2010–2019
Mengapa Kahwin dan Punyai Keluarga
April 2015


Mengapa Kahwin dan Punyai Keluarga

Keluarga yang ditubuhkan dari perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang wanita menyediakan keadaan yang terbaik untuk menjayakan rancangan Tuhan.

Atas Pintu Barat Besar bangunan terkenal Westminster Abbey di London, England, terdiri 10 arca syahid-syahid Kristian abad ke-20. Antara mereka termasuk Dietrich Bonhoeffer, pakar teologi German yang dilahirkan pada tahun 1906.1 Bonhoeffer menjadi pengkritik lantang terhadap pemerintahan Nazi dan perlakuan mereka terhadap orang Yahudi. Dia telah dipenjarakan kerana perbantahan yang aktif dan akhirnya dijatuh hukum mati di satu kem pemusatan. Bonhoeffer banyak menulis, dan tulisannya yang terkenal adalah surat-surat yang diseludup keluar penjara oleh pengawal-pengawal, yang kemudiannya diterbitkan sebagai Surat-surat dan Tulisan-tulisan dari Penjara.

Salah satu daripada surat-surat tersebut adalah untuk anak saudara perempuannya sebelum hari perkahwinan. Ia mengandungi pemahaman mendalam: “Perkahwinan adalah lebih mendalam daripada kasih sayang berdua. … Dalam percintaan kamu hanya melihat kamu berdua sahaja di dunia, tetapi dalam perkahwinan kamu adalah pertalian dalam rantai generasi-generasi, yang mana Tuhan membiarkan ia datang dan pergi ke kemuliaannya, dan memanggil masuk kerajaannya. Dalam kasih kamu hanya melihat syurga kegembiraan diri, tetapi dalam perkahwinan kamu ditempatkan untuk bertanggungjawab terhadap dunia dan manusia. Kasih kamu milik peribadi, tetapi perkahwinan melebihi sesuatu yang peribadi—ia satu status, satu jabatan. Sepertimana mahkota, dan bukanlah hasrat untuk menjajah, menjadikan seorang raja, begitu jugalah perkahwinan, bukan sahaja kasih bersama yang mengikat kamu di mata Tuhan dan manusia. … Jadi kasih itu datang dari kamu, tetapi perkahwinan adalah dari Tuhan.”2

Bagaimanakah perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan melebihi kasih sayang antara satu sama lain dan kegembiraan mereka menjadi “tanggungjawab terhadap dunia dan manusia”? Bagaimana ia menjadi sesuatu yang “datang dari Tuhan”? Untuk memahaminya, kita perlu kembali ke permulaan.

Nabi-nabi telah mengungkapkan bahawa kita pada mulanya wujud sebagai kecerdasan dan kita diberi rupa bentuk, atau badan rohani, oleh Tuhan, dengan itu menjadi anak rohaniNya—putera dan puteri ibu bapa syurgawi.3 Semasa kewujudan roh-roh di prafana, kerana Dia menginginkan kita “punyai hak istimewa untuk maju sepertinya,”4 Bapa Syurgawi menyediakan satu rancangan yang membolehkan kita berkembang dengan lebih. Ia telah di beri pelbagai nama dalam ayat suci, termasuklah “rancangan keselamatan,”5 “rancangan kebahagiaan yang hebat,”6 dan “rancangan penebusan.”7 Dua hajat utama rancangan ini diterangkan ke Abraham dengan kata-kata ini:

“Dan berdirilah seseorang di antara mereka yang seperti Tuhan, dan Dia berfirman kepada mereka yang berada bersama-Nya: Kita akan turun, karena ada ruang di sana, dan Kita akan membawa bahan-bahan ini, dan Kita akan membuat sebuah bumi yang di atasnya [roh-roh] ini boleh berdiam;

“Dan kita akan menguji mereka dengan ini, untuk melihat apakah mereka akan melakukan segala hal apa pun yang akan Tuhan mereka perintahkan kepada mereka;

“Dan mereka yang mempertahankan keadaan pertama mereka akan ditambahkan ke atasnya; … dan mereka yang mempertahankan keadaan kedua mereka akan memperoleh kemuliaan ditambahkan ke atas kepala mereka untuk selama-lamanya.”8

Kerana Bapa Syurgawilah, kita telah menjadi jadian roh. Dia menawarkan kita satu jalan untuk melengkapkan atau meyempurnakan jadian tersebut. Penambahan badan jasmani adalah penting untuk menjadi mulia seperti Tuhan dengan sepenuhnya. Jika kita bersama Tuhan di alam prafana, telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam rancangan Nya—atau dalam kata lain “mempertahankan keadaan pertama [kita]”—kita akan “ditambahkan ke atas” dengan badan jasmani apabila kita datang hidup di bumi yang telah dicipta oleh-Nya.

