2010–2019
Mata Untuk Melihat Dan Telinga Untuk Mendengar
Oktober 2015


Mata Untuk Melihat Dan Telinga Untuk Mendengar

Jika kita memandang kepada Kristus dan membuka mata dan telinga kita, Roh Kudus akan memberkati kita untuk melihat Tuhan Yesus Kristus bekerja dalam kehidupan kita.

Ketika pelayanan fana-Nya, Yesus telah melakukan mukjizat penyembuhan hebat dan mengajar dengan kewenangan dan kuasa, di mana tulisan suci menyatakan, “Berita tentang Yesus tersebar di seluruh negeri Siria … Orang yang mengikut Yesus banyak sekali.”1

Beberapa orang yang telah melihat Dia menyembuh dan mendengar Dia mengajar menolak-Nya. Yang lain mengikut Dia buat satu musim tetapi kemudiannya berhenti mengikut-Nya.2 Tuhan Yesus Kristus beradad di depan mata, tetapi mereka tidak nampak siapa Dia sebenarnya. Mereka buta, dan mereka memilih untuk memandang ke arah lain. Berkenaan mereka, Yesus berfirman:

“Aku datang kepada umat milik-Ku, dan umat milik-Ku tidak menerima-Ku.”3

“Bangsa ini … telinga pekak, dan mata buta.”4

Namun, terdapat ramai orang, termasuk para Rasul-Nya yang beriman, memusatkan kehidupan mereka kepada-Nya. Walaupun mereka berjuang dengan gangguan duniawi, bersama kekeliruan tentang hal yang Dia ajar, dan mahupun ketakutan, mereka mempercayai-Nya, menyayangi-Nya, dan mengikuti-Nya.

Berkenaan mereka, Yesus berfirman, “Kamu sangat bertuah! Mata kamu melihat dan telinga kamu mendengar.”5

Sebelum penderitaan-Nya di Getsemani dan di Kalvari, Yesus janjikan para pengikut-Nya: “Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan melakukan apa yang Aku lakukan, bahkan dia akan melakukan hal-hal yang lebih besar lagi, kerana Aku pergi kepada Bapa.”6

Yesus memenuhi perjanjian itu: bermula dengan hari Pentakosta, para pengikut telah diberkati dengan pembaptisan api dan Roh Kudus.7 Melalui iman mereka kepada Kristus, pertaubatan, dan pematuhan, Roh Kudus telah menjadi teman, mengubah hati mereka, dan memberkati mereka dengan kesaksian kebenaran yang berkekalan.

Kurnia-kurnia dan berkat-berkat itu memperkuatkan para pengikut Tuhan. Walaupun mereka hidup dalam satu zaman yang berbahaya dan yang mengelirukan, mereka menerima kurnia rohani mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar. Melalui kuasa Roh Kudus, mereka mula nampak kebenaran hal-hal sebagaimana ianya benar-benar akan terjadi, terutama hal tentang Tuhan Yesus Kristus dan kerja-Nya di kalangan mereka.8 Roh Kudus mengembangkan pemahaman mereka, dan mereka dapat mendengar suara Tuhan dengan lebih jelas. Injil Yesus Kristus lebih tenggelam dalam hati mereka.9 Mereka setia dan taat.10 Mereka mengkhutbahkan Injil dengan keberanian dan kuasa serta membina kerajaan Tuhan.11 Mereka bergembira dalam Tuhan Yesus Kristus.

Kita punyai banyak keserupaan dengan orang yang beriman pada pertengahan zaman ini. Kita juga hidup pada masa di mana Tuhan Yesus Kristus melakukan mukjizat di kalangan kita—termasuk menyembuhkan mereka yang sakit, menguduskan kita daripada dosa, mengubahkan hati kita, dan menyediakan penyelamatan kepada anak-anak Tuhan di kedua-dua belah tirai dunia. Pada zaman kita, kita juga ada nabi dan rasul hidup, kuasa imamat, kurnia rohani, dan berkat-berkat ilahi daripada tatacara penyelamatan.

Zaman kita satu zaman yang bahaya—satu zaman yang penuh dengan kejahatan dan godaan besar, satu zaman yang penuh dengan kekeliruan dan kekecohan, dalam waktu bahaya ini, nabi Tuhan di bumi, Presiden Thomas S. Monson, telahpun memanggil kita untuk menyelamatkan mereka yang lemah rohani,12 untuk mempertahankan kebenaran dengan gagah,13 dan untuk membina Kerajaan Tuhan.14 Tidak kira apa paras rohani atau kepatuhan kita sekarang, ia tidak mencukupi bagi kerja yang akan datang. Kita memerlukan cahaya rohani dan kuasa yang lebih besar. Kita memerlukan mata untuk melihat dengan lebih jelas bahawa Kristus berada dalam kehidupan kita dan telinga untuk mendengar suara-Nya dengan lebih mendalam dalam hati kita.

Berkat-berkat ini datang apabila kita bukakan hati kita dan menerima,15 benar-benarnya menerima, Tuhan Yesus Kristus, ajaran-Nya, dan Gereja-Nya dalam kehidupan kita. Kita tidak perlu menjadi sempurna, tetapi kita perlu menjadi baik dan lebih baik. Kita perlu berusaha untuk mematuhi kebenaran Injil yang sederhana dan jelas. Jika kita mengambil nama Kristus, bertindak dengan iman terhadap Dia untuk bertaubatkan dosa-dosa kita, mematuhi perintah-perintah-Nya, dan selalu mengingat Dia, kita akan menerima penemanan Roh Kududs melalui belas kasihan dan rahmat Yesus Kristus.

