2010–2019
Musim Panas dengan Mak Cik Rose
Oktober 2015


Musim Panas dengan Mak Cik Rose

Semasa kamu berjalan dalam perjalanan pengikutmu yang cerah, saya berdoa agar iman akan memperkukuh setiap jejak langkah dalam perjalananmu.

Saudari-saudari dan sahabat-sahabat yang dikasihi, saya amat gembira dapat bersama kamu hari ini, dan saya bersyukur dapat berada di kehadiran nabi kita yang disayangi, Presiden Thomas S. Monson. Presiden, kami menyayangimu. Kita amat sedih atas kehilangan tiga sahabat yang dikasihi dan Rasul benar Tuhan. Kita merindui Presiden Packer, Elder Perry, dan Elder Scott; kita mengasihi mereka. Kita berdoa untuk keluarga dan sahabat-sahabat mereka.

Saya selalu tidak sabar menunggu sesi persidangan ini—muzik yang indah dan nasihat dari saudari-saudari kita yang berilham membawa Roh dengan berlimpah-limpah. Saya menjadi seorang yang lebih baik setelah berada bersama kamu.

Ketika saya merenungkan apa yang patut dikata kepada kamu hari ini, saya terfikirkan cara Juruselamat mengajar. Bagaimana Dia dapat mengajar kebenaran-kebenaran yang paling luhur dengan menggunakan cerita-cerita sederhana adalah menarik. Perumpamaan-perumpamaan-Nya mengajak para pengikut-Nya untuk menerima kebenaran bukan sahaja dengan fikiran tetapi juga dengan hati mereka dan untuk mengaitkan asas-asas abadi dengan kehidupan harian mereka.1 Presiden Monson yang dikasihi juga merupakan seorang pakar dalam mengajar dengan pengalaman peribadi.2

Hari ini, saya juga mempunyai cerita untuk mengongsi. Saya menjemput anda untuk dengar dengan Roh. Roh Kudus akan menolong anda mencari pesanan yang bermakna bagi anda dalam perumpamaan ini.

Mak Cik Rose

Cerita ini adalah tentang seorang budak perempuan bernama Eva. Ada dua perkara penting yang anda patut tahu tentang Eva. Pertamanya adalah bahawa dia berumur 11 tahun dalam cerita ini. Keduanya adalah bahawa dia langsung tidak mahu pergi dan tinggal bersama ibu saudaranya Rose. Dia sama sekali tidak mahu pergi.

Tetapi ibu Eva akan dibedah dan memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Jadi ibu bapa Eva akan menghantar dia untuk tinggal bersama Mak Cik Rose sepanjang musim panas.

Dalam fikiran Eva, ada seribu sebab berkenaan mengapa idea ini merupakan idea yang tidak baik. Dia akan pergi jauh dari ibunya. Dia juga akan meninggalkan keluarga dan kawan-kawannya. Lagipun, dia tidak kenal Mak Cik Rose. Dia cukup selesa di mana dia berada sekarang.

Namun tiada pertengkaran dan jelingan mata yang akan menukarkan keputusan. Jadi Eva mengemas beg pakaian dan memulakan perjalanan yang panjang bersama bapanya ke rumah Mak Cik Rose.

Dari saat Eva masuk rumah itu, dia membencinya.

Semua barang begitu lama! Setiap tempat penuh sesak dengan buku-buku lama, botol-botol berwarna-warni, dan bekas-bekas plastik yang dipenuhi manik-manik, simpulan-simpulan, dan butang-butang.

Mak Cik Rose tinggal bersendirian; dia belum pernah berkahwin. Satu-satunya penduduk lain di rumahnya adalah seekor kucing kelabu yang suka bertenggek di tempat yang tertinggi di setiap bilik, melihat semua yang di bawah seperti seekor harimau lapar.

Rumahnya pun terasa sepi. Ia terletak di luar bandar, di mana rumah-rumah lain berjauhan. Tidak ada seorangpun yang sebaya dengan Eva tinggal di dalam lingkungan jarak setengah batu. Ini membuatkan Eva merasa kesepian juga.

Mula-mulanya dia tidak memberi banyak perhatian kepada Mak Cik Rose. Dia lebih memikir tentang ibu dia. Kadangkala, dia tidak tidur pada waktu malam, dan berdoa dengan sungguh supaya ibu dia akan sihat. Dan walaupun ini tidak terjadi dengan segera, Eva mulai berasa bahawa Tuhan sedang menjaga ibu dia.

