2010–2019
Sudut Pandangan Abadi Injil
April 2015


Sudut Pandangan Abadi Injil

Untuk pilihan yang menjejas keabadian, mempunyai sudut pandangan Injil adalah sangat penting.

Dalam sebuah wahyu yang diberikan kepada nabi Musa, kita diberitahukan tentang niat Bapa di Syurga yang telah diketahui umum: “Kerana lihatlah, inilah pekerjaan-Ku dan kemuliaan-Ku—untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia.”1 Menurut kenyataan itu, keinginan Bapa adalah untuk memberikan setiap orang kesempatan untuk menerima kepenuhan kebahagiaan. Wahyu Zaman Akhir menunjukkan bahawa Bapa kita di Syurga menciptakan sebuah rancangan hebat untuk kebahagiaan semua anak-Nya, sebuah rancangan khas supaya kita dapat pulang dan tinggal bersama Dia.

Memahami rancangan kegembiraan ini memberi kita sudut pandangan abadi dan membantu kita menghargai dengan kesungguhan perintah, tatacara Injil, perjanjian suci, dan dugaan dan kesengsaraan.

Salah satu asas utama datang dari Alma: “Oleh itu Tuhan memberi kepada mereka perintah-perintah, setelah menyingkapkan kepada mereka rancangan penebusan.”2

Ia menarik untuk mengenali urutan dalam proses mengajar. Bapa Syurgawi kita pada pertamanya mengajar Adam dan Hawa rancangan penebusan, lalu Dia memberi mereka perintah.

Ini ialah satu kebenaran hebat. Pemahaman rancangan akan menolong orang mematuhi perintah, membuat keputusan yang lebih baik, dan ada niat murni.

Semasa saya melayan dalam Gereja, saya telah menyaksi kebaktian dan kesetiaan ahli Gereja dalam negara lain, beberapa darinya ada konflik politik, sosial, atau ekonomi. Salah satu faktor saya sering menemui dalam ahli-ahli yang setia ini ialah sudut pandangan mereka tentang keabadian. Sudut pandangan abadi menolong kita memahami tempat yang kita duduki dalam rancangan Tuhan, untuk menerima kesusahan dan maju lalunya, membuat keputusan, dan meletakkan potensi abadi kita di pusat hidup kita.

Sudut pandangan ialah cara kita memandang hal-hal apabila kita melihatnya dari jarak khusus, dan ia membenarkan kita menghargai nilainya yang sebenar.

Ia seperti berada dalam hutan dengan pokok di depan kita. Kecuali kita melangkah ke belakang sedikit, kita tidak dapat menghargai apa hutan itu sebenarnya. Sekali saya mengunjungi hutan Amazon di Leticia Colombia, yang berdekatan dengan sempadan Brazil dan Peru. Saya tidak mampu menghargai kebesarnnya sehingga saya naik kapal terbang dan mendapat sudut pandangan lain.

Apabila anak-anak kami masih kecil, mereka menonton stesyen televisyen budak yang ada satu rancangan yang dipanggil: What Do You See? Skrin TV menunjukkan sesuatu objek dengan sangat dekat, dan para anak-anak kena teka apa imejnya semasa sudut pandangan menjadi lebih luas. Apabila keseluruhan objek itu dapat dilihat, anda senang mengenalinya sebagai seekor kucing, satu tanaman, satu buah, dan sebagainya.

Saya ingat sekali apabila mereka menonton rancangan itu dan pada awal ia menunjukkan sesuatu yang nampak sangat menjijikkan bagi mereka, tapi semasa imej TV itu meluas mereka mengenali bahawa ia sekeping pizza. Lalu mereka berkata kepada saya, “Ayah, beli kami satu pizza begitu!” Setelah mereka memahami apa imejnya, sesuatu yang pada awal kelihatan teruk menjadi sesuatu yang menarik.

Biar saya kongsikan satu pengalaman lagi. Di rumah kami, anak-anak kami suka main susun suai gambar. Mungkin kita semua dulu ada kesempatan main susun suai gambar. Ada yang terdiri dari banyak potongan kecil. Saya ingat salah satu anak-anak kami (saya tidak akan memberi namanya untuk melindungi identitinya) berfokus pada potongan masing-masing, dan apabila satu tidak muat dengan tempat dia fikir ia patut masuk, dia menjadi marah dan mengira bahawa ia tidak baik dan ingin membuangnya. Dia akhirnya belajar untuk main susun suai gambar itu apabila memahami bahawa setiap potongan ada tempat dalam gambar besar, bahkan kalau dia tidak tahu di mana ia patut meletakkannya pada awal.

Ini salah satu cara untuk merenungkan rancangan Tuhan. Kita tidak perlu membimbangkan diri sendiri dengan setiap bahagian rancangan Tuhan, sebaliknya kita patut cuba membawa seluruh gambar itu dalam fokus, dan fikir tentang hasil terakhir. Tuhan tahu di mana setiap potongan harus terletak supaya ia muat dalam rancangan. Semua perintah ada kepentingan abadi dalam konteks rancangan kegembiraan yang hebat.

