2010–2019
Mengekal Hak Pilihan, Mempertahan Kebebasan Agama
April 2015


Mengekal Hak Pilihan, Mempertahan Kebebasan Agama

Penggunaan hak pilihan yang beriman bergantung pada kebebasan agama.

Hari Ahad Easter ini: hari kesyukuran dan peringatan untuk menghormati Penebusan dan Kebangkitan Juruselamat kita Yesus Kristus untuk semua manusia. Kita menyembah Dia, bersyukur ke atas kebebasan agama, kebebasan untuk berhimpun, kebebasan ucapan, dan hak pilihan yang dikurnia Tuhan.

Para nabi menelah tentang zaman akhir ini bahawa ada ramai yang keliru tentang siapakah kita dan apakah kepercayaan kita. Ada orang yang “suka mengumpat … [dan ] benci akan kebaikan.”1 Yang lain “memutarbalikkan yang baik dan yang jahat, [dan] yang gelap dan yang terang.”2

Semasa orang di sekeliling kita buat pilihan untuk bertindak terhadap kepercayaan kita, kita tidak harus lupa bahawa hak pilihan moral ialah sebahagian yang penting rancangan Tuhan bagi semua anak-Nya. Rancangan abadi itu, dipersembahkan kepada kita dalam Majlis Syurga di prafana, termasuk kurnia hak pilihan.3

Dalam majlis itu, Lusifer, juga dikenali sebagai Setan, gunakan hak pilihannya untuk menentang rancangan Tuhan. Tuhan berfirman: “Kerana … Setan memberontak melawan-Ku, dan berupaya untuk menghancurkan hak pilihan manusia, yang telah Aku, Tuhan, berikan kepadanya, … Aku sebabkan agar dia hendaknya dicampakkan.”4

Dia menerus: “Dan juga sepertiga bahagian dari bala tentera syurga dia palingkan dari-Ku kerana hak pilihan mereka.”5

Sebagai akibatnya, anak-anak roh Bapa Syurgawi yang menolak rancangan-Nya dan mengikut Lusifer kehilangan takdir ilahi mereka.

Yesus Krsitus, dengan menggunakan hak pilihan-Nya, berkata:

“Di sinilah Aku, utuslah Aku.”6

“Kehendak-Mu jadilah, dan kemuliaan adalah milik-Mu selamanya.”7

Yesus menggunakan hak pilihan-Nya untuk mendukung rancangan Bapa Syurgawi, dikenal pasti dan ditugaskan oleh Bapa sebagai Juruselamat kita, yang ditahbiskan sebelumnya untuk melakukan korban tebusan bagi semua. Serupanya, penggunaan hak pilihan kita untuk mematuhi perintah, membolehkan kita memahami siapakah kita dan dapat menerima semua berkat dari Bapa Syurgawi—termasuk peluang untuk memperolehi satu tubuh badan, untuk berkembang, untuk mengalami kebahagiaan, untuk berkeluarga, dan mewarisi kehidupan abadi.

Untuk mematuhi perintah, kita perlu tahu ajaran rasmi Gereja supaya kita tidak dialih dari kepimpinan Kristus oleh gerak hati individu.

Berkat kita sekarang adalah kerana kita sudah buat pilihan untuk mengikut Juruselamat pada prafana. Semua yang dengar atau baca kata saya, tidak kira siapakah kamu atau sejarah kamu, ingatlah: adalah tidak terlalu lambat untuk membuat pilihan yang sama sekali lagi dan mengikut Dia.

Melalui iman kepada Yesus Kristus, mempercayai Penebusan-Nya, bertaubat ke atas dosa, dan dibaptiskan, kita boleh menerima kurnia Roh Kudus. Kurnia ini memberikan ilmu dan kefahaman, bimbingan dan kekuatan untuk belajar dan memperolehi kesaksian, kuasa, pembersihan untuk mengatasi dosa, dan ketenangan dan galakkan untuk menjadi beriman dalam cabaran. Berkat-berkat Roh ini yang tiada bandingannya meningkatkan kebebasan dan kuasa untuk melakukan perkara yang betul, kerana “Sesiapa mempunyai Roh Tuhan, orang itu bebas.”8

Semasa kita cuba hidup menurut kebebasan agama pada zaman akhir ini, kita mesti faham bahawa penggunaan hak pilihan kita bergantung pada kebebasan agama. Kita sudah tahu bahawa Setan tidak ingin kita perolehi kebebasan ini. Dia cuba memusnahkan hak pilihan moral di syurga, dan sekarang pada bumi ini dia melemahkan, menentang, dan menyebarkan kegeliruan tentang kebebasan agama—ertinya dan sebabnya penting untuk kehidupan rohani dan penyelamatan kita.

