2010–2019
“Dipilih Untuk Memberi Kesaksian Tentang Nama-Ku”
Oktober 2015


“Dipilih Untuk Memberi Kesaksian Tentang Nama-Ku”

Adalah baik untuk dipimpin oleh lelaki tua yang punyai kerohanian yang matang dan pertimbangan untuk menjawat jawatan pimpinan senior dalam Gereja Yesus Kristus yang sudah dipulihkan.

Pada tahun1996 Presiden Gordon B. Hinckley ditemu duga dalam satu program televisyen nasional yang dipanggil 60 Minutes. Mike Wallace, seorang wartawan yang gigih menemu duga Presiden Hinckley.

Pada hujung perbualan mereka, Encik Wallace berkata, “Ada orang yang kata ‘Gereja ini gereja orang tua. Ia dipimpin oleh lelaki tua.’”

Presiden Hinckley membalas dengan riang dan tanpa ragu, “Tidakkah ia sangat hebat untuk dipimpin oleh seorang yang berfikiran matang, seorang yang punyai pertimbangan baik yang tidak mudah dipengaruhi oleh ajaran yang berubah-ubah?”(siaran pada Apr. 7, 1996).

Tujuan saya adalah untuk menjelaskan mengapa ia adalah baik untuk dipimpin oleh orang tua yang berkerohanian matang dan berpertimbangan baik dalam Gereja Yesus Kristus yang sudah dipulihkan—dan mengapa kita harus “mendengar” dan “mengerti” (Mosia 2:9) kepada ajaran-ajaran orang-orang ini yang Tuhan telah “pilih untuk memberikan kesaksian tentang nama-[Nya] … di antara segala bangsa, kaum, bahasa, dan khalayak” (A&P 112:1).

Saya berdoa agar semua boleh diarah oleh Roh Kudus ketika kita menimbangkan bersama-sama kepentingan tajuk ini.

Satu Pengajaran Sepanjang Hidup

Saya berucap tentang topik ini dari perspektif tersendiri. Selama sebelas tahun sebelumnya, sayalah ahli Dua Belas Rasul yang paling muda. Ketika pelayanan saya, purata umur yang melayan dalam Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul ialah 77 tahun—purata umur Rasul terbesar selama sebelas tahun.

Saya sudah diberkati oleh pengalaman kerasulan, pengalaman peribadi dan pengalaman profesional ahli-ahli kuorum yang saya melayan bersama-sama. Satu contoh daripada perhubungan saya dengan Elder Robert D. Hales adalah peluang-peluang di mana saya dapat belajar dan melayan bersama para pemimpin ini.

Beberapa tahun lalu saya mengunjungi Elder Hales di rumahnya pada suatu petang hari Ahad ketika dia dalam pemulihan daripada suatu penyakit tenat. Kami berbual tentang keluarga kami, tanggungjawab kuorum kami, dan pengalaman yang penting.

Saya bertanyakan Elder Hales, “Kamu seorang suami, bapa, olahragawan, juruterbang, eksekutif, dan pemimpin Gereja yang berjaya. Apakah pelajaran yang telah dipelajari sekarangnya kamu sudah tua dan dihadkan oleh kekurangan keupayaan jasmani?”

Elder Hales berhenti sementara dan menjawab, “Apabila kamu tidak mampu melakukan perkara yang biasa kamu laku, kamu hanya lakukan perkara yang terpenting.”

Saya terpegun oleh jawapannya yang sederhana dan sempurna. Rakan kerasulan saya telah berkongsikan satu pengajaran hidup—satu pengajaran yang diperolehi melalui penderitaan jasmani dan pencarian jiwa.

Had Dan Kelemahan Manusia

Keterhadan akibat semulajadi proses penuaan boleh menjadi satu sumber pelajaran rohani. Faktor-faktor yang dipercayai mengehadkan keberkesanan para hamba sebaliknya boleh menjadi kekuatan terhebat bagi mereka. Sekatan jasmani boleh meningkatkan pemahaman. Stamina yang terhad boleh memberi keutamaan yang lebih jelas. Ketidakmampuan untuk melakukan banyak perkara boleh mengarahkan fokus kepada beberapa perkara yang lebih penting.

