2010–2019
Hukum Puasa: Tanggungjawab Peribadi untuk Menjaga Orang yang Miskin dan yang Berkeperluan
Oktober 2014


Hukum Puasa: Tanggungjawab Peribadi untuk Menjaga Orang yang Miskin dan yang Berkeperluan

Sebagai pengikut Juruselamat, kita ada tanggungjawab perbadi untuk menjaga orang yang miskin dan yang berkeperluan.

Saudaraku yang kukasihi, saya mengasihi imamat, dan saya suka berada bersama anda. Saya penuh syukur bahawa kita dapat melayani bersama dalam usaha hebat ini.

Kita hidup pada zaman hebat. Kemajuan ajaib dalam perubatan, sains, dan teknologi telah bertambah baik dalam kehidupan ramai orang. Akan tetapi, ada banyak bukti tentang penderitaan dan kesusahan antara anak-anak manusia. Sebagai tambahan pada peperangan dan desas-desus peperangan, jumlah bencana alam meningkat—termasuk banjir, api, gempa bumi, dan penyakit—sedang menjejas hidup jutaan orang di merata dunia.

Kepemimpinan Gereja sedar dan berjaga-jaga atas kesejahteraan anak-anak Tuhan di merata tempat. Di mana dan apabila mungkin, dana kecemasan gereja digunakan untuk membantu yang berkeperluan. Misalnya, November lepas, Taufan Haiyan melanda di negera kepulauan Filipina.

Taufan Haiyan kategori-5 tinggalkan kemusnahan luas dan penderitaan. Ada seluruh bandar yang dihancurkan; ramai yang meninggal dunia; jutaan rumah rosak atau runtuh; khidmat asas seperti air, pembetung, dan elektrik henti bekerja.

Dana Gereja tersedia dalam jam-jam sangat awal setelah bencana melanda. Ahli-ahli gereja yang tinggal di Filipina bangkit untuk menyelamatkan saudara dan saudari mereka dengan menyediakan makanan, air, pakaian, dan kit kebersihan bagi para ahli gereja dan orang bukan ahli gereja.

Bangunan Gereja menjadi tempat perlindungan untuk ribuan orang yang tiada tempat berteduh. Di bawah pimpinan Presidensi Kawasan dan pemimpin imamat lokal, ramai yang telah kehilangan semua yang mereka ada, penilaian dilaksanakan berkenaan keadaan dan keselamatan semua ahli. Rancangan terilham mula berjalan untuk membantu mengembalikan ahli gereja ke tahap hidup yang sesuai dan juga supaya berdikari.

Bantuan sederhana diberikan untuk membantu ahli Gereja membina semula tempat perlindungan kayu mereka dan rumah mereka. Ini bukan wang percuma. Ahli Gereja menerima latihan dan bekerja sendiri lalu membantu orang lain.

Berkat yang datang sebagai akibat adalah bahawa ahli gereja mendapat kemahiran dalam pertukangan kayu, perkerjaan paip, dan kemahiran pembinaan lain, mereka mendapat kerja yang bermakna di bandar berhampiran dan masyarakat mula bina semula.

Menjaga orang miskin dan yang berkeperluan ialah asas injil utama dan unsur asas dalam rancangan keselamatan yang kekal.

Sebelum pelayanan fana-Nya, Yehovah mengistiharkan, “Sebab orang-orang miskin tidak hentinya akan ada di dalam negeri itu; itulah sebabnya aku memberi perintah kepadamu, demikian: Haruslah engkau membuka tangan lebar-lebar bagi saudaramu, yang tertindas dan yang miskin di negerimu.”1

Pada zaman kita, menjaga orang yang miskin dan yang berkeperluan merupakan salah satu dari empat tanggungjawab Gereja yang ilahi yang membantu individu dan keluarga layak untuk keselamatan.2

Menjaga orang yang miskin dan memerlukan termasuk keselamatan duniawi mahupun rohani. Ia termasuk pelayanan ahli gereja perseorangan ketika mereka menjaga orang miskin dan memerlukan secara peribadi, sama dengan kebajikan Gereja yang rasmi, yang diberi menerusi wewenang imamat.

Pusat dalam rancangan Tuhan untuk menjaga orang miskin dan yang berkeperluan ialah hukum puasa. “Tuhan telah memberi hukum puasa dan sumbangan puasa kepada umat-Nya untuk memberi jalan bagi mereka melayani orang yang memerlukan.”3

Sebagai pengikut Juruselamat, kita ada tanggungjawab peribadi untuk menjaga orang miskin dan yang berkeperluan. Ahli Gereja yang beriman di merata tempat membantu dengan berpuasa setiap bulan—tidak makan atau minum untuk 24 jam—lalu membayar sumbangan puasa kepada Gereja sekurangnya sama dengan nilai makanan yang mereka tidak makan selama puasanya.

