2010–2019
Orang yang Bagaimana?
April 2014


Orang yang Bagaimana?

Apa perubahan diperlukan dari kita untuk menjadi orang yang patut kita menjadi?

Ketika kita membayangkan penyiaran ini yang di seluruh dunia, kita diingati bahawa tidak ada apa-apa yang berbanding dengan pengumpulan ini—di mana-mana pun! Tujuan sesi imamat di persidangan umum adalah untuk mengajar para pemegang imamat orang yang bagaiamana patut kita menjadi (lihat 3 Nefi 27:27) dan memberi ilham kepada kita supaya mencapainya.

Semasa saya dalam Imamat Harun setengah abad dulu dan sebagai mubaligh di Great Britain, kami berkumpul di gereja dan (dengan sangat berusaha) dengar sesi imamat dengan menggunakan kaitan telefon. Nanti satelit membolehkan penyiaran untuk sampai ke beberapa lokasi gereja dengan piring satelit besar itu supaya kita dapat dengar mahupun lihat sesinya. Pada waktu itu kami kagum dengan teknologinya! Siapa dapat bayangkan dunia hari ini, di mana siapa yang ada capaian internet menurusi telephone pintar, tablet, atau komputer dapat menerima pesanan pertemuan ini.

Bagaimanapun, kemampuan kita yang jauh lebih baik untuk mendengar suara orang suruhan Tuhan, yang berbicara dengan suara yang sama dengan suara Tuhan (lihat A&P 1:38), tidak bernilai kecuali kita sanggup menerima firman (lihat A&P 11:21) lalu mengikutnya. Secara sederhana, tujuan persidangan umum dan sesi ini hanya dicapai jika kita sanggup bertindak—jika kita sanggup berubah.

Beberapa dekad lalu saya melayani sebagai uskup. Selama waktu yang lanjut saya berjumpa dengan lelaki dari bahagian kami yang banyak tahun lebih tua daripada saya. Adik lelakinya ada hubungan dengan isterinya yang bermasalah dan dia renggang daripada anaknya. Dia susah cari kerja tetap, tidak ada kawan rapat, dan juga bersusah dalam interaksinya dengan ahli bahagian yang lain sehingga dia tidak rela melayani dalam Gereja. Dalam salah satu perbualan kami mengenai hidupnya yang penuh perasaan, dia bongkok sikit—seperti biasa untuk menghabiskan perbualan kami yang banyak—dan sebut, “Uskup, saya seorang yang panas badan, dan beginilah aku!”

Ungkapan dia itu memegunkan saya malam itu dan telah menghantui saya semenjak waktu itu. Apabila dia memutuskan—apabila kita memutuskan—“beginilah aku,” kita melepaskan kemampuan kita untuk berubah. Patut kita mengangkat bendera putih, menaruh senjata kita di tanah, mengaku kalah, dan menyerah—harapan kita untuk menang pun hilang. Sedangkan beberapa antara kita berfikir bahawa itu tidak menggambarkan kita, mungkin setiap satu kita menunjukkan sekurang-kurangnya satu atau dua tabiat buruk, “Beginilah aku.”

Jadi, kita bertemu dalam pertemuan imamat ini kerana siapa diri kita sekarang bukan orang yang kita boleh menjadi. Kita bertemu di sini malam ini dalam nama Yesus Kristus. Kita bertemu dengan keyakinan bahawa Korban Tebusan-Nya memberi kita semua—tidak kira ketidakcekapan, kelemahan, dan ketagihan kita—kemampuan untuk berubah. Kita bertemu dengan harapan bahawa masa depan kita, tidak kira sejarah kita, boleh menjadi lebih baik.

Bila kita terlibat dalam pertemuan ini dengan “niat yang bersungguh-sungguh” untuk berubah (Moroni 10:4), Roh Kudus dapat berbicara kepada hati dan minda kita secara langsung dan penuh. Seperti Tuhan mendedahkan kepada Nabi Joseph Smith, “Dan akan terjadi, bahawa sejauh mereka setia, dan menjalankan iman kepada-Ku” –ingatlah bahawa Iman ialah asas kuasa dan tindakan—“Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas diri mereka pada hari ketika mereka berhimpun bersama” (A&P 44:2). Ini terjadi malam ini!

Jika anda fikir cabaran anda tidak dapat diatasi, biarkan saya beritahukan anda tentang seorang lelaki yang kami kenali di kampung kecil di luar kota Hyderabad, India pada tahun 2006. Lelaki ini merupakan teladan kesanggupan untuk berubah. Appa Rao Nulu dilahirkan di kawasan belantara di India. Apabila dia berumur tiga tahun, dia kena sakit polia yang tinggalkan dia kehilangan upaya. Bagaimanapun, sebagai orang dewasa dia bertemu dengan mubaligh kita. Mereka mengajarkan dia tentang potensi lebih besar, dalam hidup ini mahupun di akhirat. Dia dibaptiskan dan ditetapkan sebagai ahli Gereja. Dengan pandangan yang jauh lebih baik mengenai dirinya dan potensinya, dia membuat matlamat untuk menerima Imamat Melkesidek dan melayani misi penuh masa. Dalam 1986 dia ditahbiskan dan dipanggil untuk melayani di India. Berjalan tidak senang bagi dia—tetapi dia melakukan sedaya upaya dia, menggunakan tongkat dalam kedua tangannya dan dia sering jatuh—tapi berhenti tidak pernah menjadi pilihan. Dia membuat tekad untuk melayani misi secara penuh hormat dan kesetiaan, dan dia melakukannya.