Ada yang mencadangkan bahawa pemimpin-pemimpin yang lebih muda dan lebih bertenaga diperlukan dalam Gereja untuk mengatasi cabaran-cabaran dunia kini dengan berkesan. Tetapi Tuhan tidak menggunakan falsafah dan cara kepimpinan kontemporari untuk mencapai tujuan-Nya (lihat Yesaya 55:8–9). Kita boleh harapkan bahawa Presiden dan para pemimpin senior Gereja akan terdiri daripada orang yang lebih matang dalam umur dan kerohanian.

Corak pemerintahan majlis dalam Gereja-Nya yang diwahyukan Tuhan menjaga dan mengurangkan kesan kelemahan manusia. Pengehadan fana para pemipin ini mengesahkan sumber ilahi wahyu yang datang kepada mereka dan melalui mereka. Mereka benar-benar telah dipanggil oleh Tuhan melalui nubuat (lihat Pasal-pasal Kepercayaan 1:5).

Satu Corak Persediaan

Saya telahpun memerhati saudara-saudara dalam Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul berkenaan tujuan Tuhan untuk memilih orang yang lebih matang melayan dalam jawatan kepimpinan senior Gereja. Mereka sudah diajar buat masa yang panjang oleh Tuhan, yang mereka wakili, layani, dan sayangi. Mereka faham bahasa ilahi Roh Kudus dan corak Tuhan untuk menerima wahyu. Lelaki-lelaki biasa ini telah melalui satu proses perkembangan luar biasa yang membentuk pemahaman mereka, mempengaruhi minda mereka, menghasilkan kasih sayang terhadap orang dari semua negara dan keadaan, dan mengesahkan realiti Pemulihan.

Saya telahpun berkali-kali menyaksikan para Saudara berusaha dengan tekun untuk melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab walaupun bergelutan dengan masalah jasmani besar. Mereka tidak dikecualikan daripada penderitaan. Sebaliknya, mereka diberkati dan diperkukuhkan untuk terus bekerja dengan berani semasa penderitaan mereka.

Semasa melayan bersama wakil-wakil Tuhan ini, saya mendapat tahu hasrat tertinggi mereka adalah untuk memerhatikan dan melakukan kehendak Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya. Ketika kami berbincang bersama, kami telah menerima ilham dan membuat keputusan yang mengambarkan pengetahuan dan kebenaran yang lebih besar daripada kebijaksanaan, pemahaman, dan pengalaman manusia. Semasa bekerjasama untuk mengatasi masalah yang rumit, pemahaman kumpulan kami tentang isu-isu telah diperkembangkan oleh kuasa Roh Kududs dengan hebat sekali.

Setiap hari, saya diberkati untuk memerhati sifat-sifat, keupayaan, dan kemuliaan individu para pemimpin ini. Ada orang fikir ketidaksempurnaan para saudara ini sangat menyusahkan hati dan melemahkan iman. Bagi saya, ketidaksempurnaan itu sangat menggalakkan dan meningkatkan iman saya.

Pelajaran Tambahan

Saya telahpun menyaksi enam Saudara menerima tugas baru di dunia roh melalui kematian jasmani : Presiden James E. Faust, Presiden Gordon B. Hinckley, Elder Joseph B. Wirthlin, Elder L. Tom Perry, Presiden Boyd K. Packer dan Elder Richard G. Scott.

Para Saudara yang berani ini telah mencurahkan “segala jiwa” mereka (Omni 1:26)—untuk bersaksikan nama Yesus Kristus di seluruh dunia. Kesemua ajaran mereka adalah sangat berharga.

Hamba-hamba ini telah berkongsi bersama kita, dalam pengakhiran pelayanan fana mereka, ringkasan pelajaran rohani yang sangat berkuasa melalui pelayanan kudus yang berdekad-dekad. Para pemimpin ini telah menyampaikan kebenaran yang sangat bernilai di ketika ramai yang fikir mereka tidak boleh berikan banyak sumbangan.

Pertimbangkan ajaran-ajaran terakhir para nabi dalam kitab suci. Contohnya, Nefi menamatkan catatannya dengan kata-kata ini: “Demikianlah telah Tuhan perintahkan kepadaku, dan aku mesti patuh” (2 Nefi 33:15).

Pada pengakhiran hidupnya, Yakub menegur:

“Bertaubatlah kamu, dan masuklah ke dalam di gerbang yang kecil, dan teruslah dalam jalan yang sempit, sampai kamu akan mendapatkan kehidupan kekal.

