2010–2019
Imamat—Suatu Kurnia yang Kudus
April 2015


Imamat—Suatu Kurnia yang Kudus

Setiap dari kita dipercayai dengan satu kurnia yang paling bernilai kepada manusia.

Salah satu kenangan saya yang paling jelas adalah menghadiri pertemuan imamat sebagai seorang diaken yang baru ditahbiskan dan menyanyi semasa lagu rohani pembuka, Mari anak Tuhan, yang telah terima imamat.”1 Malam ini, kepada semua yang telah berkumpul di sini di Pusat Persidangan dan, juga, di seluruh dunia, saya mengulangi roh lagu rohani yang istimewa itu dan berkata kepada anda: Mari anak Tuhan, yang telah terima imamat, mari kita memikirkan panggilan kita; mari kita merenungkan tanggungjawab kita; mari kita menentukan tugas kita; mari kita ikut Yesus Kristus, Tuhan kita. Kita mungkin tidak sama dalam umur, dalam tradisi, atau dalam kewarganegaraan, tetapi kita bersatu padu dalam panggilan imamat kita.

Bagi setiap kita, pemulihan Imamat Harun kepada Oliver Cowdery dan Joseph Smith oleh Yohanes Pembaptis adalah sangat penting. Demikian juga, pemulihan Imamat Melkisedek kepada Joseph dan Oliver oleh Petrus, Yakobus dan Yohanes adalah peristiwa yang dihargai.

Mari kita mengambil dengan sungguh-sungguh panggilan, tanggungjawab, dan tugas yang datang dengan imamat yang kita pegang.

Saya rasa satu tanggungjawab besar bila saya dipanggil untuk menjadi setiausaha kuorum diaken saya. Saya menyediakan catatan-catatan dengan teliti, kerana saya ingin melakukan yang terbaik yang saya tahu dalam panggilan saya. Saya berbangga dengan pekerjaan saya. Melakukan semua yang saya dapat, dengan sedaya upaya saya, telah menjadi matlamat saya dalam setiap panggilan yang saya pernah pegang.

Saya berharap agar setiap remaja putera yang telah ditahbiskan kepada Imamat Harun diberi kesedaran rohani mengenai kekudusan panggilannya yang ditahbiskan, dan juga kesempatan untuk mengembangkan panggilan itu. Saya menerima kesempatan yang demikian sewaktu saya seorang diaken bila uskup meminta saya mengambil sakramen kepada seorang yang tinggal kira-kira 1.5 kilometer dari gereja kita. Pada Hari Ahad yang istimewa itu, bila saya mengetuk pintu Brother Wright dan mendengar suaranya yang lemah memanggil, ”Masuklah,” saya masuk bukan sahaja rumahnya yang kecil tetapi juga sebuah bilik yang penuh dengan Roh Tuhan. Saya mendekati katil Brother Wright dan dengan hati-hati meletakkan sekeping roti dekat bibirnya. Lalu saya pegang cawan air, supaya dia dapat minum. Bila saya pergi, saya melihat air mata di matanya ketika dia berkata, ”Tuhan berkatilah kamu, anak.” Dan Tuhan telah memberkati saya—dengan kesyukuran untuk lambang-lambang kudus sakramen dan untuk imamat yang saya pegang.

Tidak ada seorang diaken, pengajar, atau imam dari bahagian kami akan pernah melupakan lawatan istimewa yang kami buat ke Clarkston, Utah, ke kubur Martin Harris, salah satu dari Tiga Saksi Kitab Mormon. Ketika kami mengelilingi tiang granit yang tinggi yang menandakan kuburnya, dan ketika salah satu pemimpin kuorum membaca kepada kami kata-kata yang berkuasa itu dari ”Kesaksian Tiga Saksi,” yang ada di permulaan Kitab Mormon, kami mengembangkan kasih untuk Kitab Mormon dan kebenaran-kebenaran yang di dalamnya.

