2010–2019
Pembela Perisytiharan Keluarga
April 2015


Pembela Perisytiharan Keluarga

Marilah kita membantu membina kerajaan Tuhan dengan berdiri gagah dan menjadi pembela perkawinan, keibubapaan, dan rumah.

Betapa suatu keistimewaan dan keriangan menjadi sebahagian kumpulan para gadis dan wanita yang menakjubkan ini. Kita sangat diberkati sebagai wanita untuk bergabung bersama-sama petang ini dalam kesatuan dan dalam kasih sayang.

Imej
Old portrait of Marie Madeleine Cardon

Saya baru-baru ini membaca cerita Marie Madeline Cardon, yang, bersama keluarganya, menerima pesanan Injil Yesus Kristus yang dipulihkan dari mubaligh pertama yang melayani di Itali pada tahun 1850. Dia seorang remaja puteri berumur 17 atau 18 tahun ketika mereka dibaptis. Satu hari Ahad, semasa keluarganya mengadakan pelayanan ibadah di rumah mereka yang tinggi di pergunungan Alps di bahagian utara Itali, sekumpulan perusuh yang marah, termasuk beberapa dari pendeta setempat, berhimpun di sekitar rumahnya dan mula berteriak, dan menuntut agar para mubaligh dibawa keluar. Saya tidak berfikir mereka berhasrat untuk diajarkan Injil—mereka berniat untuk mencederakan mereka. Adalah Marie muda yang berjalan keluar rumah untuk menghadapi kumpulan perusuh.

Mereka meneruskan teriakan ganas mereka dan menuntut agar para mubaligh dibawa keluar. Marie mengangkat Alkitab dalam tangannya dan memerintahkan mereka untuk pergi. Dia memberitahu mereka bahawa para mubaligh berada di bawah perlindungannya dan mereka tidak dapat mencederakan mereka sedikitpun. Dengarlah kepada perkataannya sendiri: “Semua terperanjat. … Tuhan bersama saya. Dia memberi saya perkataan itu untuk diucapkan, atau saya tidak dapat mengatakannya. Dengan segera, semua menjadi tenang. Kumpulan orang-orang ganas itu berdiri tak berdaya di hadapan seorang gadis yang lemah, menggeletar, namun berani.” Pendeta itu meminta kumpulan perusuh untuk pergi, dan dengan malu mereka pergi dengan senyap, ketakutan, dan kesesalan. Marie dan kumpulan kecilnya menyelesaikan mesyuarat mereka dalam ketenangan.1

Dapatkah anda bayangkan seorang remaja puteri yang berani, berumur yang sama seperti ramai daripada anda, berdiri menghadapi sekumpulan perusuh dan mempertahankan kepercayaannya yang baru ditemui dengan keberanian dan keyakinan?

Saudari-saudari, tidak ramai daripada kita akan pernah menghadapi sekumpulan perusuh yang marah, tetapi ada perang yang sedang berlaku di dunia ini di mana ajaran yang paling dihargai dan asas kita di serang. Saya bercakap terutamanya tentang ajaran keluarga. Kesucian rumah dan tujuan utama keluarga sedang disoal, dikritik, dan diserang di setiap hadapan.

Apabila Presiden Gordon B. Hinckley pertama membaca “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” 20 tahun yang lepas tahun ini, kita bersyukur dan menghargai kejelasan, kesederhanaan, serta kebenaran dari dokumen yang diilhami melalui wahyu. Kita tidak memahami dengan baik pada masa itu, betapa kita sangat memerlukan perisytiharan asas ini di dunia pada saat ini sebagai kriteria yang dengannya kita boleh menilai setiap ajaran atau falsafah baru dunia yang datang kepada kita dari media, Internet, ilmuwan, TV dan filem, dan juga ahli dewan rakyat. Perisytiharan keluarga telah menjadi standard kita untuk menilai falsafah dunia, dan saya bersaksi bahawa prinsip-prinsip yang dihuraikan dalam pernyataan ini adalah sama benarnya hari ini seperti ketika ia diberikan kepada kita oleh seorang nabi Tuhan hampir 20 tahun yang lepas.

Bolehkah saya tunjukkan sesuatu yang nyata? Kehidupan jarang berjalan dengan tepat sekali sesuai dengan rancangan bagi setiap orang, dan kita sangat sedar bahawa tidak semua wanita mengalami apa yang dihuraikan dalam perisytiharan. Ianya masih penting bagi kita untuk memahami dan mengajar pola Tuhan dan berusaha untuk merealisasikan pola itu sebaik yang kita boleh.

