2010–2019
Perlindungan daripada Pornografi—Sebuah Rumah Yang Bertumpu-kepada Kristus
April 2014


Perlindungan daripada Pornografi—Sebuah Rumah Yang Bertumpu-kepada Kristus

Penapis yang terhebat di dunia … adalah penapis dalaman peribadi yang datang daripada kesaksian yang mendalam dan abadi.

Saudara dan saudari yang terkasih, hari ini saya bersyukur mempunyai 13 orang cucu sulung saya di dalam jemaah. Ini telah menyebabkan saya bertanya, “Apakah yang saya ingin cucu-cucu saya ketahui?” Pagi ini saya ingin berbicara secara terus terang dengan keluarga saya dan keluarga anda.

Kita, sebagai pemimpin-pemimpin, semakin bertambah risau mengenai pemusnahan yang disebabkan oleh pornografi di dalam kehidupan ahli-ahli Gereja dan keluarga mereka. Iblis menyerang dengan keberangan yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

Satu sebabnya kita berada di bumi ini adalah untuk belajar mengawasi ghairah dan perasaan dari tubuh fana kita. Perasaan yang dikurniakan Tuhan ini membantu kita berkeinginan untuk berkahwin dan mempunyai anak-anak. Hubungan mesra perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang wanita yang membawa anak-anak ke dalam kefanaan ini juga dimaksudkan sebagai suatu pengalaman yang indah, penuh kasih-sayang yang mengikat bersama dua hati yang setia, menyatukan kedua-duanya roh dan tubuh, dan memberikan kegenapan kebahagiaan dan kegembiraan semasa kita belajar untuk memikirkan kepentingan satu sama lain. Presiden Spencer W. Kimball mengajar bahawa dalam perkhawinan, “pasangan … menjadi paling utama dalam kehidupan suami atau isteri, dan…[tiada] minat lain [atau] orang [ataupun] barangan yang akan pernah mendapat keutamaan daripada teman hidup pasangan. …

“Perkahwinan mengandalkan kesetiaan yang penuh.”1

Banyak tahun yang lepas salah satu anak kita kelihatan sedih. Saya melangkah ke dalam bilik tidurnya, dimana dia membuka hatinya dan menjelaskan kepada saya bahawa dia telah berada di rumah teman dan dengan tidak sengaja telah melihat imej dan tindakan yang mengejut dan mengganggukan di televisyen antara seorang lelaki dan seorang wanita tanpa pakaian. Dia mula menangis dan mengatakan betapa teruk dia berasa tentang apa yang dia telah lihat dan berharap agar dia dapat mengeluarkannya dari fikirannya. Saya sangat bersyukur bahawa dia menceritakan kepada saya, dan memberi saya peluang untuk menenangkan hati polosnya yang sakit serta menolongnya mengetahui bagaimana memperoleh kelegaan melalui Penebusan Juruselamat kita. Saya ingat perasaan kudus yang saya rasa semasa kami berlutut bersama-sama, sebagai ibu dan anak perempuan, dan memohon bantuan Bapa Syurgawi kita.

Ramai kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang dengan polos terdedah kepada pornografi, tetapi semakin ramai lelaki dan wanita yang memilih untuk melihatnya dan mereka ditarik kembali berulang kali sehingga ia menjadi satu ketagihan. Individu-individu ini mungkin berhasrat dengan sepenuh hati untuk keluar dari perangkap ini, tetapi seringkali mereka tidak dapat mengatasinya sendiri. Kita sangat bersyukur ketika orang yang dikasihi memilih untuk berbicara bersama kita sebagai ibu bapa atau bersama pemimpin Gereja. Ia adalah bijak untuk tidak bereaksi dengan kejutan, kemarahan, ataupun penolakan, yang mana boleh menyebabkan mereka menjadi diam lagi.

Kita sebagai ibubapa dan para pemimpin perlu menasihati anak-anak dan remaja kita dengan berterusan, dengan kasih sayang dan pengertian. Mereka perlu mengetahui betapa bahayanya pornografi dan bagaimana ia menguasai hidup seseorang, menyebabkan kehilangan Roh, perasaan diputarbelitkan, penipuan, merosak hubungan, kehilangan kawalan diri, dan hampir menggunakan kesemua waktu, fikiran, dan tenaga.

