2010–2019
Puting Beliung Rohani
April 2014


Puting Beliung Rohani

Janganlah biarkan puting beliung menyeret anda. Inilah zaman anda—berdiri teguh sebagai para pengikut Tuhan Yesus Kristus

Saya mengalukan anda semua pada pagi ini—terutamanya orang remaja yang berada di Pusat Persidangan ini dan di seluruh dunia. Generasi anda dipilih dengan takdir yang khusus, dan saya berucap terutamanya kepada anda.

Banyak tahuan lalu semasa kami melawat keluarga kami di Florida, puting beliung berlaku tidak jauh dari kami. Seorang wanita, yang diam dalam rumah tanpa asas tetap, pergi ke bilik airnya untuk perlindungan dari puting beliung itu. Rumahnya bermula bergegar. Beberapa saat berlalu, kemudian dia dengar suara jirannya: “Saya di sini di bilik depan.” Apabila dia keluar dari bilik mandi, dia sangat terkejut melihat bahawa puting beliung itu telah mengangkat rumahnya melalui udara, dan meletakkannya di atas rumah jirannya.

Rakan-rakan muda saya, dunia tidak akan tenang menunggu Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Tulisan suci menyatakan bahawa “segala sesuatu akan menjadi kacau.” 1 Brigham Young mengatakan, “Telah diwahyukan kepada saya pada awal sejarah Gereja ini, bahawa Gereja ini akan meluaskan, maju, berkembang dan melanjutkan, dan bahawa kuasa Setan akan bertambah berkadar dengan peluasan Injil di antara bangsa-bangsa di dunia.” 2

Imej
illustration of tornado

Lebih membimbangkan daripada gempa bumi dan peperangan 3 yang dinubuatkan adalah puting beliung rohani yang mungkin mencabut anda dari asas rohani anda dan akan meletakkan roh anda di situasi-situasi yang anda tidak pernah bayangkan mungkin, kadang-kala dengan anda tidak perasan bahawa anda terpindah.

Puting beliung yang paling teruk adalah godaan-godaan iblis. Dosa sentiasa wujud di dunia, tetapi dosa itu tak pernah begitu mudah untuk akses, susah untuk puaskan, dan terbiasa seperti sekarang. Terdapat, sememangnya, suatu kuasa yang kuat yang akan menenangkan puting beliung dosa. Ia dipanggil pertaubatan.

Tidak semua puting beliung hidup adalah disebabkan tindakan anda. Sesetengah datang kerana pilihan-pilihan salah orang lain, dan sesetengah datang kerana kita hidup dalam kehidupan yang fana.

Apabila dia masih budak muda, Presiden Boyd K. Packer mengalami penyakit polio yang melumpuhkan. Apabila Elder Dallin H. Oaks berumur tujuh tahun, bapanya tiba-tiba meninggal. Semasa Sister Carol F. McConkie dari presidensi umum Remaja Puteri adalah seorang remaja, ibubapanya bercerai. Cabaran-cabaran akan datang kepada anda, tetapi apabila anda percaya kepada Tuhan, cabaran itu akan menguatkan iman anda.

Imej
illustration of tree and roots

Di alam semula jadi, pokok-pokok yang tumbuh dalam persekitaran yang berangin menjadi lebih kuat. Apabila angin bertiup dengan kuat di sekeliling anak pokok, dua perkara berlaku di dalam anak pokok itu. Pertamanya, akar-akar menumbuh dengan lebih cepat dan merebak lebih jauh di tanah. Keduanya, pokok itu bermula membuat struktur sel yang membuat batang dan cabangan lebih tebal dan lebih anjal kepada peniupan angin yang kuat. Akar dan cabangan yang lebih kukuh melindungi pokok dari angin yang pasti akan datang lagi. 4

Anda lebih berharga kepada Tuhan daripada sebuah pokok. Anda adalah anak lelaki-Nya atau anak perempuan-Nya. Dia telah membuat roh anda kukuh dan mampu berdaya tahan kepada puting beliung kehidupan anda. Puting beliung pada zaman remaja anda, seperti angin yang bertiup di atas anak pokok itu, boleh meningkatkan kekuatan rohani anda, menyediakan anda untuk masa hadapan.

