2010–2019
Ia Berfungsi Dengan Baik!
Oktober 2015


Ia Berfungsi Dengan Baik!

Saya berdoa bahawa kita akan bertumpu kepada “kesederhanaan dalam Kristus” dan membenarkan rahmat-Nya untuk mengangkat dan membawa kita.

Para saudara dan saudari yang dikasihi, kawan-kawan yang dikasihi, saya memang gembira untuk bersama anda hari ini. Kita sedih melihat 3 tempat kosong di sini. Kita merindui Presiden Packer, Elder Perry, dan Elder Scott. Kita menyayangi mereka, dan kita berdoa untuk kesejahteraan keluarga mereka.

Dalam persidangan minggu ini, kita akan mempunyai peluang untuk sokong tiga orang yang telah dipanggil oleh Tuhan untuk mengambil tempat mereka di kalangan Kuorum Dua Belas Rasul.

Doa kita bagi pihak mereka akan menguatkan mereka apabila mereka menanggung mantel kudus sebagai rasul.

Adakah Injil Berfungsi untuk Kamu?

Tidak lama yang lalu, saya melihat satu petikan yang membuat saya berhenti dan berfikir. Ia berkata: “Beritahu seorang bahawa terdapat trilion bintang di alam semesta, dan dia akan percaya kamu. Beritahu dia terdapat cat basah pada dinding, dan dia akan sentuh untuk memastikannya.”

Bukankah kita semua sedikit seperti ini? Selepas prosedur perubatan baru-baru ini, doktor saya menjelaskan apa yang perlu dilakukan untuk sembuh dengan baik. Tetapi pertamanya saya perlu belajar semula sesuatu tentang diri saya yang saya patut tahu lama dahulu: sebagai seorang pesakit, saya tidak berapa sabar.

Oleh itu saya cuba untuk mempercepatkan proses penyembuhan dengan menjalankan carian Internet saya sendiri. Saya rasa saya harap untuk mencari kebenaran yang doctor tidak sedar atau cuba sembunyi daripada saya.

Ia mengambil sedikit masa sebelum saya menyedari ironi apa yang saya lakukan. Menyelidik perkara untuk diri kita sendiri bukan idea yang tidak baik. Tetapi saya telah mengabaikan kebenaran yang saya boleh bergantung pada dan sebaliknya mendapati diri saya tertarik kepada informasi Internet yang sering pelik.

Kadang-kadang, kebenaran mungkin kelihatan terlalu terus-terang, terlalu biasa, dan terlalu mudah untuk kita benar-benar menghargai nilainya yang besar. Oleh itu, kita mengetepikan kebenaran yang kita alami dan tahui dan mencari maklumat yang lebih misteri atau rumit. Mudah-mudahan kita akan belajar bahawa apabila kita mengejar bayang-bayang, kita mengikuti perkara-perkara yang mempunyai sedikit nilai.

Apabila ia mengenai kebenaran rohani, bagaimanakah kita boleh tahu bahawa kita berada pada jalan yang benar?

Satu cara adalah dengan bertanya soalan-soalan yang betul—jenis soalan yang membantu kita memikirkan kemajuan kita dan menilai bagaimana perkara sedang berfungsi untuk kita. Soalan-soalan seperti:

“Adakah hidup saya bermakna”?

“Adakah saya percaya kepada Tuhan?”

“Adakah saya percaya bahawa Tuhan mengenali dan mengasihi saya?”

“Adakah saya percaya bahawa Tuhan mendengar dan menjawab doa-doa saya?”

“Adakah saya benar-benar gembira?”

“Adakah usaha-usaha saya membawa saya kepada matlamat rohani dan nilai-nilai tertinggi dalam hidup?’

Soalan-soalan yang mendalam mengenai tujuan hidup telah menyebabkan ramai individu dan keluarga di seluruh dunia mencarikan kebenaran. Seringkali pencarian itu membawa mereka ke Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dan ke Injil yang sudah dipulihkan.