Kata Yesaya patut ditimbangkan secara penuh doa dan diajar dalam setiap rumah:

“Bukan! Berpuasa yang Kukehendaki? Agar engkau membuka belenggu-belenggu kejahatan, dan melepaskan beban berat, supaya yang tertindas jalan merdeka dan anda mematahkan setiap kuk?”

“Bukankah ia agar engkau memecah-mecah rotimu bagi orang yang lapar, dan agar engkau membawa ke rumahmu orang miskin? Dan apabila engkau melihat orang telanjang, supaya engkau memberi dia pakaian dan tidak menyembunyikan diri terhadap saudaramu sendiri!4

Yesaya lalu menyenaraikan berkat indah yang dijanjikan oleh Tuhan kepada orang yang mematuhi hukum puasa:

“Pada waktu itulah terangmu akan merekah seperti fajar dan kesihatanmu akan pulih dengan segera; dan kebenaran pergi di depanmu; dan kemuliaan Tuhan akan di belakangmu.”

“Pada waktu itulah engkau akan memanggil dan Tuhan akan menjawab; engkau akan berteriak lalu Dia akan berkata: Ini Aku!”

“Dan jika engkau menyerahkan jiwamu bagi orang lapar, dan memuaskan hati orang yang tertindas maka terangmu akan terbit dalam gelap dan kegelapanmu akan seperti rembang tengah hari.”

“Tuhan akan menuntun engkau sentiasa dan akan memuaskan hatimu di tanah yang kering.”5

Mengenai ayat-ayat suci ini, Presiden Harold B. Lee telah mengatakan: “Berkat yang besar yang datang dari puasa telah dijelaskan dalam setiap zaman keagamaan, dan di sini Tuhan memberitahu kita melalui nabi hebat kenapa adanya puasa, dan berkat yang datang dari puasa. … Jika anda menganalisis…bab 58 dari buku Yesaya anda akan mencari mengapa Tuhan ingin kita membayar sumbangan puasa, kenapa dia ingin kita berpuasa. Ia kerana dengan layak begini, kita boleh panggil dan Tuhan akan jawab. Kita boleh berdoa dan Tuhan akan sebut, “Ini Aku.”

Presiden Lee tambah: “Adakah kita ingin untuk berada dalam keadaan di mana kami memanggil dan Dia tidak menjawab? Adakah kita akan panggil dalam kesusahan dan Dia tidak dapat bersama kita? Saya fikir masanya sekarang untuk berfikir tentang asas-asas ini kerana ada hari yang di hadapan kita,apabila kita akan memerlukan lebih dan lebih daripada berkat Tuhan, apabila pertimbangan akan dicurahkan tanpa campuran di dunia.”6

Nabi terkasih kita, Presiden Thomas S. Monson, telah berkongsi kesaksian mengenai asas-asas ini— kesaksiannya datang dari pengalaman peribadi. Dia berkata: “Tiada ahli Gereja yang telah membantu menjaga orang yang berkeperluan yang pernah melupakan atau menyesal pengalamannya. Kerja keras, berjimat cermat, berdikari, dan berkongsi dengan orang lain tidak baru bagi kita.”7

Saudara, ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah orang pembuat perjanjian yang menepati perintah. Saya tidak mungkin berfikir tentang undang atau perintah, jika, ditepati dengan iman, yang lebih senang yang memberi berkat lebih besar dari hukum puasa. Apabila kita berpuasa dan memberi sumbangan puasa jujur, kita menyumbang ke gudang Tuhan jumlah yang akan dihabiskan untuk harga makanan. Ia tidak menuntut pengorbanan kewangan yang melebihi apa yang biasanya dihabiskan. Pada masa yang sama, kita dijanjikan berkat yang luar biasa, seperti dikatakan sebelumnya.

Hukum persepuluhan termasuk semua ahli Gereja. Bahkan anak muda dapat diajar berpuasa, bermula dengan satu jamuan, lalu dua, semakin mereka memahami dan dapat mematuhi hukum puasa dari segi fizikal. Para suami dan isteri, ahli yang belum kahwin, remaja, dan kanak-kanak patut bermula puasa dengan doa, bersukur untuk berkat dalam hidup mereka sedangkan mencari berkat Tuhan dan kekuatan untuk berpuasa selama tempohnya. Menepati hukum puasa terjadi apabila sumbangan puasa diberikan kepada utusan Tuhan, si uskup.

