan adalah untuk “mendatangkan kebakaan serta hidup yang kekal bagi manusia.”2 Itulah dasar bagi segala yang kita lakukan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan perkara yang tampak menarik atau terlibat dalam tanggungjawab duniawi sehingga kita melupakan tujuan Tuhan. Apabila kamu menumpukan kehidupan dengan tetap pada asas-asas Injil, kamu akan faham apa yang perlu dilakukan, dan akan menghasilkan keputusan lebih bagi Tuhan dan kegembiraan lebih bagi diri sendiri.

Apabila kamu menumpu kehidupan kepada asas-asas rancangan keselamatan, kamu akan memberi perhatian lebih dalam mengongsi apa yang dipercayai kerana kamu faham kepentingan abadi tatacara-tatacara Injil. Kamu akan berkongsi apa yang kamu tahu dalam cara yang menggalakan kawan-kawan kamu untuk ingin diperkuatkan secara rohani. Kamu akan membantu orang terkasih untuk ingin mengikat janji untuk mematuhi semua perintah-Nya dan mengambil ke atas diri mereka nama Yesus Kristus.

Ingatlah bahawa penukaran hati seseorang hanyalah sebahagian daripada kerja penyelematan. Sentiasa berusaha untuk memperkuatkan keluarga. Ajar dengan perspektif abadi kepentingan pemeteraian keluarga di bait suci Tuhan. Ada keluarga yang mungkin memerlukan beberapa tahun. Ini terjadi dengan ibu bapa saya. Beberapa tahun selepas pembaptisan saya, ayah saya juga dibaptiskan, dan kemudian keluarga saya dimeteraikan di bait suci. Bapa saya telah melayani sebagai seorang pemeterai di bait suci, dan ibu saya melayan bersamanya. Apabila kamu mempunyai perspektif akan tatacara-tatacara bait suci, kamu akan menolong membangunkan kerajaan Tuhan di bumi.

Ingatlah, menyayangi mereka adalah dasar yang berkuasa untuk mempengaruhi mereka yang ingin dibantu. Pengaruh Nenek Wittle dan isteri saya, Jeanene, tidak bermakna jika saya tidak ketahui bahawa mereka menyayangi saya sebelumnya dan inginkan saya menerima berkat-berkat terbaik dalam kehidupan saya.

Sebagai pasangan kasih itu, percayalah mereka. Dalam beberapa keadaan, nampaknya mungkin susah dipercayai, tetapi carilah cara untuk percayai mereka. Anak-anak Bapa Syurgawi boleh melakukan perkara yang menakjubkan apabila mereka rasa dipercayai. Setiap anak Tuhan di bumi kini telahpun memilih rancangan Juruselamat. Percayalah bahawa, jika diberi peluang, mereka akan memilih itu sekali lagi.

Kongsilah prinsip-prinsip yang membantu mereka yang disayangi untuk terus maju ke jalan kehidupan abadi. Ingatlah bahawa kita semua berkembang baris demi baris. Kamu telah mengikuti corak yang sama dalam pemahaman Injil. Berkongsilah Injil dengan cara mudah.

Kesaksian peribadi kamu mengenai Korban Tebusan Yesus Kristus adalah sesuatu alat yang berkuasa. Sumber-sumber lain termasuk doa, Kitab Mormon dan tulisan suci lain, serta tekad kamu kepada tatacara-tatacara imamat. Semua ini akan memudahkan pertunjukkan Roh, yang begitu penting untuk kita bergantung atas.

Untuk menjadi efektif dan berbuat seperti Kristus, 3 tumpukanlah perhatian pada asas utama dalam Injil: Korban Tebusan Yesus Kristus memungkinkan kita menjadi seperti Bapa Syurgawi agar kita boleh tinggal bersama dengan keluarga kita dalam keabadian.

Tiada ajaran yang lebih penting dalam pekerjaan kita daripada Korban Tebusan Yesus Kristus. Dengan setiap peluang yang berpatutan, bersaksilah tentang Juruselamat dan kuasa Korban Tebusan-Nya. Pakailah ayat-ayat suci yang mengajar tentang Dia dan mengapa Dialah teladan sempurna bagi semua orang dalam kehidupan.4 Kamu perlu belajar dengan rajin. Janganlah menjadi begitu sibuk dengan perkara yang tidak penting sehingga kamu tidak belajar ajaran dan pengajaran Tuhan. Dengan dasar dan ajaran asas peribadi yang teguh, kamu akan menjadi satu sumber berkuasa untuk berkongsi kebenaran yang penting dengan mereka yang sangat memerlukannya.

Cara terbaik untuk melayani Bapa Syurgawi adalah dengan mempengaruhi orang lain dengan soleh serta melayani mereka.5 Teladan terbaik yang pernah hidup di bumi adalah Juruselamat kita, Yesus Kristus. Pelayanan fana-Nya dipenuhi dengan mengajar, melayani, dan menyayangi orang lain. Dia duduk bersama individu yang dianggap tidak layak bersahabat dengan-Nya. Dia menyayangi setiap satu. Dia memahami keperluan mereka dan mengajarkan Injil-Nya kepada mereka. Dia menjemput kita semua untuk mengikuti teladan sempurna-Nya.

Saya tahu bahawa Injil-Nya adalah lorong kedamaian dan kegembiraan dalam kehidupan ini. Semoga kita ingat untuk melakukan seperti Dia dengan berkongsi kasih, kepercayaan, dan pengetahuan kebenaran kita dengan orang lain yang belum menerima cahaya Injil yang begitu terang dengan sepenuhnya. Dalam nama Yesus Krsitus, amin.