Pornografi lebih keji, jahat dan grafik daripada sebelumnya. Semasa kita menasihati anak-anak kita, bersama-sama kita boleh mewujudkan pelan keluarga dengan standard dan batas-batas, dengan proaktif melindungi rumah-rumah kita dengan penapis pada alat-alat elektronik. Ibu bapa, apakah kita sedar bahawa alat komunikasi bergerak dengan kemampuan Internet, bukan komputer, yang adalah pesalah terbesar?2

Kaum muda dan orang dewasa, jika anda terjerat dalam perangkap pornografi Iblis, ingatlah betapa pengasihnya Juruselamat kita. Adakah anda menyedari betapa Tuhan mencintai dan menghargai anda, bahkan sekarang? Juruselamat kita berkuasa untuk membersihkan dan menyembuhkan anda. Dia boleh menyingkirkan kesakitan dan kesedihan yang anda rasakan dan membuat anda bersih kembali melalui kuasa PenebusanNya.

Kami, sebagai pemimpin,juga sangat prihatin terhadap pasangan-pasangan dan keluarga mereka yang menderita daripada ketagihan pornografi.. Penatua Richard G. Scott telah merayu: “Jika anda bebas dari dosa serius diri sendiri, tidaklah perlu anda menderita akibat dari dosa-dosa yang lain. … Anda boleh berasa kasihan … Namun anda tidak perlu mengambil ke atas diri sendiri rasa tanggung jawab bagi tindakan-tindakan itu.”3 Ketahuilah bahawa anda tidak sendirian. Terdapat bantuan. Mesyuarat pemulihan penagihan bagi pasangan-pasangan tersedia ada, termasuk mesyuarat-mesyuarat melalui telefon, yang mana membolehkan pasangan-pasangan menggunakan telefon untuk mengambil bahagian dari rumah mereka sendiri.

Saudara dan saudari, bagaimana kita melindungi kanak-kanak kita dan kaum muda? Alat-alat penapis adalah alat-alat yang berguna, tetapi penapis yang terhebat di dunia, yang satu-satunya akan berguna, adalah penapis dalaman peribadi yang datang dari kesaksian yang mendalam dan abadi akan kasih Bapa Syurgawi kita dan korban tebusan Juruselamat kita bagi setiap daripada kita.

Bagaimana kita membimbing kanak-kanak kita kepada penukaran hati dan mengakses Korban Tebusan Juruselamat? Saya suka pernyataan nabi Nefi berkenaan apa yang rakyatnya lakukan untuk memperkuatkan kaum muda pada zamannya: “Kita berbicara berkenaan Kristus, kita berbahagia dalam Kristus, kita berkhutbah berkenaan Kristus, [dan] kita bernubuat berkenaan Kristus …agar anak-anak kita dapat mengetahui kepada punca mana mereka dapat berpaling bagi pengampunan dosa-dosa mereka.”4

Bagaimana kita melakukan ini dalam rumah kita? Sebahagian dari anda telah mendengar saya memberitahu anda betapa melemaskan suamiku, Mel, dan saya rasa sebagai ibu bapa empat anak kecil. Semasa kami menghadapi cabaran-cabaran mengasuh dan memenuhi tuntutan hidup, kami terdesak untuk bantuan. Kami berdoa untuk mengetahui apa yang mesti dilakukan. Jawapannya datang dengan jelas: “Tak apa-apa bila rumah berantakan dan anak-anak masih dalam pakaian tidur mereka dan beberapa pekerjaan rumah diabaikan. Perkara-perkara yang satu-satunya amat perlu dilaksanakan dalam rumah adalah mengkaji tulisan suci setiap hari dan berdoa, dan mengadakan malam keluarga setiap minggu.”

Kami cuba melakukan semua perkara ini, tetapi mereka tidaklah sentiasa diutamakan dan, ditengah-tengah kekacauan, perkara itu kadang-kadang diabaikan. Kami telah mengubah tumpuan kami dan cuba untuk tidak risau tentang perkara-perkara yang kurang penting. Tumpuan kami adalah untuk bercakap, bergembira, mengajar, dan mengkutbah, dan bersaksi akan Kristus dan berusaha setiap hari berdoa dan mengkaji tulisan suci dan mengadakan malam keluarga setiap minggu.

Seorang kawan baru-baru ini memberi amaran, “Ketika anda meminta para saudari untuk mengkaji tulisan suci dan lebih banyak berdoa, ia memberi tekanan kepada mereka. Mereka sudah berasa seperti mereka mempunyai terlalu banyak yang perlu dilakukan.”