Bila kami jumpa Saudara Nulu, hampir dua puluh tahun setelah misinya, dia menyapa kami dengan ceriah di hujung jalan tanah yang tidak rata di hujung rumahnya yang ada dua bilik yang dikongsi oleh isterinya and ketiga anaknya. Kepanasan hari terik dan tidak selesa. Dia berjalan dengan susah, tetapi tanpa bersungut. Melalui ketekunannya, dia telah menjadi seorang guru, memberi persekolahan kepada kanak-kanak dari kampungnya. Bila kami masuk ke rumahnya, dengan segera dia mengambil saya ke tepi dan mengambil kotak yang mengandungi hartanya yang paling penting. Dia ingin saya melihat sehelai kertas. Tertulis padanya, “Dengan hajat baik dan berkat kepada Elder Nulu, seorang mubaligh yang berani dan gembira; tanggal Jun 25, 1987; Boyd K. Packer.” Pada masa itu, bila Elder Packer mengunjungi India dan berbicara kepada sekumpulan mubaligh, dia mengesahkan potensi Elder Nulu. Intipati yang Saudara Nulu beritahukan saya hari itu dalam 2006 adalah bahawa injil telah mengubahkannya—buat selama-lamanya.

Dalam kunjungan ini ke rumah Nulu, kami ditemani oleh presiden misi. Dia di sana untuk menemudugai Saudara Nulu, isterinya, dan anak-anaknya—supaya ibu bapa itu boleh menerima anugerahan mereka dan dimeteraikan dan untuk anaknya dimeteraikan kepada ibu bapanya. Kami juga memberi keluarga itu dengan penyusunan supaya mereka dapat pergi ke Bait Suci di Hong Kong untuk upacara suci ini. Mereka menangis dengan kebahagiaan kerana idaman mereka yang lama telah dinanti akan akhirnya dicapai.

Apakah yang diharapken oleh seorang pemegang imamat Tuhan? Apakah perubahan yang diperlukan dari kita untuk menjadi lelaki yang sepatutnya kita menjadi? Saya memberi tiga cadangan:

  1. Kita perlu menjadi lelaki imamat. Sama ada kita remaja putera yang memegang Imamat Harun atau lelaki dewasa yang memegang Imamat Melkisedek, kita perlu menjadi lelaki imamat, menunjukkan kematangan rohani kerana kita telah mengikat perjanjian suci. Seperti Paulus katakan, “Ketika saya budak saya berkata-kata seperti budak, saya merasa seperti budak, saya berfikir seperti budak. Sekarang saya sudah dewasa, saya meninggalkan sifat budak itu” (1 Korintus 13:11). Kita harus berbeza kerana kita memegang imamat—bukan angkuh atau sombong, sebaliknya rendah hati, boleh diajar, dan lembut hati. Menerima imamat dan pelbagai pejabatnya harus bermakna kepada kita. Ia bukan sesuatu upacara remeh yang terjadi pada umur tertentu—sebaliknya ia merupakan tindakan perjanjian yang suci yang terikat secara penuh fikir. Kita patut merasa sangat diberkati dan penuh syukur bahawa setiap tindakan kita menunjukkannya. Jika kita kurang berfikir tentang imamat, kita perlu berubah.

  2. Kita perlu melayan! Intipati memegang imamat adalah untuk mengembangkan panggilan kita (lihat A&P 84:33) dengan melayani orang lain. Kita tidak harus mengelakkan tugas yang paling penting untuk melayani isteri dan anak kita, tidak menerima atau melakukan tugas kita dengan sambil lewa, atau tidak mengambil berat tentang orang lain kecuali apabila senang. Juruselamat mengisytiharkan, “Kasihilah Tuhan, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu” (Matius 22:37) dan nanti tambah, “Jika engkau mengasihi-Ku, melayani-Ku” (A&P 42:29). Sikap mementingkan diri adalah bertentangan dengan tanggungjawab imamat, dan jika ini sifat watak kita, kita perlu berubah.

  3. Kita perlu layak! Saya mungkin tidak ada kemampuan Elder Holland apabila dia berbicara dalam sesi imamat beberapa tahun lepas untuk berbicara dengan api sehingga membakar keningmu (“We Are All Enlisted,”Ensign orLiahona, Nov. 2011, 45); tetapi saudari yang kukasihi, kita perlu sedar betapa kerap diterima amalan dunia mencekik kuasa kita dalam imamat. Jika kita fikir bahawa kita dapat bahkan main-main dengan barang lucah atau kemurnian akhlak atau ketidakjujuran apapun, pasti ada akibat buruk. Moroni berkata: “Pastikanlah supaya anda melakukan segala sesuatu dalam kelayakan” (Mormon 9:29). Tuhan dengan berkuasa mengarahkan, “Dan Aku sekarang memberimu perintah untuk berhati-hati mengenai dirimu sendiri, untuk dengan tekun mengindahkan firman tentang hidup yang abadi” (A&P 84:43). Jika ada dosa yang belum selesai, kita perlu berubah.

Jawapan satu-satunya yang lengkap yang membalas soalan Yesus Kristus “Orang bagaimanakah harus anda menjadi?” adalah jawapan yang Dia beri secara tepat dan mendalam: “Bahkan seperti saya” (3 Nefi 27:27). Undangan “datanglah kepada Kristus dan disempurnakan di dalam Dia” (Moroni 10:32) menuntut dan mengharapkan perubahan. Dengan penuh belas kasihan dia tidak tinggalkan kita sendiri. “Dan jika manusia datang kepada-Ku, aku akan memperlihatkan kepada mereka kelemahan mereka…maka Aku akan menjadikan hal-hal yang lemah menjadi kuat bagi mereka” (Eter 12:27). Bergantung pada Korban Tebusan Juruselamat, kita boleh berubah. Tentang ini saya pasti. Dalam nama Yesus Kristus, amen.