Saya tertanya-tanya jika kita sebagai ahli Gereja juga mungkin mendapat manfaat daripada bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa: “Adakah pengalaman saya dalam Gereja berfungsi untuk saya? Adakah ia membawa saya lebih dekat kepada Kristus? Adakah ia memberkati saya dan keluarga saya dengan keamanan dan kegembiraan seperti yang dijanjikan dalam Injil?

Alma mengajukan soalan-soalan yang serupa kepada ahli-ahli Gereja di Zarahemla apabila dia bertanya: “Adakah kamu telah mengalami perubahan yang hebat ini dalam hatimu? … [Dan] dapatkah [anda] merasakan [demikian] sekarang?”1 Renungan seperti ini boleh membantu kita untuk menumpukan semula atau menyusun semula usaha harian kita dengan rancangan ilahi penyelamatan.

Banyak ahli-ahli akan menjawab bahawa pengalaman mereka sebagai ahli Gereja sedang berfungsi dengan sangat baik untuk mereka. Mereka akan bersaksi bahawa sama ada pada masa kemiskinan atau kemakmuran, sama ada perkara adalah baik atau tidak baik, mereka mencari makna yang besar, keamanan, dan kegembiraan kerana komitmen mereka kepada Tuhan dan pelayanan dedikasi mereka di Gereja. Setiap hari saya bertemu dengan ahli Gereja yang dipenuhi dengan kegembiraan yang berseri dan menunjukkan dalam perkataan dan tindakan bahawa kehidupan mereka telah diperkayakan oleh Injil Yesus Kristus yang dipulihkan.

Tetapi saya juga mengenali bahawa terdapat mereka yang mempunyai pengalaman yang kurang penuh—mereka berasa keahlian mereka dalam Gereja kadangkala bukan seperti yang mereka harapkan.

Ini menyedihkan saya kerana saya sendiri tahu bagaimana Injil boleh memperkayakan dan memperbaharui roh seseorang—bagaimana ia boleh mengisi hati kita dengan harapan dan minda kita dengan cahaya. Saya sendiri tahu bagaimana hasil Injil Yesus Kristus boleh mengubah kehidupan daripada yang biasa dan suram kepada yang luar biasa dan mengagumkan.

Tetapi mengapa ia berfungsi dengan lebih baik bagi sesetengah orang? Apakah perbezaan di antara orang yang pengalaman dalam Gereja mengisi jiwa mereka dengan nyanyian kasih penebusan2 dan mereka yang merasakan bahawa ada sesuatu yang berkurangan?

Semasa saya memikirkan soalan-soalan ini, banyak fikiran membanjiri minda saya. Hari ini, saya ingin berkongsikan dua perkara.

Memudahkan

Pertama: adakah kita membuat penganutan kita terlalu rumit?

Injil indah ini begitu mudah sehingga seorang kanak-kanak boleh memahaminya, namun juga begitu mendalam dan kompleks bahawa ia akan mengambil masa seumur hidup—bahkan keabadian—dalam kajian dan penemuan untuk memahami sepenuhnya.

Tetapi kadang-kadang kita mengambil teratai cantik kebenaran Tuhan dan melapiskannya dengan lapisan atas lapisan idea, program, dan harapan buatan manusia yang baik. Masing-masing itu mungkin membantu dan sesuai untuk masa dan keadaan yang tertentu, tetapi apabila diletakkan di atas satu sama lain, mereka boleh mencipta satu gunung sedimen yang menjadi begitu tebal dan berat yang menyebabkan kita mungkin kehilangan pandangan bunga yang kita pernah sukai.

Oleh itu, sebagai pemimpin-pemimpin, kita mesti tegas melindungi Gereja dan Injil dalam kesucian dan kesederhanaannya dan mengelak untuk meletakkan beban yang tidak perlu ke atas ahli-ahli kita.

Dan kita semua, sebagai ahli-ahli Gereja, kita perlu berusaha dengan teliti dalam menumpukan tenaga dan masa kita ke atas perkara yang benar-benar penting semasa menaikkan semangat saudara-saudari kita dan membina kerajaan Tuhan.