Bagaimanakah anda boleh menyediakan diri bagi puting beliung anda? ”Ingatlah, adalah di atas batu Penebus kita, iaitu Kristus, Putera Tuhan, bahawa kamu mesti membina landasanmu; agar ketika iblis akan menghantarkan anginnya yang kuat, … panahan petirnya dalam puting beliung, … ketika semua hujan batunya dan badainya yang kuat akan melanda ke atas dirimu, ia tidak akan berkuasa … untuk menyeretmu … kerana di atas batu yang kamu dibangunkan.”5 Ini adalah keselamatan anda dalam puting beliung itu.

Presiden Thomas S. Monson telah berkata: ”Pada satu masa dahulu standard-standard Gereja dan standard-standard masyarakat kebanyakannya serasi, kini terdapat jurang yang luas antara keduanya, yang sedang berkembang semakin luas.”6 Jurang ini, bagi sesetengah orang, membangkitkan puting beliung kuat rohani. Biarkan saya berkongsi satu contoh.

Bulan lalu Presiden Utama dan Kuorum Dua Belas menerbitkan surat kepada pemimpin-pemimpin Gereja di seluruh dunia. Sebahagiannya berbunyi: ”Perubahan dalam undang-undang awam tidak akan, sememangnya tidak dapat, menukar undang-undang keakhlakan yang telah Tuhan dirikan. Tuhan menjangkakan bahawa kita menegakkan dan mematuhi perintah-Nya tidak kira pendapat yang berbeza atau trend dalam masyarakat. Hukum kemurnian adalah jelas: hubungan seksual adalah wajar hanya antara seorang lelaki dan seorang wanita yang menjadi suami dan isteri mengikut undang-undang dan berkahwin secara sah. Kami mendesak anda untuk mengkaji semula ... ajaran yang terkandung dalam ’Keluarga:Pernyataan kepada Dunia’”7

Semasa dunia menggelincir dari hukum kemurnian Tuhan, kita akan terus patuhinya. Presiden Monson berkata: ”Juruselamat manusia menerangkan diri sendiri sebagai di dunia tetapi tidak duniawi. Kita juga boleh di dunia tetapi tidak duniawi sewaktu kita menolak konsep palsu dan ajaran-ajaran palsu dan tetap setia kepada apa yang Tuhan perintahkan.” 8

Walaupun banyak kerajaan dan individu yang bertujuan baik telah takrifkan semula perkahwinan, Tuhan tidak berbuat dimikian. Pada mula dunia ini, Tuhan memulakan perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang wanita—iaitu Adam dan Hawa. Dia telah menetapkan perkahwinan untuk merangkumi lebih dari kepuasan dan pemenuhan peribadi dewasa iaitu untuk, lebih pentingnya, menjadi persekitaran yang paling baik dimana anak-anak akan dilahirkan, dipelihara, dan dipupuk. Keluarga adalah harta syurga. 9

Mengapakah kita berbincang mengenai hal ini? Seperti Paul berkata, ”Kita tidak memperhatikan hal yang kelihatan, melainkan hal yang tidak kelihatan.” 10 Sebagai Rasul Tuhan Yesus Kristus, kami punyai tanggungjawab untuk mengajar rancangan Pencipta kita bagi anak-anak-Nya dan untuk memberi amaran tentang akibat pengabaian perintah-perintah-Nya.

Baru-baru ini, saya bercakap dengan seorang Laurel dari Amerika Syarikat. Saya petik daripada email dia:

”Tahun lalu, beberapa rakan-rakan saya di Facebook mula menghantar pendapat mereka mengenai perkahwinan. Banyak menyokong perkahwinan sama jantina, dan beberapa remaja LDS menunjukkan mereka ’suka’ paparan mereka. Saya tidak membuat sebarang komen.

