2010–2019
“Tuhan, Adakah Ia Saya?”
Oktober 2014


“Tuhan, Adakah Ia Saya?”

Kita letakkan kebangaan kita, melihat melebihi kemegahan kita dan dalam rendah diri Tanya, “Tuhan Adalah Ia Saya?”

Ia adalah malam terakhir Juruselamat tersayang kita dalam dunia fana, pada petang sebelum Dia menyerahkan diri sebagai korban tebusan untuk semua manusia. Apabila Dia mengoyak roti dengan rasul-Nya, Dia berkata sesuatu yang akan memenuhi hati mereka dengan cemas dan kesedihan. “Salah satu daripada kamu akan mengkhianati saya,” Dia beritahu mereka.

Para Rasul tidak menyoal kebenaran apa yang Dia katakan. Mereka langsung tidak melihat sekeliling dan menunding jari kepada sesiapa, dan bertanya, “Adakah Ia dia?”

Tetapi, mereka “dengan hati yang sangat sedih berkatalah mereka seorang demi seorang kepada-Nya: ”Bukan aku, yaTuhan?”1

Saya berfikir, apakah yang setiap daripada kita akan lakukan jika kita ditanya soalan itu oleh Juruselamat. Adakah kita akan berpaling ke sekeliling dan berkata dalam diri kita, “Dia mungkin bercakap tentang Brother Johnson. Saya selalu mengesyaki dia” atau “Saya amat gembira Brother Brown ada di sini, Dia memang patut mendengar ini”? Atau adakah kita, seperti pengikut zaman dulu, melihat ke dalam diri dan menanya soalan yang menusuk diri: “Adakah Ia Saya?”

Dalam perkataan yang mudah ini, “Tuhan, Adakah Ia Saya” terkandung permulaan kebijaksanaan dan jalan kepada kepada penukaran peribadi dan perubahan berpanjangan.

Satu Perumpamaan Tentang Bunga Dandelion.

Dulu terdapat seorang lelaki yang suka berjalan pada waktu petang di sekeliling kawasan perumahanya. Dia paling suka untuk melalui rumah jirannya. Jiran ini menjaga taman bunganya dengan bagus sekali, bunga selalu mekar, pokok sihat dan redup. Nampak sekali bahawa si jiran membuat segala yang mungkin untuk menjaga taman bunganya.

Tetapi pada satu hari lelaki ini melalui rumah jirannya dan dia ternampak di tengah taman yang cantik itu terdapat satu bunga rumpai dandelion yang besar.

Ia Nampak sangat asing di tempat itu yang ia mengejutkan lelaki itu. Kenapa jirannya tidak menarik benda itu keluar? Tak bolehkah dia melihat benda itu ? Tidakkah dia tahu bahawa dandelion boleh membuang biji yang boleh membesarkan sedozen lagi rumpai?

Dandelion yang bersendirian ini mengacau lelaki ini di luar peneranagan, dan dia mahu melakukan sesuatu tentangnya. Patutkah dia menarik ia keluar ? Atau menyembur dengan racun rumpai ? Mungkin dengan perlindungan malam dia boleh keluar dan menariknya keluar.

Fikiran ini memenuhi minda lelaki ini sambil dia berjalan kaki ke rumahnya sendiri. Dia memasuki rumahnya tanpa memandang sepintas lalu pada halaman depan dia sendiri – yang diselimuti dengan beratus rumpai dandelion kuning.

Selumbar dan Balok

Adakah cerita ini mengingatkan kita perkataan Penyelamat?

“Mengapakah engkau melihat selumbar di mata saudaramu, sedangkan balok di dalam matamu tidak engkau ketahui?...

“…keluarkanlah dahulu balok dari matamu, maka engkau akan melihat dengan jelas untuk mengeluarkan selumbar itu dari mata saudaramu.”2

Perkara selumbar dan balok nampaknya amat berkait dengan ketidakupayaan kita untuk melihat diri sendiri dengan jelas. Saya tidak berapa pasti kenapa kita boleh mendiagnosis dan mencadangkan remedi untuk kesakitan orang dengan begitu bagus, walaupun kita sering mempunyai masalah melihat kesilapan sendiri.