Semasa tahun-tahun itu matlamat kami adalah untuk menjadi seperti anak-anak Mosia. Mengenai mereka, ini dikatakan:

“Mereka telah menjadi kuat dalam pengetahuan tentang kebenaran; kerana mereka adalah lelaki yang berpemahaman kukuh dan mereka telah menyelidiki tulisan suci dengan tekun, agar mereka boleh mengetahui firman Tuhan.

“Tetapi ini belumlah semuanya; mereka telah banyak berdoa, dan berpuasa; oleh itu mereka memiliki roh nubuat, dan roh wahyu, dan apabila mereka mengajar, mereka mengajar dengan kuasa dan wewenang daripada Tuhan.”2

Saya tidak dapat memikirkan matlamat yang lebih baik untuk seorang remaja putera daripada digambarkan seperti anak-anak Mosia yang berani dan soleh.

Sewaktu saya mendekati hari jadi saya yang ke-18 dan bersedia masuk perkhidmatan tentera yang wajib untuk lelaki yang muda semasa Perang Dunia Kedua, saya disyorkan menerima Imamat Melkisedek, tetapi sebelum itu saya perlu menelefon presiden pancang saya, Paul C. Child, untuk temu duga. Dia merupakan seorang yang mengasihi dan memahami tulisan suci, dan dia berniat supaya semua orang lain patut mengasihi dan memahami tulisan suci juga. Sudah mendengar tentang temuduga-temuduganya yang meniliti, saya berharap dia tidak mendapat tahu tentang pengetahuan tulisan suci saya; oleh itu, bila saya panggil dia saya mencadangkan kami berjumpa pada Hari Ahad depan pada masa yang saya tahu adalah satu jam sahaja sebelum masa pertemuan sakramen dia.

Jawabannya: “Oh, Brother Monson, itu tidak cukup masa untuk kita menyelidiki tulisan suci.” Lalu dia mencadangkan masa tiga jam sebelum pertemuan sakramen dia, dan dia minta saya membawa kitab-kitab suci saya yang ditandai dan dirujukkan secara peribadi.

Bila saya sampai di rumahnya pada Hari Ahad, saya disambut dengan meriah, dan temu duga bermula. Presiden Child mengatakan, ”Brother Monson, kamu pegang Imamat Harun. Adakah kamu pernah dilayani oleh para malaikat?” Saya menjawab bahawa saya belum pernah. Bila dia bertanya jika saya mengetahui bahawa saya berhak menerima pelayanan para malaikat, saya menjawab lagi bahawa saya tidak tahu.

Dia mengarahkan, ”Brother Monson, ulangilah dari ingatan kamu bahagian ke-13 Ajaran dan Perjanjian.”

Saya bermula, ”Atasmu para pelayan sesamaku, dalam nama Mesias aku menganugerahkan Imamat Harun, yang memegang kunci-kunci pelayanan para malaikat—”

“Berhentilah,” Presiden Child mengarahkan. Dan dengan suara yang tenang dan baik hati, dia mengatakan, “Brother Monson, janganlah kamu lupa bahawa sebagai seorang pemegang Imamat Harun kamu berhak menerima pelayanan para malaikat.”

Adalah seolah-olahnya seorang malaikat berada di bilik itu pada hari itu. Saya tidak pernah melupakan temu duga itu. Saya masih rasa roh temu duga yang penting itu ketika kami membaca bersama tentang tanggungjawab, tugas, dan berkat Imamat Harun dan Imamat Melkisedek—berkat yang datang bukan hanya kepada saya tetapi kepada keluarga dan orang lain kita berpeluang melayani.

Saya ditahbiskan seorang elder, dan pada hari keberangkatan saya untuk perkhidmatan aktif dengan tentera laut, seorang ahli keuskupan bahagian saya menyertai keluarga dan kawan-kawan saya di stesyen kereta api untuk berucap selamat jalan. Sebelum masa menaiki kereta api, dia meletakkan sebuah buku kecil bernama Buku Panduan Mubaligh. Saya ketawa dan berkata bahawa saya bukan melayan misi.

Dia menjawab, ”Ambillah. Ia mungkin akan berguna.”

