2010–2019
Pelan Kegembiraan
April 2015


Pelan Kegembiraan

Bertahun-tahun yang lalu, selepas Perang Dunia ke-2, saya menghadiri sebuah kolej apabila saya bertemu dengan Donna Smith. Lebih kurang pada masa itu, saya terbaca bahawa dua bahan paling asas dalam satu perkahwinan adalah biskut dan ciuman. Saya terfikir bahawa ia adalah satu keseimbangan yang bagus.

Saya menghadiri kolej pada wanktu pagi dan pulang ke Brigham City untuk bekerja di bengkel bapa saya pada waktu tengah hari. Kelas terakhir Donna pada waktu pagi adalah kelas ekonomi. Saya akan berhenti di kelas dia sebelum pulang. Pintu itu mempunyai satu tingkap yang difroskan, tetapi apabila saya berdiri dekat dengan tingkap, dia boleh melihat bayangan saya diluar. Dia akan keluar dengan satu biskut dan satu ciuman. Yang lainnya adalah sejarah, Kita dikahwinkan di Bait Suci Salt Lake, dan itu bermulanya satu pengembaraan hidup kami.

Untuk bertahun-tahun saya kerap mengajar satu prinsip yang penting: aktiviti mutlak dalam Gereja adalah untuk melihat seorang lelaki dan seorang wanita dengan anak-anak mereka gembira di rumah dimeteraikan untuk masa dan keabadian.

Di permulaan:

“Jadi para Tuhan turun untuk mengorganisasi manusia menurut rupa Mereka sendiri, menurut rupa para Tuhan Mereka membentuknya, laki-laki dan perempuan Mereka membentuk mereka.

“Dan para Tuhan berfirman: Kita akan memberkati mereka. Dan para Tuhan berfirman: Kita akan menyebabkan mereka bertambah banyak dan berkembang biak, dan memenuhi bumi, dan menundukkannya” (Abraham 4:27–28).

Jadi kitaran manusia di dunia ini bermula seperti “Adam menghampiri istrinya, dan dia melahirkan baginya putra dan putri, dan mereka mulai beranak cucu dan memenuhi bumi.

“Dan … para putra dan putri Adam mulai berpisah berdua-dua di tanah itu, … dan mereka juga memperanakkan putra dan putri.” (Musa 5:2–3).

Perintah untuk bertambah banyak dan memenuhi bumi tidak pernah dibatalkan. Ia adalah penting untuk rancangan penebusan dan adalah punca kegembiraan manusia. Melalui pekerjaan salih kuasa ini, kita boleh menghampiri Bapa di Syurga dan mengalami kegembiraan yang penuh, bahkan ketuhanan. Kuasa beranak pinak bukan satu perkara sampingan dalam pelan kegembiraan; ia adalah pelan kegembiraan; ia adalah kunci kepada kegembiraan.

Keinginan untuk berpasangan dalam kamu manusia amatlah kuat dan tetap. Kegembiraan kita dalam kehidupan yang fana, kegembiraan kita dan kemuliaan bergantung kepada bagaimana kita bertindak balas kepada keinginan jasmani menarik yang berterusan. Apabila kuasa membiakkan ini menjadi matang di awal kelelakian dan kewanitaan, perasaan yang amat peribadi berlaku, dalam cara yang semula jadi, tidak seperti perasaan jasmani yang kita pernah alami.

Secara ideal, berpasangan bermula dengan percintaan. Walaupun adat mungkin akan berlainan, ia hidup subur dengan semua perasaan bagaikan dalam buku cerita seperti kegembiraan dan jangkaan, dan kadang kala juga penolakan. Terdapat cahaya bulan dan bunga ros, surat cinta, lagu cinta, puisi, memegang tangan, dan banyak lagi ungkapan kasih sayang diantara seorang lelaki muda dan seorang gadis muda. Dunia menghilang dikeliling pasangan itu, dan mereka mengalami perasaan kegembiraan.

Dan jika kamu sangka perasaan yang sangat gembira tentang cinta romantis muda adalah kepenuhan semua kemungkinan yang datang dari mata air kehidupan, kamu belum lagi hidup untuk melihat kebaktian dan penyelesaan dari cinta perkahwinan yang lama. Pasangan yang berkahwin dicuba dengan godaan, salah faham, masalah kewangan, krisis keluarga, kesakitan, dan dengan semua itu cinta mereka membesar dengan lebih kuat. Cinta matang mempunyai kebahagiaan yang tidak boleh dibayangkan yang baru berkahwin.

Cinta yang benar memerlukan untuk menyimpan selepas perkahwinan perkongsian kasih sayang yang membuka kepada kuasa suci dalam mata air kehidupan itu. Ia bermakna untuk mengelak kehendak jasmani yang mungkin boleh mengambil alih. Cinta tulen mengandaikan bahawa selepas ikrar kesetiaan abadi, satu majlis yang sah dan mengikut undang-undang, dan secara ideal selepas tatacara pemeteraian di bait suci, baru sahaja kuasa beranak pinak dilepaskan dalam mata Tuhan untuk luahan kepenuhan cinta. Ia hanya boleh dikongsi hanya dengan satu-satunya pasangan anda selama-lamanya.