Beberapa tahun yang lalu terdapat satu berita mengenai seorang lelaki yang mempercayai jika dia menyapu jus lemon pada mukanya, ia akan membuat tidak kelihatan pada kamera. Jadi dia meletak jus lemon pada keseluruhan muka dia, keluar, dan merompak dua bank. Tidak lama kemudian dia ditangkap polis apabila imej dia disiarkan di berita petang. Apabila polis menunjukkan video dirinya daripada kamera sekuriti, dia tidak percaya matanya, “Tetapi saya ada jus lemon pada muka saya!” dia membantah.3

Apabila seorang saintis di Universiti Cornell terdengar cerita ini, dia tertarik bahawa seorang lelaki tidak sedar akan ketidakcekapannya dengan teruk sekali. Untuk mendapati sama ada masalah ini adalah umum, dua penyelidik menjemput pelajar kolej untuk menyertai satu siri ujian dalam pelbagai kemahiran hidup dan menanya mereka untuk mengira bagaimana mereka lulus. Pelajar yang melakukan ujian dengan tidak berapa bagus adalah paling tidak tepat dalam menilai prestasi mereka sendiri – ada yang menilai prestasi mereka sehingga lima kali lebih daripada skor asal mereka.4

Penyelidikan ini telah direplikasikan dalam pelbagai cara, mengesahkan dengan beberapa kali satu kesimpulan yang sama: ramai antara kita mempunyai masalah susah untuk melihat diri kita dengan sebenarnya, dan orang yang berjaya juga melihat sumbangan mereka lebih tinggi pencapaian mereka dan memandang rendah sumbangan yang dilakukan orang lain.5

Ia mungkin tidak begitu ketara untuk menilai dengan tinggi bagaimana kita memandu kereta atau sejauh mana kita boleh memandu bola golf. Tetapi apabila kita mula mempercayai bahawa sumbangan kita di rumah, di tempat kerja, dan di gereja adalah lebih besar daripada mereka sebenarnya, kita membutakan diri kita kepada rahmat dan peluang untuk memperbaiki diri kita sendiri dengan cara yang ketara dan mendalam.

Titik Buta Rohani

Seorang kenalan saya pernah tinggal dalam sebuah bahagian Gereja yang mempunyai antara statistik yang tertinggi dalam Gereja-kehadiran yang tinggi, lawatan program ajaran ke rumah yang tinggi, kanak-kanak selalu berkelakuan baik, makan malam bahagian begitu hebat dan ahli jarang menjatuhkan makanan pada lantai gereja, dan saya fikir tidak ada pergaduhan langsung pada hari tari-menari Gereja.

Kawan saya dan isterinya kemudianya dipanggil untuk melayani misi. Selepas mereka pulang tiga tahun kemudian, mereka terkejut apabila mendapat tahu bahawa semasa mereka melayani misi, 11 perkhawinan berakhir dengan penceraian.

Walaupun bahagian itu secara luarnya nampak seperti mempunyai keimanan dan kekuatan, tetapi sesuatu yang malang sedang berlaku dalam hati ahli-ahli bahagian itu. Dan yang paling membimbangkan adalah situasi ini bukan unik. Perkara yang dahsyat selalunya berlaku apabila ahli Gereja terlepas daripada asas-asas injil. Mereka mungkin nampak secara luarannya pengikut Yesus Kristus, tetapi di dalam hati mereka terpisah daripada Juruselamat dan ajaranya. Mereka secara beransur-ansur telah menjauhkan diri daripada perkara rohani dan mendekati perkara duniawi.

Pemegang Imamat yang dulunya layak mula memberitahu diri sendiri bahawa Gereja adalah bagus untuk wanita dan kanak-kanak tetapi bukan untuk mereka. Atau ada yang yakin bahawa masa mereka yang sibuk atau unik membuatkan mereka dikecualikan daripada perkara kebaktian dan layanan yang akan membuatkan mereka lebih dekat dangan Roh Kudus. Dalam zaman pembenaran diri dan narsisisme sekarang, ia adalah mudah untuk menjadi kreatif untuk membuat alasan untuk tidak menghadap Tuhan dengan kerap dalam doa dan berlengah-lengah dalam pembelajaran ayat suci, mengelakkan siri daripada mesyuarat Gereja dan hari keluarga, atau membayar persepuluhan dengan jujur.

Saudara, bolehkah kamu engkau tolong melihat dalam diri sendiri dan tanya soalan: “Tuhan, Adakah Ia Saya?”