Kita masing-masing mempunyai peranan dalam rancangan, dan setiap daripada kita dengan sama bernilai di mata Tuhan. Kita harus ingat bahawa Bapa Syurgawi yang penyayang sedar akan hasrat kita yang benar dan akan menghormati janji-Nya bahawa tiada apa yang akan ditahan dari mereka yang setia mematuhi perjanjian mereka. Bapa Syurgawi mempunyai satu misi dan rancangan bagi setiap daripada kita, tetapi Dia juga mempunyai jadual waktu-Nya sendiri. Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ini adalah untuk mempunyai iman dalam masa Tuhan. Adalah satu gagasan yang baik untuk mempunyai pelan alternatif dalam fikiran, yang membantu kita untuk menjadi pematuh perjanjian, murah hati, dan wanita soleh yang membina kerajaan Tuhan tak peduli ke mana arah hidup kita menuju. Kita perlu mengajar anak perempuan kita untuk mencapai yang dicita-citakan tetapi merancang untuk situasi darurat.

Selama hari ulang tahun ke-20 perisytiharan keluarga, saya ingin mengeluarkan satu cabaran bagi kita semua wanita Gereja untuk menjadi pembela: “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia.” Sama seperti Marie Madeline Cardon berani membela mubaligh dan kepercayaan yang baru didapatinya itu, kita perlu membela dengan berani ajaran yang Tuhan dedahkan yang menghuraikan perkahwinan, keluarga, peranan ilahi lelaki dan wanita, dan kepentingan rumah sebagai tempat suci—walaupun dunia sedang menjerit di telinga kita bahawa prinsip-prinsip ini adalah ketinggalan zaman, mengehadkan, atau tidak lagi relevan. Setiap orang, tak peduli status perkawinan mereka atau jumlah anak, boleh menjadi pembela rancangan Tuhan yang dihuraikan dalam perisytiharan keluarga. Jikalau ianya rancangan Tuhan, ia seharusnya juga menjadi rancangan kita!

Ada tiga prinsip yang diajarkan dalam perisytiharan yang saya fikir secara khusus memerlukan pembela teguh. Yang pertama adalah perkawinan antara seorang lelaki dan seorang wanita. Kita diajar dalam kitab suci, “Meskipun demikian, dalam kehidupan kita sebagai orang Kristian, wanita bergantung kepada lelaki, dan lelaki pun bergantung kepada wanita.”2 Bagi sesiapa untuk mencapai kepenuhan berkat keimamatan, perlu ada suami dan isteri yang dimeteraikan di rumah Tuhan, bekerja bersama-sama dalam kesolehan, dan yang tetap setia kepada perjanjian mereka. Inilah rancangan Tuhan untuk anak-anak-Nya, dan tidak ada jumlah wacana awam atau kritikan akan mengubah apa yang Tuhan telah isytiharkan. Kita perlu terus mencontohkan perkahwinan yang soleh, mencari berkat ini dalam kehidupan kita, dan beriman andainya ia lambat datang. Marilah kita menjadi pembela perkawinan seperti yang telah ditahbiskan Tuhan sambil terus menunjukkan kasih dan belas kasihan kepada mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza.

Prinsip berikut yang memerlukan suara pembela kita adalah meningkatkan peranan ilahi para ibu dan bapa. Kita dengan penuh minat mengajar anak-anak kita untuk bercita-cita tinggi dalam hidup ini. Kita ingin memastikan agar anak perempuan kita tahu bahawa mereka berpotensi untuk mencapai dan menjadi apa-apa sahaja yang mereka boleh bayangkan. Kita berharap mereka akan suka belajar, berpendidikan, berbakat, dan mungkin juga menjadi Marie Curie atau Eliza R. Snow berikutnya.

Adakah kita juga mengajari anak lelaki dan anak perempuan kita tiada kehormatan besar, tiada gelar yang tinggi, dan tiada peranan yang lebih penting dalam hidup ini daripada peranan ibu dan bapa? Saya berharap bahawa semasa kita menggalakkan anak-anak kita untuk mencapai yang terbaik dalam hidup ini agar kita juga mengajar mereka untuk menghormati dan memuliakan peranan ibu dan bapa yang berperan dalam rancangan Bapa Syurgawi.

Anak perempuan bongsu kami, Abby, melihat satu peluang unik untuk berdiri sebagai pembela peranan ibu. Pada suatu hari dia mendapat notis dari sekolah anak-anaknya bahawa mereka mengadakan persembahan Hari Kerjaya di sekolah. Ibu bapa dijemput untuk menghantar permohonan jika mereka mahu datang ke sekolah untuk mengajar kanak-kanak mengenai kerja mereka, dan Abby merasa terkesan untuk datang dan bercakap tentang keibuan. Dia tidak mendengar lagi dari sekolah, dan apabila Hari Kerjaya semakin dekat, dia akhirnya menghubungi sekolah, berfikir bahawa mereka mungkin telah hilangkan permohonannya. Pihak penganjur tergesa-gesa dan menemukan dua guru yang bersetuju memanggil Abby untuk datang berceramah ke kelas mereka pada akhir Hari Kerjaya.

