2010–2019
Berhasil, Beranak Cucu dan Menguasai Bumi
April 2015


Berhasil, Beranak Cucu dan Menguasai Bumi

Bapa Syurgawi memerintah kita dan memberkati kita untuk berhasil, beranak cucu dan menguasai bumi supaya kita boleh menjadi seperti Dia.

Terima kasih, Koir Tabernacle, ke atas ufti kepada Juruselamat dunia.

Pada hari Bapa Tuhan memerintah Putera Tunggal-Nya untuk mencipta manusia yang merupai Mereka, dia memberkat anak-anak-Nya, dan berfirman, “Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak, supaya keturunan kamu menduduki seluruh muka bumi dan menguasainya.”1 Dengan begitu, perjalanan fana kita bermula dengan satu perintah Tuhan dan juga satu berkat. Seorang Bapa yang penyayang memerintah kita dan memberkati kita untuk berhasil, beranak cucu dan menguasai bumi supaya kita boleh berkembang dan menjadi seperti Dia.

Saudara saudari, petang ini saya mintakan iman dan doa kamu semasa saya kongsikan bersama kamu tiga atribut dasar sifat ilahi kita. Saya harap kita dapat mengenali dan memenuhi tanggungjawab kudus kita—perintah Bapa kita—untuk mengembangkan sifat ilahi supaya kita boleh lebih berjaya pada bumi ini dan mencapai destinasi ilahi kita.

Pertama, Tuhan Memerintah Kita untuk Berhasil

Satu bahagian penting untuk berhasil yang kadang kala diketepikan adalah untuk membina kerajaan Tuhan di bumi. Juruselamat mengajar:

“Akulah pokok anggur dan kamu carang-carangnya. Sesiapa yang tetap bersatu dengan Aku, dan Aku dengan dia, akan berbuah lebat; kerana tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa. …

“Jika kamu tetap bersatu dengan Aku, dan ajaran-Ku kamu simpan di dalam hati, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki daripada Bapa, dan permintaan kamu itu akan dipenuh.

“Kemuliaan Bapa-Ku dinyatakan apabila kamu berbuah lebat, dan dengan demikian kamu betul-betul pengikut-Ku.”2

Kita menjadi berhasil apabila kita mematuhi Kristus dan “mengambil ke atas [diri kita] nama-Nya [dan] … melayani-Nya sampai akhir”3 dengan menolong orang lain datang kepada Dia.

Hari kini, nabi-nabi dan rasul-rasul hidup terus menjemput kita untuk mengambil bahagian dalam kerja penyelamatan menurut keupayaan dan peluang kita.

Untuk bermula dalam kerja ini, kita harus menjadi “lembut hati dan rendah hati.”4 Kita boleh lebih mendekati Kristus semasa kita menyerah kepada tarikan Roh Kududs dan mematuhi semua perjanjian.5 Kita boleh mencari dan menerima kurnia ihsan dan berkuasa untuk menjemput keluarga kita, nenek moyang kita, dan jiran-jiran kita yang ialah ahli dan bukan ahli Gereja untuk menerima Injil Yesus Kristus.

Bekerja dalam roh ihsan bukan satu tugas tetapi satu kebahagiaan. Cabaran menjadi peluang untuk membina iman. Kita menjadi “saksi bagi [kebaikan] Tuhan di segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat di mana [kita] boleh berada, bahkan sampai kematian.”6

Kita semua boleh dan harus mengambil bahagian dalam kerja penyelamatan. Juruselamat berikan tanggungjawab berikut dengan satu perjanjian: “Akulah yang memilih kamu dan menugaskan kamu supaya pergi dan berbuah lebat, buah yang akan tahan. Dengan demikian Bapa akan mengabulkan apa sahaja yang kamu minta daripada-Nya demi nama-Ku.”7

Kedua, Tuhan Memerintah Kita untuk Beranak Cucu

Tubuh badan kita ialah satu berkat Tuhan. Kita menerima tubuh badan demi tujuan untuk melakukan kerja Bapa Syurgawi untuk “mendatangkan kebaqaan dan kehidupan kekal bagi manusia.”8 Kita mencapai potensi ilahi melalui tubuh badan kita.

Tubuh badan membolehkan roh anak-anak Bapa Syurgawi untuk mengalamai kehidupan di bumi.9 Kelahiran anak memberikan peluang kepada anak-anak roh Tuhan lain untuk menikmati kehidupan bumi. Semua yang dilahir berpeluang untuk berkembang dan untuk dimuliakan jika mereka mematuhi perintah-perintah Tuhan.

Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan ialah institusi yang ditahbiskan oleh Tuhan untuk memuaskan perintah untuk beranak cucu. Perhubungan sesama jantina tidak boleh beranak cucu.

Satu perkahwinan yang sah yang dimeteraikan dalam bait suci dan perjanjiannya berikan ibu bapa dan anak-anak mereka satu peluang untuk mengalami kasih sayang dan satu persediaan demi kehidupan yang berhasil. Ia berikan mereka suasana di mana mereka boleh mematuhi perjanjian yang sudah mereka buat dengan Tuhan.