Ada empat aspek dasar kebebasan agama yang harus kita Orang Suci Zaman Akhir bergantung pada dan melindungi.

Yang pertama ialah kebebasan untuk percaya. Tidak ada seorang pun harus dikritik, dianiaya, atau diserang oleh individu atau kerajaan, berdasarkan kepercayaannya tentang Tuhan. Itu satu perkara yang peribadi dan penting. Satu perisytiharan kepercayaan kita mengenai kebebasan agama mengatakan:

“Tidak ada pemerintahan yang dapat hidup dalam keamanan, kecuali hukum yang seperti itu dibentuk dan tetap tak terlanggar yang akan menjamin bagi masing-masing individu penerapan bebas dari suara hati. …

“… Majistret awam hendaknya membendung tindak kejahatan, tetapi tidak pernah mengendalikan suara hati [atau] tidak pernah menekan kebebasan jiwa.”9

Kebebasan kepercayaan dasar ini sudah diakui oleh United Nations dalam Perisytiharan Hak Manusia Universal dan dokumen hak manusia national dan international lain.10

Aspek dasar kedua kebebasan agama ialah kebebasan untuk mengongsikan iman dan kepercayaan kita dengan orang lain. Tuhan memerintah kita, “Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu … semasa kamu di rumah.”11 Dia juga berfirman kepada rasul-Nya, “Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada Tuhan kepada seluruh umat manusia.”12 Sebagai ibu bapa, mubaligh sepenuh masa, dan mubaligh ahli, kita bergantung pada kebebasan agama untuk mengajar ajaran Tuhan dalam keluarga kita dan di seluruh dunia.

Aspek dasar kebebasan agama ialah kebebasan untuk menubuhkan organisasi, satu gereja, dan untuk menyembah secara aman bersama orang lain. Pasal kepercayaan ke-sebelas mengisytiharkan, “Kami menuntut hak istimewa untuk menyembah Tuhan Yang Maha Kuasa menurut suara hati nurani kami sendiri, dan memperkenankan semua orang hak istimewa yang sama, biarlah mereka menyembah bagaimana, di mana, atau apa yang mereka kehendaki.” Dokumen hak manusia international dan banyak perlembagaan national menyokong prinsip ini.

Aspek dasar ke-empat kebebasan agama ialah kebebasan untuk mengikut agama kita—bukan hanya dalam rumah dan gereja tetapi juga di tempat awam. Tuhan memerintah kita tidak hanya berdoa secara bersendirian13 tetapi pergilah dan “hendaklah cahaya [kita] juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan [kita] yang baik, lalu memuji Bapa [kita] yang di syurga.”14

Ada orang yang tersinggung apabila kita bawakan agama kita ke perbincangan awam, tetapi orang ini yang berkeras mengatakan pandangan dan tindakan mereka diterima dalam masyarakat biasanya tidak berikan toleransi yang sama kepada orang yang beragama yang juga mahukan pandangan dan tindakan mereka diterima. Kekurangan hormat terhadap pandangan agama sudah menjadi sikap tidak bertoleransi sosial dan politik bagi orang dan institusi beragama.