Buku itu menjadi berguna. Saya perlu objek yang keras dan yang berbentuk segi empat tepat di dasar beg laut saya supaya baju saya akan tetap menjadi lebih pejal dan kurang berkedut. Buku Panduan Mubaligh muat dengan sempurna, dan ia melayan dengan baik dalam beg laut saya selama 12 minggu.

Satu malam sebelum cuti Krismas, kami memikirkan kampung halaman. Berek-berek sunyi, tetapi kesunyian diganggu oleh kawan saya di katil yang di sebelah saya—seorang lelaki Mormon, iaitu Leland Merrill—yang bermula merintih dalam kesakitan. Saya bertanya apa masalahnya, dan dia berkata dia berasa sangat sakit. Dia tidak mahu pergi ke rumah sakit, kerana dia tahu bahawa untuk berbuat demikian akan menghalang dia dari pulang rumah keesokan harinya.

Dia kelihatan semakin teruk semasa jam-jam berlalu. Akhirnya, mengetahui bahawa saya ialah seorang elder, dia minta saya untuk memberikan dia berkat imamat.

Saya belum pernah memberi berkat imamat, saya belum pernah menerima berkat, dan saya belum pernah melihat orang memberi berkat. Ketika saya berdoa secara diam untuk bantuan, saya mengingat Buku Panduan Mubaligh di dasar beg laut saya. Dengan cepat saya mengosongkan beg itu dan mengambil buku dekat cahaya kecil. Saya membaca bagaimana seseorang memberkati orang sakit. Dengan ramai anak kapal melihat kami, saya bermula memberi berkat. Sebelum saya dapat masukkan semua barang kembali dalam beg saya, Leland Merrill sudah tidur seperti anak. Besok pagi dia bangun dan rasa sihat sudah. Kesyukuran yang kami berdua rasa pada kuasa imamat adalah sangat besar.

Tahun-tahun telah membawakan saya lebih kesempatan untuk memberi berkat kepada mereka yang perlu daripada yang saya dapat mengira. Di setiap kesempatan saya telah sangat bersyukur bahawa Tuhan telah mepercayakan kurnia yang kudus ini kepada saya. Saya sungguhnya menghormati imamat. Saya telah menyaksikan kuasanya banyak kali. Saya telah melihat kekuatannya. Saya telah kagum kerana mukjizat-mukjizat yang dibuatnya.

Saudara-saudara, setiap kita telah dipercayakan dengan salah satu kurnia yang paling berharga yang pernah diberi kepada manusia. Bila kita menghormati imamat kita dan hidup supaya kita sentiasa layak, berkat-berkat imamat akan mengalir melalui kita. Saya sayangkan kata-kata yang ada di Ajaran dan Perjanjian bahagian 121, ayat 45, yang memberitahu kita apa yang kita mesti melakukan untuk menjadi layak: ”Biarlah sanubarimu ... dipenuhi dengan ihsan terhadap semua orang, dan kepada kaum yang beriman, dan biarlah kebajikan tak henti-hentinya menghiasi fikiranmu; maka keyakinanmu akan menjadi kuat di hadirat Tuhan; dan ajaran mengenai imamat akan meresap ke dalam jiwamu seperti embun dari syurga.”

Sebagai para pemegang imamat Tuhan, kita terlibat dalam pekerjaan Tuhan Yesus Kristus. Kita telah menjawab panggilan-Nya; kita bekerja dalam misi-Nya. Mari kita belajar tentang Dia. Mari kita mengikut dalam jejak-Nya. Mari kita hidup menurut arahan-Nya. Dengan berbuat demikian, kita akan bersedia untuk pelayanan apapun yang Dia memanggil kita buat. Ini ialah kerja-Nya. Ini ialah Gereja-Nya. Tentunya, Dia adalah Kapten kita, Raja Kemuliaan, bahkan Putera Tuhan. Saya bersaksi bahawa Dia hidup dan memberi kesaksian ini dalam nama-Nya yang kudus, nama Yesus Kristus, amin.

Nota-nota

  1. “Come, All Ye Sons of God,” Hymns, no. 322.

  2. Alma 17:2–3.