”Saya mengambil keputusan untuk mengisytiharkan kepercayaan saya dalam perkahwinan tradisional dengan cara yang bijaksana.

Imej
young woman using a mobile telephone

”Dengan gambar profil saya, saya menambah ayat, ’Saya percaya tentang perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang wanita.’ Hampir serta-merta saya mula menerima mesej. ’Anda mementingkan diri sendiri.’ ’Anda suka menghakimi orang’ Satu orang bandingkan saya dengan seorang pemilik hamba. Dan saya menerima paparan ini dari kawan baik yang merupakan seorang ahli gereja yang kuat, ‘Anda perlu berhenti mempunyai pendapat lapuk. Banyak hal sudah berubah dan anda harus berubah juga.’

“Saya tidak melawan, tetapi saya juga tidak padamkan kenyataan saya.”

Dia mengakhiri: “Kadang-kadang, seperti Presiden Monson berkata, ’Anda perlu berdiri bersendirian’ Semoga sebagai remaja, kita akan berdiri bersama-sama dalam kesetiaan kepada Tuhan dan kepada ajaran nabi-nabi-Nya yang hidup.” 11

Suatu kebimbangan kita adalah orang yang berjuang dengan tarikan sama jantina. Ia adalah puting beliung dengan angin laju sekali. Saya mahu mengucapkan kasih dan kekaguman saya bagi mereka yang menghadapi ujian iman dengan berani dan tetap setia pada perintah-perintah Tuhan! 12 Tetapi semua orang, tidak kira keputusan dan kepercayaan dia, layak menerima kebaikan dan balasan budi baik kita. 13

Juruselamat mengajar kita untuk mengasihi rakan-rakan kita dan juga mereka yang tidak bersetuju dengan kita—bahkan mereka yang menolak kita. Dia berkata: ”Apabila kamu mengasihi orang yang mengasihi anda, apakah upahmu? ... Dan apabila kamu hanya memberi salam kepada saudara-saudaramu sahaja apakah lebihnya daripada perbuatan orang lain?” 14

Nabi Joseph Smith memberi amaran kepada kita untuk ”berhati-hati dengan kesombongan” dan untuk membesarkan hati kita terhadap semua lelaki dan wanita sehingga kita rasa ”untuk membawa mereka di atas bahu kita.” 15 Dalam Injil Yesus Kristus, tiada tempat untuk ejekan membuli, atau ketaksuban.

Jika anda mempunyai soalan mengenai nasihat dari pemimpin-pemimpin Gereja, sila membincangkan kebimbangan anda yang jujur dengan ibubapa dan pemimpin anda. Anda memerlukan kekuatan yang datang dari mempercayai nabi-nabi Tuhan. Presiden Harold B. Lee berkata: ”Satu-satunya keselamatan kita punyai sebagai ahli-ahli gereja ini adalah untuk ... belajar untuk mematuhi kata-kata dan perintah-perintah yang Tuhan akan memberi melalui nabi-Nya. ... Akan ada beberapa perkara yang memerlukan kesabaran dan iman. Anda mungkin tidak suka apa yang datang. ... Ia mungkin bercanggah dengan pandangan politik anda ... pandangan sosial anda ... mengganggu ... kehidupan sosial anda. Tetapi jika anda mendengar hal-hal ini, seolah-olah dari mulut Tuhan sendiri, ... ’pintu-pintu neraka tidak dapat mengalahkan kamu ... dan Tuhan akan menyuraikan kuasa kegelapan dari hadapanmu…’ (D&C21:6).”16

Satu lagi perlindungan yang berkuasa dari puting beliung kehidupan ini adalah Kitab Mormon.

