2010–2019
“Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku”
April 2014


“Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku”

Menggunakan hak pilihan kita bermakna memilih untuk “membuat apa yang betul [dan membenarkan] akibat ikuti.”

Saudara-saudari sekalian, daripada semua pelajaran yang kita pelajari dari hidup Juruselamat, tidak ada yang lebih terang dan berkuasa daripada ajaran kepatuhan.

Contoh dari Juruselamat

Di dalam Majlis Syurga di pradunia, Lucifer memberontak terhadap rancangan Bapa Syurgawi. Mereka yang mengikut Lucifer mengakhiri kemajuan kekal mereka - berhati-hatilah dengan siapa yang kamu ikuti!

Kemudian Yesus menyatakan komitmenNya untuk patuh, “Bapa, kehendakmu jadilah, dan kemuliaan adalah milikMu selamanya” 1 Sepanjang kementerianNya, “Dia menderita godaan tetapi tidak mengendahkanya” 2 Malah “Ia telah belajar menjadi taat dari apa yang telah dideritaNya.”3

Oleh kerana Juruselamat kita patuh, Dia menebus dosa kita, membolehkan kebangkitan kita dan menyediakan jalan untuk kita kembali kepada Bapa diSyurga, yang tahu kita akan membuat kesalahan semasa mempelajari kepatuhan dalam hidup ini. Apabila kita patuh, kita menerima korban Yesus Kristus, kerana “Kami percaya bahawa melalui Korban Tebusan Yesus, seluruh umat manusia dapat diselamatkan, dengan kepatuhan kepada hukum-hukum, perintah-perintah dan serta tatacara-tatacara Injil yang diberi dalam Injil.” 4

Yesus mengajar kita untuk mematuhi dalam bahasa yang senang untuk difahami: “Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku”5 dan “Mari, Ikutku.”6

Apabila kita dibaptis, kita “mengambil atas diri [kita] nama Kristus” dan memasuki “ke dalam perjanjian dengan Tuhan bahawa [kita akan] patuh sampai akhir hidup [kita].”7 Setiap hari Ahad kita memperbaharui perjanjian pembaptisan kita dengan mengambil sakramen dan bersaksi bahawa kita sanggup mematuhi perintah-perintah. Kita meminta keampunan untuk apa-apa fikiran, perasaan atau perbuatan yang tidak harmoni dengan kehendak Bapa diSyurga. Apabila kita bertaubat dengan berpaling daripada ketidakpatuhan dan bermula untuk patuh semula, kita menunjukkan kasih sayang kepadaNya.

Jenis Kepatuhan

Apabila kita mengikuti Injil, pemahaman kita terhadap kepatuhan akan meningkat. Kadang-kala kita mungkin tergoda untuk melatihkan apa yang saya panggil “ kepatuhan manusia semula jadi,” dimana kita menolak undang-undang Tuhan untuk mengikut kehendak dan kebijaksanaan sendiri. Oleh kerana ramai yang melakukan sedemikian, penyelewengan kepatuhan ini mengurangkan darjah Tuhan dalam budaya dan undang-undang kita.

Kadang-kala, ada ahli gereja yang akan menyertai dalam “kepatuhan terpilih,” dan berkata kononya mereka menyayangi dan menyanjungi Tuhan sementaranya memetik dan memilih antara mana satu perintah dan ajaranNya - dan juga ajaran dan nasihat nabiNya - yang akan diikuti sepenuhnya.

Sesetengah mematuhi secara terpilih kerana mereka tidak boleh memahami semua sebab untuk satu perintah, sama seperti seorang kanak yang tidak selalunya memahami sebab perintah ibubapa mereka. Namun kita sentiasa tahu mengapa kita mengikuti Nabi, ia kerana ini adalah Gereja Yesus Kristus, dan Juruselamat yang mengarahkan nabiNya dalam semua zaman keagamaan.

Apabila pemahaman kita tentang kepatuhan mendalam, kita faham sebab utama peranan hak pilihan. Apabila Yesus Kristus berada dalam Taman Getsemani, Dia berdoa tiga kali kepada BapaNya, dan berkata, “Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki.”8 Tuhan tidak boleh menolak hak pilihan Juruselamat, tetapi Dia dengan berbelas kasihan menghantar malaikat untuk menguatkan anakNya yang dikasihi.

