2010–2019
Muzik Injil
April 2015


Muzik Injil

Muzik Injil adalah perasaan gembira rohani yang datang daripada Roh Kudus. Ia membawa pertukaran hati.

Beberapa tahun dahulu saya mendengar satu temu-ramah dalam radio tentang seorang doktor muda yang bekerja di sebuah hospital di dalam tanah simpanan Navajo Indian. Dia memberitahu satu pengalaman yang dia ada pada satu malam apabila seorang Asli Amerika yang berrambut panjang berjalinan datang ke bilik kecemasan. Doktor itu mengambil papan klipnya dan menghampiri orang itu dan berkata, “Bagaimana saya boleh menolong kamu?” Lelaki itu pandang terus ke depan dan tidak berkata apa-apa. Doktor itu, berasa kurang sabar, cuba sekali lagi.”Saya tidak boleh menolong kamu jika kamu tidak bercakap dengan saya,” dia berkata. “Beritahu saya kenapa kamu datang ke hospital.”

Orang tua itu kemudian melihat pada dia dan berkata, “Adakah anda pandai menari?” Sambil doktor muda itu memikirkan soalan yang pelik itu, dia terfikir mungkin pesakit dia adalah seorang pawang puaknya yang, mengikut tradisi puak, menyembuhkan orang sakit dengan lagu dan menari daripada menggunakan perubatan.

“Tidak,” kata doctor,”Saya tidak menari. Adakah kamu pandai menari?” Orang tua itu mengganguk, ya. Kemudian doctor itu berkata,”Bolehkah kamu mengajar saya menari?”

Jawapan orang tua itu menyebabkan saya berfikir untuk bertahun-tahun.”Saya boleh mengajar kamu untuk menari” dia berkata,”tetapi kamu harus mendengar muzik.”

Kadangkala rumah kita, kita memfokuskan usaha kita untuk mengajar langkah-langkah tarian tetapi kita tidak berjaya untuk menolong ahli keluarga untuk mendengar muzik. Dan seperti yang diketahui pawang tua itu, ia amat susah untuk menari tanpa muzik. Menari tanpa muzik adalah janggal dan tidak memuaskan—juga memalukan. Pernahkah kamu mencubanya?

Dalam Bahagian 8 Ajaran dan Perjanjian, Tuhan mengajar Joseph Smith dan Oliver Cowdery, “Ya, lihatlah, Aku akan memberi tahu kamu dalam pikiranmu dan dalam hatimu, melalui Roh Kudus, yang akan datang ke atas dirimu dan yang akan berdiam dalam hatimu.”(ayat 2). Kita mempelajari langkah-langkah menari dengan minda kita, tetapi kita mendengar muzik dengan hati kita. Langkah-langkah tarian adalah perkara yang kita buat; muzik Injil adalah perasaan rohani yang riang yang datang dari Roh Kudus. Ia membawa kepada perubahan hati dan adalah punca segala keinginan yang benar. Langkah-langkah tarian sendiri memerlukan disiplin, tetapi kegembiraan yang berkekalan tarian itu hanya boleh dialami apabila kita dapat mendengar muzik itu.

Terdapat mereka yang mengutuk ahli Gereja diatas perkara yang mereka lakukan. Itu amat difahami. Mereka yang menari selalunya kelihatan pelik atau janggal, atau untuk menggunakan perkataan dari ayat suci, “aneh”(1  Petrus 2:9) untuk mereka yang tidak dapat mendengar muzik. Pernahkah anda berhenti disebelah kereta di lampu isyarat bersebelahan dengan seorang pemandu yang menari dan berteriak menyanyi? Tetapi kamu tidak boleh mendengar sebarang bunyi kerana tingkap kamu tutup? Aneh sungguh, Jika anak kamu belajar tarian tanpa belajar untuk mendengar atau merasa muzik Injil yang amat indah, mereka akan dari masa ke masa berasa tidak selesa dengan tarian dan akan berhenti menari atau, sama teruknya, akan terus menari hanya kerana tekanan yang mereka rasa dari orang lain yang menari di sekeliling mereka.

Cabaran untuk kita semua yang ingin mengajar Injil adalah untuk mengembangkan kurikulum melebihi hanya langkah tarian. Kegembiraan anak-anak kita bergantung kepada keupayaan mereka untuk mendengar dan menyayangi muzik indah Injil. Bagaimana kita boleh melakukannya?

Pertama kita harus memastikan hidup kita disesuaikan dengan frekuensi rohani yang sesuai. Pada zaman dahulu, sebelum zaman digital, kita mencari stesen radio kita dengan memusing tombol radio dengan berhati-hati sehingga ia lurus dengan tepat kepada frekuensi radio. Apabila kita menghampiri nombor, kita boleh mendengar statik. Tetapi apabila kita membuat penjajaran yang tepat dengan frekuensi stesen kami, muzik kegemaran kamu boleh didengari dengan jelas. Di dalam hidup kita, kita harus menguncikan diri kita kepada frekuensi yang tepat supaya kita dapat mendengar muzik daripada Roh.

Apabila kita menerima kurniaan Roh Kudus selepas pembaptisan, kita dipenuhi dangan muzik syurgawi yang memenuhi penukaran hati. Hati kita berubah, dan kita tidak lagi mempunyai keinginin untuk membuat kejahatan tetapi untuk membuat kebaikan tanpa henti (Mosia 5:2) Tetapi Roh Kudus tidak akan menahan kekejaman, kebanggaan atau iri hati. Jika kita hilang pengaruh yang halus itu dalam hidup kita, harmoni Injil yang kaya akan cepat kehilangan kesesuaiannya, dan pada akhirnya boleh disenyapkan. Alma pernah menanya soalan yang memilukan ini: “dan jika kamu telah merasakan untuk menyanyikan nyanyian kasih penebusan, aku mahu bertanya, dapatkah kamu merasakan demikian sekarang?” (Alma 5:26).