Semasa Presiden Henry B. Eyring seorang remaja, keluarganya berpindah ke bandar baru. Awalnya dia fikir bahawa pindahan itu tidak menyenangkan dan dia mengenali beberapa rakan-rakan baru. Dia rasa tidak bertempat dengan pelajar-pelajar di sekolah tinggi dia. Puting beliung telah berpusar. Apa yang dia lakukan? Dia menggunakan tenaganya untuk mengkaji Kitab Mormon, dan membaca banyak kali. 17 Tahun-tahun kemudian, Presiden Eyring bersaksi: ”Saya [suka] kembali kepada Kitab Mormon dan sering kali mangkajinya secara mendalam.” 18 ”[Ia] adalah kesaksian bertulis paling kuat yang kita punyai yang bersaksi bahawa Yesus adalah Kristus. ”8

Tuhan telah memberikan anda satu lagi cara untuk berdiri teguh. Satu kurnia rohani yang lebih kuat daripada puting beliung musuh! Dia berkata, ” Berdiri ... di tempat-tempat suci, dan jangan tergerak.” 20

Semasa saya seorang remaja, hanya terdapat 13 bait suci di Gereja. Sekarang terdapat 142. Lapan puluh lima peratus ahli-ahli Gereja tinggal dalam lingkungan 200 batu (320 km) dari satu bait suci Tuhan. Tuhan memberikan generasi anda akses ke bait suci lebih daripada generasi sebelumnya.

Adakah anda pernah berdiri di bait suci, berpakaian putih, menunggu untuk melakukan pembaptisan? Apakah perasaan anda? Ada perasaan ketara kekudusan dalam bait suci. Keamanan Juruselamat menenangkan puting beliung berpusar dunia.

Perasaan anda dalam bait suci adalah corak bagaimana anda mahu rasa dalam kehidupan anda.21

Carilah datuk dan nenek anda dan sepupu jauh anda yang hidup sebelum anda. Bawalah nama-nama mereka ke bait suci bersama anda. 22 Semasa anda belajar tentang nenek moyang anda, anda akan melihat corak kehidupan, perkahwinan, anak-anak; corak kesolehan, dan kadang-kadang corak yang anda akan mahu elak. 23

Kemudian di dalam bait suci anda akan belajar lebih lanjut mengenai Penciptaan dunia, tentang corak dalam kehidupan Adam dan Hawa, dan yang paling penting, tentang Juruselamat kita Yesus Kristus.

Saudara dan saudari muda saya, kami mangasihi anda, mengagumi anda, dan berdoa untuk anda. Jangan biarkan puting beliung menyeret anda. Ini adalah hari anda—untuk berdiri teguh sebagai pengikut Tuhan Yesus Kristus. 24

Binalah dengan lebih teguh landasan anda di atas batu Penebus anda.

Hargailah dengan lebih penuh kehidupan-Nya dan ajaran-Nya.

Ikutilah dengan lebih tekun teladan-Nya dan perintah-perintah-Nya.

Terimalah dengan lebih mendalam kasih Juruselamat, belas kasihan dan rahmat-Nya, dan kurnia yang berkuasa Korban Tebusan-Nya.

Apabila anda berbuat demikian, saya berjanji kepada anda bahawa anda akan melihat bahawa puting beliung sebenarnya adalah ujian, godaan, gangguan, atau cabaran untuk membantu anda berkembang. Dan apabila anda hidup soleh tahun demi tahun, saya memberi jaminan bahawa pengalaman anda akan membuktikan kepada anda berkali-kali bahawa Yesus adalah Kristus. Batu rohani di bawah kaki anda akan menjadi kukuh dan selamat. Anda akan bergembira bahawa Tuhan telah meletakkan anda di sini untuk menjadi sebahagian daripada persiapan terakhir untuk pengembalian gemilang Kristus.

Juruselamat berkata, ”Saya tidak akan meninggalkan anda sedih: Saya akan datang kepada anda.”25 Ini adalah janji Dia dengan anda. Saya tahu janji ini adalah betul. Saya tahu dia hidup, dalam nama Yesus Kristus, Amin.