Juruselamat melalui satu lagi ujian di Golgotha, di mana dia boleh memanggil beribu malaikat untuk menurunkanNya dari salib, tetapi dia membuat pilihanNya sendiri untuk patuh dan bertahan sampai akhir dan melengkapkan korban tebusanya, walaupun ia bermakna Dia terseksa dan juga mati.

Kepatuhan rohani yang matang adalah “Kepatuhan Juruselamat.” Ia didorongi oleh kasih ikhlas terhadap Bapa di Syurga dan juga AnakNya. Apabila kita patuh dengan sukacitanya, mengikut dengan setia, seperti Juruselamat kita, kita akan menghargai kata Bapa Syurgawi, ”Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenan.”9 Dan kita berharap untuk mendengari apabila berada dalam kehadiran Tuhan, “Baik sekali perbuatanmu itu, hai hambaku yang baik dan setia: … Masuklah… dan turutlah dalam kebahagiaan tuanmu.”10

Menggunakan hak pilihan kita untuk patuh bermakna untuk “membuat apa yang betul [dan membiarkan] akibat diikuti.”11 Ia memerlukan penguasaan diri dan membawa keyakinan, kebahagiaan abadi dan perasaan pemenuhan kepada kita, dan kepada mereka disekeliling kita; dan ia selalu diikuti dengan komitmen peribadi untuk menyokong pemimpin imamat dan mengikut ajaran dan nasihat mereka.

Akibat

Dalam memilih sama ada kita akan patuh, ia amat membantu jika kita ingati akibat pilihan kita. Adakah Lucifer dan pengikutnya memahami akibatnya apabila mereka menolak rancangan Bapa diSyurga ? Jika ya, mengapa mereka masih membuat pilihan yang sangat teruk? Kita boleh menanya diri kita sendiri soalan yang hampir sama: mengapa kita memilih untuk tidak mematuhi perintah jika kita tahu akibat abadi dosa? Tulisan suci memberi jawapan: mengapa Cain dan beberapa anak Adam dan Hawa membuat pilihan untuk tidak patuh adalah kerana “mereka mengasihi Setan lebih dari Tuhan.”12

Kasih kita terhadap Juruselamat, adalah kunci kepada kepatuhan seperti Juruselamat. Apabila kita cuba untuk patuh dalam dunia hari ini, kita mengumumkan kasih sayang dan kehormatan kita kepada semua anak-anak Bapa Di Syurga. Tetapi adalah mustahil bagi kasih sayang orang lain untuk mengubah perintah Tuhan, yang telah diberi untuk kebaikan diri kita! Contohnya perintah “tidak juga membunuh, tidak juga melakukan apa pun yang seperti itu”13 berasaskan daripada undang-undang rohani yang melindungi semua anak Tuhan, termasuk mereka yang belum lahir. Pengalaman yang lama mencadangkan apabila kita tidak mengendahkan undang-undang ini, kesedihan yang tidak terhingga berlaku. Tetapi ramai percaya yang ia tidak salah untuk menghapuskan nyawa seorang bayi yang belum lahir secara terpilih atau untuk kesenangan diri.

Merasionalkan ketidakpatuhan tidak menukar undang-undang rohani atau akibatnya tetapi mengakibatkan kekeliruan, ketidakstabilan, mengembara ke lorong aneh, hilang dan kesedihan. Sebagai pengikut Kristus, kita mempunyai satu kewajipan suci untuk menegakkan undang-undang dan perintahNya dan perjanjian yang kita ambil keatas diri kita.

Pada Disember 1831 beberapa ahli gereja dipanggil untuk menenangkan perasaan yang tidak bagus yang ada terhadap Gereja. Melalui Nabi Joseph Smith, Tuhan mengarahkan mereka dalam cara yang aneh, dan juga mengejutkan:

“Malukan musuh kamu, panggil mereka untuk berjumpa dengan kamu di kedua dua tempat yang awam dan terbuka. …

Dengan demikian, biarkan mereka membawa sebab terkuat mereka menentang Tuhan.

“… tidak ada senjata yang dibina menentang kamu akan berjaya;

“Dan jika ada orang yang meninggikan suara menentang kamu dia akan digagalkan pada suatu masa tertentu.