Akhirnya khabar bahawa pembedahan itu dilakukan dengan berjaya sampai, dan sekarang Eva hanya perlu bertahan sampai hujung musim panas. Oh, betapa dia sangat benci bertahan!

Oleh kerana fikirannya telah terasa tenang mengenai ibunya, Eva mula memberi perhatian pada Mak Cik Rose. Dia seorang perempuan yang besar—semua tentang dia adalah besar: suaranya, senyumannya, keperibadiannya. Tidak mudah untuk dia berjalan, tetapi dia selalu bernyanyi dan ketawa ketika dia bekerja, dan bunyi ketawanya memenuhi rumah. Setiap malam dia duduk di sofanya, membuka tulisan suci, dan membaca dengan kuat. Dan ketika dia membaca, kadang-kadang dia memberi komen seperti ”O, dia tidak patut melakukan itu!” atau ”Kalau-kalau sahaja saya dapat berada di sana!” atau ”Tidakkah ini hal yang paling indah yang pernah kamu dengari?” Dan setiap malam apabila mereka berdua berlutut di sebelah katil Eva untuk berdoa, Mak Cik Rose sering memberi doa yang paling indah, berterima kasih kepada Bapa Syurgawi untuk burung-burung dan pokok-pokok, matahari terbenam dan bintang-bintang, dan ”betapa hebatnya untuk hidup.” Dalam pandangan Eva, Rose bagai kenal Tuhan seperti seorang kawan.

Lambat laun, Eva mendapat tahu sesuatu yang mengejutkan: Mak Cik Rose mungkin adalah orang yang paling gembira yang dia pernah kenali!

Tetapi bagaimana?

Apa yang dia mempunyai untuk membuat dia bahagia?

Dia tidak pernah berkahwin, dia tidak ada anak-anak, dia tidak ada siapa-siapa untuk tinggal bersamanya kecuali kucing yang menyeramkan itu, dan adalah sangat susah untuk dia buat kerja yang mudah seperti mengikat tali kasutnya atau turun naik tangga.

Bila dia pergi ke bandar, dia pakai topi-topi memalukan yang sangat besar dan terang. Tetapi orang tidak mengejek dia. Mereka mengelilingi dia dan ingin bercakap dengan dia. Pada masa yang lalu Rose seorang guru sekolah, dan bekas pelajar-pelajar—yang sekarang mempunyai anak-anak sendiri—kerap berhenti dan berbual dengan dia. Mereka berterima kasih kepada dia kerana pengaruhnya yang baik dalam hidup mereka. Mereka kerap kali ketawa. Kadang-kadang mereka menangis.

Sambil musim panas berterusan, Eva meluangkan masa yang lebih dengan Rose. Mereka pergi berjalan, dan Eva belajar perbezaan di antara burung pipit dan burung finch. Dia memetik buah beri yang liar, dan membuat jem dari buah lai yang berduri. Dia belajar tentang nenek moyang yang meninggalkan negara mereka yang disayangi, belayar merentasi laut, dan jalan kaki merentasi dataran untuk menyertai para Orang Suci.

Tidak lama kemudian Eva mendapat tahu sesuatu lagi yang baru: Mak Cik Rose bukan sahaja orang yang paling bahagia yang dia kenali, tetapi Eva sendiri menjadi lebih gembira apabila bersama dia.

Musim panas cepat berlalu. Mak Cik Rose berkata Eva akan pulang rumah tidak lama lagi. Walaupun Eva tidak sabar untuk pulang semenjak hari dia sampai, sekarang dia tidak berapa pasti bagaimana perasaannya. Dia menyedari bahawa dia akan merindui rumah yang lama pelik ini bersama kucing menghendap itu dan ibu saudaranya Rose yang disayangi.

Sehari sebelum bapanya sampai untuk mengambil dia, Eva tanya soalan yang dia telah merenungkan selama minggu-minggu: ”Mak Cik Rose, kenapa mak cik begitu gembira?”

Mak Cik Rose melihat dia dengan teliti dan membawa dia ke lukisan yang tergantung di bilik hadapan. Lukisan itu adalah hadiah dari sahabat berbakat yang dikasihi.