Adalah sangat mustahak bahawa kita tidak buat keputusan yang ada akibat abadi dari sudut pandangan kefanaan. Untuk pilihan yang menjejas keabadian, mengambil sudut pandangan Injil sangat penting.

Elder Neal A. Maxwell mengajar, “Walaupun ‘tersauh’ dalam harapan yang utama dan terakhir, beberapa dari harapan taktikal kita merupakan hal lain. Biar kita harap untuk kenaikan gaji, hari istimewa, kemenangan pilihan raya, atau rumah besar—hal-hal yang mungkin dapat direalisasikan atau tidak dapat direalisasikan. Iman kepada rancangan Bapa memberi kita ketahanan bahkan dalam keruntuhan harapan fana. Harapan membantu kita menjadi bersemangat terlibat dalam pekerjaan baik walaupun pekerjaan ini mungkin kelihatan gagal (Lihat A&P ).”3

Tanpa sudut pandangan abadi, atau kehilangannya, boleh membawa kita untuk mengambil sudut pandangan duniawi sebagai standard peribadi dan membuat keputusan yang tidak sehaluan dengan keinginan Tuhan.

Kitab Mormon mengulas tentang sikap Nefi dan sikap Laman dan Lemuel. Mereka menderita banyak kesusahan dan banyak kesulitan; tetapi, sikap mereka terhadap keadaan mereka sangat berlainan. Nefi berkata, “Dan begitu banyaknya berkat Tuhan ke atas kami, sehingga walaupun kami hidup kerana makan daging mentah di padang belantara, kaum perempuan kami dapat memberi banyak susu kepada anak-anak mereka, dan kuat, ya, bahkan seperti kaum lelaki; dan mereka mula menanggung pengembaraan mereka tanpa rungutan.”4

Laman dan Lemuel, sebaliknya, merungut dengan sengit. “Dan demikianlah Laman dan Lemuel, yang tertua, merungut terhadap bapa mereka. Dan mereka merungut kerana mereka tidak mengetahui urusan-urusan Tuhan itu yang telah menciptakan mereka.”5 Tidak tahu atau mengabaikan “urusan…Tuhan” merupakan salah satu cara hilang sudut pandangan abadi, dan merungut ialah satu gejala saja. Walaupun Laman dan Lemuel menyaksikan banyak keajaiban dengan Nefi, mereka menyeru, berkata: “Dan kita telah mengembara di padang belantara bertahun-tahun ini; dan kaum perempuan kita telah bekerja keras, sewaktu besar dengan kehamilan; dan mereka telah melahirkan anak di padang belantara dan menderita segalanya, kecuali kematian; dan lebih baik jika mereka telah mati sebelum keluar dari Yerusalem daripada menderita kesengsaraan ini.”6

Dua sikap itu sangat berbeza, walaupun mereka menghadapi kesusahan dan penderitaan yang sama. Ternyata bahawa sudut pandangan mereka berbeza.

Presiden Spencer W. Kimball menulis yang berikut: “Jika kita memandangi kefanaan sebagai kepenuhan kewujudan, lalu kesakitan, kesengsaraan, kegagalan, dan hidup pendek akan menjadi malapetaka. Tetapi jika kita memandang hidup sebagai hal abadi yang terus jauh sebelum zaman prafana dan sampai masa depan abadi setelah kematian, lalu semua kejadian akan diletakkan dalam sudut pandangan yang sesuai.”7

Elder David B. Haight menceritakan tentang pemahat Mikelangelo untuk menunjukkan kepentingan melihat semua hal dari sudut pandangan sesuai: “Semasa pemahat itu sedang pahat satu blok pualam, seorang budak datang setiap hari dan menonton dengan malu. Apabila bentuk Daud muncul dari batu, sedia untuk dikagumi oleh dunia, si budak tanya Mikelangelo, ‘Bagaimana anda tahu dia di dalam batu itu?’”8

Sudut pandangan si pemahat yang melihat blok pualam itu berbeza dengan budak itu yang menonton dia bekerja. Visi pemahat tentang kemungkinan bersalut dalam batu itu membenarkan dia menciptakan pekerjaan seni.

Tuhan tahu apa yang Dia ingin mencapai dengan kita masing-masing. Dia tahu jenis pembaruan yang Dia ingin mencapai dalam hidup kita, dan kita tidak ada hak untuk menasihati Dia. Minda-Nya lebih tinggi daripada minda kita.9

Saya bersaksi bahawa kita ada Bapa di Syurga yang penuh sayang, keadilan, dan belas kasihan, yang telah menyediakan rancangan untuk kegembiraan abadi kita. Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah Putera-Nya dan Juruselamat dunia. Saya tahu bahawa Presiden Thomas S. Monson ialah nabi Tuhan. Saya mengatakan hal-hal ini dalam nama Yesus Kristus, amin.