Dan jika, semasa di alam fana, kita pilih untuk “melakukan segala hal Tuhan [akan] perintahkan [kita],” kita akan dapat mempertahankan “keadaan kedua” kita. Ini bermaksud melalui pilihan kita menunjukkan kepada Tuhan (dan juga diri sendiri) perjanjian dan kebolehan kita untuk mengikut hukum Selestial apabila di luar hadiran-Nya dan dalam badan jasmani yang punyai kuasa, nafsu, dan keghairahan. Bolehkah kita mengawal badan jasmani agar ia menjadi alat dan bukanlah tuan roh kita? Bolehkah kita dipercayai masa kini dan abadi dengan kuasa ketuhanan, termasuk kuasa untuk mencipta kehidupan? Bolehkah kita menanggani kejahatan secara individu? Mereka yang boleh akan “memperoleh kemuliaan ditambahkan ke atas kepala mereka untuk selama-lamanya”—ini aspek penting dalam kemuliaan dibangkit, baqa dan badan jasmani yang dimuliakan.9 Tidak hairanlah kita “bersorak gembira” apabila mendengar semua kemungkinan dan janjian hebat itu.10

Terdapat sekurang-kurangnya empat pekara yang diperlukan untuk menjayakan rancangan ketuhanan ini:

Pertamanya Penciptaan bumi sebagai tempat tinggal kita. Tidak kira butiran yang termasuk dalam proses penciptaan, kita tahu bahawa ianya tidak berlaku secara tiba-tiba tetapi telah diarah oleh Bapa Tuhan dan dilaksanakan oleh Yesus Kristus—“Tuhan menjadikan segala sesuatu melalui Dia. Tiada sesuatu pun di alam semesta ini dijadikan tanpa Dia.”11

Kedua ialah keadaan fana. Adam dan Hawa telah mewakili semua yang telah memilih untuk terlibat dalam rancangan kegembiraan hebat Bapa.12 Kejatuhan mereka membolehkan kelahiran jasmani dan pengalaman fana dan pendidikkan di luar kehadiran Tuhan. Kejatuhan juga membolehkan kita kenal kebaikan dan kejahatan dan juga hak pilihan yang di beri oleh Tuhan.13 Akhir sekali, Kejatuhan juga menyebabkan kematian jasmani agar kehidupan fana kita hanyalah sementara supaya kita tidak hidup selama-lamanya dalam dosa.14

Ketiga ialah penebusan dari Kejatuhan. Kita melihat peranan kematian dalam rancangan Bapa Syurgawi, tetapi rancangan itu akan terbatal akhirnya, jika tiada cara untuk mengatasi kematian, secara jasmani dan rohani. Oleh itu, seorang Penebus, Anak-Nya yang Tunggal, Yesus Kristus, menderita dan mati untuk menebus pelanggaran Adam dan Hawa, dan secara langsung membolehkan kebangkitan dan kehidupan baqa untuk semua. Oleh kerana kita semua tidak sempurna dan sentiasa taat kepada hukum injil, Korban Tebusan-Nya juga menebus kita dari dosa dengan syarat pertaubatan. Dan kerana Rahmat penebusan Juruselamat membolehkan dosa diampun dan pengkudusan roh, kita boleh dilahir semula secara rohani dan didamaikan dengan Tuhan. Kematian rohani—pemisahan kita dari Tuhan—akan berakhir.15

Keempat, dan yang terakhir, adalah perihal kelahiran jasmani dan kemudiannya kelahiran semula rohani ke dalam kerajaan Tuhan. Bagi menjayakan usahanya untuk “[memuliakan kita] bagi dirinya,”16 Tuhan menahbiskan bahawa lelaki dan perempuan patut kahwin dan melahirkan anak-anak, lalu mencipta, suatu pakatan dengan Tuhan, iaitu badan jasmani yang merupakan kunci ujian kefanaan dan asas untuk memperoleh kemuliaan abadi bersama-Nya. Dia juga menahbiskan bahawa ibu bapa patut menubuhkan keluarga dan mengasuh anak-anak mereka dalam cahaya dan kebenaran,17 membimbing mereka untuk peroleh harapan terhadap Kristus. Bapa memerintah kita untuk:

“Ajarkan hal-hal ini dengan bebas kepada anak-anakmu, memfirmankan:

