2010–2019
Jangan Takut, Percaya Saja
Oktober 2015


Jangan Takut, Percaya Saja

Bila kita memilih untuk percaya, beriman kepada pertaubatan, dan mengikut Juruselamat kita, Yesus Kristus, kita membuka mata rohani kita dan memandang keindahan-keindahan yang kita hampir tidak dapat membayangkan.

Babel dan Daniel

Dua ribu enam ratus tahun lalu, Babel menjadi negara yang paling berkuasa di dunia. Seorang sejarawan purba menggambarkan tembok-tembok Babel yang mengelilingi kota sebagai lebih daripada 300 kaki (90 m) tingginya dan 80 kaki (25 m) tebalnya. “Dalam kekaguman,” dia tulis, “tidak ada kota lain yang mendekati … kota itu.”1

Pada masa itu, Babel merupakan pusat dunia pembelajaran, undang-undang, dan falsafah. Kekuatan tenteranya tidak ada yang setanding dengannya. Ia menghancurkan kuasa Mesir. Ia menyerang, membakar, dan menyamun ibu negara Assyria, Niniwe. Ia menakluki Yerusalem dengan mudah dan membawa keluar anak-anak Israel yang terbaik dan yang paling cerdik kembali ke Babel untuk melayani Raja Nebukadnezar.

Salah satu tawanan ini adalah seorang lelaki bernama Daniel. Banyak sarjana percaya bahawa umur Daniel adalah di antara 12 dan 17 tahun pada masa itu. Fikirkanlah ini, para pemegang Imamat Harun saya yang dikasihi: kemungkinan besar Daniel seumur dengan anda bila dia diambil ke istana raja untuk diajar dalam bahasa, undang-undang, agama, dan sains Babel duniawi.

Dapatkah anda membayangkan bagaimana rasanya kalau terpaksa tinggalkan rumah anda, berjalan 500 batu (800 km) ke kota yang asing, dan diajar agama musuh-musuhmu?

Daniel telah dibesar sebagai pengikut Yehova. Dia telah percaya dan menyembahkan Tuhan Abraham, Isyak, dan Yakub. Dia telah mempelajari kata-kata para nabi, dan dia tahu mengenai perhubungan Tuhan dengan manusia.

Tetapi, pada umur yang sangat muda, dia menjadi tawanan-pelajar di Babel. Tekanan yang ada pada dia untuk meninggalkan kepercayaan-kepercayaan lama dia dan menganut kepercayaan Babel pastinya kuat sekali. Tetapi dia terus setia kepada imannya—baik dalam kata-kata mahupun dalam tindakan.

Banyak dari anda tahu bagaimana rasanya untuk mempertahankan kebenaran yang tidak disukai. Dalam bahasa slanga Internet masa kini, kita bercakap tentang ”terkena api” dari mereka yang tidak bersetuju dengan kita. Tetapi Daniel tidak hanya mengambil risiko cemuhan awam. Di Babel, orang yang bertentangan dengan pihak berkuasa keagamaan faham apa erti ”terkena api”—secara harfiah dan erti kiasan. Ini sangat jelas dengan kawan-kawan Daniel, iaitu Sadrakh, Mesakh, dan Abednego.2

Saya tidak tahu kalau ia mudah untuk Daniel terus menjadi seorang yang percaya di keadaan yang demikian. Ada orang yang diberkati dengan hati yang cenderung percaya—bagi mereka, iman kelihatannya datang sebagai kurnia dari syurga. Tetapi saya berfikir bahawa Daniel adalah seperti kita yang perlu berusaha mendapat kesaksian kita. Saya yakin bahawa Daniel berlutut dan berdoa berjam-jam lamanya, menunjukkan soalan-soalannya dan ketakutan-ketakutannya dengan iman, dan menunggu-nunggukan Tuhan untuk kefahaman dan kebijaksanaan.

Dan Tuhan memberkati Daniel. Walaupun imannya dicabar dan dicemuhkan, dia terus mengikut apa yang dia tahu adalah benar dari pengalamannya sendiri.

Daniel percaya. Daniel tidak ragu-ragu.

