2010–2019
Bahagia Orang Yang Menaati Perintah-perintah Tuhan
Oktober 2015


Bahagia Orang Yang Menaati Perintah-perintah Tuhan

Perintang yang didirikan oleh Tuhan memberi kita satu perlindungan dari kejahatan dan pengaruh yang memusnahkan.

Semasa di Australia, saya mengunjungi satu teluk ladam kuda yang indah, terkenal untuk sukan luncur airnya. Ketika saya berjalan di sepanjang pantai itu, saya tertarik dengan ombak-ombak besar yang menghentam di luar teluk dan yang kecil menyentuh tebing pantai.

Sambil saya berjalan, saya bertemu dengan satu kumpulan peluncur air dari Amerika Syarikat. Mereka jelas nampaknya marah tentang suatu perkara, bercakap dengan kuat sambil menunjuk ke arah laut. Apabila saya bertanya mengapa mereka marah, mereka menunjuk ke luar teluk yang berombak besar.

“Lihatlah,” salah seorang berkata dengan marah. “Dapatkah kamu lihat perintang itu?” Dengan lebih teliti, saya memang nampak satu perintang yang menutup pembukaan ke laut, di mana adanya ombak yang besar. Perintang itu dibuat dari satu jaring yang berat dan disokong oleh pelampung di atas permukaan air. Menurut para peluncur air itu, perintang jaring mencapai dasar laut.

Peluncur air itu seterusnya berkata; “Kami datang ke sini untuk meluncur ombak-ombak besar, ini satu peluang yang hanya berlaku sekali sepanjang hidup. Kami boleh meluncur ombak-ombak yang kecil di teluk ini, tetapi perintang itu menghalang kami untuk mencapai ombak yang besar. Kami tidak faham mengapa perintang itu berada di situ. Ini telah merosakkan rancangan kami.”

Ketika para peluncur air dari Amerika Syarikat itu berborak dengan rancak, perhatian saya tertarik ke seorang peluncur lain yang berdekatan—seorang lelaki yang lebih tua dan pastinya orang tempatan. Dia menjadi kurang sabar selepas mendengari rungutan mereka tentang perintang itu.

Akhirnya dia berdiri dan menghampiri kami. Tanpa berkata, dia mengeluarkan satu binokular dari begnya dan berikan ia kepada salah seorang peluncur air, menunjuk ke arah perintang itu. Setiap peluncur air mengambil giliran untuk melihat melalui binokular itu. Apabila tibanya giliran saya, dengan bantuan binokular, saya boleh nampak sesuatu yang tidak dapat saya nampak sebelum itu: sirip-sirip dorsal—ikan-ikan yu besar sedang mencari makan berdekatan dengan terumbu di sebelah perintang itu.

Kumpulan itu menjadi diam. Peluncur air tua itu simpankan binokularnya dan meninggalkan kami. Sambil dia pergi, dia berkata sesuatu yang saya tidak akan lupakan: “ Janganlah terlalu kritikal terhadap perintang itu. Ia adalah satu-satunya pekara yang menghalang ikan-ikan yu untuk menyerang kamu.”

Ketika berdiri di pantai itu, perspektif kami tiba-tiba berubah. Satu perintang yang nampaknya kaku dan membatas—yang nampaknya mengehadkan keseronokan sukan meluncuri ombak besar—telah menjadi sesuatu yang berbeza. Dengan pemahaman baru tentang kebahayaan yang tersembunyi di bawah air, perintang itu menjadi satu perlindungan, keselamatan, dan keamanan.

Ketika kita melalui perjalanan hidup dan mengejarkan cita-cita, perintah-perintah dan standard Tuhan—kadangkala susah difahami. Ia nampaknya kaku dan keras, menghalangkan jalan keseronokan yang diikuti oleh orang ramai. Seperti yang dihuraikan oleh Rasul Paulus, “Kita lihat sekarang ini hanya seperti bayangan kabur pada cermin muka,”1  dengan satu perspektif yang terhad, kita sering kali tidak faham tentang kebahayaan yang tersembunyi di bawah permukaan laut.

Tetapi Dia yang “memahami segala sesuatu”2 tahu di mana adanya kebahayaan. Dia berikan kita arahan ilahi, melalui perintah-perintah dan bimbingan-Nya, supaya kita dapat mengelakkan kebahayaan itu—supaya kita menjalani hidup yang dilindungi daripada pemangsa rohani dan kebahayaan dosa.3

Kita menunjukkan kasih sayang kita kepada Tuhan—dan iman kita terhadap Dia—dengan sedaya upaya mengikuti rancangan-Nya bagi kita dan dengan mematuhi perintah-perintah yang Dia telah berikan kepada kita. Kita terutamanya menunjukkan iman dan kasih sayang dalam situasi di mana kita tidak faham sebab perintah-perintah Tuhan atau rancangan-Nya bagi kita. Memang senang untuk mengikut jalan di dalam perintang sebaik sahaja kita tahu adanya ikan-ikan yu yang berenang di luar perintang tersebut. Tetapi adalah lebih susah untuk mengikut jalan di dalam perintang itu apabia kita hanya dapat nampak ombak-ombak yang besar dan menyeronokkan di luarnya. Namun, pada waktu itulah—waktu apabila kita memilih untuk menjalankan iman, mempercayai Tuhan, dan menunjukkan kasih sayang kita kepada Dia—barulah kita dapat berkembang dan bermanfaat secara rohani.