“Ya jadilah bijak; apa yang dapat aku katakan lagi?” (Yakub 6:11–12).

Moroni melengkapkan kerja penyediaan kepingan-kepingan dengan satu harapan tentang Kebangkitan: “Aku tidak lama lagi pergi untuk beristirahat di dalam firdaus Tuhan, sehingga roh dan tubuhku akan bersatu kembali, dan aku dibawa dalam kemenangan melalui udara, untuk menemuimu di hadapan meja penghakiman Yehova yang agung yang menyenangkan, Hakim yang Abadi ke atas yang hidup mahupun juga yang mati” (Moroni 10:34).

Kita diberkati dengan pelajaran daripada ajaran-ajaran dan kesaksian akhir para nabi dan rasul zaman kini. Nama-nama hari ini bukanlah Nefi, Yakub, dan Moroni—tetapi Presiden Faust, Presiden Hinckley, Elder Wirthlin, Elder Perry, Presiden Packer dan Elder Scott.

Saya tidak mencadangkan bahawa pesanan-pesanan akhir para pemimpin terkasih ini adalah yang paling penting dalam pelayanan mereka. Tetapi, semua pelajaran rohani dan pengalaman mereka membolehkan para pemimin ini menekan kebenaran abadi dengan ketulenan penuh dan kuasa yang hebat.

Imej
Presiden James E. Faust

Dalam ucapan terakhirnya di persidangan umum April 2007, Presiden Faust telah berkata:

“Juruselamat telahpun memberikan kita semua satu keamanan yang berharga melalui Korban Tebusan-Nya, tetapi ini hanya boleh dicapai apabila kita rela menyingkirkan perasaan negatif dan kemarahan, kebusukan hati, atau balas dendam. …

“Marilah kita ingat bahawa kita perlu mengampun untuk diampunkan … Dengan segala jiwa dan hatiku, saya percaya dalam kuasa penyembuhan yang boleh datang kepada kita apabila kita ikut nasihat Juruselamat ‘untuk mengampuni semua orang’ [ D&C 64:10 ]” (“The Healing Power of Forgiveness,” Liahona, Mei 2007, 69).

Pesanan Presiden Faust adalah satu pengajaran hidup daripada salah seorang yang saya kasihi dan seorang pengampun hebat.

Imej
Presiden Gordon B. Hinckley

Presiden Hinckley bersaksi dalam persidangan umum terakhirnya pada bulan Oktober 2007: “Saya mengesahkan kesaksian saya tentang panggilan nabi Joseph Smith, tentang kerjanya, tentang kemeteraian kasaksiannya dengan kesyahidannya untuk mempertahankan kebenaran abadi. … Kita mengemuka satu soalan untuk menerima kebenaran Penglihatan Pertama dan perkara yang berikutan ia. Kesahan gereja ini bergantung pada realiti Penglihatan Pertama. Jika Penglihatan Pertama adalah benar, dan saya bersaksi bahawa ia benar, maka kerja yang kita lakukan ialah kerja yang paling penting di bumi” (“The Stone Cut Out of the Mountain,” Liahona, Nov. 2007, 86).

Kesaksian Presiden Hinckley mengesahkan satu pengajaran hidup yang berkuasa dari seorang yang saya kasihi dan ketahui bahawa dia nabi Tuhan.

Imej
Elder Joseph B. Wirthlin

Elder Wirthlin telah menyampaikan pesanan persidangan umum terakhirnya pada bulan Oktober 2008.

“Saya masih ingat nasihat [ibu saya] pada suatu hari banyak tahun lalu apabila pasukan saya kalah dalam satu pertandingan bola: ‘Biarlah apa yang akan berlaku berlaku, dan bergembiralah.’

“… Kesusahan, jika dikendali dengan baik, boleh menjadi satu berkat dalam hidup kita. …

“Semasa mencarikan keriangan, carikanlah perspektif abadi, fahamkan prinsip pampasan, mendekati Bapa Syurgawi kita, dan kita boleh menahani kesusahan dan cubaan. Kita boleh kata, seperti ibu saya telah berkata, ‘Biarlah apa yang aka berlaku berlaku, dan bergembiralah’” (“Come What May, and Love It,” Liahona, Nov. 2008, 28).