Dalam persembahannya yang riang kepada anak-anak, Abby mengajar mereka,di antara perkara lain, bahawa sebagai seorang ibu dia diperlukan untuk menjadi agaknya seorang pakar dalam bidang perubatan, psikologi, agama, pengajar, muzik, kesusasteraan, seni, kewangan, menghias, menggayakan rambut, supir, sukan, seni memasak, dan banyak lagi. Anak-anak sangat terkesan. Dia mengakhiri dengan mengajak kanak-kanak itu mengingat ibu mereka dengan menulis kad ucapan terima kasih bagi banyak tindakan penuh kasih yang mereka terima setiap hari. Abby merasa bahawa kanak-kanak melihat ibu mereka dengan perspektif baru dan bahawa sebagai seorang ibu atau bapa adalah sesuatu yang sangat berharga. Dia memohon untuk berkongsi sekali lagi tahun ini dan dia telah dijemput untuk menghadiri enam kelas.

Imej
Sister Oscarson's daughter, Abby, holding a portrait of her children

Abby berkata tentang pengalamannya: “Saya rasa ia boleh menjadi mudah di dunia ini bagi seorang budak untuk mendapatkan pengertian bahawa menjadi seorang ibu atau bapa ialah pekerjaan yang tidak seberapa penting atau juga kadang-kadang kesulitan yang perlu. Saya mahu setiap anak untuk merasakan seperti mereka ialah keutamaan yang sangat penting kepada ibu bapa mereka, dan mungkin memberitahu mereka betapa pentingnya menjadi seorang ibu bagi saya akan membantu mereka menyedari semua yang ibu bapa mereka lakukan untuk mereka dan sebabnya.”

Nabi kita yang tercinta, Presiden Thomas S. Monson, ialah satu contoh yang bagus tentang menghormati wanita dan keibuan, khususnya ibunya sendiri. Merujuk kepada ibu-ibu duniawi kita, dia telah berkata: “Semoga kita menghargai kebenaran ini; seseorang tidak boleh melupakan ibu dan mengingati Tuhan. Seseorang tidak boleh mengingat ibu dan melupakan Tuhan. Mengapa? Kerana kedua-dua orang suci ini, Tuhan dan ibu [duniawi kita], rakan kongsi dalam penciptaan, dalam kasih, dalam pengorbanan, dalam pelayanan, adalah bersatu.”3

Prinsip terakhir kita perlu berdiri dan membela ialah kekudusan rumah. Kita perlu mengambil istilah yang kadang-kadang diperkatakan dengan ejekan dan meninggikannya. Ia adalah istilah suri rumah tangga. Kita semua—wanita, lelaki, remaja, dan kanak-kanak, bujang atau kawin—boleh bekerja sebagai suri rumah tangga. Kita harus “membuat rumah kita” tempat yang teratur, tempat perlindungan, kudus, dan tempat keselamatan. Rumah kita harus menjadi tempat di mana Roh Tuhan dirasakan dengan berlimpah-limpah dan di mana tulisan suci dan Injil dikaji, diajar, dan dijalankan. Betapa ia akan membuat perbezaan di dunia jikalau semua orang melihat dirinya sebagai pencipta rumah yang soleh. Marilah kita mempertahankan rumah sebagai tempat kudus kedua di samping bait suci.

Saudari-saudari, saya bersyukur menjadi seorang wanita pada zaman akhir ini. Kita mempunyai peluang dan banyak kemungkinan yang tiada generasi lain daripada wanita yang pernah miliki di dunia. Marilah kita membantu membina kerajaan Tuhan berdiri dengan gagah dan menjadi pembela perkawinan, keibubapaan, dan rumah. Tuhan perlukan kita untuk menjadi berani, tabah, dan pejuang yang tak tergoyah yang akan membela rancangan-Nya dan mengajar generasi depan tentang kebenaran-Nya.

Saya bersaksi bahawa Bapa Syurgawi hidup dan mencintai kita. Putera-Nya, Yesus Kristus, ialah Juruselamat dan Penebus kita. Saya meninggalkan kesaksianku dengan anda dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. See Marie Madeline Cardon Guild, “Marie Madeline Cardon Guild: An Autobiography,” cardonfamilies.org/Histories/MarieMadelineCardonGuild.html; see also Marie C. Guild autobiography, circa 1909, Church History Library, Salt Lake City, Utah.

  2. 1 Korintus 11:11.

  3. Thomas S. Monson, “Behold Thy Mother,” Ensign, Jan. 1974, 32.