Kerana Dia menyayangi kita, Bapa Syurgawi berikan semua anak-anak-Nya yang beriman yang tidak dapat menikmati berkat perjanjian perkahwinan atau kepenuhan berkat itu tanpa kesalahan diri sendiri, akan menikmati berkat-berkat itu pada masa yang ditentukan oleh Tuhan.10

Para nabi dan rasul sudah menasihat semua yang berpeluang untuk membuat perjanjian perkahwinan kekal untuk buat demikian dengan bijaksana dan beriman. Kita tidak harus menangguhkan masa perkahwinan sebab pengerjaan duniawi atau mempunyai satu harapan terlalu tinggi terhadap calon perkahwinan.

Satu perjanjian diberikan kepada semua yang dimeteraikan dalam perjanjian perkahwinan kekal dan yang berhasil dengan mematuhi perjanjian. Musuh tidak boleh membinasakan dasar perkahwinan kekal mereka.

Ketiga, Tuhan Menugaskan Kita untuk Menguasai Bumi

Untuk menguasai bumi dan semua benda yang hidup adalah untuk mengawal mereka supaya mereka memuaskan kehendak Tuhan11 semasa mereka melayan anak-anak-Nya. Menguasai termasuk mengawal tubuh badan kita.12 Ia tidak termasuk menjadi mangsa kepada benda-benda ini atau gunakan mereka dalam cara yang menentangi kehendak Tuhan.13

Kita mula mengembangkan keupayaan untuk menguasai benda-benda bumi dengan mengenali kelemahan manusia dan kuasa yang sedia ada melalui Kristus dan Penebusan-Nya. “Kristus telah berfirman: Jika kamu akan mempunyai iman kepada-Ku kamu akan memiliki kuasa untuk melakukan apa pun yang adalah sesuai bagi-Ku.”14 Semua kuasa ini sedia ada bagi kita apabila kita mematuhi perintah-perintah-Nya. Kita meningkatkan keupayaan kita dengan mencarikan kurnia Roh dan dengan mengembangkan bakat.

Saya dilahirkan dalam keadaan yang biasa bagi banyak keluarga di Afrika. Dengan bantuan ibu bapa saya, saya memperolehi keupayaan untuk mengatasi keadaan itu dengan mencarikan dan memperolehi satu pendidikan yang baik. Menubuhkan satu wawasan tentang apa yang boleh saya jadi adalah penting bagi kemajuan saya. Kemudian, sebagai suami isteri yang muda, isteri saya, Gladys, dan saya terdapat Injil yang dipulihkan, yang terus memberkat hidup kami dengan arahan rohani. Seperti semua keluarga, kami ada cubaan dan cabaran. Tetapi semasa kami berpandang ke Tuhan, kami dapat jawapan yang datangkan ketenangan dan kesenangan hati, dan kami tidak ditenggelam oleh perkara ini.

Cabaran masyarakat hari ini, termasuk maksiat, pornografi, peperangan, pencemaran, penyalahgunaan bahan, dan kemiskinan, bertambah kerana ramai orang di dunia ini menyerahkan diri kepada “kehendak iblis dan daging”15 dan bukan kehendak Tuhan. “Mereka tidak mencarikan Tuhan untuk menegakkan kebenaran-Nya, tetapi setiap orang berjalan pada jalannya sendiri, dan menurut rupa Tuhan sendiri, yang rupanya ada dalam keserupaan dunia.”16

Namun begitu, Tuhan menjemput semua anak-Nya untuk mencarikan bantuan-Nya untuk mengatasi dan menahan cabaran hidup dengan kata-kata ini:

“Aku ialah Tuhan; Aku menjadikan dunia, dan manusia sebelum mereka ada dalam daging.

“… Jika engkau akan berpaling kepada-Ku, dan menyimak suara-Ku, dan percaya, dan bertaubat dari segala pelanggaranmu, dan dibaptis, bahkan di dalam air, dalam nama Putera Tunggal-Ku… , kamu akan menerima kurnia Roh Kudus, meminta segala sesuatu dalam nama-Nya, dan apa pun yang kamu akan minta, akan diberikan kepadamu.”17

Orang-orang Suci Zaman Akhir yang beriman yang memahami potensi ilahi mereka dan bergantung pada kuasa Penebusan Tuhan Yesus Kristus diperkuatkan dalam kelemahan mereka dan “dapat melakukan segala sesuatu.”18 Mereka berupaya untuk mengatasi godaan yang menjadikan mereka hamba kepada musuh. Paulus mengajar:

“Tuhan setia kepada Injil-Nya, [dan ] Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai lebih daripada yang dapat kamu tanggung. Pada waktu kamu ditimpa cubaan, Dia akan memberikan jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan untuk menanggungnya.”19

“Oleh itu, sekarang Dia dapat menolong mereka yang kena cubaan, kerana Dia sendiri pernah dicubai dan menderita.”20

Bapa Syurgawi memerintah dan memberkati kita untuk berhasil, beranak cucu, dan menguasai bumi supaya kita boleh menjadi seperti Dia. Dia sudah sediakan bantuan yang boleh kita capai, menurut pilihan kita, dan berkembang untuk menjadi seperti Dia. Saya harap kita boleh hidup supaya kita akan dibimbing oleh wawasan sifat ilahi kita, menerima semua hak ilahi kita, dan mencapai destinasi ilahi kita.

Saya bersaksi tentang realiti Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Juruselamat kita; tentang rancangan kegembiraan-Nya; dan tentang kunci-kunci yang dikurniakan kepada seorang nabi pada bumi hari ini, iaitu Thomas S. Monson, yang kita sayangi dan sokong. Saya berdoa bahawa kita berkuasa untuk menikmati kepenuhan berkat-Nya, dalam nama Yesus Kristus, amin.