2010–2019
Keluarga Ditetapkan Tuhan
April 2015


Keluarga Ditetapkan Tuhan

Kita masing-masing memiliki dan diperlukan dalam keluarga Tuhan.

Apakah yang lebih indah dan lebih bermakna darpadai kebenaran injil yang suci dan tulen yang diajar dalam satu lagu sekolah Primer? Kamu kanak-kanak perempuan Sekolah Primer tahu lagu yang akan saya ucapkan. Kamu sudah belajar lagu ini tahun lalu.

Dalam lagu “Keluarga Ditetapkan Tuhan”1—yang dinyanyikan lebih awal—kita diperingat tentang ajaran tulen. Kita tidak hanya belajar bahawa keluarga ditetapkan Tuhan tetapi juga belajar bahawa kita masing-masing sebahagian keluarga Tuhan.

Barisan pertama lagu itu ajar: “Bapa kita ada satu keluarga. Saya! Kamu, dan semua orang: kita semua anak-anak-Nya.” Dari periystiharan keluarga, kita belajar “Di dalam prafana, anak-anak rohani lelaki dan perempuan mengenali dan menyembah Tuhan sebagai Bapa Abadi mereka.” Dalam prafana, kita belajar tentang identiti abadi perempuan. Kita tahu bahawa kita ialah seorang“anak… perempuan kepada ibu bapa syurgawi .”2

Perjalanan fana ke bumi ini tidak ubahkan kebenaran ini. Kita masing-masing memiliki dan diperlukan dalam keluarga Tuhan. Semua keluarga di bumi ini berbeza. Kita berusaha sedaya upaya untuk menubuhkan keluarga yang kukuh, tetapi keahlian dalam keluarga Tuhan tidak bergantung pada apa-apa status pun-perkahwinan, keibubapaan, kewangan, sosial, atau pun status yang kita pos pada media sosial.

Kita ada satu keluarga. “Kita ialah anak perempuan Bapa Syurgawi, yang menyayangi kita, dan kita menyayangi Dia.”3

Barisan kedua lagu ini menlanjutkan erti dari barisan pertama. “Dia hantar kita ke bumi, melalui kelahiran, untuk hidup dan belajar dalam keluarga.”

Dalam prafana, kita belajar bahawa kita perlu kefanaan. Kita “menerima rancangan [Bapa Syurgawi] di mana melaluinya mereka dapat memperolehi satu tubuh fizikal serta mendapat pengalaman duniawi untuk maju menuju kesempurnaan dan pada akhirnya mencapai takdir [kita]sebagai waris kepada kehidupan abadi.”4

Elder Richard G. Scott menjelaskan bahawa “kita diajar dalam prafana bahawa tujuan kita datang ke bumi adalah untuk dicuba.”5 Percubaan itu datang dalam perlbagai bentuk bagi setiap individu. Saya tidak pernah mengalami penceraian, ketakyakinan dari peninggalan, atau tanggungjawab sebagai seorang ibu tanpa suami. Saya tidak pernah mengalami kematian anak, kemandulan, atau tarikan sesama jantina. Saya tidak pernah mengalami penganiayaan, kesakitan kronik atau ketagihan. Semua tersebut bukan cubaan saya.

Mungkin kamu fikir, “Jadi, Sister Stephens, kamu tidak faham!” Mungkin kamu betul. Saya tidak dapat faham cubaan kamu dengan sepenuhnya. Tetapi melalui cubaan peribadi saya —yang menyebabkan saya berdoa— Saya menjadi rapat dengan Dia yang faham—Dia yang sudah “menderita kesengsaraan dan kesakitan,”6 yang sudah mengalami dan memahami segala-galanya. Lagi pun, saya sudah mengalamai semua cubaan yang saya sebut sebagai seorang anak, ibu, nenek, saudari, macik, dan rakan.