Pematuhan mendatangkan Roh ke dalam hati kita. Di rumah, kita berdoa dengan iman, mengkaji kitab suci, dan menjaga hari Sabat. Di gereja kita mengambil sakramen dan membuat perjanjian kudus dengan Bapa Syurgawi kita dalam nama Kristus. Di bait suci kita mengambil bahagian dalam tatacara kudus bagi pihak saudara-saudari kita yang sudah meninggal dunia. Dalam keluarga dan tugas Tuhan, kita menghulurkan tangan kepada orang lain, mengangkat beban mereka dan menjemput mereka untuk datang kepada Kristus.

Saudara-saudari, saya tahu jika kita lakukan semua perkara tersebut, Roh Kudus akan datang! Kita akan berkembang secara rohani dan memperolehi pengalaman dengan Roh Kudus, dan Dia akan menjadi teman kita. Jika kita memandang kepada Kristus dan membuka mata dan telinga, Roh Kudus akan memberkati kita untuk melihat Tuhan Yesus Kristus bekerja dalam kehidupan kita, memperkukuhkan iman kita kepada Dia dengan jaminan dan bukti. Kita akan memandang saudara-saudari kita seperti Tuhan memandang mereka, dengan kasih sayang dan belas kasihan. Kita akan mendengar suara Juruselamat dalam kitab suci, dalam bisikan Roh, dan dalam kata-kata nabi hidup.16 Kita akan nampak kuasa Tuhan pada nabi-Nya dan semua pemimpin Gereja-Nya yang benar, dan kita akan tahu dengan pastinya bahawa ini ialah kerja kudus Tuhan.17 Kita akan nampak dan fahami dengan sendiri dan dunia sekeliling sepertimana Juruselamat. Kita akan memperolehi “fikiran Kristus” yang disebutkan oleh Rasul Paulus.18 Kita akan mempunyai mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar, dan kita akan membina kerajaan Tuhan.

Kehidupan boleh menjadi susah, mengelirukan, menyakitkan, dan mematahkan hati. Saya bersaksi bahawa melalui penemanan Roh Kudus, cahaya Injil Yesus Kristus akan mengatasi kekeliruan, kesakitan, dan kegelapan. Sama ada ia akan datang dengan serta-merta atau dengan perlahan-lahan, kuasa rohani itu akan berikan kasih sayang yang menyembuhkan dan kesenangan hati kepada jiwa yang bertaubat; menyingkirkan kegelapan dengan cahaya kebenaran; dan menggantikan kepatahan hati dengan harapan dalam Kristus. Kita akan nampak berkat-berkat ini datang, dan kita akan tahu melalui kesaksian Roh bahawa itu adalah Kristus yang bekerja dalam kehidupan kita. Beban kita akan benar-benar “tertelan dalam kebahagiaan [Penebus kita].”19

Satu pengalaman ibu bapa saya telah lalui banyak tahun lalu menunjukkan kepentingan dan kuasa untuk mempunyai mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar. Pada tahun 1982, ibu bapa saya dipanggil untuk melayan di Misi Davao Filipin. Apabila ibu saya membuka surat itu dan nampak ke mana mereka akan melayan, dia berkata kepada bapa saya, “Tidak! Kamu mesti menelefon mereka dan beritahu bahawa kita tidak boleh pergi ke Filipin. Mereka tahu kamu ada penyakit asma.” Bapa saya sudah menderita dengan penyakit asma buat banyak tahun, dan ibu saya sangat risau.

Beberapa malam selepas itu, ibu saya terbangun pada pukul 2:30 pagi dan dia membangunkan bapa saya. Dia berkata, “Merlin, adakah kamu dengar suara itu?”

“Tidak, saya tidak dengar apa-apa suara pun.”

“Saya dengar suara yang sama tiga kali malam ini, yang berkata, ‘Mengapa kamu risau? Tidakkah kamu tahu bahawa saya tahu dia ada penyakit asma? Saya akan menjaga dia, dan saya akan menjaga kamu juga. Bersedialah untuk melayan di Filipin.’”

Imej
Merlin dan Helen Clark

Ibu bapa saya melayan di Filipin dan mereka mempunyai pengalaman yang hebat. Roh Kudus menjadi teman mereka, dan mereka telah diberkati dan dilindungi. Bapa saya tidak pernah mempunyai masalah dengan penyakit asmanya. Dia melayan sebagai penasihat pertama dalam presidensi misi itu, dan dia bersama ibu telah melatih beratus-ratus orang mubaligh dan beribu-ribu Orang Suci Zaman Akhir yang beriman dalam persediaan penubuhan bahagian dan pancang di Pulau Mindanao. Mereka diberkati mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar.

Saudara-saudari, saya bersaksi tentang Yesus Kristus. Saya tahu Dia hidup. Dialah Juruselamat dan Penebus kita. Saya tahu jika kita menerima Dia ke dalam kehidupan kita dan mematuhi kebenaran injil-Nya, kita akan menikmati penemanan Roh Kudus. Kita akan mempunyai mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar. Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.