Para ibu bapa, apabila hidup kita tidak mengikut tala muzik Injil, kita harus menalakannya. Seperti yang diajar Presiden Thomas S. Monson pada Persidangan Umum bulan October, kita mesti fikirkan jalan yang diambil kaki kita. (lihat “Ponder the Path of Thy Feet,” Ensign atau Liahona, Nov. 2014, 86–88). Kita tahu bagaimana untuk melakukannya. Kita mesti berjalan pada jalan yang sama yang kita lalui semasa kali pertama kita mendengari alunan muzik syurgawi. Kita mesti melatihkan iman dalam Kristus, bertaubat dan mengambil sakramen; kita akan merasa dengan lebih kuat pengaruh Roh Kudus dalam hidup kita, dan muzik Injil akan bermain semula dalam hidup kita.

Kedua, apabila kita mendengar muzik dengan diri kita sendiri, kita harus mencuba dengan baik untuk melaksanakanya dalam rumah kita sendiri. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa. “Tidak ada kuasa atau pengaruh dapat atau seharusnya dipertahankan melalui kebajikan keimamatan”—atau melalui kebajikan kerana seseorang adalah bapa atau ibu atau yang terbesar atau yang paling kuat bersuara— “kecuali dengan bujukan, dengan kepanjangsabaran, dengan kelemahlembutan dan kelembutan hati, … dan dengan kasih yang tidak dibuat-buat; [dan] dengan kebaikan hati” (D&C 121:41–42).

Mengapakah semua sifat-sifat ini akan menyebabkan kekuatan yang semakin meningkat dan pengaruh dalam sebuah rumah? Ini adalah kerana ia adalah sifat-sifat yang menjemput Roh Kudus. Mereka adalah sifat-sifat yang menalakan hati kita kepada muzik Injil. Bila mereka hadir, tarian akan ditarikan secara lebih semula jadi dan dengan lebih kegembiraan oleh semua penari dalam keluarga, tanpa keperluan untuk ancaman, mengugut atau paksaan.

Apabila anak-anak kami masih kecil, kita menyanyikan kepada mereka lagu kesayangan yang benar, dan apabila mereka degil atau tidak mahu tidur apda waktu malam, kita mungkin akan menyanyikan kepada mereka lagu kesakitan. Apabila anak-anak kami menjadi remaja, kita boleh mengeluarkan lagu pergaduh dan mengugut dan menggantikan dengan baris lagu indah untuk memujuk—dan mungkin untuk menyanyikan mereka baris lagu untuk kesakitan. Ibu bapa boleh menyanyikan dengan harmoni sifat-sifat seperti berlemah-lembut. Kita boleh menjemput anak-anak kita untuk menyanyi lagu bersama dengan kita sambil kita melatih kebaikan dengan jiran yang memerlukan pertolongan.

Ia tidak akan datang secara terus. Tetapi seperti diketahui oleh semua ahli muzik, ia mengambil masa latihan gigih untuk memainkan muzik yang indah. Jika cubaan awal untuk memainkan muzik menyebabkan bunyi janggal atau sumbang, ingat kejanggalan tidak boleh diperbetulkan dengan kritikan. Kejanggalan di rumah adalah seperti kegelapan dalam sebuah bilik. Ia tidak membawa banyak kebaikan untuk memarahi kegelapan. Kita mesti menggantikan kegelapan dengan memperkenalkan cahaya.

Jadi jika bahagian bass dalam rumah anda terlalu kuat dan sombong, atau jika bahagian tali adalah terlalu nyaring atau terlalu tajam, atau piccolo yang terburu-buru dia luar talaan, bersabar. Jika anda tidak mendengar muzik Injil dalam rumah anda, tolong ingat dua perkataan ini: teruskan berlatih. Dengan pertolongan Tuhan, hari itu akan tiba apabila muzik Injil akan memenuhi rumah anda dengan kebahagiaan yang tidak terhingga.

Walaupun dipersembahi dengan bagus, muzik Injil tidak akan menyelesaikan semua masalah anda. Masih terdapat crescendos dan decrescendos dalam hidup kita, staccatos dan legatos. Begitulah sifat hidup kita di atas planet bumi ini.

Tetapi apabila anda menambahkan muzik ke dalam langkah-langkah tarian, kadang-kala irama yang rumit dalam perkahwinan dan kehidupan rumah tangga akan menuju ke arah keseimbangan yang harmoni. Cabaran anda juga akan menambahkan pelbagai nada dan motif yang bergerak. Ajaran imamat akan menyuling ke dalam roh anda seperti embun dari syurga. Roh Kudus akan menjadi roh tetap anda, dan tongkat anda—satu rujukan yang jelas kepada kuasa dan pengaruh—akan menjadi tongkat yang tidak berubah dalam kebenaran. Dan kerajaan anda akan menjadi kerajaan yang abadi. Dan tanpa sebab yang wajib ia akan mengalir kearah anda untuk selamanya (lihat D&C 12145–46).

Saya berharap ia akan sebegitu didalam setiap hidup kita dan dalam setiap rumah kita adalah doa saya dalam nama Yesus Kristus, amen.