“Bahwa … sejauh kamu dilahirkan ke dunia melalui air, dan darah, dan roh, yang telah Aku jadikan, dan dengan demikian menjadi dari debu jiwa yang hidup, bahkan demikian pula kamu mesti dilahirkan kembali ke dalam kerajaan surga, melalui air, dan Roh [Kudus], dan dibersihkan melalui darah, bahkan darah Anak Tunggal-Ku; agar kamu boleh dikuduskan dari segala dosa, dan menikmati firman kehidupan kekal di dunia ini, dan kehidupan kekal di dunia yang datang, bahkan kemuliaan baka.”18

Dengan mengetahui mengapa kita meninggalkan kehadiran Bapa Syurgawi dan apa yang perlu dilakukan untuk kembali dan dimuliakan bersama-Nya, ia menjadi jelas bahawa tempoh kita di bumi tidak terbanding dengan kepentingan kelahiran jasmani dan kelahiran semula rohani, dua syarat untuk kehidupan abadi. Inilah, bagai Dietrich Bonhoeffer berkata, “jabatan” perkahwinan, “tembok tanggungjawab terhadap … kaum manusia,” institusi ketuhanan “dari Tuhan” mengisi. Ia adalah “sambungan rantai generasi” di sini dan selepas—iaitu tarekat syurga.

Keluarga yang ditubuhkan dari perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan menyediakan keadaan yang terbaik untuk kejayaan rancangan Tuhan—kelahiran anak-anak suci dan tanpa dosa dari Tuhan dan sekitar yang diperlukan untuk belajar dan bersedia untuk berjaya dalam alam fana dan kehidupan abadi di dunia yang akan datang. Dengan hanya beberapa keluarga yang ditubuhkan dari perkahwinan tersebut sudah cukup penting untuk masyarakat menjadi makmur dan hidup. Itulah sebab mengapa komuniti dan negara secara umum telah menggalakkan dan melindungi perkahwinan dan keluarga sebagai institusi yang berhak istimewa. Ia bukanlah sahaja mengenai kasih dan kegembiraan orang dewasa.

Sokongan sains social untuk perkahwinan dan keluarga yang di ketuai oleh seorang lelaki dan perempuan yang telah berkahwin adalah lebih gemilang.19 Jadi, “kita memberi amaran bahawa keluarga yang berkecai akan membawa bencana kepada individu, masyarakat dan negara, sepertimana yang diwahyu kepada nabi-nabi dulu dan sekarang.”20 Namun tuntutan kita terhadap fungsi perkahwinan dan keluarga tidaklah bergantung kepada sains social tetapi kebenaran bahawa ia adalah ciptaan Tuhan. Dialah yang telah mencipta Adam dan Hawa menurut rupa-Nya, lelaki dan perempuan, menyatukan mereka sebagai suami isteri dan untuk bertambah-tambahlah dan penuhilah bumi.21 Setiap individu punyai rupa ketuhanan, tetapi persatuan dalam perkahwinan lelaki dan perempuanlah membolehkan kita memahami maksud dicipta menurut rupa Tuhan—lelaki dan perempuan. Tiada makhluk lain ataupun kita yang boleh mengubah tertib ketuhanan ikatan perkahwinan. Ia bukanlah rekacipta manusia. Perkahwinan tersebut memanglah “dari Tuhan di atas” dan adalah sebahagian dari rancangan kegembiraan sepertimana juga Kejatuhan dan Korban Tebusan.

Ketika di dunia prafana, Lucifer memberontak terhadap Tuhan dan rancangan-Nya, dan pertentangannya hanyalah semakin bertambah. Dia berjuang untuk menawar hati manusia terhadap perkahwinan dan pembentukan keluarga, dan bagi perkahwinan dan keluarga yang telah terbentuk, dia berusaha untuk mengganggu mereka. Dia menyerang semua pekara yang mulia mengenai sifat seksual manusia, memisahkannya dari kandungan perkahwinan dan menggabungkannya dengan pelbagai fikiran dan tindakan yang tidak bermoral. Dia cuba mempengaruh lelaki dan wanita bahawa hak keutamaan perkahwinan dan keluarga boleh diabaikan atau ditinggalkan, atau sekurang-kurangnya menjadikannya kurang penting berbanding dengan kerjaya, pencapaian, dan pencarian untuk kepuasan diri dan kebebasan individu. Musuh kita pasti gembira apabila ibu bapa gagal mengajar dan melatih anak-anak mereka untuk punyai iman terhadap Kristus, dan dilahirkan semula secara rohani. Saudara dan saudari, terdapat banyak pekara yang baik, banyak yang penting, tetapi hanya beberapa yang utama.