Semasa kita menghadapi tekanan yang semakin bertambah untuk menyerah kepada standard duniawi, dan kebebasan agama kita dirampas, serta hak pilihan dikompromi, timbangkan ajaran dari Kitab Mormon tentang tanggungjawab kita. Dalam buku Alma kita baca tentang Amlisi, “lelaki yang sangat licik” dan “yang jahat” yang hendak menjadi raja atas rakyat dan “merampas dari mereka hak dan hak istimewa” dan ini “menggentarkan umat gereja.”15 Umat gereja itu diajar oleh Raja Mosia untuk mengangkat suara demi perkara yang mereka rasa betul.16 Jadi mereka “berhimpun bersama di seluruh negeri,setiap orang menurut fikirannya, sama ada untuk menyokong atau menentang Amlisi, dalam kelompok-kelompok terpisah, mengalami banyak perbantahan … di antara satu sama lain.”17

Dalam perbincangan itu, ahli-ahli Gereja dan orang lain berpeluang untuk berhimpun, mengalami roh kesatuan, dan dipengaruhi oleh Roh Kudus. “Dan terjadilah bahawa suara rakyat keluar menentang Amlisi, sehingga dia tidak dijadikan raja atas rakyat.”18

Sebagai pengikut Yesus Kristus kita bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan orang yang fikir seperti kita, mengangkat suara demi perkara yang betul. Ahli-ahli Gereja tidak harus menuntut atau mengatakan bahawa mereka berucap bagi pihak Gereja, kita semua dijemput, dalam keupayaan kita sebagai warganegara, untuk mengongsikan kesaksian peribadi dengan keyakinan dan kasih sayang—“setiap [lelaki dan permpuan] menurut fikirannya.”19

Nabi Joseph Smith kata:

“Saya berani mengisytiharkan di depan syurga bahawa saya sedia mati untuk mempertahan hak seorang Presbyterian, seorang Baptist, atau seorang manusia yang baik dari apa agama pun [seperti saya akan mempertahan seorang Mormon]; demi prinsip sama yang akan menindas hak Orang Suci Zaman Akhir, Roma Katolik,, atau agama lain yang mungkin tidak popular atau terlalu lemah untuk mempertahankan diri sendiri.

“Keyakinan kepada kebebasan mengilhamkan jiwa saya—kebebasan awam dan agama bagi semua manusia.”20

Saudara dan saudari, kita bertanggungjawab untuk menjaga kebebasan dan hak kudus ini untuk diri sendiri dan keturunan kita. Apakah yang boleh kita lakukan?

Pertama, kita boleh menjadi berpengetahuan. Sedar tentang isu-isu dalam komuniti kamu yang boleh memberi kesan ke atas kebebasan agama.

Kedua, dalam keupayaan kamu, menyertai orang lain yang kongsikan komitmen yang sama terhadap kebebasan agama. Bekerja sama untuk melindungi kebebasan agama.

Ketiga, hidup sebagai satu teladan kepercayaan kamu—dalam kata dan tindakan. Bagaimana kita mematuhi agama kita adalah lebih penting daripada kata yang kita ucapkan tentang agama kita.

Kedatangan Kedua Juruselamat kita semakin dekat. Janganlah kita menangguhkan kerja ini. Kaptain Moroni mengangkat panji kemerdekaan di mana dia tulis “Sebagai ingatan akan Tuhan kita, agama kita, dan kebebasan, dan kedamaian kita, isteri-isteri kita, dan anak-anak kita.”21 Ingatlah balasan dari umatnya: dengan menggunakan hak pilihan mereka, mereka “datang berlarian bersama” dengan perjanjian untuk bertindak.22

Saudara dan saudari, marilah kita berlari! Berlari untuk menerima berkat hak pilihan dengan mengikut Roh Kudus dan menggunakan kebebasan yang sudah Tuhan berikan kita untuk melakukan kehendak-Nya.

Saya bersaksi pada hari istimewa ini bahawa Yesus Kristus gunakan hak pilihan-Nya untuk melakukan kehendak Bapa kita.

Kita menyanyi tentang Juruselamat, “Darah-Nya Dia rela berikan, Nyawa-Nya Dia rela korbankan.”23 Sebab Dia lakukan demikian, kita berpeluang untuk “memilih kemerdekaan dan kehidupan abadi” melalui kuasa dan berkat Penebusan-Nya.24 Semoga kita pilih dengan bebas untuk mengikut Dia hari ini dan selalunya, saya berdoa dalam nama Yesus Kristus, amin.