Dan pada satu malam, Raja Nebukadnezar mengalami mimpi yang membuat dia bimbang. Dia mengumpulkan para sarjana dan penasihat dan menuntut agar mereka menggambarkan mimpi kepadanya dan juga menjelaskan maksudnya.

Mereka tidak dapat. “Tidak ada seorang pun yang dapat melakukan apa yang diminta tuan,” mereka merayu. Tetapi ini membuat Nebukadnezar lebih marah, dan dia memerintah agar semua orang bijaksana, ahli jampi, orang berilmu, dan penasihat dibunuh berpotong-potong—termasuk Daniel dan pelajar-pelajar muda yang lain dari Israel.

Anda yang biasa dengan kitab Daniel tahu apa yang terjadi selepas itu. Daniel meminta masa tambahan dari Nebukadnezar, dan dia bersama rakan-rakannya yang setia pergi ke sumber iman dan kekuatan moral mereka. Mereka berdoa kepada Tuhan dan meminta pertolongan syurgawi pada saat yang amat penting ini dalam hidup mereka. “Maka rahasia itu disingkapkan kepada Daniel dalam … suatu penglihatan.”3

Daniel, seorang budak lelaki muda dari negara yang telah ditakluki—yang telah terkena buli dan dianiaya kerana dia percaya kepada agama yang ganjil ini—pergi ke depan raja dan menggambarkan mimpi dan tafsirannya kepada dia.

Dari hari itu, sebagai akibat langsung imannya kepada Tuhan, Daniel menjadi seorang penasihat kepada raja, terkenal di seluruh Babel kerana kebijaksanaannya.

Budak lelaku itu yang percaya dan hidup menurut imannya telah menjadi seorang lelaki Tuhan. Seorang nabi. Seorang putera kesolehan.4

Adakah Kita seperti Daniel?

Kepada semua kita yang memegang imamat kudus Tuhan, saya bertanya, adakah kita seperti Daniel?

Adakah kita setia dengan tetap kepada Tuhan?

Adakah kita melakukan apa yang kita mengajar, atau adakah kita orang Kristian yang hanya memikirkan agama pada hari Ahad?

Adakah tindakan harian kita menunjukkan dengan jelas apa yang kita mengatakan kita percaya?

Adakah kita menolong “yang miskin dan yang memerlukan, yang sakit dan yang menderita”?5

Adakah kita hanya bercakap yang betul sahaja, atau melakukan yang betul dengan minat yang penuh?

Saudara-saudara, kita telah diberikan banyak. Kita telah diajar kebenaran-kebenaran ketuhanan Injil Yesus Kristus yang telah dipulihkan. Kita telah dipercayakan dengan wewenang imamat untuk menolong satu sama lain dan membina kerajaan Tuhan di bumi. Kita hidup dalam zaman pemberian kuasa rohani yang besar. Kita mempunyai keseluruhan kebenaran. Kita mempunyai kunci-kunci imamat untuk memeteraikan di bumi dan di syurga. Tulisan suci yang kudus dan ajaran-ajaran para nabi dan rasul yang hidup boleh didapati dalam cara yang belum pernah ada.

Sahabat-sahabat saya yang dikasihi, mari kita jangan menganggap hal-hal ini tidak penting. Dengan berkat-berkat dan hak-hak istimewa ini datanglah tanggungjawab-tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan yang besar. Mari kita menerima dan memenuhi tanggungjawab dan kewajipan ini.

Kota purba Babel habis musnah. Keindahannya lama sudah tidak ada. Tetapi keduniawian dan kejahatan Babel masih ada. Sekarang kita bertanggungjawab hidup sebagai orang yang percaya di dunia yang penuh orang yang tidak percaya. Kita mempunyai cabaran untuk menjalankan asas-asas Injil Yesus Kristus yang dipulihkan setiap hari dan untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan dengan bersungguh-sungguh. Kita akan perlu bertenang di bawah tekanan rakan-rakan, tidak mengagumi trend-trend popular atau nabi-nabi palsu, tidak mempedulikan cemuhan orang fasiq, menolak godaan dia yang jahat itu, dan mengatasi kemalasan kita sendiri.