Para uskup, anda mengarahkan kebajikan dalam bahagian. Anda disuruh untuk mencari dan menjaga orang miskin. Dengan sokongan presiden Lembaga Pertolongan, dan pemimpin kuorum Imamat Melkesidek, matlamat anda adalah untuk membantu para ahli menbantu diri sendiri dan berdikari. Anda melayani keperluan duniawi mahupun rohani para ahli dengan menggunakan, secara perihati, sumbangan puasa sebagai bantuan sementara dan tambahan atas bantuan saudara-mara dan masyarakat. Ketika anda menggunakan kunci imamat dan kecerdikan dalam bantuan orang miskin dan yang berkeperluan, anda akan belajar cara yang betul untuk menggunakan sumbangan puasa yang bertujuan menafkahi kehidupan, bukan gaya hidup.

Presiden kuorum Imamat Harun, anda memegang kunci dan ada kuasa untuk melayan dalam tatacara. Anda bekerja dengan uksup dan mengajar ahli kuorum mengenai tugas mereka dalam imamat lalu memimpin mereka untuk mencari ahli Gereja dan memberi mereka kesempatan untuk bayar sumbangan puasa. Apabila pemegang Imamat Harun mengembangkan tugas imamat dan melanjutkan kesempatan ini kepada semua ahli Gereja, anda sering kali memudahkan berkat puasa yang dijanjikan kepada orang yang mungkin paling memerlukannya. Anda akan bersaksi bahawa semangat menjaga orang miskin dan yang berkeperluan ada kuasa untuk melembutkan hati yang selainnya keras, dan memberkati kehidupan orang yang jarang hadir di gereja.

President Monson telah mengatakan, “Para uskup yang mengorganisasi kuorum Imamat Harun untuk merlibat dalam mengumpulkan sumbangan puasa akan mencari kejayaan yang meningkat dalam tanggungajawab suci ini.”8

Para Uskup, ingat bahawa keadaan sangat berbeza antara satu kawasan dan yang lain dan dari satu negara ke negara lain. Pintu-ke-pintu kontak oleh ahli kuorum Imamat Harun mungkin tidak dapat dijalankan di kawasan di mana anda tinggal. Bagaimanapun, kita menggalakkan anda untuk menimbang nasihat nabi dan mencari ilham mengenai cara sesuai untuk pemegang Imamat Harun, agar dapat mengembangkan imamat mereka dengan melibat dalam pengumpulan sumbangan puasa.

Dalam bab 27 dari 3 Nefi, Tuhan yang telah dibangkitkan tanya: “Oleh itu, kamu harus menjadi orang yang bagaimana?” Dia menjawab, “Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahkan seperti Aku.”9 Ketika kita mengambil ke atas diri kita nama Kristus dan berusaha untuk mengikuti Dia, kita akan menerima rupa-Nya dalam wajah kita dan menjadi lebih seperti Dia. Menjaga orang yang miskin dan yang berkeperluan ialah bahagian tetap dalam pelayanan Juruselamat. Ia segala sesuatu yang Dia melakukan. Dia menjangkau kepada semua dan mengangkat kita. Kuk-Nya senang, dan beban-Nya ringan. Saya menjemput kita semua untuk menjadi lebih seperti Juruselamat dengan menjaga orang miskin dan yang berkeperluan, dengan mematuhi secara penuh iman hukum puasa, dan menyumbangkan dengan murah hati ke dana sumbangan puasa. Saya bersaksi dengan rendah hati bahawa menjaga orang miskin dan yang berkeperluan ialah cerminan kematangan rohani dan akan memberkati kedua pemberi dan penerima. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Ulangan 15:11.

  2. Lihat Handbook 2: Administering the Church (2010), 2.2.

  3. Handbook 2, 6.1.2.

  4. Yesaya 58:6–7.

  5. Yesaya 58:8–11.

  6. Harold B. Lee, “Listen, and Obey” (Welfare Agricultural Meeting, Apr. 3, 1971), copy of typescript, 14, Church History Library, Salt Lake City.

  7. Thomas S. Monson, “Are We Prepared?” Ensign atau Liahona, Sep. 2014, 4.

  8. Thomas S. Monson, dalam satu pertemuan bersama Lembaga Uskup Utama, Feb. 28, 2014.

  9. 3 Nefi 27:27.