2010–2019
Tinggal di Pohon
April 2015


Tinggal di Pohon

Penglihatan pohon kehidupan Lehi ialah satu cerita ibarat yang berkuasa mengenai bertahan sampai akhir.

Tidak lama sebelum Presiden Heber J. Grant meninggal dunia, salah seorang Brethen mengunjungi rumahnya. Sebelum rasul pulang, Presiden Grant berdoa, “O Tuhan, berkatlah saya supaya saya tidak hilangkan kesaksian saya dan tetap beriman sampai akhir!”1 Selepas menjadi Presiden Gereja selama 27 tahun, inilah doanya. Teladannya berikan satu peringatan yang berkuasa bahawa tidak ada sesiapa pun, pada apa usia pun, adalah selamat dari pengaruhan Setan. Dua alat Setan yang paling berkuasa ialah gangguan dan penipuan.

Bertahan sampai akhir ialah tanda penganutan yang benar dan diperlukan untuk mencapai kehidupan abadi. Tetapi apabila cubaan dan cabaran timbul, kita biasanya diberitahu untuk “bertahan.” Saya ingin menekan, untuk “bertahan” sahaja bukan satu prinsip Injil. Bertahan sampai akhir bermaksud terus datang kepada Kristus dan disempurnakan di dalam-Nya.

Jika bertahan sampai akhir diperlukan untuk mencapai kehidupan abadi, mengapa adalah susah bagi kita untuk beriman? Ini berlaku apabila kita mesti pilih di antara keutamaan yang bertanding. Kepatuhan dan komitmen yang kasual melemahkan iman. Bertahan sampai akhir perlukan komitmen kepada Juruselamat dan perjanjian yang sepenuhnya.

Penglihatan pohon kehidupan Lehi ialah satu cerita ibarat tentang bertahan sampai akhir. Sila mengaji dan merenungkan mimpi Lehi; kemudian mengibaratkan ia kepada diri sendiri. Apabila kamu buat demikian, timbangkan dengan berhati-hati enam prinsip penting yang boleh menolong kita untuk bertahan sampai akhir.

1. Jangan Lupa Untuk Berdoa

Kita mula dengan Lehi “berada di suatu tempat tandus yang gelap dan suram” berseorangan. 2 Kita masing-masing mengalamai waktu kegelapan dan waktu kesunyian. “Apabila kehidupan menjadi gelap dan suram, jangan lupa untuk berdoa.”3 Ikut teladan Presiden Heber J. Grant. Berdoa demi kekuatan untuk bertahan sampai akhir. Tanya Bapa Syurgawi, “Apakah lagi yang Bapa hendak saya lakukan?”

2. Datanglah Kepada Kristus dan Disempurnakan Di Dalam Dia

Pohon kehidupan ialah fokus mimpin Lehi. Segala menuju kepada pohon kehidupan. Pohon itu melambangkan Kristus, satu penyataan kasih sayang Tuhan. Buah pokok itu ialah Penebusan-Nya dan bukti kasih sayang Tuhan. Kehidupan abadi bersama orang terkasih kita lebih manis dari segala. Untuk menerima kurnia ini, kita mesti “datang kepada Kristus, dan disempurnakan di dalam Dia.”4 Dialah “jalan untuk mengenal Tuhan dan untuk mendapat hidup.”5 Kita boleh memperolehi pencapaian dan kekayaan, tetapi pada akhirnya, jika kita tidak buat perjanjian kudus untuk mengikut Kristus dan menjaga perjanjian dengan beriman, kita gagal untuk memahami tujuan benar kita.

3. Maju Ke Depan Dengan Beriman

Ada satu jalan yang membimbing kita kepada pohon kehidupan, kepada Kristus. Jalan itu sempit dan kecil, tegas dan tepat. Perintah Tuhan adalah tegas tetapi tidak mengekang. Mereka melindungi kita dari kebahayaan rohani dan kebahayaan jasmani serta dari kesesatan.

Kepatuhan membina iman kepada Kristus. Iman ialah satu prinsip tindakan dan kuasa. Mengikut teladan Juruselamat dengan konsisten menghasilkan kuasa dan keupayaan rohani. Tanpa kuasa pembolehan dan kekuatan Penebusan, adalah mustahil bagi kita untuk tetap pada jalan dan bertahan.

“Maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus.”6

4. Kitab Mormon Ialah Kunci Kepada Kemandiran Rohani

Kehidupan mencabarkan. Ia adalah senang untuk ditarik perhatian, dan menjadi sesat. Kesusahan tidak dapat dielakkan dan diperlukan dalam perkembangan abadi kita. Apabila kesusahan datang, jangan biarkan perkara yang tidak kamu faham, menguraikan segala yang kamu tahu. Bersabarlah, berpegang kepada kebenaran; kefahaman akan datang. Cubaan adalah seperti kabut kegelapan yang boleh membutakan mata kita dan mengeraskan hati kita. Jika kita tidak “memegang kuat”7 dan mematuhi kata Tuhan, kita akan buta secara rohani dan tidak berfikiran rohani. Mengaji Kitab Mormon dan kata para nabi hidup setiap hari, setiap hari, setiap hari! Ia ialah kunci kepada kemandiran rohani dan untuk mengelak penipuan. Tanpanya, kita akan sesat secara rohani.