Nota

  1. Ajaran dan Perjanjian 88:91.

  2. Discourses of Brigham Young, dipetik oleh John A. Widtsoe (1954), 72.

  3. Lihat Dallin H. Oaks, “Preparation for the Second Coming,” Ensign atauLiahona, Mai 2004, 7–10

  4. Lihat A. Stokes, A. H. Fitter, and M. P. Coutts, “Response of Young Trees to Wind and Shading: Effects on Root Architecture,” Journal of Experimental Botany, vol. 46 no. 290 (Sept 1995), 1139–46.

  5. Helaman 5:12.

  6. Thomas S. Monson, “Priesthood Power,” Ensignatau Liahona, May 2011, 66

  7. Surat Presidensi Utama, Mar. 6, 2014; lihat juga David A. Bednar, “We Believe in Being Chaste,” Ensign atau Liahona, May 2013, 41–44; Dallin H. Oaks, “No Other Gods,” Ensign atau Liahona,Nov. 2013, 72–75; For the Strength of Youth (booklet, 2011), 35–37.

  8. Thomas S. Monson, Ensign atau Liahona, Mai 2011, 67.

  9. Elder Russell M. Nelson berkata: ”Perkahwinan adalah landasan susunan sosial. ... Kesatuan itu bukan di antara suami isteri sahaja; ia merangkumi perkongsian dengan Tuhan” (“Nurturing Marriage,” Ensign atau Liahona, Mei 2006, 36); lihat juga Matius 19:5–6.

  10. 2 Korintus 4:18.

  11. Surat-menyurat dan perbincangan peribadi, 17 Mac 2014; lihat juga Thomas S. Monson, “Dare to Stand Alone,” Ensign atau Liahona, Nov. 2011, 60–67.

  12. Lihat Jeffrey R. Holland, “Helping Those Who Struggle with Same-Gender Attraction,” Ensign Oct. 2007, 42–25 atau Liahona, Oct. 2007, 40–43

  13. Walaupun apabila Korihor yang anti-Kristus berusaha untuk menghancurkan iman rakyat, hukum-hukum Tuhan melindunginya dari hukuman: ”Sekarang, tidak ada hukum yang melarang kepercayaan seseorang; kerana itu sama sekali bertentangan dengan perintah-perintah Tuhan bahawa adanya sebuah hukum yang akan menjadikan manusia tidak setaraf.... jika seseorang berhasrat untuk melayani Tuhan, itu ialah hak istimewanya; ... tetapi jika dia tidak percaya kepada-Nya tidak ada hukum untuk menghukumnya.”(Alma 30:7, 9). Fasal kepercayaan kesebelas berbunyi, ”Kami menuntut hak istimewa menyembah Tuhan yang Mahakuasa sesuai dengan suara hati kita sendiri, dan mengakui hak istimewa yang sama bagi semua orang, biarlah mereka memuja, bagaimana, di mana, atau apapun yang mereka inginkan.”

  14. Matius 5:46–47

  15. Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 427, 429.

  16. Teachings of Presidents of the Church: Harold B. Lee (2000), 84–85; lihat juga Robert D. Hales, “General Conference: Strengthening Faith and Testimony,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 6–8.

  17. Lihat Robert I. Eaton dan Henry J. Eyring , I Will Lead You Along: The Life of Henry  B. Eyring(2013), 40.

  18. Henry B. EyringChoose Higher Ground(2013), 38

  19. Henry B. Eyring , To Draw Closer to God(1997), 118.

  20. Ajaran dan Perjanjian 87:8; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 45:32.

  21. Lihat Ajaran dan Perjanjian 52:14 .

  22. Lihat Neil , L. Andersen, “Find Our Cousins! ” (Alamat yang diberi pada persidangan RootsTech 2014 Feb. 8, 2014); lds.org/prophets-and-apostles/unto-all-the-world/find-our-cousins.

  23. Lihat David A. Bednar, “The Hearts of the Children Shall Turn,” Ensign atau Liahona, Nov. 2011, 24–27

  24. Lihat Helaman 7:9

  25. Yohanes 14:18.