2010–2019
Saya Berdiri dengan Kagum
Oktober 2015


Saya Berdiri dengan Kagum

Kesaksian saya mengenai Yesus Kristus telah dibina dari pelbagai pengalaman istimewa di mana saya mengetahui kasih hebat-Nya terhadap kita semua.

Saudara dan saudari seluruh dunia yang dikasihi, saya amat bersyukur atas undangan Presidensi Utama untuk berkongsikan kesaksian saya pada hari Sabat ini. Kata-kata lagu rohani kegemaran Orang Suci Zaman Akhir menggambarkan perasaan saya kini:

‘Ku berdiri kagaum pada kasih Sang Kristus,

Bingung pada kasih karunia bagiku …

‘Ku heran Dia mau turun dari takhta-Nya,

Menyelamatkan jiwa berdosa seperti hamba,

Memberikan kasih pada umat manusia,

Cukup kasih-Nya ‘tuk menebus yang berdosa …

O, Betapa ajaibnya, ajaib bagiku1

Beberapa hari yang lalu saya berpeluang untuk bertemu dengan Presidensi Utama dan menerima panggilan ini dari nabi tersayang kita, Presiden Thomas S. Monson. Saya ingin bersaksi kepada anda semua tentang kekuatan dan kasih yang dimiliki Presiden Monson apabila dia berkata kepada saya, “Panggilan ini datang dari Tuhan Yesus Kristus.”

Saya berasa terberangsang dan bergetar dengan mendalam sekali sambil menimbangkan kepentingan kata-kata yang telah diucap dengan lembut oleh nabi tersayang kita. Presiden Monson, Presiden Eyring, Presiden Uchtdorf, saya mengasihi kamu dan akan melayan Tuhan dan kesemua anda dengan sepenuh hati, kuasa, minda, dan tenaga.

Oh, betapa saya sayangi Presiden Boyd K. Packer dan Elders L. Tom Perry dan Richard G. Scott. Saya merindui mereka. Saya bersyukur dapat dilatih dan diajar secara peribadi oleh saudara-saudara tersebut. Saya tidak layak untuk mengganti mereka, tetapi saya bangga dapat dipanggil untuk meneruskan pelayanan Tuhan.

Apabila saya memikirkan mereka yang telah membantu membentuk saya, orang pertama yang melintasi minda adalah teman abadi saya, Melanie. Bertahun-tahun, dia telah membentuk saya seperti tanah liat untuk menjadi pengikut Yesus Kristus yang lebih baik. Kasih sayang dan sokongannya, bersama 5 anak kami, pasangan mereka, dan 24 cucu-cucu kami, menampung saya. Kepada keluarga tersayang saya, saya kasihi kamu.

Seperti nabi lama Nefi, saya telah dilahirkan dalam Injil dari ibu bapa yang baik dan mereka dari ibu bapa yang baik leluhuri 6 generasi. Moyang terawal saya yang menyertai Gereja berasal dari England dan Denmark. Perintis-perintis awal ini telah banyak berkorban untuk Injil Yesus Kristus dan meninggalkan satu warisan yang diikuti oleh keturunan mereka. Saya sangat bersyukur atas satu keluarga bergenerasi Orang Suci Zaman Akhir dan saya tahu bahawa ini satu matlamat yang bernilai bagi semua untuk mengusahakan.

Ramai lagi yang telah menyumbang untuk menyediakan saya untuk panggilan baru ini. Mereka termasuk rakan-rakan dan keluarga, pemimpin-pemimpin awal, guru-guru, dan pembimbing sepanjang hidup. Ini juga termasuk mereka dari misi awal saya semasa di negeri-negeri Timur dan mubaligh-mubaligh tersayang kami dari misi New York New York Utara. Kepada ramai yang telah mempengaruhi dan membentuk hidup saya, saya amat bersyukur.

Saya menghargai peluang untuk melayan bersama Saudara-saudara Tujuh Puluh. Selama 15 tahun saya telah berada di dalam salah satu kuorum yang terhebat dan persaudaraan Gereja yang penyayang. Terima kasih, hamba-hamba yang dikasihi. Kini saya tergolong dalam kuorum baru. Presiden Russell M. Nelson, saya sangat mengasihi kamu dan setiap ahli Kuorum Dua Belas Rasul.

Saya dan Sister Rasband telah diberkati untuk melawat ahli-ahli dalam banyak tugasan persidangan dan misi-misi seluruh dunia. Kami menyayangi semua Orang Suci Zaman Akhir! Iman kamu telah meningkatkan iman kami; kesaksian kamu telah menyumbang kepada kesaksian kami.

Sekarang, jika saya dapat meninggalkan satu pesanan kecil untuk anda hari ini, inilahnya: Tuhan telah berfirman, “Hendaklah kamu saling mengasihi. Sebagaimana Aku sudah mengasihi kamu.”2 Saya yakin tiada pilihan, dosa, atau kesalahan yang anda atau sesiapa buat yang boleh menghentikan kasih-Nya untuk anda atau mereka. Ini tidak bermakna Dia mengecualikan atau mengizinkan perbuatan yang berdosa—Saya pasti Dia tidak—tetapi ia bermaksud kita patut mendekati manusia sesama dengan kasih dan mengundang, memujuk, melayan, dan menyelamat. Yesus Kristus tidak memandang kaum, taraf, dan keadaan seseorang untuk mengajar mereka kebenaran besar ini.

Telah banyak kali saya ditanya bilakah saya menerima kesaksian saya.

Saya tidak ingati tidak mempercayai Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Saya mula mengasihi mereka sejak mempelajari mengenai Mereka dari ibu tersayang, membaca kitab suci dan kisah-kisah Injil. Kepercayaan awal itu telah berkembang menjadi pengetahuan dan kesaksian berkenaan seorang Bapa Syurgawi penyayang, yang mendengari dan menjawab doa-doa kita. Kesaksian saya mengenai Yesus Kristus telah dibina dari pelbagai pengalaman istimewa di mana saya mengetahui kasih hebat-Nya terhadap kita semua.

Saya bersyukur ke atas Korban Tebusan Juruselamat dan berhasrat seperti Alma untuk menyeru dengan semangat Tuhan.3 Saya tahu Joseph Smith ialah nabi pemulihan Tuhan dan Kitab Mormon ialah firman Tuhan. Dan saya tahu Presiden Thomas S. Monson ialah hamba dan nabi Tuhan di bumi hari ini.

Apabila kita mengikut nabi kita, saya berdoa agar hati kita berihsan terhadap orang lain dan agar kita menjadi saksi hidup dan sesungguhnya “berdiri kagum pada kasih Sang Kristus kepada [kita].” Oh, semoga ia “betapa ajaibnya, ajaibnya bagi[anda dan bagiku].” Dalam nama Yesus Kristus, amin.