5. Jangan Diganggu Dan Ditipu

Untuk mengendah adalah untuk memberi perhatian dengan teliti. Mengendah mereka yang tidak percaya Kristus tidak akan menolong kamu mencari Dia. Mencari #bangunanbesardanlapang demi pengetahuan tidak akan menuju ke kebenaran. Ia tidak pos di situ. Hanya Juruselamat ada kata-kata yang “memberikan hidup sejati dan kekal.”8 Yang lain hanya kata sahaja. Bangunan yang besar dan lapang melambangkan “khayalan sombong dan keangkuhan”9 dunia—iaitu, gangguan dan penipuan. Ia penuh dengan orang yang berpakaian mahal yang nampaknya memiliki segala. Tetapi mereka memperolok-olokkan Juruselamat dan orang yang mengikut Dia. Mereka “ingin belajar tetapi tidak dapat mengetahui ajaran yang benar itu.”10 Mereka mungkin betul secara politik, tetapi mereka sesat secara rohani.

6. Tinggal di Pohon

Pesanan Lehi adalah untuk tinggal di pohon. Kita tinggal kerana kita berpaling kepada Tuhan. Alma ajar, “Lihatlah, Dia mengubahkan hati mereka; ya, Dia membangunkan mereka dari tidur yang nyenyak, dan mereka terbangun kepada Tuhan.”11 Apabila kita serahkan hati kepada Tuhan, Roh Kudus ubahkan sikap kita, kita lebih berpaling kepada Tuhan, dan kita tidak lagi carikan bangunan yang besar dan lapang. Jika kita henti lakukan perkara yang datangkan penganutan yang lebih mendalam, kita merosot secara rohani. Kemurtadan adalah sebalik dari penganutan.

Kepada semua mubaligh yang sudah melayan dan sedang melayan: Elder dan sister, selepas misi kamu, kamu tidak boleh kembali kepada cara duniawi, dan gunakan berjam-jam masa memain permainan video tanpa menjadi lemah secara rohani. Kamu juga tidak boleh melibatkan diri dengan pornografi online dan tidak memperdulikan kemurnian tanpa akibat dahsyat rohani. Jika kamu kehilangan Roh, kamu sesat. Jangan diganggu dan ditipu.

Penganut yang benar terus terbangun kepada Tuhan setiap hari dengan doa yang tulus ikhlas, pengajian kitab suci yang tekun, kepatuhan, dan pelayanan yang tidak mementingkan diri. Tinggallah di pohon dan jangan tidur.

Beberapa tahun lalu, Sister Pearson dan saya dipanggil untuk membimbing Misi Washington Tacoma. Panggilan ini menghairankan kami. Dengan perasaan kekhuatiran, saya bertemu dengan pengerusi dan CEO syarikat kerja saya dan memberitahu mereka tentang panggilan misi saya. Mereka marah dengan keputusan saya untuk meninggal syarikat itu. “Bilakah kamu buat keputusan ini, mengapa kamu tidak berbincang bersama kami dahulu?” mereka menuntutkan jawapan.

Pada saat itu, satu jawapan yang jelas datang kepada saya. Saya kata, ”Saya buat keputusan ini pada usia 19 tahun, apabila saya buat perjanjian kudus dengan Tuhan dalam bait suci untuk mengikut Juruselamat. Saya sudah dasarkan seluruh hidup saya pada perjanjian itu, dan saya berniat untuk menjaga perjanjian itu.”

Setelah kita buat perjanjian dengan Tuhan, kita tidak dapat pusing balik. Berkompromi, berhenti, dan mengakui kalah bukan pilihan kita. Dalam kerajaan Tuhan, adanya standard kecemerlangan bagi kemuliaan. Ia perlukan penganutan yang berani! Ia tidak perlukan penganut yang sederhana dan yang senang puas hati. Kesederhanaan ialah musuh kecemerlangan, dan komitmen yang sederhana akan menghalang kamu untuk bertahan sampai akhir.

Jika kamu menemui kesusahan, keliru, atau sesat rohani, saya menegas kamu untuk melakukan satu perkara yang akan menolong kamu kembali kepada jalan yang betul. Mula membaca Kitab Mormon dan mematuhi ajarannya, setiap hari, setiap hari, setiap hari! Saya bersaksi tentang kuasa Kitab Mormon yang akan mengubah hidup kamu dan memperkukuhkan tekad kamu untuk mengikut Kristus. Roh Kudus akan mengubah hati kamu dan menolong kamu untuk melihat “hal-hal sebagaimana ianya benar-benar akan terjadi.”12 Dia akan tunjukkan kamu perkara yang perlu kamu lakukan. Nefi berjanji:

“Dan aku berkata kepada mereka …barang siapa yang mematuhi firman Tuhan, dan berpegang kuat kepadanya, mereka langsung tidak akan terbinasa; tidak juga dapatlah godaan dan anak panah berapi dari musuh mengalahkan mereka sehingga kebutaan, untuk menuntun mereka kepada penghancuran.

“Oleh kerana itu, aku … mendesak mereka … agar mereka akan memberi perhatian kepada firman Tuhan dan ingat untuk mematuhi perintah-perintah-Nya senantiasa dalam segala hal.”13

Saudara dan saudari, bertahan sampai akhir ialah ujian paling besar penganutan. Penganutan harian kita akan memutuskan takdir abadi kita. Bangun kepada Tuhan, berpegang kepada kebenaran, menjaga perjanjian bait suci, dan tinggal di pohon!

Saya bersaksi tentang Kristus hidup yang sudah bangkit. Saya tahu Dia hidup. Saya berhasrat supaya saya akan tetap taat dan beriman sampai akhir mengikut teladan-Nya. Dalam nama kudus Tuhan Yesus Kristus, amin.