“Dengan demikian, simpanlah perintahku; mereka adalah benar dan beriman.”14

Pelajaran dalam Tulisan Suci

Tulisan Suci dipenuhi dengan contoh nabi yang mempelajari pelajaran kepatuhan melalui pengalaman mereka.

Joseph Smith diajar akibat mengalah atas desakan dermawan, kawan dan penulis kitabnya, Martin Harris. Dalam tindakan terhadap rayuan Martin, Joseph meminta Tuhan untuk kebenaran meminjamkan 116 mukasurat manuskrip Kitab Mormon supaya Martin boleh menunjukkan kepada keluarganya, tetapi Tuhan tidak membenarkan Joseph. Martin merayu lagi kepada Joseph untuk meminta Tuhan. Selepas permintaan Joseph yang ketiga, Tuhan memberi kebenaran kepada lima orang yang spesifik untuk mengkaji manuskrip tersebut. “Dalam satu perjanjian yang serius Martin mengikat dirinya kepada perjanjian itu. Apabila dia sampai ke rumah, dan tekanan tinggi yang dihadapi, dia terlupa perjanjiannya dan membenarkan orang lain untuk melihat manuskrip, dan disebabkan hasil satu tipu muslihat ia terlepas dari tangannya.”15 Sebagai akibat, Joseph ditegur Tuhan dan tidak diberi kebenaran untuk sambung penterjemahan Kitab Mormon. Joseph menderita dan bertaubat dosanya kerana membenarkan diri dipengaruh desakan orang lain. Selepas satu musim, Joseph dibenarkan untuk menyambungi kerja penterjemahan. Joseph pelajari satu pelajaran yang sangat berharga yang mengkhidmatinya seumur hidup!

Nabi Musa memberikan satu lagi contoh. Apabila Musa, dengan patuhnya, mengambil seorang isteri Ethopia, Miriam dan Aaron menentangnya. Tetapi Tuhan menegur mereka dan berkata, “Bersama [Musa], Aku berbicara dengan dia.”16 Tuhan menggunakan peristiwa hebat ini untuk mengajar ahli Gereja dalam zaman keagamaan kita. Pada tahun 1830 Hiram Page mendakwa bahawa dia menerima wahyu untuk Gereja. Tuhan memperbetulkan dia dan mengajar Orang Suci “Dan engkau hendaknya patuh kepada hal-hal yang akan Aku berikan kepadanya[Joseph], bahkan seperti Harun,”17“ karena dia menerimanya bahkan seperti Musa.”18

Kepatuhan membawa berkat, “Dan ketika kita mendapatkan berkat apa pun dari Tuhan, itu adalah karena kepatuhan pada hukum itu yang di atasnya itu dilandaskan.”19

Kepatuhan diajar melalui contoh. Melalui cara kita hidup, kita mengajar anak kita, “Belajarlah kebijaksanaan pada masa mudamu; ya, belajarlah pada masa mudamu untuk menaati perintah-perintah Tuhan.”20

Kepatuhan membuat kita bertambahnya kuat, mampu menahani ujian dengan iman dan cabaran masa hadapan. Kepatuhan di Getsemani menyediakan Juruselamat untuk patuh dan bertahan sampai akhir di Golgotha.

Saudara saudariku yang dikasihi, kata-kata Alma menyatakan perasaan hatiku:

“Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku telah mengatakan hal-hal ini kepadamu agar aku boleh membangunkanmu pada kesedaran akan kewajipanmu kepada Tuhan,agar kamu boleh berjalan secara tidak bersalah di hadapan-Nya. …

“Dan sekarang, aku menghendaki agar kamu sepatutnya rendah hati, dan bersifat peserah dan lemah lembut; …tekun dalam mentaati perintah-perintah Tuhan pada seluruh masa.”21

Saya memberi kesaksian istimewa bahawa Juruselamat kita hidup. Kerana dia patuh, “Ya, setiap lutut akan bertekuk, dan setiap lidah mengaku di hadapan-Nya …bahawa Dialah [Juruselamat kita].”22 Semoga kita menyayangiNya dengan mendalam dan percaya sepenuhnya kepada Dia agar kita patuh, simpan perintahnya dan kembali untuk hidup bersama Dia selamanya di kerajaan Tuhan kita, ini doa saya dalam nama Yesus Kristus, amin.