Jika dimasuki dengan cara yang patut, proses ini mengabungkan emosi yang paling indah dan mulia, dan perasaan rohani yang dikaitkan dengan perkataan cinta. Bahagian kehidupan itu tidak ada kesamaannya, tidak ada rakan, dalam semua pengalaman manusia. Ia akan, apabila perjanjian dibuat dan disimpan, bertahan selamanya, “Karena di dalamnya kunci-kunci imamat kudus ditetapkan, agar kamu boleh menerima kehormatan dan kemuliaan.” (A&P 124:34), “yang kemuliaannya akan menjadi kegenapan dan kelanjutan benih keturunan selama-lamanya.” (A&P 132:19).

Tetapi cinta romantis tidak lengkap; ia adalah satu permulaan. Cinta dipelihara dengan kedatangan anak-anak yang datang dari mata air kehidupan yang dipercayakan kepada pasangan berkahwin. Konsepsi mengambil tempat dalam pelukan perkahwinan diantara suami dan isteri. Satu badan yang kecil mula membentuk mengikut corak kompleks yang mengagumkan. Apabila seorang anak datang ke dunia melalui keajaiban kelahiran, dicipta menurut rupa ibu bapanya di dunia ini. Dalam badan fananya adalah satu roh yang boleh merasa dan melihat perkara rohani. Tidak aktif dalam badan fana itu adalah kuasa untuk mempunyai anak menurut rupa dia sendiri.

“Dan roh dan tubuh adalah jiwa manusia” (A&P 88:15), dan terdapat undang-undang rohani dan jasmani yang kita harus taati jika kita ingin bergembira. Terdapat undang-undang abadi, termasuk undang-undang berkaitan kuasa untuk memberi nyawa, “tak terbatalkan ditetapkan di surga sebelum pelandasan dunia ini, yang di atasnya segala berkat dilandaskan” (A&P 130:20). Ini adalah undang-undang rohani yang menentukan piawaian untuk manusia. Lihat Joseph Smith Translation, Roma 7:14–15 [dalam apendiks Alkitab]; 2 Nefi 2:5; A&P 29:34; 134:6). Terdapat perjanjan yang mengikat, meterai, dan melindungi dan memberi perjanjian untuk berkat abadi.

Alma menasihati anaknya Shiblon, “pastikanlah bahawa kamu mengekang segala nafsumu, agar kamu boleh dipenuhi dengan kasih” (Alma 38:12). Pengekang digunakan untuk panduan, memberi panduan, atau untuk menahan. Keghairahan kita harus dikawal. Apabila digunakan dengan sah, kuasa beranak pinak akan memberkati dan menguduskan (lihat Joseph F. Smith, Teachings of Presidents of the Church:, [1998], 158).

Godaan adalah sentiasa ada. Oleh kerana musuh tidak boleh ada zuriat, dia cemburu terhadap semua yang mempunyai kuasa ini. Dia dan mereka yang mengikuti dia diusir keluar dan dilucutkan hak untuk mempunyai badan fana. “Kerana dia berupaya agar semua manusia getir seperti dirinya sendiri.” (2 Nefi 2:27). Dia akan mengoda, dan jika dia boleh, untuk merendahkan, untuk merasuahkan, dan jika boleh untuk memusnahkan hadiah ini yang kita boleh, jika layak, mempunyai peningkatan abadi yang kekal (lihat A&P 132:28–31).

Jika kita mencemari air mata kita atau menyebabkan orang lain berdosa, akan ada penalti yang lebih “indah” dan “susah untuk diangkat” (A&P 19:15) melebihi harga apa yang boleh ditawarkan keseronokan jasmani.

Alma memberitahu anaknya Korianton, “Tidak tahukah kamu, anakku, bahawa hal-hal ini kekejian dalam pandangan Tuhan; ya, yang paling keji melebihi segala dosa kecuali penumpahan darah tak berdosa atau penyangkalan Roh Kudus?” (Alma 39:5). Kita tidak boleh melepasi akibatnya apabila kita melebihi batasnya.

Satu-satunya cara sah, yang diberi kuasa untuk meluahkan perasaan beranak pinak adalah diantara suami dan isteri, seorang lelaki dan seorang wanita yang telah dikahwinkan secara sah di sisi undang-undang. Apa-apa yang bukan cara ini melanggar perintah Tuhan. Jangan tunduk kepada godaan mengerikan musuh, untuk setiap hutang pelanggaran mesti dibayar “sehingga kamu melunaskan semua dendamu.” (Matthew 5:26).

Tidak ada tempat lain dimana kemurahan hati dan belas kasihan Tuhan lebih nyata dari dalam pertaubatan.

Badan jasmani kita, apabila cedera, dapat membaiki dirinya sendiri, kadang kala dengan pertolongan doktor. Jika kecederaan itu adalah teruk, selalunya akan terdapat parut sebagai peringatan kecederaan itu.

