2010–2019
Menerima satu Kesaksian tentang Cahaya dan Kebenaran
Oktober 2014


Menerima satu Kesaksian tentang Cahaya dan Kebenaran

Kesaksian peribadi kamu tentang cahaya dan kebenaran bukan sahaja akan memberkati kamu dan keturunan kamu di dunia ini, tetapi ia akan mengikuti kamu untuk selama-lamanya

Sebagai seorang juruterbang syarikat penerbangan, saya terbang melalui banyak benua dan laut dalam kegelapan malam. Melihat langit dalam kegelapan melalui tingkap kokpit saya, terutamanya Bima Sakti, selalu membuat saya kagum dengan kebesaraan dan kedalaman ciptaan Tuhan – apa yang dikatakan ayat suci sebagai “dunia tanpa nombor”1

Ia adalah kurang daripada 100 tahun dahulu apabila kebanyakan ahli astronomi menjangka bahawa galaksi Bima Sakti kita ialah satu satunya galaksi dalam alam semesta.2 Mereka menjangka bahawa apa yang terdapat melebihi galaksi kita ialah satu kekosongan yang besar, satu kekosongan yang tak terhingga – kosong, sejuk, dan tanpa bintang, cahaya dan kehidupan.

Apabila teleskop menjadi semakin canggih – termasuk teleskop yang boleh diterbangkan ke angkasa – ahli astronomi mula memahami satu perkara menakjubkan, hampir tidak boleh difahami: bahawa alam semesta adalah sukar dibayangkan dan lebih besar daripada apa yang dahulunya dipercayai, yang syurga dipenuhi dengan bilangan galaksi yang tidak terhingga, kejauhan yang tidak terhingga untuk kita, setiap daripadanya mempunyai berbilion bintang.3

Dalam masa yang singkat, fahaman kita tentang alam semesta kita telah berubah untuk selamanya.

Hari ini kita boleh melihat beberapa galaksi yang jauh ini.4

Kita tahu mereka berada di sana.

Mereka berada di sana untuk satu masa yang sangat lama.

Tetapi sebelum tamadun manusia mempunyai alatan yang cukup canggih untuk melihat cahaya selestial dan membawa galaksi ini dalam penglihatan, kita tidak pernah percaya bahawa perkara sebegitu adalah mungkin.

Keluasan alam semesta tidak dengan tiba-tiba berubah, tetapi keupayaan kita untuk memahami kebenaran ini tukar secara dramatik. Dan dengan cahaya yang lebih kuat, tamadun manusia diperkenalkan kepada vista yang gemilang yang tidak pernah kita bayangkan.

Ia adalah susah untuk Kita mempercayai Sesuatu Yang Kita Tidak Dapat Lihat

Bayangkan bahawa kamu dapat mengembara balik dalam masa dan dapat berbual dengan mereka yang hidup seribu tahun dahulu atau seratus tahun dahulu. Bayangkan cubaan untuk menggambarkan kepada mereka beberapa barangan teknologi moden yang kamu dan saya gunakan secara mudah hari ini. Contohnya, apa yang orang itu akan fikirkan jika kita memberitahu mereka cerita tentang jet jumbo, ketuhar gelombang mikro, peranti yang boleh dipegang tangan yang mempunyai arkib digital yang amat besar, dan video cucu kita yang kita kongsi secara terus dengan berjuta orang di sekeliling dunia ?

Ada yang mungkin mempercayai kita. Kebanyakan akan mencemuh, menentang atau mungkin akan cuba untuk senyapkan kita atau mencederakan kita. Ada yang mungkin akan cuba menggunakan logik, sebab dan fakta mengikut apa yang mereka ketahui untuk menunjukkan yang kita adalah sesat, bodoh atau bahaya. Mereka mungkin akan mengutuk kita dengan cubaan untuk menyesatkan yang lain.

Tetapi sudah tentu, orang-orang ini akan benar-benar silap. Mereka mungkin bermaksud baik dan ikhlas . Mereka mungkin berasa benar-benar positif tentang pendapat mereka. Tetapi mereka tidak akan dapat melihat dengan jelas kerana mereka masih belum menerima cahaya kebenaran .