Saudara dan saudari, kerana saya tahu dari pengalaman saya sendiri, dan juga dari pengalaman suamiku, bahawa saya mesti bersaksi akan berkat-berkat dari mengkaji tulisan suci setiap hari, dan berdoa, dan malam keluarga setiap minggu. Amalan-amalan inilah yang akan membantu meringankan tekanan, memberi arahan kepada kehidupan kita, dan menambah perlindungan kepada rumah. Kemudian, jika pornografi atau cabaran-cabaran lain menyerang keluarga–keluarga kita, kita boleh memohon bantuan kepada Tuhan, dan mengharapkan bimbingan besar dari Roh, mengetahui bahawa kita telah melakukan apa yang Bapa kita minta kita lakukan.

Saudara dan saudari, jika perkara-perkara ini belum dilakukan di rumah anda, kita semua boleh bermula sekarang. Jika anak-anak kita telah dewasa dan enggan menyertai kita, kita boleh mulakan dengan diri sendiri. Semasa kita berbuat demikian, pengaruh roh akan mula mengisi rumah kita dan kehidupan kita dan, dari masa ke masa, anak-anak mungkin membalas.

Ingatlah bahawa para Rasul yang hidup, juga telah menjanjikan bahawa semasa kita mencari nenek-moyang kita dan mempersiapkan nama-nama keluarga kita sendiri untuk bait suci, kita akan dilindungi sekarang dan sepanjang hidup kita semasa kita melayakkan diri sendiri untuk sijil rekomen bait suci. 5 Itulah yang dijanjikan!

Kaum muda, anda perlu bertanggungjawab bagi kesejahteraan rohani anda sendiri. Matikan telefon anda jika perlu, menyanyi lagu Sekolah Primer, berdoa untuk bantuan, fikirkan tulisan suci, meninggalkan filem yang tidak baik, membayangkan Juruselamat, mengambil sakramen dengan layak, mengkaji buku Untuk Kekuatan Remaja, menjadi teladan kepada kawan-kawan mu, mengadu kepada ibu atau bapa, pergi bercakap dengan uskup, meminta bantuan, dan mencari kaunseling profesional, jika diperlukan.

Apakah yang saya inginkan cucu-cucu saya ketahui? Saya menginginkan mereka dan anda mengetahui bahawa saya tahu Juruselamat hidup dan mengasihi kita. Beliau telah membayar harga bagi dosa-dosa kita, tetapi kita mesti berlutut di hadapan Bapa Syurgawi kita, dengan penuh rendah hati, mengakui dosa-dosa kita, dan memohon kepadaNya untuk pengampunan. Kita mesti ingin mengubah hati kita dan hasrat kita dan menjadi cukup rendah hati untuk mencari bantuan dan pengampunan dari mereka yang mungkin kita sakiti atau lupakan.

Saya tahu bahawa Joseph Smith melihat Tuhan, Bapa Syurgawi kita, dan Juruselamat,Yesus Kristus. Saya bersaksi bahawa kita mempunyai nabi yang hidup di atas bumi ini, Presiden Thomas S. Monson. Saya juga bersaksi bahawa kita tidak akan dibawa sesat jika kita mengendahkan nasihat nabi Tuhan. Saya bersaksi akan kuasa dari perjanjian kita dan berkat-berkat dari bait suci.

Saya tahu bahawa Kitab Mormon adalah benar! Saya tidak dapat menjelaskan dengan perkataan akan kuasa dari buku yang hebat ini. Saya hanya tahu bahawa, bersama-sama dengan doa, Kitab Mormon membawa kuasa untuk melindungi keluarga-keluarga, menguatkan hubungan-hubungan, dan memberi keyakinan peribadi di hadapan Tuhan. Saya bersaksi akan perkara-perkara ini dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Ajaran-ajaran dari Presiden Gereja: Spencer W. Kimball (2006), 199–200.

  2. Lihat Clay Olsen, “What Teens Wish Parents Knew” (ucapan diberikan di Utah Coalition Against Pornography Conference, Mar. 22, 2014), utahcoalition.org.

  3. Richard G. Scott, “To Be Free of Heavy Burdens,” Ensign or  Liahona, Nov. 2002, 88

  4. 2 Nefi 25:26.

  5. Lihat David A. Bednar, “The Hearts of the Children Shall Turn,” Ensign or Liahona, Nov. 2011, 24–27; Richard G. Scott, “The Joy of Redeeming the Dead,Ensign or  Liahona, Nov. 2012, 93–95, Neil L. Andersen, “Find Our Cousins!”(ucapan diberikan di Roots Tech 2014 Family History Conference, Feb. 8, 2014), lds.org/prophets-and-apostles/unto-all-the-world/find-our-cousins.