Peluang kita sebagai anak perempuam perjanjian Tuhan bukan hanya untuk belajar dari cubaan diri sendiri, tetapi juga untuk bersatu dalam empati dan belas kasihan semasa kita menyokong ahli keluarga Tuhan lain dalam perjuangan mereka, seperti yang sudah janji.

Apabila kita buat demikian, kita juga akan faham dan yakin bahawa Juruselamat tahu tentang kesusahan jalan ini dan boleh membimbing kita sepanjang kedukaan dan kekecewaan. Dialah ihsan yang benar, dan kasih sayang-Nya “bertahan untuk selamanya”7—melalui kita—semasa kita mengikuti Dia.

Sebagai anak Tuhan dan pengikut Yesus Kristus, kita “bertindak mengikut simpati yang Tuhan berikan kita.”8. Pengaruhan kita tidak terhad kepada ahli keluarga diri sendiri sahaja.

Imej
Photo of Sister Yazzi and Sister Yellowhair

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengunjungi Sister Yazzie dari Pancang Chinle Arizona dalam rumah pondoknya. Apabila dia menjemput saya masuk ke rumahnya, saya ternampak banyak foto keluarga dan mubaligh pada dinding dan mejanya. Jadi saya tanya, “Sister Yazzie, berapa orang anak cucu kamu ada?”

Dia sangat hairan ke atas soalan saya, dan hanya mengangkat bahu. Saya dikeliru oleh jawapannya, jadi saya pun memandang ke arah anak perempuannya. Anak perempuannya, Sister Yellowhair menjawab, “Dia tidak tahu berapa orang cucu dia ada. Kami tidak kira. Semua kanak-kanak panggil dia ‘Nenek’—dia nenek bagi semua orang.”

Sister Yazzie tidak hanya menyayangi dan mempengaruhi keluarga diri sendiri sahaja. Dia faham erti untuk mengembangkan pengaruhan semasa dia melayan, memberkat, membela, dan mempertahankan keluarga Tuhan. Dia faham bahawa “apabila seorang perempuan memperkukuhkan iman seorang kanak-kanak, dia memperkukuhkan satu keluarga, sekarang dan masa depan.”9

Barisan ketiga lagu itu menerangkan tujuan kefanaan dengan lebih lanjut: “Tuhan berikan kita keluarga untuk menolong kita menjadi apa yang Dia hendak kita jadi.” Juruselamat ajar, “Jadilah satu, dan jika kamu bukan satu kamu bukanlah milik-Ku.”10 Perisytiharan keluarga ajar bahawa sebagai seorang anak roh perempuan kepada ibu bapa syurgawi, kita mempunyai sifat ilahi, identiti abadi, dan tujuan. Tuhan hendak kita menjadi satu. Tuhan perlukan kita untuk menjadi satu—anak perempuan yang mematuhi perjanjian yang bersatu dalam kelainan kehidupan kita11 yang berhasrat untuk belajar segala yang diperlukan untuk kembali ke hadirat-Nya, dimeteraikan kepada Dia sebagai sebahagian keluarga abadi.

“Tatacara-tatacara dan perjanjian-perjanjian yang sedia ada di rumah Tuhan yang kudus memungkinkan [kita] kembali ke hadirat Tuhan dan membolehkan keluarga-keluarga disatukan secara abadi.”12 Tatacara yang kita terima dan perjanjian yang kita buat pada pembaptisan dan di bait suci menggabungkan keluarga Tuhan di kedua-dua belah tirai—menggabungkan kita kepada Bapa melalui Putera-Nya, yang berdoa, “Supaya mereka semua menjadi satu, sebagaimana Engkau bersatu dengan-Ku, dan Aku dengan-Mu. Semoga mereka menjadi satu dengan Kita.”13

Semasa kita mengaji dan menggunakan ajaran Juruselamat di kefanaan, kita menjadi lebih seperti Dia. Kita faham bahawa Dialah jalan—melalui Dia—kita boleh mengatasi cabaran kefanaan, boleh disembuhkan, dan kembali kepada keluarga syurgawi.