Dalam Perjanjian Baru, Ananias tidak dapat memahami perintah Tuhan untuk mencari dan memberkati Saul—seorang lelaki yang berlesen untuk mempenjarakan mereka yang percayai Kristus. Namun, kerana dia mematuhi perintah Tuhan, Ananias seorang yang penting dalam perubahan rohani Rasul Paulus.4

Apabila kita percaya kepada Tuhan, menggunakan iman, mematuhi perintah-Nya, dan mengikut rancangan yang telah disediakan oleh-Nya bagi kita, kita lebih menjadi orang yang Dia hendak kita jadi. Proses perubahan hati ini adalah terpenting. Seperti yang diajar oleh Elder Dallin H. Oaks: “ Adalah tidak cukup jika kita hanya lakukan kebaikan tanpa perasaan. Perintah-perintah, tatacara-tatacara, dan perjanjian Injil bukan satu senarai deposit ke akaun bank syurgawi. Injil Yesus Kristus ialah satu rancangan yang menunjukkan kita bagaimana untuk menjadi orang yang Bapa Syurgawi berhasrat untuk kita jadi.”5

Pematuhan yang sejati, oleh itu, ialah dengan memberikan keseluruhan diri kepada Dia dan membenarkan Dia merancangkan perjalanan kita ketika keamanan dan kesusahan, memahami bahawa Dia boleh menolong kita menjadi lebih baik berbanding dengan usaha kita sendiri sahaja.

Apabila kita menyerah kepada kehendak-Nya, keamanan dan kegembiraan kita bertambah. Raja Benyamin mengajar bahawa orang yang mematuhi perintah Tuhan akan “diberkati dalam segala hal, baik duniawi mahupun rohani.”6 Tuhan ingin kita berbahagia. Dia ingin kita mempunyai keamanan. Dia ingin kita maju. Dia menginginkan kita selamat dan dilindungi daripada pengaruh duniawi di sekeliling kita.

Dalam kata lain, perintah Tuhan bukanlah satu perintang simpang siur jalan mencabar yang harus kita atasi dalam hidup ini supaya kita boleh dimuliakan dalam kehidupan abadi. Sebaliknya, perintang yang didirikan Tuhan memberikan kita satu perlindungan daripada kejahatan dan pengaruhan memusnah yang akan menyerut kita ke dalam kecelakaan. Perintah-perintah Tuhan diberi dengan kasih sayang; ia bertujuan untuk mendatangkan kebahagiaan dalam kehidupan ini7 dan untuk mendatangkan kebahagiaan dan kemuliaan dalam kehidupan abadi. Ia bagaikan petunjuk cara untuk berkelakuan—dan lebih pentingnya, ia menolong kita memahami orang yang harus kita jadi.

Sepertimana semua yang baik dan benar, Yesus Kristus ialah teladan yang terbaik. Pematuhan yang terhebat dalam segala keabadian berlaku apabila Putera menyerahkan Diri-Nya kepada kehendak Bapa. Dia telah meminta Bapa untuk menjauhkan cawan penderitaan daripada Dia—supaya Dia boleh ambil jalan yang berbeza daripada jalan yang sudah ditetapkan untuk Dia—Kristus menyerahkan diri kepada jalan yang Bapa-Nya hendak Dia ambil. Jalan itu melalui Getsemani dan Golgota, di mana Dia mengalami kesakitan dan penderitaan yang hebat, di mana Roh Bapa-Nya meninggalkan Dia. Tetapi jalan itu menghasilkan makam kosong pada hari ketiga, dengan teriakan “Dia sudah bangkit!”8 didengari dan dirasai oleh orang yang menyayangi Dia. Ia termasuk kebahagiaan dan kesejahteraan yang berpusat pada Penebusan-Nya bagi semua anak Tuhan sepanjang keabadian. Dengan membenarkan kehendak diri-Nya diatasi oleh kehendak Bapa, Kristus telah berikan kita harapan keamanan, kebahagiaan, dan kehidupan abadi.

Saya bersaksi bahawa kita ialah anak-anak Tuhan yang penyayang. Saya bersaksi bahawa Dia ingin kita menjadi gembira dan selamat dan diberkati. Untuk tujuan ini, Dia merancangkan bagi kita satu jalan yang memimpin kita kembali kepada-Nya dan Dia telahpun mendirikan perintang yang akan melindungi kita sepanjang perjalanan itu. Apabila kita mengikut jalan itu dengan sedaya upaya, kita akan mendapat keselamatan, kegembiraan, dan keamanan yang benar. Apabila kita menyerah kepada kehendak-Nya, kita menjadi orang yang Dia ingin kita menjadi. Dalam nama Yesus Kristus, amin.