2010–2019
Isikan Rumah Kita Dengan Cahaya Dan Kebenaran
April 2015


Isikan Rumah Kita Dengan Cahaya Dan Kebenaran

Kita mesti penuh dengan cahaya dan kebenaran injil supaya kita dan keluarga kita dapat menahan tekanan dunia.

Hati saya penuh dengan Roh apabila saya mendengar keluarga ajarkan kebenaran: “Keluarga Ditetapkan Tuhan.”1 Musik yang berilham hanya salah satu cara kita boleh merasa bisikan Roh, isikan kita dengan cahaya dan kebenaran.

Imej
Woman with 1 can of soda that is crushed and one that is not.

Konsep untuk penuh dengan cahaya dan kebenaran terutamanya penting bagi saya kerana satu pengalaman banyak tahun lalu. Saya menghadiri satu pertemuan di mana ahli-ahli lembaga umum Remaja Puteri diajar tentang cara untuk membina keluarga yang rohani. Seorang pemimpin Remaja Puteri memegang dua tin minuman ringan. Satu tin adalah kosong, dan yang lain itu belum dibuka dan penuh dengan minuman. Dia menghimpit tin yang kosong, dan tin itu pun bengkok. Kemudian, dia menghimpit tin yang belum dibuka. Tin itu tetap sama. Ia tidak bengkok seperti tin kosong itu --sebab ia penuh.

Demonstrasi ini serupa dengan hidup kita dan keluarga kita. Apabila penuh dengan Roh dan kebenaran Injil, kita berkuasa untuk menahan tekanan duniawi yang mengelilingi dan menolak kita. Tetapi, jika kita tidak penuh secara rohani, kita tidak berkuasa untuk menentang tekanan luar dan boleh runtuh apabila tekanan itu menolak kita.

Setan faham bahawa kita mesti penuh dengan cahaya dan kebenaran injil jika kita hendak menahan tekanan duniawi. Jadi dia berusaha sedaya upaya untuk melemahkan, memutarbalikkan, dan memusnahkan kebenaran injil dan mengasingkan kita daripada kebenaran.

Banyak kita sudah dibaptiskan dan menerima kurnia Roh Kudus, peranannya adalah untuk mengemukakan dan mengajar kebenaran tentang segala.2 Dengan hak kurnia datanglah tanggungjawab untuk mencarikan kebenaran, mematuhi kebenaran yang kita tahu, dan kongsikan dan mempertahankan kebenaran.

Kita harus isikan rumah kita dengan cahaya dan kebenaran. Korus lagu yang sudah kita dengar memperingatkan kita, “Tuhan berikan kita keluarga untuk menolong kita menjadi apa yang Dia hendak kita jadi.”3 Keluarga ialah woksyop Tuhan di bumi ini untuk menolong kita belajar dan mematuhi injil. Kita datang ke keluarga dengan satu tugas kudus untuk memperkuatkan satu sama lain secara rohani.

Keluarga abadi yang kukuh dan rumah yang penuh dengan Roh tidak berlaku dengan tidak sengaja. Mereka perlukan usaha, masa, dari setiap ahli keluarga. Setiap keluarga adalah berbeza, tetapi seorang individu dari satu keluarga yang mencarikan kebenaran boleh buat perbezaan.

Kita terus dinasihati untuk meningkatkan ilmu rohani kita melalui doa dan mengaji dan merenungkan kitab suci serta kata-kata para nabi yang hidup. Dalam ucapan persidangan umumnya tentang kesaksian cahaya dan kebenaran, Presiden Dieter F. Uchtdorf kata:

“Tuhan yang abadi dan maha kuasa… akan berucap kepada orang yang datang kepada Dia dengan satu hati yang tulus dan niat yang benar.

“Dia akan berucap dengan mereka dalam mimpi, penglihatan, fikiran, dan perasaan.”

Presiden Uchtdorf terus kata: “Tuhan mengambil berat tentang kamu. Dia akan dengar, dan Dia akan jawab soalan kamu. Jawapan kepada doa kamu akan datang dalam cara-Nya dan pada masa-Nya, jadi, kamu perlu belajar untuk mendengar suara-Nya.”4

Satu cerita sejarah keluarga yang pendek menerangkan nasihat ini.

Beberapa bulan lalu, saya baca kesaksian seorang nenek moyang saya yang bernama Elizabeth Staheli Walker. Elizabeth berimigrasi ke America dari Switzerland bersama keluarganya apabila dia seorang kanak-kanak.

Selepas Elizabeth kahwin, dia dan suaminya serta anak-anak mereka tinggal di Utah dekat sempadan Nevada, di mana mereka menguruskan satu stesyen pos. Rumah mereka ialah satu tempat perhentian bagi para pelancong. Setiap hari mereka memasak dan menghidangkan makanan bagi pelancong. Kerja itu susah, dan mereka tidak banyak merehat. Tetapi kerisauan terbesar Elizabeth datang dari perbualan para pelancong.