Fikirkanlah hal ini. Betapa mudahnya keadaan Daniel kalau dia mengikut cara-cara Babel? Dia dapat mengetepikan perintah-perintah yang menyekat yang Tuhan memberikan orang-orang Israel. Dia dapat memakan makanan mahal yang diberikan oleh raja dan menyerah dirinya kepada keseronokan duniawi manusia alamiah. Kalau begitu dia akan mengelakkan cemuhan.

Dia akan menjadi popular.

Dia akan berbaik-baik dengan orang.

Jalannya mungkin akan menjadi kurang rumit.

Keadaannya akan begitu sampai hari bila raja menuntut tafsiran mimpinya. Lalu Daniel akan mendapat tahu bahawa dia, seperti semua ”orang berilmu” yang lain di Babel, telah hilang kaitannya kepada sumber kebenaran dan kebijaksanaan yang tulen.

Daniel membuat pilihan-pilihan yang betul dan lulus ujiannya. Kita masih diuji dan dicabar sekarang.

Keberanian untuk Percaya

Setan, musuh kita, ingin agar kita gagal. Dia menyebarkan bohong-bohong sebagai bahagian usahanya untuk memusnahkan kepercayaan kita. Dia mencadangkan dengan licik bahawa seseorang yang ragu-ragu, skeptikal, atau sinis adalah canggih dan cerdik, dan orang yang beriman kepada Tuhan dan keajaiban-keajaiban-Nya adalah orang yang naif, yang tidak nampak, atau yang pendapatnya diubah dengan mudah. Setan akan menggalakkan bahawa meragukan kurnia-kurnia rohani dan ajaran-ajaran para nabi yang benar adalah popular.

Saya ingin menolong semua orang memahami satu fakta yang sederhana ini: kita percaya kepada Tuhan kerana hal-hal yang kita tahu dengan fikiran dan hati kita, bukan kerana hal-hal yang kita tidak tahu.  Pengalaman-pengalaman rohani kita kadang-kadang menjadi terlalu kudus untuk dijelaskan dengan kata-kata duniawi, tetapi ini tidak bermaksud bahawa pengalaman-pengalaman ini tidak wujud.

Bapa Syurgawi telah menyediakan jamuan rohani untuk anak-anak-Nya, memberi setiap jenis makanan yang ada—dan, memilih untuk tidak menikmati kurnia-kurnia rohani ini, orang yang sinis memuaskan diri mereka dengan memerhatikan dari jauh, terus menerima sikap skeptikal, keraguan, dan tidak hormat.

Mengapa seseorang pun akan berjalan melalui kehidupan sudah puas hati dengan cahaya dari lilin kefahaman mereka sendiri sedangkan mereka dapat memanggil kepada Bapa Syurgawi kita dan mengalami pengetahuan matahari yang terang sekali yang akan meluaskan fikiran mereka dengan kebijaksanaan dan memenuhi jiwa mereka dengan kebahagiaan?

Bila anda dan saya bercakap dengan orang tentang iman dan kepercayaan, bukankah kita selalu mendengar, ”Saya sangat ingin percaya seperti anda percaya”?

Satu lagi perdayaan Setan terbayang-bayang dalam kenyataan yang begitu: bahawa kepercayaan ada untuk beberapa orang tetapi tidak ada untuk orang lain. Kepercayaan tidak datang melalui kuasa ajaib. Tetapi keinginan percaya adalah langkah pertama yang perlu! Tuhan tidak membezakan orang.6 Dia adalah Bapa anda. Dia ingin bercakap kepada anda. Tetapi, ini memerlukan sedikit keinginan tahu yang saintifik—ini memerlukan satu uji kaji mengenai firman Tuhan—dan menjalankan ”segelintir iman.”7 Ia juga memerlukan sedikit kerendahan hati. Dan ia memerlukan hati dan fikiran yang terbuka. Ia memerlukan pencarian, dengan maksudnya yang penuh. Dan, mungkin yang paling susah, ia memerlukan kesabaran dan penungguan Tuhan.

Jika kita tidak berusaha percaya, kita menjadi seperti orang itu yang mencabut palam lampu sorot dan menyalahkan lampu sorot itu kerana ia tidak memberi cahaya.

