2010–2019
Persaudarian: Oh, Betapa Kita Memerlukan Satu Sama Lain
April 2014


Persaudarian: Oh, Betapa Kita Memerlukan Satu Sama Lain

Kita mesti berhenti menumpu kepada perbezaan dan pandang kepada persamaan kita.

Di dalam video itu kita melihat lapan negara dan mendengar sembilan bahasa berlainan. Gambarkan berapa banyak lagi bahasa ditambahkan pada rangkap terakhir. Ia menyeronokkan untuk mengetahui bahawa sebagai persaudarian seluruh dunia kita boleh meningkatkan suara dalam kesaksian kebenaran abadi bahawa kita ialah anak perempuan Bapa Syurgawi.

Betapa istimewanya peluang untuk berada di sini pada detik bersejarah ini dan berucap dengan semua wanita Gereja berumur 8 tahun ke atas. Terdapat kekuatan yang melimpah dalam kesatuan kita malam ini. Apabila saya melihat perkumpulan kita di Pusat Persidangan dan memikir tentang ribuan orang yang sedang menonton rancangan ini dari lokasi di seluruh dunia, gabungan kuasa kesaksian dan iman dalam Yesus Kristus kita mesti merupakan salah satu perkumpulan yang paling penuh iman dan berkuasa oleh wanita dalam sejarah Gereja, jika tidak di dunia.

Malam ini kita berasa girang dengan pelbagai peranan kita sebagai wanita Gereja. Walaupun kita berbeza dan unik, kita juga mengiktiraf bahawa kita semua ialah anak perempuan Bapa Syurgawi yang sama yang membuat kita saudari satu sama lain. Kita bersatu dalam membangunkan kerajaan Tuhan dan dalam perjanjian yang kita buat, tidak kira keadaan kita. Perhimpunan bergabung ini, tanpa ragu-ragu, persaudarian yang paling gemilang di muka bumi!1

Sebagai saudari, ia menunjukkan hubungan antara kita tidak boleh dipisahkan. Saudari jagalah, memerhatikan dan menyenangkan hati satu sama lain, dan harungilah kegembiraan dan kedukaan bersama. Tuhan berkata, “Aku berfirman kepadamu, jadilah satu; dan jika kamu bukan satu kamu bukanlah milik-Ku.”2

Musuh mahu kita menjadi kritikal dan menghakimi satu sama lain. Dia mahu kita menumpukan pada perbezaan kita dan membuat perbandingan antara satu sama lain. Anda mungkin suka bersenaman dengan bersungguh-sungguh selama satu jam setiap hari kerana ia membantu anda berasa baik, manakala saya berasa ia satu acara olahraga yang besar jika saya berjalan ke atas satu set tangga dan bukannya menggunakan lif. Kita masih boleh menjadi kawan, bukan?

Kita sebagai wanita boleh menjadi kritikal terhadap diri sendiri. Apabila kita membandingkan diri dengan orang lain kita akan sentiasa berasa tidak mencukupi atau iri hati dengan orang lain. Saudari Patricia T. Holland pernah berkata, “Kesimpulannya, kita tidak boleh memanggil diri kita Kristian dan masih menghakimi satu sama lain – atau diri sendiri – dengan kasar.”3 Dia juga berkata bahawa tiada sesuatu yang lebih bernilai daripada belas kasihan dan persaudarian kita. Kita perlu bertenang dan berasa girang dengan perbezaan ilahi kita. Kita perlu sedar bahawa kita semua ingin melayani di kerajaan menggunakan bakat unik dan kurnia kita dalam cara tersendiri. Kemudian kita boleh menikmati persaudarian dan persatuan kita, dan mulai melayani.

Kenyataan ialah, kita sangat dan benar-benar memerlukan satu sama lain. Secara semulajadi wanita mencari persahabatan, sokongan, dan perhubungan. Terdapat banyak yang boleh dipelajari daripada satu sama lain, dan kita sering mendirikan dinding yang mengelakkan kita daripada menikmati perhubungan yang boleh menjadi berkat yang paling besar dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, kita wanita yang lebih tua memerlukan apa yang kamu kanak-kanak perempuan berumur Sekolah Primer boleh tawarkan. Kita boleh mempelajari banyak daripada anda mengenai pelayanan dan kasih seperti Kristus.