Elizabeth kata sehingga masa itu dia percaya bahawa Kitab Mormon adalah benar, dan Nabi Joseph Smith sudah diberi kuasa oleh Tuhan untuk melakukan perkara yang dia lakukan, dan pesanannya ialah pesanan hidup dan penyelamatan. Tetapi kehidupannya tidak memperkukuhkan kepercayaan itu.

Ada pelancongn yang henti di situ ialah orang yang sangat terpelajar, berpendidikan tinggi dan cerdas dan mereka selalu kata bahawa Joseph Smith ialah “seorang penipu licik” yang merekakan Kitab Mormon untuk keuntungan. Bagi mereka, ini satu perkara yang tidak masuk akal, dan mereka kata “agama Mormon tidak benar.”

Elizabeth berasa terasing dan bersendirian kerana semua perbualan ini. Dia tidak dapat berbual dengan sesiapa pun, dan tidak ada masa untuk berdoa--walaupun dia berdoa semasa dia bekerja. Dia terlalu takut untuk menentang orang yang mencemuh agamanya. Dia anggap perkara yag mereka katakan adalah benar, dan dia rasa dia tidak boleh mempertahankan kepercayaannya.

Imej
Pioneer Family in front of a log home

Kemudian, Elizabeth dan keluarganya pindah. Dia ada masa untuk merenung dan tidak berasa bingung setiap saat. Dia pergi ke bilik bawah tanah dan berdoa kepada Bapa Syurgawi tentang perkara yang mengelirukan dia-- cerita yang dikatakan bahawa injil adalah tidak benar dan cerita tentang Joseph Smith dan Kitab Mormon.

Suatu malam Elizabeth bermimpi. Dia kata: “Saya berdiri pada satu jalan yang sempit, yang menuju ke satu bukit. Pada tengah-tengah bukit itu saya ternampak seorang lelaki berucap kepada seorang pemuda yang melutut; pemuda itu membongkok di atas satu lubang di tanah. Pemuda itu menghulurkan tangan dan mengangkat sesuatu benda dari lubang itu. Saya dapat nampak satu batu sudah digerak dari lubang itu. Pada jalan itu, ada ramai orang, tetapi mereka tidak berminat ke atas dua orang lelaki di atas bukit itu. Mimpi itu sangat aneh dan saya pun bangun; … saya tidak boleh beritahu sesiapa pun tentang mimpi saya tetapi saya berasa puas hati bahawa mimpi itu bererti Malaikat Moroni mengarah Joseph pada masa dia memperolehi kepingan-kepingan itu.”

Pada musim bunga tahun 1893, Elizabeth pergi ke Salt Lake City untuk menghadiri dedikasi bait suci. Dia kata: “Di situ saya ternampak satu gambar dari mimpi saya, pada satu tingkap kaca. Saya pasti jika saya dapat melihat Bukit Cumorah yang benar, inilah gambarnya. Saya berasa puas hati bahawa saya ditunjukkan dalam mimpi gambar Malaikat Moroni memberi kepingan-kepingan [emas] kepada Joseph Smith.”

Imej
Old portrait of Elizabeth Staheli

Banyak tahun selepas mimpi itu dan beberapa bulan sebelum dia meninggal dunia pada usia 88 tahun, Elizabeth menerima satu tekanan roh. Dia kata, “Fikiran itu datang kepada saya … seolah-olahnya ada satu orang berucap kepada saya, … ‘Jangan mengebumikan kesaksian kamu di bawah tanah.’”5

Banyak generasi kemudian, keturunan Elizabeth masih memperolehi kekuatan dari kesaksiannya. Seperti Elizabeth, kita hidup dalam satu dunia bersama ramai kritik yang tidak percaya yang mencemuh dan menentang kebenaran yang kita hargai. Kita mungkin akan dengar cerita dan pesanan yang mengelirukan. Seperti Elizabeth, kita harus berusaha sedaya upaya untuk memegang kepada cahaya dan kebenaran yang kita miliki sekarang, terutamanya dalam keadaan yang susah. Jawapan kepada doa kamu mungkin tidak datang secara dramatik, tetapi kita mesti carikan cahaya yang lebih besar dan kebenaran. Dan apabila kita menerima itu, tanggungjawab kita adalah untuk mematuhi, mengongsikan, dan mempertahankan kebenaran itu.

Saya bersaksi bahawa apabila kita isikan hati dan rumah kita dengan cahaya dan kebenaran Juruselamat, kita akan dapat menahan dalam setiap keadaan. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “The Family Is of God,” in 2014 Outline for Sharing Time: Families Are Forever (2013), 28–29.

  2. Lihat Moroni 10:5.

  3. “The Family Is of God.”

  4. Dieter F. Uchtdorf, “Receiving a Testimony of Light and Truth,”Ensign atauLiahona, Nov. 2014, 21.

  5. Lihat Elizabeth Staheli Walker, “My Testimony, Written for My Children and Their Children after I Am Gone,” 1939, 22–26, University of Nevada, Las Vegas, Special Collections; tanda baca, huruf besar, dan ejaan distandardkan.