Untuk mengisytiharkan asas kebenaran berhubungkan perkahwinan dan keluarga adalah untuk tidak melupai atau mengecilkan pengorbanan dan kejayaan mereka yang tidak punyai situasi ideal. Ada di antara kamu yang tidak peroleh berkat perkahwinan kerana sebab-sebab yang termasuk tiada calon yang layak, tarikan sama jantina, kelemahan jasmani atau mental, atau hanya takuti kegagalan yang, buat sementara waktu, menggugat keimanan. Atau kamu telahpun kahwin, tetapi perkahwinan itu telah berakhir, dan kamu ditinggalkan seorang diri untuk menguruskan apa yang ditanggung oleh dua orang. Ada di antara kamu yang sudah berkahwhin tetapi tidak dapat melahirkan anak walaupun dengan keinginan yang tinggi dan rayuan doa.

Walaupun demikian, kita semua punyai kurniaan; semua punyai kebolehan; semua boleh menyumbang kepada rancangan ketuhanan yang diberi kepada setiap generasi. Banyak yang baik, banyak yang penting—termasuk semua yang diperlukan untuk masa kini—boleh dicapai dalam situasi yang tidak ideal. Ramai di antara kamu yang sedang berusaha sebaik mungkin. Dan apabila kamu yang menghadapi beban fana hebat berdiri untuk mempertahankan rancangan Tuhan bagi kemuliaan anak-anak-Nya, kita semua akan bersedia untuk menyokong. Dengan yakin kami bersaksi bahawa Korban Tebusan Yesus Kristus yang telah diharapkan, dan akhirnya, akan mengimbangi semua kehilangan dan kerugian bagi mereka yang memaling kepadaNya. Tiada yang ditakdirkan untuk menerima kurang daripada apa yang Bapa punyai untuk anak-anak-Nya.

Seorang ibu muda baru-baru ini meluahkan kerisauannya berkenaan panggilan tingginya. Saya rasa isu tersebut sangatlah kecil dan dia tidak patut risau; dia sedang berbuat baik. Tetapi saya tahu dia hanya ingin memuaskan Tuhan dan menghormati amanah-Nya. Saya memberi kata-kata yang menghiburkan hati, dan dalam hati sendiri saya merayu kepada Tuhan, Bapa Syurgawi nya, agar Dia memberi kekuatan dengan kasih dan memberi saksi pengesahan-Nya apabila dia melakukan kerja-Nya.

Inilah doa saya untuk semua hari ini. Agar kita memperoleh pengesahan dari-Nya. Agar perkahwinan-perkahwinan berkembang dan keluarga-keluarga makmur, dan tidak kira jika masa depan kita adalah berkat fana yang terpenuh atau tidak, agar rahmat Tuhan membawa kegembiraan sekarang dan iman dalam janji-janji yang akan datang. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota-nota

  1. Lihat Kevin Rudd, “Faith in Politics,” The Monthly,Oct. 2006; themonthly.com.au/monthly-essays-kevin-rudd-faith-politics—300.

  2. Dietrich Bonhoeffer, Letters and Papers from Prison, ed. Eberhard Bethge (1953), 42–43.

  3. Lihat, contohnya, Mazmur 82:6; Kisah Para Rasul 17:29; Ibrani 12:9; Ajaran dan Perjanjian 93:29, 33; Musa 6:51; Abraham 3:22. Nabi Joseph Smith menyatakan: “ Prinsip pertama manusia adalah kewujudan diri bersama Tuhan. Tuhan sendiri, apabila mendapati dirinya dikelilingi roh [kecerdasan] dan kemuliaan, kerana dia lebih cerdas, ketahui ia berpatutan untuk melembagakan hukum-hukum di mana yang lain mempunyai hak istimewa untuk mara seperti nya. … Dia punyai kuasa untuk melembagakan hukum-hukum untuk mengarah kecerdasan yang lemah, agar mereka boleh dimuliakan seperti nya.” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith[2007], 210).