Kebelakangan ini saya terkejut dan sedih mendengar tentang seorang pemegang Imamat Harun yang rasa sombong kerana dia telah menjauhkan dirinya dari Tuhan. Dia berkata, ”Kalau Tuhan menunjukkan diri-Nya kepada saya, baru saya akan percaya. Kalau tidak, saya akan mencari kebenaran dengan bergantung pada kefahaman dan pengetahuan saya sendiri untuk membantu saya mengetahui apa yang patut saya lakukan.

Saya tidak mengetahui fikiran dan perasaan hati remaja ini, tetapi saya bersimpati banyak dengan dia. Dengan begitu cepat dia menolak kurnia-kurnia yang Tuhan memberikan dia. Remaja putera ini telah mencabut palam lampu sorot dan kelihatan puas hati dalam perhatiannya yang cerdik bahawa tidak ada cahaya.

Malangnya, sikap ini kelihatan sangat popular masa kini. Jika kita dapat berfikir bahawa Tuhanlah yang bertanggungjawab membuktikan kebenaran kepada kita, kita berfikir bahawa kita boleh mengecualikan diri kita dari memberi perhatian yang serius pada perintah-perintah Tuhan dan dari bertanggungjawab atas hubungan kita dengan Bapa Syurgawi kita.

Saudara-saudara, biar saya terus terang: tidak ada apa-apa yang mulia atau mengagumkan tentang sikap sinis. Kesinisan adalah mudah—siapa-siapa dapat melakukannya. Kehidupan yang solehlah yang memerlukan kekuatan moral, ketekunan, dan keberanian. Orang yang memegang kuat pada iman adalah jauh lebih mengagumkan daripada orang yang menyerah kepada keraguan bila soalan atau kebimbangan yang tidak diketahui timbul.

Tetapi ia tidak patut mengejutkan kita bahawa iman tidak dihargai oleh masyarakat. Dunia ini banyak kali dalam sejarahnya telah menolak hal-hal yang tidak difahaminya. Dan ia juga ada masalah memahami hal-hal yang tidak dilihatnya. Tetapi hanya kerana kita tidak dapat melihat sesuatu dengan mata jasmani kita tidak bermaksud ia tidak wujud. Pastinya, “ada lebih banyak perkara di syurga dan di bumi … daripada yang dibayangkan” dalam buku sekolah, jurnal sains, dan falsafah duniawi kita.8 Alam semesta penuh dengan perkara yang sungguh menakjubkan, mendalam, dan menghairankan—perkara-perkara yang hanya dapat difahami melalui mata-mata rohani.

Perjanjian Kepercayaan

Bila kita memilih untuk percaya, beriman kepada pertaubatan, dan mengikut Juruselamat kita, Yesus Kristus, kita membuka mata rohani kita dan memandang keindahan-keindahan yang kita hampir tidak dapat membayangkan. Dengan demikian kepercayaan dan iman kita akan menjadi lebih kuat, dan kita akan melihat lebih.9

Saudara-saudara, saya bersaksi bahawa bahkan pada masa-masa yang paling susah, Juruselamat akan mengatakan kepada anda hal yang dikatakan-Nya kepada seorang bapa yang cemas di jalan yang sesak di Galilea, “Jangan takut, percaya saja.”10

Kita dapat memilih untuk percaya.

Kerana dalam kepercayaan, kita dapat mula memahami kebenaran.

Kita akan menemui kebenaran.11

Kita akan menemui ketenangan.12

Oleh kerana kepercayaan kita, kita tidak akan pernah lapaar, tidak akan pernah haus.13 Kurnia-kurnia rahmat Tuhan akan membolehkan kita untuk hidup menurut iman kita dan akan memenuhi jiwa kita seperti ”mata air di dalam dirinya yang terus-menerus memancar sampai kepada hidup yang abadi.”14 Kita akan mengalami kebahagiaan yang benar dan kekal.15

Oleh kerana itu, sahabat-sahabatku yang dikasihi, saudara-saudaraku dalam imamat Tuhan:

Punyailah keberanian percaya.

Jangan takut, percaya saja.

Jadilah seperti Daniel.

Saya berdoa agar setiap kita—baik yang muda mahupun yang tua—akan menemui kekuatan, keberanian, dan keinginan yang diperbaharui untuk percaya. Dalam nama Tuan kita, Yesus Kristus, amin.