2010–2019
Tuhan Berada Pada Kemudi
Oktober 2015


Tuhan Berada Pada Kemudi

Perintah-perintah dan perjanjian-perjanjian ialah kebenaran bernilai serta ajaran-ajaran yang terdapat dalam Kapal Lama Sion, di mana Tuhan berada pada kemudi.

Pada persidangan umum Oktober yang lalu, saya menjemput para pendengar untuk mengikut nasihat Brigham Young untuk tetap dalam Kapal Lama Sion, iaitu Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, dan berpegang dengan kedua-dua tangan.1 Sejak itu, saya gembira untuk tahu bahawa sebahagian daripada keluarga saya dan orang lain telah mendengar dan telah bertanya kepada saya soalan ini, “Apa yang berada dalam Kapal Lama Sion yang kita perlu bertahan pada?” Saya memperingatkan mereka kata-kata Presiden Brigham Young: “Kita berada dalam kapal lama Sion. … [Tuhan] berada pada kemudi dan akan tetap di situ. … Dia memimpin, membimbing dan mengarah. Jika orang-orang akan mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap Tuhan mereka, tidak meninggalkan perjanjian mereka atau Tuhan mereka, Dia akan membimbing kita dengan betul.”2

Dengan jelasnya, Bapa Syurgawi dan Tuhan Yesus Kristus telah lengkapkan Kapal Lama Sion dengan kebenaran abadi yang jelas dan mudah yang akan membantu kita tetap pada perjalanan melalui perairan kesusahan kehidupan fana. Berikut ialah beberapa contoh.

Gereja Yesus Kristus selalu dipimpin oleh para nabi dan rasul yang hidup. Walaupun mereka fana dan tertakluk kepada ketidaksempurnaan manusia, hamba-hamba Tuhan berilham ini membantu kita untuk mengelakkan halangan yang mengancam nyawa kerohanian dan membantu kita melalui kefanaan dengan selamat dan pulang ke destinasi terakhir kita di syurga.

Dalam pergaulan rapat saya yang hampir 40 tahun, saya telah menjadi saksi peribadi apabila kedua-dua inspirasi tenang dan wahyu yang mendalam telah membawa para nabi dan rasul, Penguasa Umum, dan pemimpin badan sokongan untuk membuat tindakan. Walaupun tidak sempurna dan tanpa kesilapan, lelaki dan wanita yang baik ini dengan dedikasi sempurna telah membawa pekerjaan Tuhan ke hadapan sebagaimana yang telah diarahkan-Nya.

Dan jangan membuat kesilapan mengenainya: Tuhan mengarahkan Gereja-Nya melalui para nabi dan rasul yang hidup. Inilah cara Dia sentiasa melakukan kerja-Nya. Sesungguhnya, Juruselamat telah mengajar, “Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Sesiapa yang menyambut orang yang Aku utus, menyambut Aku”3 Kita tidak boleh memisahkan Kristus daripada hamba-hamba-Nya. Tanpa Para Rasul pertama-Nya, kita tidak akan mempunyai laporan saksi dari kebanyakan ajaran-ajaran-Nya, pelayanan-Nya, penderitaan-Nya di Taman Getsemani, dan kematian-Nya di kayu salib. Tanpa kesaksian mereka, kita tidak akan mempunyai saksi kerasulan tentang kubur yang kosong dan Kebangkitan.

Dia memerintah Para Rasul pertama:

“Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Tuhan:

“Ajarlah mereka menaati segala yang sudah Aku perintahkan.”4

Pelaksanaan ini telah diperbaharui pada zaman kita apabila Tuhan memanggil Joseph Smith untuk memulihkan Gereja, dengan Rasul-rasul yang ditahbiskan untuk mengisytiharkan Injil-Nya buat kali terakhir sebelum Dia akan datang lagi.

Ia sentiasa satu cabaran dunia untuk menerima para nabi dan rasul yang hidup, tetapi ia adalah sangat penting untuk berbuat demikian untuk memahami sepenuhnya Korband Tebusan dan ajaran Yesus Kristus dan menerima kepenuhan berkat keimamatan yang diberikan kepada mereka yang Dia telah panggil.

Terlalu ramai orang berfikir bahawa pemimpin Gereja dan ahli Gereja haruslah sempurna atau hampir sempurna. Mereka lupa bahawa rahmat Tuhan adalah mencukupi untuk menyelesaikan pekerjaan-Nya melalui manusia. Pemimpin kita mempunyai niat yang terbaik, tetapi kadangkala kita melakukan kesilapan. Ini tidak unik bagi perhubunganan dalam Gereja, kerana perkara sebegitu berlaku dalam perhubunganan kita di kalangan kawan-kawan, jiran-jiran, dan rakan tempat kerja dan juga di antara pasangan suami isteri dan dalam keluarga.