”Apa yang kamu lihat di sana?” dia tanya.

Imej
Budak peneroka berjalan terenjut-enjut

Eva pernah nampak lukisan itu sebelumnya, tetapi dia belum pernah melihatnya dengan teliti. Seorang budak perempuan yang memakai baju perintis berjalan terenjut-enjut di jalan yang biru dan terang. Rumput dan pokok-pokok berwarna hijau yang sangat terang. Eva berkata, ”Ini adalah lukisan tentang seorang budak perempuan. Dia berjalan terenjut-enjut.”

”Betul, ia budak peneroka yang berjalan terenjut-enjut dengan gembira,” Mak Cik Rose berkata. ”Saya rasa ada banyak hari yang gelap dan suram untuk para peneroka. Kehidupan mereka sangat susah—kita tidak dapat bayangkan pun. Tetapi di dalam lukisan ini, semuanya terang dan indah. Budak ini berjalan terenjut-enjut dengan gembira, dan dia bergerak ke hadapan dan ke atas.”

Eva diam sahaja, jadi Mak Cik Rose melanjutkan, ”Ada cukup perkara yang tidak berlaku sebagaimana diingini dalam kehidupan, jadi siapa-siapa boleh menjadi pesimistik dan sangat sedih. Tetapi saya kenal orang yang, bahkan bila perkara tidak berlaku sebagaimana diingini, memilih untuk memberi perhatian pada keajaiban dan mukjizat kehidupan. Orang-orang ini adalah orang yang paling bahagia yang saya kenal.”

”Tapi seseorang tidak dapat tiba-tiba memilih untuk berubah dari sedih menjadi gembira,” Eva berkata.

“Mungkin tidak,” Mak Cik Rose senyum, “tetapi Tuhan tidak menciptakan kita untuk menjadi sedih. Dia menciptakan kita untuk berbahagia!3 Jadi jika kita mempercayai Dia, Dia akan menolong kita melihat hal-hal kehidupan yang baik, terang, dan penuh harapan. Dan pastinya, dunia akan menjadi lebih terang. Tidak, ini tidak terjadi dengan serta-merta, tetapi sebenarnya, berapa hal yang baik terjadi begitu? Pada pendapat saya hal-hal yang terbaik, seperti roti atau marmalad oren buatan sendiri, memerlukan kesabaran dan pekerjaan.”

Eva memikirkannya sebentar dan berkata, ”Mungkin ia tidak begitu mudah untuk orang yang kehidupannya tidak teratur dengan sempurna.”

“Eva, kamu betul-betul berfikir kehidupan saya sempurna?” Dia duduk dengan Eva di sofa. “Ada masa yang lalu bila saya begitu lemah semangat sehingga saya mahu berputus asa.”

“Mak Cik?” Eva tanya.

Mak Cik Rose mengangguk. “Ada begitu banyak hal yang saya sangat inginkan dalam hidup saya.” Ketika dia bercakap, kesedihan masuk suaranya yang Eva belum pernah mendengar. ”Kebanyakan hal itu tidak terjadi. Kepatahan hati satu demi satu. Pada satu hari saya menyedari bahawa kehidupan tidak akan menjadi sebagaimana saya mengharapkan. Hari itu sangat menyedihkan. Saya sedia untuk berputus asa dan berasa sedih.”

“Jadi Mak Cik buat apa?”

“Mula-mula saya tidak buat apa-apa. Saya marah sahaja. Saya seorang yang tidak menyeronokkan.” Dia ketawa sedikit, tetapi ketawanya bukan ketawa biasanya yang besar dan kuat. “‘Ia tidak adil’ adalah lagu yang saya nyanyikan berulang kali dalam fikiran saya. Tetapi akhirnya saya menemui sesuatu yang menukarkan hidup saya.”

“Apa itu?”

“Iman,” Aunt Rose senyum. “Saya menemui iman. Dan iman membawa harapan. Dan iman dan harapan memberikan saya keyakinan bahawa pada satu hari nanti semuanya akan masuk akal, bahawa kerana Juruselamat, semuanya yang salah akan dibetulkan. Selepas itu, saya melihat bahawa jalan di hadapan saya tidaklah suram dan berdebu seperti saya fikirkan. Saya mula nampak warna biru yang terang, warna hijau yang kaya, dan warna merah yang berapi, dan saya memutuskan bahawa saya mempunyai pilihan—saya boleh menggantung kepala dan mengheret kaki saya di jalan kasihan diri yang berdebu, atau saya boleh beriman, memakai gaun yang terang dan kasut tarian saya, dan berjalan terenjut-enjut di jalan kehidupan, bernyanyi sambil saya pergi.” Sekarang suaranya mengenjut-enjut seperti budak di dalam lukisan itu.