  4. Teachings: Joseph Smith, 210.

  5. Alma 24:14.

  6. Alma 42:8.

  7. Alma 12:25; lihat juga ayat-ayat 26–33.

  8. Abraham 3:24–26.

  9. Nabi Joseph Smith memberi penyataan rumusan: “Corak Tuhan sebelum pengasasan dunia adalah bahawa kita patut menggunakan tabenakel [badan jasmani], melalui keimanan kita patut mengatasi dan memperoleh pembangkitan dari kematian, dan dengan cara itu memperoleh kemuliaan, kehormatan, kuasa, dan kekuasaan.” Nabi juga menyatakan: “Kita datang ke bumi ini agar kita memperoleh badan dan mempersembahkan suci untuk Tuhan di kerajaan selestial. Prinsip kegembiraan yang hebat memerlukan badan. Iblis tidak punyai badan, maka inilah hukumnya. Dia gembira apabila dia memperoleh khemah ibadat manusia, dan apabila Juruselamat memerintah iblis keluar, dia meminta agar dia dimasukkan ke dalam kawanan babi, menunjukkan bahawa dia inginkan badan babi itu daripada tiada badan langsung. Semua makhluk yang punyai badan mempunyai kuasa daripada mereka yang tiada badan.” (Teachings: Joseph Smith, 211).

  10. Ayub 38:7.

  11. Yohanes 1:3; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 76:23–24.

  12. Lihat 1 Korintus 15:21–22; 2 Nefi 2:25.

  13. Lihat 2 Nefi 2:15–18; Alma 12:24; Ajaran dan Perjanjian 29:39; Musa 4:3. Joseph Smith berkata: “Semua orang berhak untuk memilih, kerana Tuhan telah menahbiskannya. Dia menjadikan manusia wakil moral, dan memberi mereka kuasa untuk memilih baik atau jahat; mencari yang baik, dengan mengejar jalan kemuliaan dalam kehidupan ini, agar ia memberi ketenangan hati, dan kegembiraan dalam Roh Kudus di sini, dan kegembiraan dan keriangan yang sempurna di tangan kanan-Nya selepas ini; atau mengejar jalan yang jahat, berdosa dan memberontak terhadap Tuhan, lalu membawa hukuman ke atas roh di dunia, dan kehilangan abadi di dunia yang akan datang.” Nabi Joseph juga berkata: “Syaitan tidak boleh menggoda kita dengan godaan kecuali jika kita dalam hati membenarkan dan mengalah. Kita dicipta untuk menahani godaan iblis; jika kita tidak dicipta, kita tidak boleh menjadi wakil yang bebas.” (Teachings: Joseph Smith,213).

  14. Lihat Kejadian 3:22–24; Alma 42:2–6; Musa 4:28–31.

  15. Mereka yang tidak bertaubat akan ditebus dari kematian roh melalui Korban Tebusan agar mereka boleh hadir di depan Tuhan untuk Penghakiman Akhir(Lihat Helaman 14:17; 3 Nefi 27:14–15).

  16. Teachings: Joseph Smith, 210.

  17. Lihat Ajaran dan Perjanjian 93:36–40.

  18. Musa 6:58–59.

  19. Ada yang setia kepada satu sama lain dalam hubungan luar perkahwinan, dan anak-anak boleh dilahirkan dan dibesarkan, kadang kala dengan jayanya daripada keluarga yang punyai ibubapa. Tetapi purata dan kebanyakkan kes, terbukti bahawa kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga yang diketuai ibubapa memberi faedah social yang lebih berkesan Tambahan lagi, kos sosial dan ekonomi yang dipanggil “pengelakkan global dari keluarga” oleh seorang penyorot, semakin mempengaruhi masyarakat. Nicholas Eberstadt mengkategorikan kemerosotan perkahwinan dan mempunyai anak dan aliran berkenaan keluarga yang tidak berbapa dan penceraian berkata: “Kesan bahaya ke atas bilangan yang tidak seberapa dalam kanak-kanak yang dimudaratkan oleh peninggalan keluarga sudahpun jelas. Begitu juga peranan penceraian dan anak luar perkahwinan dalam kemiskinan dan jurang kekayaan yang sangat membinasakan—untuk masyarakat dan terutamanya kanak-kanak. Ya, kanak-kanak sangat bertahan. Tetapi pengelakkan dari keluarga sentiasa berlaku kepada mereka yang muda dan terdedah. Pengelakkan yang sama juga menyebabkan implikasi yang tidak memaafkan bagi mereka yang terdedah dan tua. (Lihat Nicholas Eberstadt, “The Global Flight from the Family,” Wall Street Journal, Feb. 21, 2015; wsj.com/articles/Nicholas-eberstadt-the-global-flight-from-the-family-1424476179.)

  20. “Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia.” Ensign atau Liahona, Nov. 2010, 129.

  21. Lihat Kejadian 1:26–28; 2:7, 18, 21–24; 3:20; Musa 2:26–28; 3:7–8, 18, 20–24; 4:26.