Mencari kelemahan manusia orang lain adalah agak mudah. Tetapi, kita membuat kesilapan yang serius dengan hanya melihat sifat manusia antara satu sama lain dan kemudian gagal melihat tangan Tuhan bekerja melalui mereka yang sudah Dia panggil.

Memberi tumpuan kepada bagaimana Tuhan mengilhami para pemimpin pilihan-Nya dan bagaimana Dia menggerakkan Orang Suci dalam melakukan perkara yang hebat dan luar biasa walaupun mereka ialah manusia ialah satu cara kita berpegang kepada Injil Yesus Kristus dan tetap dengan selamat dalam Kapal Lama Sion.

Kebenaran kedua ialah ajaran rancangan penyelamatan. Melalui nabi Joseph Smith, Tuhan memberikan Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, dan banyak ajaran-ajaran tambahan kepada Gereja. Ini termasuk pengetahuan rancangan penyelamatan, yang merupakan peta dari mana kita datang, tujuan kita di bumi, dan di mana kita akan pergi selepas kita mati. Rancangan ini juga memberikan kita perspektif yang unik dan abadi bahawa kita ialah anak-anak rohani Tuhan. Dengan memahami siapa Bapa Syurgawi kita dan perhubunganan kita dengan-Nya dan dengan Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus, kita akan menerima perintah-perintah Mereka dan membuat perjanjian dengan Mereka yang akan membawa kita kembali ke hadirat abadi Mereka.

Setiap kali saya memegang bayi yang baru lahir, saya mendapati diri saya tertanya: “Siapakah kamu, anak kecil? Apa yang kamu akan menjadi melalui Penebusan Kristus?”

Kita bertanya soalan-soalan yang lebih kurang sama apabila seseorang yang kita kasihi meninggal dunia: “Di manakah mereka? Apa yang sedang mereka lihat dan alami? Adakah kehidupan akan terus? Apakah sifat perhubunganan yang paling kita hargai di dunia besar roh-roh yang telah mati?”

Dalam dunia itu, keluarga kami mempunyai dua cucu perempuan, Sara dan Emily, dan seorang cucu lelaki, Nathan. Dengan kematian setiap cucu, keluarga kami berpegang kepada Injil kebenaran dengan kedua-dua tangan. Soalan-soalan kami dijawab dengan kesenangan hati dan keyakinan melalui Penebusan Juruselamat. Walaupun kami merindui cucu kami, kami tahu bahawa mereka hidup, dan kami tahu kami akan menjumpai mereka lagi. Betapa bersyukur kita ke atas pemahaman rohani ini pada masa kesukaran peribadi dan keluarga.

Satu lagi kebenaran dalam Gereja adalah bahawa Bapa Syurgawi mencipta Adam dan Hawa untuk satu tujuan yang mulia. Tugas mereka—dan, seterusnya,tugas keturunan mereka—adalah untuk mencipta badan-badan fana untuk anak-anak roh Tuhan supaya mereka boleh mengalami kefanaan. Melalui proses ini, Bapa Syurgawi hantarkan anak-anak roh-Nya ke bumi untuk belajar dan berkembang melalui pengalaman kehidupan bumi. Kerana Dia mengasihi anak-anak-Nya, Tuhan hantarkan utusan syurgawi dan Para Rasul untuk mengajar mereka tentang peranan penting Yesus Kristus sebagai Juruselamat kita.

Sepanjang berabad-abad, para nabi melaksanakan tugas mereka apabila mereka telah memberi amaran kepada orang-orang tentang kebahayaan yang di hadapan mereka. Para Rasul Tuhan berkewajipan untuk menjaga, memberi amaran, dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang mencari jawapan kepada soalan-soalan kehidupan.

Dua puluh tahu yang lalu, Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul mengeluarkan “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia.” Dalam dokumen berilham itu, kita membuat kesimpulan dengan yang berikut: “Kami memberi amaran bahawa orang yang melanggar perjanjian-perjanjian kemurnian akhlak, yang mendera isteri atau suami atau anak-anak, atau gagal memenuhi kewajipan kekeluargaan akan pada suatu hari dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan. Seterusnya, kami memberi amaran bahawa pemecahan keluarga akan mendatangkan bencana ke atas individu-individu, komuniti-komuniti, dan negara-negara seperti yang diramalkan oleh nabi-nabi kuno mahupun kini.”5

Sebagai Rasul, kami mengesahkan semula amaran khusyuk ini sekali lagi hari ini. Sila ingat bahawa perintah dan perjanjian ialah kebenaran bernilai dan ajaran yang terdapat dalam Kapal Lama Sion, di mana Tuhan berada pada kemudi.