Mak Cik Rose mengambil kitab sucinya yang lusuh dan meletakkannya di riba. “Saya tidak berfikir saya sedih secara klinikal—saya tidak pasti seseorang dapat membangkitkan diri dari itu dengan bercakap sahaja. Tetapi saya pastinya memilih untuk berasa sedih! Ya, saya mengalami hari-hari yang gelap, tetapi semua kebimbangan dan kerisauan saya tidak akan mengubahnya—ia hanya membuat keadaan saya lebih teruk. Iman kepada Juruselamat mengajar saya bahawa tidak kira apa yang terjadi pada masa lalu, kehidupan saya boleh berakhir dengan bahagia.”

“Bagaimana Mak Cik tahu itu?” Eva tanya.

Mak Cik Rose membuka Alkitabnya dan berkata, “Ia berkata di sini:

“‘Tuhan … akan diam bersama mereka, dan mereka akan menjadi umat-Nya, dan Tuhan sendiri akan bersama mereka, dan menjadi Tuhan mereka.

“Dan Tuhan akan menghapus segala air mata dari mata mereka; dan maut, kesengsaraan, dan tangisan tidak akan ada lagi, dan dukacita tidak akan ada lagi: sebab segala sesuatu yang lama itu telah berlalu.’”4

Mak Cik Rose melihat Eva. Dia senyum besar ketika dia berbisik, dengan sedikit gementar dalam suaranya, “Bukankah ayat suci itu perkara yang paling indah yang kamu pernah dengar?”

Ayat suci itu betul-betul indah, Eva berfikir.

Mak Cik Rose menyelak beberapa halaman dan menuding ke satu ayat suci untuk Eva membaca: “Apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, dan tidak pernah didengar oleh telinga, dan yang tidak pernah timbul di dalam hati manusia, semua yang disediakan Tuhan untuk mereka yang mengasihi Dia.”5

“Dengan masa hadapan yang begitu gemilang,” Mak Cik Rose berkata, “kenapa memikirkan hal-hal masa lalu atau hal-hal masa kini yang tidak berlaku sebagaimana kita ingin?”

Eva mengedutkan dahinya. “Tapi tunggu sekejap,” dia berkata. “Adakah Mak Cik berkata bahawa kebahagiaan bermaksud memandang ke hadapan ke kebahagiaan pada masa yang akan datang? Adakah semua kebahagiaan kita ada di keabadian? Tiada kebahagiaan untuk sekarang?”

“Oh, memang dapat!” Mak Cik Rose berkata. “Anak, sekarang adalah sebahagian keabadian. Ia tidak bermula selepas kita meninggal! Iman dan harapan akan membuka mata kamu untuk melihat kebahagiaan yang terletak di depan kamu sekarang.

“Saya tahu satu puisi yang mengatakan, ‘Selama-lamanya—terdiri daripada Sekarang-Sekarang.’6 Saya tidak mahu selama-lamanya saya terdiri daripada ‘Sekarang-Sekarang’ yang gelap dan penuh rasa takut. Dan saya tidak mahu melalui kehidupan saya di kegelapan bawah tanah, berkertak gigi, tutup mata, dan bertahan dengan geram sampai akhir yang pahit. Iman memberi saya harapan yang saya perlu untuk hidup bahagia sekarang!”

“Jadi Mak Cik buat apa?” Eva tanya.

“Saya beriman kepada janji-janji Tuhan dan memenuhi hidup saya dengan hal-hal yang bermakna. Saya pergi ke sekolah. Saya mendapat pendidikan. Itu membimbing saya ke kerjaya yang saya sayangi.”

Eva memikirkan ini sebentar dan berkata, “Tetapi menjadi sibuk bukanlah yang membuat Mak Cik gembira. Ada ramai orang yang sibuk yang tidak gembira.”