Barisan terakhir lagu itu kata: “Inilah cara Dia kongsikan kasih sayang-Nya, kerana keluarga ditetap Tuhan.” Rancangan Bapa untuk anak-anak-Nya ialah satu rancangan kasih sayang. Rancangan ini menyatukan anak-anak-Nya—keluarga-Nya—bersama Dia. Elder Russell M. Nelson ajar: “Bapa Syurgawi ada dua hasrat bagi anak-anak-Nya … : kebaqaan dan kehidupan abadi, ‘iaitu hidup bersama Dia.’”14 Hasrat-hasrat itu hanya boleh dicapai jika kita juga kongsikan kasih sayang Bapa Syurgawi terhadap keluarga-Nya dengan mengongsikan rancangan-Nya dengan orang lain

Dua puluh tahun lalu, Presidensi Pertama dan Kuorum Dua Belas Rasul kongsikan satu perisytiharan keluarga dengan seluruh dunia. Semenjak itu, serangan ke atas keluarga semakin bertambah.

Jika kita hendak berjaya dalam tanggungjawab kita sebagai anak perempuan Tuhan, kita mesti faham kepentingan abadi tanggungjawab kita untuk mengajar kebenaran tentang rancangan Bapa Syurgawi kita demi keluarga-Nya. Presiden Howard W. Hunter menjelaskan:

“Adanya satu keperluan besar untuk menyatukan para perempuan Gereja untuk berdiri bersama para Saudara untuk menghentikan kejahatan yang mengelilingi kita dan untuk menggerakkan kerja Juruselamat kita. …

“… Jadi kita merayu kamu untuk melayan dengan pengaruhan kamu demi kebaikan untuk memperkukuhkan keluarga kita, gereja kita, dan komuniti kita.”15

Para saudari, kita memiliki satu keluarga. Kita disayangi. Kita diperlukan. Kita ada tujuan ilahi, kerja, dan peranan dalam Gereja, dalam kerajaan Tuhan dan dalam keluarga abadi-Nya. Adakah kamu tahu bahawa Bapa Syurgawi kamu menyayangi kamu dan hendakkan kamu dan orang yang kamu kasihi bersama Dia? “Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus adalah sempurna  …, harapan mereka terhadap kita adalah juga sempurna.”16 Rancangan Mereka bagi kita adalah sempurna, and jaminan Mereka adalah pastinya. Saya bersaksi ke atas kebenaran ini dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat“The Family Is of God,” dalam Families Are Forever: 2014 Outline for Sharing Time (2013), 28–29.

  2. “Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia,”Ensign atauLiahona, Nov. 2010, 129.

  3. Tema Remaja Puteri, dalam Young Women Personal Progress (risalah (2009), 3.

  4. “Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia.”

  5. Richard G. Scott, “Make the Exercise of Faith Your First Priority,”Ensign atauLiahona, Nov. 2014, 92.

  6. Yesaya 53:3.

  7. Moroni 7:47.

  8. Joseph Smith, dalam Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society (2011), 16.

  9. Daughters in My Kingdom, 159.

  10. Ajaran dan Perjanjian 38:27.

  11. Lihat Patricia T. Holland, “‘One Thing Needful”: Becoming Women of Greater Faith in Christ,” Ensign, Oct. 1987, 26–33.

  12. “Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia.”

  13. Yohanes 17:21.

  14. R. Scott Lloyd, “God Wants His Children to Return to Him, Elder Nelson Teaches,” Church News section of LDS.org, Jan 28, 2014, lds.org/church/news/god-wants-his-children-to-return-to-him-elder-nelson-teaches.

  15. Howard W. Hunter, dalam Daughters in My Kingdom, 157, juga lihat “To The Women of the Church,” Ensign, Nov. 1992, 96.

  16. M. Russell Ballard, “Let Us Think Straight” (Brigham Young University devotional, Aug. 20, 2013); speeches.byu.edu.