Dengan badan rohani kita ia adalah perkara yang lain. Roh kita dicederakan apabila kita membuat kesilapan atau berdosa. Tetapi bukan seperti badan yang fana, apabila proses pertaubatan selesai, tidak aka nada parut lagi disebabkan Penebusan Yesus Kristus. Janji tersebut adalah. “Lihatlah, dia yang telah bertobat dari dosa-dosanya, orang yang sama diampuni, dan Aku, Tuhan, tidak mengingatnya lagi.” (D&C 58:42).

Apabila kita bercakap tentang perkahwinan dan kehidupan berkeluarga, tentunya akan datang kepada minda, “Bagaimana pula dengan pengecualiannya?” Ada yang dilahirkan dengan batasan dan tidak boleh melahirkan zuriat. Ada yang tidak bersalah mendapati perkahwinan mereka dihancurkan kerana kecurangan pasangan mereka. Yang lain tidak berkahwin dan hidup bujang dalam kepercayaan.

Untuk sekarang, saya memberikan keselesaan ini: Tuhan adalan Bapa kita! Semua kasih sayang dan sifat pemurah yang nyata pada bapa yang ideal dalam dunia fana ini diperbesarkan dalam Dia yang Bapa kita dan Tuhan kita melebihi keupayaan apa yang boleh difahami minda fana. Penghakimannya adalah adil; Belas kasihannya adalah tanpa batas; Kuasanya untuk pampasan adalah melebihi semua perbandingan dunia ini. “Jika harapan kita kepada Kristus terbatas kepada hidup kita di dunia ini sahaja, maka kitalah yang paling malang antara semua orang di dunia ini!” (1 Corinthians 15:19).

Dengan penuh hormat saya menggunakan perkataan bait suci Saya membayangkan bilik pemeteraian dan mazbah dengan pasangan muda berlutut disana. Tatacara bait suci ini adalah lebih dari satu perkahwinan, kerana perkahwinan ini boleh dimeteraikan dengan Roh Suci Perjanjian, dan ayat suci mengumumkan bahawa kita “akan mewarisi takhta, kerajaan, pemerintahan, dan kuasa, kekuasaan, segala ketinggian dan kedalaman” (A&P 132:19).Saya melihat kegembiraan yang menunggu mereka yang menerima hadiah ini dan menggunakannya dengan benar.

Sister Donna Smith Packer dan saya telah bersama dalam perkahwinan hampir 70 tahun. Apabila ia datang ke isteri saya, ibu kepada anak saya, saya hilang perkataan. Perasaannya amat mendalam dan rasa terhutang budinya amat kuat yang saya dibiarkan tanpa sebarang pernyataan. Ganjaran yang paling besar yang kami telah terima dalam hidup ini, dan dalam hidup yang akan datang, adalah anak dan cucu kami. Ke penghujung hidup fana kami bersama, saya berterima-kasih untuk setiap saat saya bersama dia dan untuk perjanjian yang diberikan Tuhan bahawa tidak akan ada pengakhiran.

Saya memberi kesaksian bahawa Yesus adalan Kristus, Putera kepada Tuhan yang Hidup. Dia berdiri di kepala Gereja ini. Melalui Penebusan-Nya dan kuasa imamat, keluarga yang bermula dalam kefanaan boleh bersama untuk selamanya. Penebusan yang boleh menebus setiap dari kita, tidak akan membiarkan parut. Ertinya tidak kira apa yang kita pernah lakukan atau dimana kita pergi atau bagaimana sesuatu berlaku, jika kita bertaubat dengan sepenuhnya, Dia sudah menjanjikan bahawa Dia akan menebus. Apabila Dia menebus, itu telah diselesaikan. Banyak daripada kita yang melenting kesini-sana, sememangnya, dengan perasaan bersalah, tidak tahu cara untuk melepaskan diri. Kamu melepaskan diri dengan menerima Penebusan Kristus, dan semua kesakitan hati itu boleh berubah kepada keindahan dan kasih sayang dan keabadian.

Saya amat bersyukur atas berkat Tuhan Yesus Kristus, untuk kuasa beranak pinak, untuk kuasa rancangan penebusan, untuk Korban Tebusan—Korban Tebusan yang boleh mencuci semua kekotoran tidak kita betapa susah atau berapa lama atau berapa kali saya mengulanginya. Korban Tebusan boleh meletakkan kamu bebas semula untuk bergerak ke depan, lebih bersih dan layak, untuk mengejar jalan yang kamu pilih untuk hidup kamu.

Saya bersaksi bahawa Tuhan hidup, bahawa Yesus adalah Kristus, bahawa Korban Tebusan bukan perkara umum untuk seluruh Gereja. Korban Tebusan adalah peribadi, dan jika kamu telah melakukan sesuatu yang mengganggu kamu—kadang kala sudah lama dahulu yang kamu tidak dapat mengingatinya dengan baik—letakkan Korban Tebusan untuk bekerja. Ia akan membersihkannya, dan kamu, sama seperti Dia, tidak akan mengingati dosa kamu lagi. Dalam nama Yesus Kristus, amin.