“Bagaimana kamu boleh begitu bijak sedangkan kamu begitu muda?” Mak Cik Rose bertanya. “Kamu memang betul. Dan kebanyakan orang yang sibuk dan tidak gembira itu telah melupakan satu perkara yang terpenting di seluruh dunia—perkara yang Yesus mengatakan adalah pusat Injil-Nya.”

“Dan apa itu?” Eva bertanya.

“Kasih—iaitu kasih suci Kristus,” Rose berkata. “Semuanya yang lain dalam Injil—semua patut-patut dan mesti-mesti dan perintah-perintah —mendorong kepada kasih. Apabila kita mengasihi Tuhan, kita ingin melayani Dia. Kita ingin menjadi seperti Dia. Bila kita mengasihi jiran-jiran kita, kita berhenti berfikir begitu banyak tentang masalah kita sendiri dan tolong orang lain menyelesaikan masalah mereka.”7

“Dan itulah yang membuat kita gembira?” Eva bertanya.

Mak Cik Rose mengangguk dan senyum, matanya penuh air mata. “Ya, sayang. Itulah yang membuat kita gembira.”

Tidak Akan Pernah Menjadi Sama

Keesokkan harinya Eva berpeluk dengan Mak Cik Rose dan berterima kasih kepada dia untuk semua yang dia telah lakukan. Dia pulang rumah ke keluarganya dan kawan-kawannya dan rumahnya dan kampug halamannya.

Tetapi dia tidak pernah menjadi sama seperti dulu.

Ketika Eva membesar, dia kerap kali memikirkan kata-kata Mak Cik Rose. Eva akhirnya berkahwin, membesarkan anak-anak, dan mempunyai kehidupan yang panjang dan bahagia.

Dan pada satu hari, ketika dia berdiri di rumahnya sendiri, melihat lukisan tentang seorang budak perempuan yang memakai baju perintis dan berjalan terenjut-enjut di jalan yang biru dan terang, dia menyedari bahawa dia sudah seumur dengan Mak Cik Rose sewaktu musim panas yang hebat itu.

Imej
Budak peneroka berjalan terenjut-enjut

Apabila dia menyedari ini, dia terasa doa yang istimewa timbul dalam hatinya. Dan Eva rasa bersyukur untuk kehidupannya, untuk keluarganya, untuk Injil Yesus Kristus yang dipulihkan, dan untuk musim panas lalu ketika Mak Cik Rose8 mengajar dia tentang iman, harapan, dan kasih.9

Suatu Berkat

Saudari-saudari yang dikasihi, rakan-rakan saya dalam Kristus, saya berharap dan berdoa agar sesuatu dari cerita ini telah menyentuh hati anda dan mengilhami jiwa anda. Saya tahu bahawa Tuhan hidup dan bahawa Dia mengasihi setiap satu.

Ketika anda berjalan dalam perjalanan pengikutmu yang cerah, saya berdoa agar iman akan memperkukuh setiap jejak langkah perjalananmu; agar harapan akan membuka mata anda untuk melihat kegemilangan yang Bapa Syurgawi mempunyai untuk anda; dan agar kasih terhadap Tuhan dan semua anak-Nya akan memenuhi hatimu. Sebagai Rasul Tuhan, saya meninggalkan ini sebagai kesaksian dan berkat dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat, sebagai contoh, Matius 13:24–30; 18:23–35; 20:1–16; 22:1–14; 25; Lukas 10:25–37; 15:11–32.

  2. Lihat, sebagai contoh, Thomas S. Monson, “Guided Safely Home,” Liahona, Nov. 2014, 67–69; “Love—the Essence of the Gospel,” Liahona, May 2014, 91–94; “We Never Walk Alone,” Liahona, Nov. 2013, 121–24; “Obedience Brings Blessings,” Liahona, May 2013, 89–92.

  3. Lihat 2 Nefi 2:25.

  4. Wahyu 21:3–4.

  5. 1 Korintus 2:9.

  6. “Forever—is composed of Nows,” in Final Harvest: Emily Dickinson’s Poems, sel. Thomas H. Johnson (1961), 158; see also poetryfoundation.org/poem/182912.

  7. Lihat Lukas 9:24.

  8. ”Kerap kali duri menghasilkan ros” (Ovid, Epistulae ex Ponto, book 2, section 2, line 34; ”Saepe creat molles aspera spina rosas”).

  9. Lihat Moroni 7:42.