Satu lagi ajaran yang kita patut berpegang teguh adalah untuk mematuhi hari Sabat. Ini membantu kita kekal tidak ternoda dari dunia, membekalkan kita dengan rehat jasmani, dan memberikan kita masing-masing penyegaran rohani dalam penyembahan Tuhan dan Putera-Nya setiap hari Ahad.6 Apabila kita merayakan hari Sabat, ialah tanda kasih kita bagi Mereka.7

Sebagai sebahagian daripada usaha kita untuk merayakan hari Sabat, kita telah meminta para pemimpin tempatan dan ahli Gereja untuk ingat bahawa pertemuan sakramen ialah kepunyaan Tuhan dan harus berakar serta berdasar dalam ajaran-Nya. Tatacara Injil sakramen ialah waktu kita memperbaharui perjanjian kita dan mengesahkan semula kasih kita bagi Juruselamat dan mengingati pengorbanan-Nya dan Penebusan-Nya.

Semangat menyembah yang sama ini perlu meresap ke dalam pertemuan puasa dan kesaksian bulanan kita. Pertemuan sakramen adalah untuk ahli-ahli menyatakan kesyukuran, kasih, dan penghargaan kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, dan Injil yang dipulihkan dan menjadi saksi peribadi untuk perkara-perkara ini dengan ringkas. Pertemuan puasa dan kesaksian ialah satu masa untuk kongsikan fikiran berinspirasi yang ringkas dan memberi kesaksian khusyuk. Ia bukan satu masa untuk memberi ucapan.

Kanak-kanak kecil harus berlatih untuk mengongsikan kesaksian mereka di Sekolah Primer dan dengan ibu bapa mereka dalam pertemuan malam keluarga sehingga mereka memahami erti penting kesaksian.

Penekanan baru-baru ini untuk membuat Hari Sabat satu kebahagiaan ialah hasil inspirasi dari Tuhan melalui para pemimpin Gereja. Ahli-ahli majlis bahagian perlu membantu lembaga uskup beberapa minggu lebih awal dengan memeriksa muzik dan topik-topik yang telah dicadangkan bagi setiap pertemuan sakramen.

Kita semua diberkati apabila Sabat dipenuhi dengan kasih bagi Tuhan di rumah dan di gereja. Apabila anak-anak kita diajar dalam cara-cara Tuhan, mereka belajar untuk merasa dan bertindak balas kepada Roh-Nya. Kita semua akan ingin menghadiri setiap hari Ahad untuk mengambil sakramen apabila kita merasakan Roh Tuhan. Dan semua, muda dan tua, yang membawa beban berat akan merasakan kesenangan dan keamanan yang datang dari hari Sabat yang penuh dengan renungan tentang Bapa Syurgawi dan Tuhan Yesus Kristus kita.

Syukurnya, Kristus sentiasa dekat, menunggu dan rela membantu kita apabila kita berdoa untuk bantuan dan rela bertaubat dan datang kepada-Nya.

Sekarang, pada masa kita merenungkan beberapa kebenaran ini yang wujud dalam Kapal Lama Sion, marilah kita tetap dalam kapal dan ingat bahawa, mengikut definisi, kapal ialah satu kenderaan, dan tujuan satu kenderaan adalah untuk membawa kita ke satu destinasi.

Destinasi kapal kita ialah berkat penuh Injil, kerajaan syurga, kemuliaan selestial, dan hadirat Tuhan!

Rancangan Tuhan sudah bertempat. Dia berada pada kemudi, dan kapal hebat dan berkuasa-Nya belayar terhadap penyelamatan dan kemuliaan. Ingatlah bahawa kita tidak boleh sampai ke sana dengan melompat keluar dari kapal dan cuba berenang ke sana secara diri sendiri.

Kemuliaan ialah matlamat perjalanan fana ini, dan tidak ada seorang yang boleh sampai ke sana tanpa Injil Yesus Kristus: Penebusan-Nya, tatacara Injil, dan ajaran-ajaran dan prinsip-prinsip panduan yang terdapat dalam Gereja.

Gereja ialah tempat kita belajar kerja-kerja Tuhan dan menerima rahmat Tuhan Yesus Kristus yang menyelamatkan kita. Dalam Gerejalah kita membentuk komitmen dan perjanjian keluarga abadi yang menjadi pasport ke kemuliaan. Gerejalah yang dijalankan dengan kuasa imamat menggerakkan kita melalui perairan kefanaan yang tidak tentu.

Marilah kita bersyukur ke atas Kapal Lama Sion kita yang indah, kerana tanpanya kita akan hanyut, berseorangan dan tanpa kuasa, disapu tanpa kemudi atau dayung, berputar dengan arus kuat angin dan ombak musuh.

Memegang ketat, para saudara dan saudari, dan belayar dalam kapal yang mulia ini, Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, dan kita akan sampai ke destinasi abadi kita. Ini ialah kesaksian dan doa saya untuk kita semua dalam nama-Nya yang Kapal Lama Sion dinamakan, bahkan Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus, amin.