Perjanjian untuk Cahaya

Ia nampaknya ialah sifat manusia untuk menganggap yang kita adalah betul walaupun kita adalah salah. Dan jika berlaku sedemikian, apakah harapan untuk kita semua ? Adakah kita ditakdirkan untuk hanyut tanpa tujuan di lautan maklumat yang bercanggah, terdampar di rakit yang kita bina sendiri dengan kepingan lemah yang kita bina dari berat sebelah kita sendiri ?

Adakah mungkin untuk mencari kebenaran ?

Sebab ucapan saya adalah untuk mengumumkan mesej bahawa Tuhan Sendiri – Tuhan Semesta Alam yang mengetahui semua kebenaran – telah memberikan anak-Nya satu janji bahawa mereka boleh mengetahui kebenaran dengan sendiri.

Tolong fahami kebesaran perjanjian ini:

Tuhan yang Kekal dan Maha Kuasa, Pencipta alam semesta yang besar ini, akan berbicara dengan sesiapa yang datang kepada Dia dengan hati yang tulus dan dengan niat yang benar.

Dia akan bercakap dengan mereka dalam mimpi, penglihatan, fikiran dan perasaan mereka.

Tuhan akan bercakap dalam cara yang jelas dan yang melampaui pengalaman manusia. Dia akan memberi mereka bimbingan yang kudus dan jawapan untuk kehidupan peribadi mereka.

Tentunya akan ada yang akan memandang hina dan akan berkata bahawa perkara sebegitu adalah mustahil, dan jika terdapatnya Tuhan, Dia akan mempunyai perkara yang lebih penting daripada mendengar setiap doa kita dan menjawapnya.

Tetapi saya berkata kepada kamu perkara ini: Tuhan kisah tentang kamu. Dia akan mendengar dan Dia akan menjawab setiap soalan peribadi kamu. Jawapan kepada doa kamu akan datang mengikut cara-Nya dan dalam masa-Nya dan oleh sebab itu kamu mesti mempelajari cara untuk mendengar suara Tuhan. Tuhan mahu kamu mencari jalan balik kepada Dia, dan Juruselamat ialah jalan itu.5 Tuhan mahu kamu mempelajari tentang anak- Nya, Yesus Kristus, dan mengalami keamanan yang mendalam dan kegembiraan yang dari mengikut jalan pengikut-pengikut yang ilahi.

Rakan-rakan yang dihormati, terdapat satu eksperimen yang terus-terang, dengan jaminan dari Tuhan, terdapat dalam satu buku tulisan suci yang purba, ia terdapat pada setiap lelaki, wanita dan juga kanak-kanak yang bersedia untuk melakukan ujian ini:

Pertama, kamu mesti mencari perkataan Tuhan. Ini bererti membaca tulisan suci dan mempelajari perkataan nabi zaman moden serta zaman purba, tentang injil Yesus Kristus yang dipulihkan – bukan dengan hasrat untuk meragui atau mengutuk tetapi dengan keinginan untuk mengetahui kebenaran .6 Seperti yang diajar Alma dalam Kitab Mormon,” bahkan jika kamu tidak dapat membuat lebih daripada berhasrat untuk percaya, biarlah hasrat ini bekerja dalam dirimu… memberi tempat untuk(perkataan Tuhan).”7

Kedua, anda perlu mengambil kira, renungkan, gigih berusaha untuk mempercayai,8 dan berterima kasih kepada rahmat yang Tuhan telah berikan kepada anak-anak-Nya daripada Adam kepada hari kita dengan menyediakan nabi, penglihat dan pewahyu untuk membawa Gereja-Nya dan mencari kita untuk mencari jalan balik kepada Tuhan.