Pesanan Elder Wirthlin ialah satu pengajaran hidup yang berkuasa dari seorang yang saya kasihi dan yang telahpun mengatasi kesusahannya melalui iman kepada Juruselamat.

Imej
Elder L. Tom Perry

Elder Perry berdiri di mimbar ini enam bulan yang lalu. Pada masa itu, kita tidak sangkakan kesaksiannya akan menjadi kesaksian persidangan umum yang terakhir.

“Saya ingin menutup dengan memberi saksi (dan saya sudah hidup di bumi ini selama sembilan dekad jadi saya layak katakan bahawa) semakin tuanya saya, semakin saya sedari bahawa keluarga adalah pusat kehidupan dan kunci kegembiraan abadi.

“Saya bersyukur terhadap isteri saya, anak-anak saya, cucu-cucu saya, cicit dan semua saudara-mara lain yang telah mengkayakan hidup saya, mahupun buat kekekalan. Saya berikan kesaksian yang paling berkuasa dan paling kudus tentang kebenaran abadi ini” (“Why Marriage and Family Matter—Everywhere in the World,” Liahona, Mei 2015, 42).

Pesanan Elder Perry ialah satu pengajaran hidup yang berkuasa dari seorang yang saya kasihi dan yang memahami tentang perhubungan di antara keluarga dan kegembiraan abadi melalui pengalaman.

Imej
Presiden Boyd K. Packer

Presiden Packer menekankan rancangan kegembiraan Bapa, Korban Tebusan Juruselamat, dan keluarga abadi dalam persidangan umum enam bulan lalu.

“Saya bersaksi bahawa Yesus ialah Kristus dan Putera Tuhan yang hidup. Dia berdiri pada puncak Gereja. Melalui Korban Tebusan-Nya dan kuasa imamat, keluarga yang bermula di fana boleh bersatu selama keabadian. …

“Saya sangat bersyukur terhadap … Penebusan yang boleh menyucikan semua kekotoran tidak kira betapa susah atau betapa banyak kali dosa itu diulangi. Penebusan boleh bebaskan kamu sekali lagi untuk bergerak ke depan, dengan suci dan layak” (“The Plan of Happiness,” Liahona, Mei 2015, 28).

Pesanan terakhir Presiden Packer ialah satu pengajaran hidup dari seorang yang saya kasihi dan yang mengisyitharkan berulang kali tujuan “semua aktiviti Gereja adalah untuk memastikan seorang lelaki dan seorang wanita bersama anak-anak mereka bergembira di rumah, dimeterai buat keabadian”( Liahona, Mei 2015, 26).

Imej
Elder Richard G. Scott

Elder Scott berucap dalam persidangan umum terakhirnya dalam bulan Oktober 2014: “Kita datang ke kefanaan untuk berkembang dan untuk dicuba. Cabaran membantu kita menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi kita, dan Korban Tebusan Yesus Kristus membolehkan kita untuk menahan cabaran-cabaran itu. Saya bersaksi bahawa jika kita datang kepada Dia, kita boleh menahan setiap godaan, setiap kesakitan hati, setiap cabaran yang dihadapi” (“Make the Exercise of Faith Your First Priority,” Liahona, Nov. 2014, 94).

Pesanan Elder Scott ialah satu pengajaran hidup daripada seorang yang saya kasihi dan seorang saksi istimewa Kristus di seluruh dunia (lihat A&P 107:23).

Janjian dan Kesaksian

Juruselamat mengisytiharkan, “Apakah melalui suara-Ku sendiri atau melalui suara para hamba-Ku, itu adalah sama” (A&P 1:38). Semoga kita mendengari dan mematuhi kebenaran abadi yang diajar oleh wakil-wakil terpilih Tuhan. Jika kita berbuat demikian, saya berjanji bahawa iman kita kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus akan diperkukuhkan, dan kita akan menerima bimbingan dan perlindugan rohani untuk keadaan dan keperluan kita yang tertentu.

Dengan segala tenaga jiwa, saya bersaksi bahawa Kristus yang sudah dibangkitkan dan hidup mengarah hal-hal Gereja-Nya yang telah dipulihkan melalui para hamba-Nya yang dipilih untuk bersaksikan nama-Nya. Saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.