Seorang saudari, seorang pengajar Lembaga Pertolongan, dikenali untuk menyediakan pelajaran yang sempurna. Suatu ketika dia membuat keputusan untuk mencipta satu selimut yang cantik yang akan menjadi latar belakang yang sempurna untuk tema pelajarannya. Tetapi kehidupan campur tangan—ada anak-anak untuk diambil dari sekolah, seorang jiran yang memerlukan bantuan untuk berpindah, seorang suami yang demam, dan seorang kawan yang berasa kesepian. Hari pelajaran menghampiri, dan selimut itu belum siap. Akhirnya, malam sebelum pelajarannnya, dia kurang tidur kerana bekerja sepanjang malam untuk menyelesaikan selimut itu.

Keesokan harinya dia berasa sangat letih dan kurang mampu untuk menyusun pemikirannya, tetapi dengan berani dia berdiri dan menyampaikan pelajarannya.

Dan selimut itu mengagumkan—jahitannya sempurna, warna-warnanya cerah, dan reka bentuknya rumit. Dan di tengah-tengah selimut itu ialah satu perkataan yang bergema tema pelajarannya: “Memudahkan.”

Saudara dan saudari, hidup Injil tidak perlu menjadi rumit.

Ia sangat terus-terang. Ia boleh digambarkan seperti ini:

  • Mendengar firman Tuhan dengan niat yang bersungguh-sungguh membawa kita kepada mempercayai Tuhan dan janjian-janjian-Nya.3

  • Semakin kita percaya kepada Tuhan, semakin hati kita dipenuhi dengan kasih untuk-Nya dan untuk orang lain.

  • Kerana kasih kita untuk Tuhan, kita ingin mengikuti-Nya dan menyelaraskan tindakan kita dengan firman-Nya.

  • Kerana kita mengasihi Tuhan, kita mahu melayan-Nya: kita mahu memberkati kehidupan orang lain dan membantu orang yang miskin dan orang yang memerlukan pertolongan.

  • Semakin kita berjalan dalam jalan penganutan ini, semakin kita ingin belajar firman Tuhan.

Dan begitu seterusnya, setiap langkah membawa ke langkah yang akan datang dan mengisi kita dengan iman, harapan dan ihsan yang semakin berkembang.

Ia adalah mudah, dan ia berfungsi dengan baik.

Saudara dan saudari, jika kamu pernah berfikir bahawa Injil tidak berfungsi dengan baik untuk kamu, saya menjemput kamu untuk langkah ke belakang, memeriksa kehidupan kamu dari pandangan yang lebih tinggi, dan memudahkan pendekatan penganutan kamu. Beri tumpuan kepada ajaran-ajaran, prinsip-prinsip, dan aplikasi-aplikasi Injil yang asas. Saya berjanji bahawa Tuhan akan membimbing dan memberkati kamu dalam perjalanan kamu ke satu kehidupan yang memuaskan, dan Injil akan berfungsi dengan lebih baik untuk kamu.

Mula Di mana Kamu Berada

Cadangan kedua saya adalah: mula di mana kamu berada.

Kadangkala kita berasa kecewa kerana kita tidak “lebih” menjadi sesuatu—lebih rohani, lebih dihormati, lebih bijak, lebih sihat, lebih kaya, lebih mesra, atau lebih berupaya. Sememangnya, tidak ada salah dengan ingin menjadi lebih baik. Tuhan mencipta kita untuk berkembang dan bermaju. Tetapi ingatlah, kelemahan kita boleh membantu kita untuk menjadi rendah hati dan berpaling kepada Kristus, yang akan “menjadikan hal-hal yang lemah menjadi kuat.”4 Sebaliknya, Setan, menggunakan kelemahan kita sampai ke tahap di mana kita berputus asa dan tidak mahu mencuba.

Saya belajar di dalam hidup saya bahawa kita tidak perlu menjadi “lebih” dalam apa-apa untuk mula menjadi orang yang Tuhan tentukan kita untuk menjadi.

Tuhan akan mengambil kamu seperti kamu sendiri pada saat ini dan mula bekerja dengan kamu. Semua yang kamu perlukan ialah hati yang rela, keinginan untuk mempercayai, dan percayalah kepada Tuhan.