Ketiga, kamu mesti menanya Bapa di Syurga, dalam nama anak-Nya, Yesus Kristus, untuk menyatakan kebenaran Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir kepada kita. Tanya dengan hati yang tulus dan dengan niat sebenar, dengan iman kepada Kristus. 9

Terdapat juga langkah keempat, yang diberikan oleh Juruselamat: “Barangsiapa mahu melakukan kehendak-Nya, ia akan tahu entah ajaran-Ku ini berasal dari Tuhan, entah Aku berkata-kata dari diri-Ku sendiri.”10Dalam perkataan lain, apabila kamu cuba mengesahkan kebenaran prinsip injil, kamu mesti dahulu menghidupinya. Letakkan dan uji ajaran doktrin Gereja dan ajaran Gereja dalam hidup kamu. Lakukannya dengan niat sebenar dan dengan iman yang kekal dalam Tuhan .

Jika kamu melakukan perkara ini, kamu mempunyai satu janji dari Tuhan – yang terikat dengan firman-Nya11 – yang dia akan menyatakan kebenaran kepada kamu melalui kuasa Roh Kudus. Dia akan memberikan kamu cahaya yang lebih tinggi yang akan membenarkan kamu untuk melihat melepasi kegelapan dan menyaksikan pemandangan yang tidak boleh dibayangkan yang mulia dan tidak boleh difahami kepada penglihatan manusia.

Ada yang mungkin berkata bahawa langkah-langkah ini adalah terlalu susah dan tidak berbaloi. Tetapi saya mencadangkan bahawa kesaksian peribadi ini dalam injil dan Gereja ialah perkara yang paling penting yang kamu boleh perolehi dalam hidup ini. Ia bukan sahaja akan memberkati dan membimbing kamu dalam hidup ini, tetapi ia akan mempunyai kaitan secara langsung dalam hidup kamu selama-lamanya.

Perkara tentang Roh hanya Boleh Difahami Hanya dengan Roh

Ahli Sains berjuang untuk memahami kebesaran alam semesta, hanya selepas alat yang lebih canggih yang boleh mengumpul lebih banyak cahaya baru sahaja mereka boleh memahami kebenaran yang lebih besar.

Rasul Paulus menulis satu prinsip yang sejajar tentang ilmu rohani. “Tetapi manusia duniawi tidak menerima apa yang berasal dari Roh Tuhan,” dia menulis kepada orang Korintus, “kerana hal itu baginya adalah suatu kebodohan; dan ia tidak dapat memahaminya, sebab hal itu hanya dapat dinilai secara rohani.”12

Dalam perkataan lain, jika kamu mahu memahami kebenaran rohani, kamu mesti menggunakan alat yang betul. Kamu tidak boleh datang dan memahami kebenaran rohani dengan alat yang tidak dapat mengesannya.

Juruselamat memberitahu kita pada zaman ini, “Apa yang dari Tuhan adalah terang; dan dia yang menerima terang, dan melanjutkan di dalam Tuhan, menerima lebih banyak terang; dan terang itu tumbuh makin cemerlang dan makin cemerlang sampai hari yang sempurna.” 13

Lebih banyak kita mencenderungkan hati dan minda kita terhadap Tuhan, lebih banyak lagi cahaya syurgawi akan disulingkan ke dalam jiwa kita. Dan setiap kita rela dan bersungguh-sungguh mencari cahaya itu, kita menunjukkan kepada Tuhan kesediaan kita untuk menerima lebih banyak cahaya. Secara beransur-ansur, perkara-perkara yang seolah-olah sebelum kabur, gelap, dan jauh menjadi jelas, terang, dan kita kenali.

Dengan tanda yang sama, jika kita mengeluarkan diri kita daripada cahaya injil, cahaya kita semakin gelap – bukan dalam sehari atau seminggu tetapi secara beransur-ansur – sehingga kita akan melihat kebelakang dan tidak dapat memahami kenapa kita pernah percaya yang injil itu benar. Ilmu kita yang sebelumnya mungkin akan nampak bodoh kepada kita kerana apa yang dahulu sangat jelas kini menjadi kabur, berkabut dan jauh.