Adakah kamu sudah terlepas – walaupun sedikit- daripada “yang berdasarkan Injil dari Tuhan, seperti yang telah dipercayakan kepadamu”?6 Sudahkah kamu membenarkan “tuhan dunia ini” untuk mengelapkan minda kamu daripada “cahaya Injil tentang kemuliaan Kristus”7

Kawanku yang dikasihi, saudaraku, tanya diri sendiri, “Dimanakah harta saya?”

Adakah diri kamu terletak pada perkara yang mudah dalam dunia ini, atau adakah ia fokus kepada Yesus Kristus yang tekun? “Kerana di mana hartamu berada, di situ juga hatimu berada”8

Adakah Roh Tuhan menduduki dalam hati kamu ? Adakah kamu “berakar serta berdasar” dalam kasih-sayang terhadap Tuhan dan manusia sekalian ? Adakah anda menumpukan masa dan kreativiti yang mencukupi untuk membawa kebahagiaan kepada perkahwinan dan keluarga anda ? Adakah anda memberi tenaga anda kepada matlamat luhur memahami dan hidup dengan “memahami, betapa lebarnya dan panjangnya dan tingginya” 9 injil “supaya kamu dipenuhi … dalam seluruh injil Tuhan yang dipulihkan.”

Saudara, jika ia adalah keinginan yang besar anda untuk memupuk sifat-sifat Kristus seperti “iman, kebajikan, pengetahuan, kesahajaan, kesabaran, kebaikan hati persaudaraan, kesolehan, kasih amal, kerendahan hati, ketekunan,” 10 Supaya Bapa DiSyurga boleh menjadikan kamu alat dalam tangan- Nya untuk menyelamatkan banyak jiwa. 11

Kehidupan Yang Diperiksa

Saudara, kita semua tidak mahu mengaku apabila kita menyimpang daripada jalan yang betul. Selalunya kita cuba untik tidak melihat ke dalam jiwa sendiri dan menghadap kelemahan, batasan dan kebimbangan kita. Oleh yang demikian, apabila kita memeriksa hidup kita, kita melihat melalui penapis berat sebelah dan alasan, dan cerita yang kita beritahu diri sendiri untuk mewajarkan pemikiran dan tindakan yang tidak layak.

Tetapi kebolehan untuk melihat diri sendiri dengan jelas adalah penting untuk pertumbuhan rohani dan kesejahteraan diri kita. Jika kelemahan dan kekurangan kita terus dikaburkan dalam bayang-bayang, maka kuasa penebusan Penyelamat tidak boleh menyembuhkan mereka dan membuat mereka kuat.12 Ironinya, kemudian, kebutaan kita ke arah kelemahan manusia juga membuatkan kita buta kepada potensi ilahi yang Bapa kita DiSyurga mahukan untuk memupuk dalam setiap daripada kita.

Jadi bagaimana boleh kita menyinarkan cahaya suci kebenaran Tuhan dalam jiwa kita dan melihat diri kita seperti Dia melihatnya ?

Izinkan saya mencadangkan bahawa kitab-kitab suci dan perbahasan yang diberikan pada persidangan umum ini ialah cermin berkesan yang kita boleh adakan untuk pemeriksaan diri.

Apabila anda dengar atau membaca kata-kata nabi-nabi purba dan moden, menahan diri dari memikirkan bagaimana perkataan ini memohon kepada orang lain dan tanyakan soalan yang mudah: ” Tuhan, Adakah Ia Saya?”

Kita mesti mendekat Bapa kita yang Kekal dengan hati yang pecah dan minda yang boleh diajar. Kita mesti sanggup untuk belajar dan berubah. Dan oh, betapa banyaknya kita dapat dengan melakukan untuk hidup cara hidup yang Bapa DiSyurga mahukan untuk kita.

Mereka yang tidak berhasrat untuk belajar dan bertukar mungkin tidak akan dan kemungkinan akan mula tertanya-tanya sama ada Gereja mempunyai apa-apa untuk ditawarkan kepada mereka.