Baru-baru ini saya mendengar satu cerita tentang seorang gadis kecil bernama Sarah, di mana ibunya mempunyai peluang untuk membantu seorang wanita di pancangnya yang bernama Brenda, yang sakit multiple sclerosis. Sarah suka pergi dengan ibunya untuk membantu Brenda. Dia akan menyapu losyen pada tangan Brenda dan urut jari-jari dan lengannya kerana dia sering rasa sakit. Sarah kemudian belajar meregangkan lengan Brenda untuk senaman otot. Sarah menyikat rambut Brenda dan bercakap dengannya semasa ibu menjaga keperluannya yang lain. Sarah belajar kepentingan dan kegembiraan dalam melayani orang lain dan mula memahami bahawa seorang anak kecil juga boleh membuat perbezaan yang besar dalam kehidupan seseorang.

Saya suka contoh di Lukas bab satu yang menceritakan hubungan manis di antara Maria, ibu Yesus, dan sepupunya Elisabeth. Maria ialah seorang gadis muda semasa dia diberitahu tentang misi luar biasanya untuk menjadi ibu kepada Putera Tuhan. Mulanya, ia pasti satu tanggungjawab yang berat untuk ditanggung seorang diri. Ia adalah Tuhan Sendiri yang menyediakan seorang untuk Maria berkongsi tanggungjawabnya. Melalui pesan malaikat Gabriel, Maria diberi nama seorang wanita yang dipercayai dan bertimbang rasa di mana dia boleh menerima sokongan – sepupunya Elisabeth.

Anak dara ini dan sepupunya yang “telah lanjut umurnya,”4 berkongsi ikatan yang sama dalam kehamilan ajaib, dan saya hanya boleh bayangkan betapa pentingnya tiga bulan bersama adalah kepada mereka kerana mereka boleh bercakap bersama, berasa empati satu sama lain, dan menyokong satu sama lain dalam panggilan unik mereka. Mereka ialah teladan yang baik untuk asuhan feminin antara generasi.

Kita yang lebih matang boleh mempunyai pengaruh yang besar kepada generasi yang lebih muda. Semasa ibu saya kecil, kedua-dua ibu dan bapanya tidak aktif dalam Gereja. Walaupun hanya lima tahun, dia akan berjalan bersendirian ke gereja dan menghadiri pertemuannya – Sekolah Primer, Sekolah Hari Ahad, dan pertemuan Sakramen – semua dalam masa berlainan.

Baru-baru ini saya bertanya ibu mengapa dia berbuat demikian setiap minggu walaupun dia tidak mendapat sokongan atau dorongan di rumah. Jawapannya, “Saya mempunyai guru-guru Sekolah Primer yang menyayangi saya.” Guru-guru ini menyayangi dan mengajarkan dia injil. Mereka mengajar bahawa dia mempunyai seorang Bapa di Syurga yang menyayangi dia dan kerana mereka mengambil berat tentang dia dan membantu dia datang setiap minggu. Ibu berkata kepada saya, “Itu ialah salah satu pengaruh yang paling penting dalam kehidupan muda saya.” Saya berharap saya boleh mengucap terima kasih kepada saudari-saudari itu satu hari nanti! Tidak ada halangan umur apabila ia mengenai pelayanan seperti Kristus.

Beberapa minggu lalu saya bertemu seorang presiden pancang Remaja Puteri di California yang memberitahu saya ibunya yang berumur 81 tahun telah baru-baru ini dipanggil sebagai penasihat Mia Maid. Saya tertarik, jadi saya menelefon ibunya. Apabila uskup Saudari Val Baker bertanya untuk bertemu dengannya, dia berharap untuk dipanggil sebagai pustakawan atau sejarawan bahagian. Apabila uskup memanggilnya melayan sebagai penasihat Mia Maid Remaja Puteri, reaksinya adalah, “Adakah anda pasti?”

Uskupnya dengan khusyuk membalas, “Saudari Baker, jangan tersilap; panggilan ini datang daripada Tuhan.”

Dia kata dia tidak ada jawapan lain kecuali, “Sudah tentu.”

Saya suka inspirasi uskup ini dimana dia rasa bahawa empat Mia Maids di bahagiannya boleh mempelajari banyak daripada kebijaksanaan, pengalaman, dan contoh sepanjang hayat saudari matang ini. Dan teka siapa Saudari Baker akan tanya apabila beliau memerlukan bantuan untuk menubuhkan halaman Facebooknya?