Inilah sebabnya mengapa Paulus begitu mendesak bahawa mesej injil itu ialah kebodohan kepada mereka yang menuju ke neraka, “tetapi bagi kita yang diselamatkan pemberitaan itu adalah kekuatan Tuhan.” 14

Tidak Terdapat Ujian Litmus

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah tempat untuk semua jenis kesaksian. Terdapat ahli Gereja, di mana kesaksian mereka membakar dengan pasti dan terang di dalam diri mereka. Terdapat yang lain yang masih berjuang untuk mengetahui dengan sendiri.

Gereja bukan sahaja untuk orang yang sempurna tetapi untuk orang “datanglah kepada Kristus, dan disempurnakanlah di dalam Dia,”15Gereja ini adalah untuk orang seperti kamu dan saya. Gereja ini ialah satu tempat yang mengalu-alukan dan memupukkan, bukan untuk memecahbelahkan dan mengutuk. Ia ialah tempat untuk menggalakkan, mengangkat dan mengekalkan satu sama lain sambil kita mengejar kebenaran ilahi.

Pada akhirnya, kita semua Jemaah yang mencari cahaya Tuhan sambil kita mengembara dalam laluan pengikut. Kami tidak mengutuk orang lain untuk jumlah cahaya mereka mungkin atau mungkin tidak mempunyai ; sebaliknya, kita menyuburkan dan menggalakkan semua cahaya sehingga ia tumbuh dengan jelas, terang, dan benar.

Satu Janji kepada Semua

Mari kita mengakui bahawa selalunya untuk mendapat kesaksian ia bukan satu tugas dalam seminit, sejam atau sehari. Ia bukan dilakukan sekali dan selesai. Proses untuk mengumpul cahaya rohani ialah usaha seumur hidup.

Kesaksian kamu tentang Anak Tuhan yang hidup dan Gereja-Nya yang dipulihkan semula, Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, mungkin tidak akan datang secepat yang kamu inginkan, tetapi saya boleh janjikan kamu ini: jika kamu lakukan bahagian kamu, ia akan datang.

Dan ia akan gemilang.

Saya menawarkan kepada kamu kesaksian saya yang peribadi bahawa kebenaran rohani akan memenuhi hati kamu dan membawa cahaya kepada roh kamu. Ia akan menunjukkan kamu kebijaksanaan tulen dengan kegembiraan yang indah dan keamanan syurgawi. Saya pernah mengalami ini untuk diri sendiri dengan kuasa Roh Kudus.

Seperti yang dijanjikan kitab-kitab purba, kehadiran terkata Roh Tuhan akan menyebabkan anda menyanyi lagu cinta penebusan,16 pandangkan mata anda ke syurga, dan tinggikan suara memuji kepada Tuhan yang Maha Tinggi, Perlindungan anda, Harapan anda, Pelindung kamu, Bapa anda. Penyelamat berjanji bahawa jika anda mencari, anda akan menemuinya. 17

Saya bersaksi bahawa ini adalah benar. Jika kamu mencari kebenaran Tuhan, yang sekarang mungkin malap, tidak fokus dan yang jauh akan secara beransur didedahkan, dijelaskan dan datang dekat dengan hati dengan cahaya rahmat Tuhan. Pemandangan rohani yang mulia, yang tidak dapat dibayangkan dengan mata manusia, akan didedahkan kepada anda.

Ia ialah kesaksian saya yang cahaya rohani ini adalah dalam jangkauan setiap anak Tuhan. Ia akan menyedarkan minda anda, membawa penyembuhan kepada hati kamu dan kegembiraan dalam hari kamu, Kawanku, tolong jangan melewatkan masa untuk mencari dan menguatkan kesaksian peribadi anda dalam kerja Tuhan yang ilahi ini, iaitu kerja cahaya dan kebenaran.

Kesaksian peribadi kamu tentang cahaya dan kebenaran bukan sahaja akan memberkati keturunan kamu di hidup ini, tetapi akan mengikuti kamu selama-lamanya, di antara dunia-dunia yang tiada ada pengakhirannya. Mengenai perkara ini saya bersaksi dan meninggalkan kamu berkat saya dalam nama Yesus Kristus, amin.