Gideon melihat dirinya sebagai seorang petani miskin, yang paling kurang di rumah bapanya. Tetapi Tuhan melihatnya sebagai seorang pahlawan yang gagah berani.5

Ketika Samuel memilih Saul untuk menjadi raja, Saul cuba mengubah fikiran Samuel. Saul datang dari salah satu suku yang terkecil di Israel. Bagaimanakah dia boleh menjadi raja?6 Tetapi Tuhan melihatnya sebagai “seorang pemuda yang kacak dan tegap.”7

Nabi Musa juga berasa diatasi dan berputus asa pada satu ketika sehingga dia mahu menyerah dan mati.8 Tetapi Tuhan tidak berputus asa dengan Musa.

Para saudara dan saudari, jika kita melihat diri sendiri hanya melalui mata fana kita, kita mungkin tidak melihat diri sebagai cukup baik. Tetapi Bapa Syurgawi kita melihat kita sebagai siapa kita yang benar dan siapa yang kita boleh menjadi. Dia melihat kita sebagai anak lelaki dan anak perempuan-Nya, sebagai manusia cahaya yang abadi dengan potensi kekal dan takdir ilahi.9

Pengorbanan Juruselamat membuka pintu penyelamatan bagi semua untuk kembali kepada Tuhan. “Rahmat-Nya cukup untuk semua orang [yang] merendahkan hati mereka di hadapan [Tuhan].”10 Rahmat-Nya ialah kuasa yang membuka jalan ke kerajaan-kerajaan penyelamatan Tuhan. Kerana rahmat-Nya, kita semua akan dibangkitkan dan diselamatkan dalam satu kerajaan kemuliaan.

Bahkan kerajaan kemuliaan yang paling rendah, kerajaan telestial, “melampaui segala pengertian,”11 dan orang tak terhitung banyaknya akan menerima penyelamatan ini.12

Tetapi rahmat Juruselamat boleh melakukan lebih untuk kita. Sebagai ahli-ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita bercita-cita untuk sesuatu yang lebih besar yang tidak boleh dibayangkan. Ia ialah kemuliaan di dalam kerajaan selestial. Ia ialah kehidupan abadi di dalam hadirat Bapa Syurgawi kita. Ia ialah kurnia yang paling besar dari Tuhan.13 Dalam kerajaan selestial, kita menerima “kegenapan-Nya dan Kemuliaan-Nya.”14 Sesungguhnya, segala yang Bapa miliki akan diberikan kepada kita.15

Kemuliaan ialah matlamat kita: penganutan ialah perjalanan kita.

Apabila kamu mengerjakan sedikit iman dan memulakan jalan kamu sebagai pengikut damai Tuhan Yesus Kristus, hati kamu akan berubah.16 Seluruh tubuhmu akan penuh dengan cahaya.17

Tuhan akan membantu kamu menjadi sesuatu yang lebih hebat darpadai apa yang kamu fikir adalah mungkin. Dan kamu akan mengetahui bahawa Injil Yesus Kristus memang berfungsi di dalam kehidupan kamu. Ia berfungsi.

Ia Berfungsi!

Saudara dan saudari, kawan-kawan yang dikasihi, saya berdoa bahawa kita akan memberi tumpuan kepada “setia kepada Kristus”18 dan membenarkan rahmat-Nya untuk mengangkat dan membawa kita dalam perjalanan kita dari mana kita berada sekarang ke takdir agung kita di hadirat Bapa kita.

Apabila kita berbuat demikian, dan seseorang menanya kita, “Bagaimanakah ia berfungsi untuk kamu sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir?” Kita boleh menjawab dengan kebanggaan, dengan rendah hati dan dengan kegembiraan, “Ia berfungsi dengan baik! Terima kasih kerana bertanya! Adakah kamu ingin mengetahui lebih lanjut?”

Ini ialah harapan saya, doa saya, kesaksian saya, dan berkat saya dalam nama Yesus Kristus, amin.