Saya berfikir tentang bantuan besar para saudari Lembaga Pertolongan dalam mengalu-alukan saudari muda yang datang dari Remaja Puteri. Saudari muda kita kerap berasa tidak bertempat atau mempunyai apa-apa yang sama dengan mereka di Lembaga Pertolongan. Sebelum mereka berumur 18, mereka memerlukan para pemimpin Remaja Puteri dan ibu-ibu yang akan bersaksi tentang berkat-berkat Lembaga Pertolongan. Mereka perlu berasa bersemangat dalam menjadi sebahagian daripada organisasi yang gemilang. Apabila remaja puteri mula menghadiri Lembaga Pertolongan, apa yang mereka paling perlukan ialah seorang kawan untuk duduk bersebelahan, lengan diatas bahu, dan peluang untuk mengajar dan melayan. Mari kita semua membantu satu sama lain melalui peralihan dan pencapaian kehidupan kita.

Terima kasih kepada semua wanita Gereja yang menjangkau seluruh umur dan garis budaya untuk memberkati dan melayani orang lain. Remaja Puteri melayani kanak-kanak Sekolah Primer dan warga tua. Saudari-saudari bujang tidak kira umur menggunakan banyak masa menjaga keperluan orang di sekeliling mereka. Kita mengiktiraf ribuan gadis muda yang mengorbankan 18 bulan kehidupan mereka untuk menyebarkan injil kepada dunia. Semua ini adalah bukti bahawa, seperti dinyatakan dalam nyanyian rohani, “Kerja suruhan malaikat diberi kepada wanita.”5

Jika halangan wujud, ia adalah kerana kita sendiri menciptanya. Kita mesti berhenti menumpu kepada perbezaan dan pandang kepada persamaan kita; kemudian kita akan mula sedar potensi hebat kita dan mencapai kebaikan yang terbesar di dunia ini. Saudari Marjorie P. Hinckley pernah berkata, “Oh, betapa kita memerlukan satu sama lain. Kami yang tua memerlukan kamu yang muda. Dan mudah-mudahan, kamu yang muda memerlukan beberapa kami yang tua. Ia ialah fakta sosiologi bahawa wanita memerlukan wanita. Kita memerlukan persahabatan setia dan puas dan mendalam dengan satu sama lain.”6 Saudari Hinckley betul; oh, betapa kita memerlukan satu sama lain!

Saudari, tidak ada kumpulan wanita lain di dunia yang mempunyai akses kepada berkat daripada kita sebagai wanita Orang Suci Zaman Akhir. Kita ialah ahli Gereja Tuhan, dan tidak kira keadaan individu, kita semua boleh menikmati berkat penuh kuasa imamat melalui penyimpanan perjanjian yang dibuat di pembaptisan dan di bait suci. Kita mempunyai nabi hidup untuk membimbing dan mengajar kita, dan kita menikmati kurnia Roh Kudus, yang melayan sebagai penghibur dan pembimbing dalam kehidupan kita. Kita diberkati untuk bekerja bersama para saudara yang soleh dalam mengukuhkan rumah dan keluarga. Kita mempunyai akses kepada kekuatan dan kuasa tatacara injil bait suci dan banyak lagi.

Tambahan ke atas berkat-berkat indah ini, kita mempunyai satu sama lain – saudari dalam injil Yesus Kristus. Kita telah diberkati dengan kelembutan dan sifat amal yang memungkinkan kita menawarkan kasih dan pelayanan seperti Kristus kepada orang di sekeliling kita. Apabila kita memandang jauh daripada perbezaan umur, budaya, dan keadaan untuk mengasuh dan melayan satu sama lain, kita akan dipenuhi dengan kasih suci Kristus dan inspirasi yang mendorong kita untuk tahu di mana dan siapa untuk melayan.

Saya melanjutkan kepada anda satu jemputan yang telah diberi oleh seorang presiden umum Lembaga Pertolongan yang berkata, “Saya menjemput anda untuk bukan sahaja menyayangi satu sama lain dengan lebih tetapi dengan lebih baik.”7 Harap kita sedar betapa kita memerlukan satu sama lain, dan harap kita menyayangi satu sama lain dengan lebih baik, adalah doa saya, dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Barbara B. Smith, “The Bonds of Sisterhood,” Ensign, Mar. 1983, 20–23.

  2. D&C 38:27.

  3. Patricia T. Holland, “‘One Thing Needful’: Becoming Women of Greater Faith in Christ,” Ensign, Oct. 1987, 29.

  4. Lukas 1:7.

  5. “As Sisters in Zion,” Hymns,no. 309.

  6. Glimpses into the Life and Heart of Marjorie Pay Hinckley, ed. Virginia H. Pearce (1999), 254–55.

  7. Bonnie D. Parkin, “Choosing Charity: That Good Part,”Ensign atau Liahona, Nov. 2003, 106.