Tetapi mereka yang ingin memperbaiki dan maju, mereka yang belajar tentang Penyelamat dan keinginan untuk menjadi seperti Dia, orang-orang yang merendahkan diri mereka seperti seorang kanak-kanak dan berusaha untuk membawa pemikiran dan tindakan mereka ke dalam harmoni dengan Bapa kita di Syurga - mereka akan mengalami keajaiban Pendamaian Penyelamat ini . Sudah tentu mereka akan merasa Roh gemerlapan Tuhan. Mereka akan merasa kegembiraan yang tidak terhingga iaitu adalah buah hati seorang yang lemah lembut dan rendah hati. Mereka akan diberkati dengan keinginan dan disiplin untuk menjadi pengikut benar Yesus Kristus.

Kuasa Kebaikan

Dalam perjalanan hidup saya, saya berpeluang untuk berjumpa dengan orang yang antara pintar dan kompeten yang terdapat di dunia ini. Apabila saya muda, saya amat mengagumi mereka yang berpelajaran, sempurna, berjaya dan diraikan satu dunia. Taetapi selang beberapa tahun, saya sedar bahawa saya lebih mengagumi mereka yang indah, yang diberkati dan yang amat bagus dan yang tidak ada tipu daya.

Dan bukankah ini apa yang injil lakukan untuk kita ? Ia ialah berita baik, dan ia menolong kita untuk menjadi baik.

Perkataan Rasul Yakobus adalah sesuai untuk kita sekarang :

“Tuhan menentang orang yang congkak, tetapi mengasihani orang yang rendah hati. …

“Rendahkanlah dirimu di hadapan Tuhan, dan Ia akan meninggikan kamu.”13

Saudara-saudara, kita perlu mengetepikan kebanggaan kami, lihat melebihi kemegahan diri, dan dengan rendah hati bertanya, ”Tuhan, adakah ia saya ?”

Jika jawapan itu benar- ”Ya, anak lelaki saya, ada perkara yang anda mesti bertambah baik, perkara yang saya boleh membantu anda atasi, ” Saya berdoa bahawa kita dengan rendah diri mengakui akan dosa-dosa dan kelemahan kita . Semoga kita dari masa ini ke hadapan berusaha dengan sekuat tenaga untuk berjalan sabar dalam cara Penyelamat yang diberkati – ini adalah kerana untuk melihat diri kita sendiri dengan jelas ialah permulaan kebijaksanaan.

Apabila kita melalukan ini, Tuhan kita yang mempunyai banyak akan memimpin kita dengan tangan dan menjawab doa kita. Kita akan “dijadikan kuat, dan diberkati dari tempat yang tinggi.”14

Kawanku yang dikasihi, langkah pertama dalam memenuhi jalan yang indah ini bermula dengan bertanya kita menanya satu soalan:

“Tuhan, Adakah Ia Saya?”

Tentang perkara ini saya bersaksi dan tinggalkan kamu dengan berkat saya, dalam nama Yesus Kristus, amen.

Nota

  1. Matius 26:21–22; tekanan dimasukkan

  2. Matius 7:3, 5.

  3. Lihat Errol Morris, “The Anosognosic’s Dilemma: Something’s Wrong but You’ll Never Know What It Is,” New York Times, June 20, 2010, http://opinionator.blogs.nytimes.com/2010/06/20/the-anosognosics-dilemma-1.

  4. Lihat Justin Kruger and David Dunning, “Unskilled and Unaware of It: How Difficulties in Recognizing One’s Own Incompetence Lead to Inflated Self-Assessments,” Journal of Personality and Social Psychology, Dec. 1999, 1121–34. “Across 4 studies, the authors found that participants scoring in the bottom quartile on tests of humor, grammar, and logic grossly overestimated their test performance and ability. Although their test scores put them in the 12th percentile, they estimated themselves to be in the 62nd” (from the abstract at http://psycnet.apa.org/?&fa=main.doiLanding&doi=10.1037/0022–3514.77.6.1121).

  5. Lihat Marshall Goldsmith, What Got You Here Won’t Get You There (2007), section one, chapter 3. The researcher asked three partners to rate their own contribution to the success of the company. Their self-assessed contribution added up to 150 percent.

  6. 1 Timotius 1:11.

  7. 2 Korintus 4:4.

  8. Lukas 12:34.

  9. Efesus 3:18

  10. Ajaran dan Perjanjian 4:6.

  11. Lihat Alma 17:11.

  12. Lihat Ether 12:27.

  13. James 4:6, 10.

  14. Ajaran dan Perjanjian 1:28.