2010–2019
Kebenaran yang Jelas dan Berharga
Oktober 2015


Kebenaran yang Jelas dan Berharga

Pampasan murah hati Bapa Syurgawi ketika hidup di waktu berbahaya ini adalah kerana kita juga hidup dalam kegenapan zaman.

Saudara dan saudari yang dikasihi, sudah beberapa dekad sejak satu persidangan umum di mana Presiden Boyd K. Packer dan Elder L. Tom Perry dan Richard G. Scott tidak berduduk di belakang podium dan berucap di salah satu sesi. Memori berkenaan mereka sangat memilukan, dan saya menghormati, setiap satunya berbeza secara unik namun seia-sekata dalam kesaksian mereka berkenaan Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya.

Tambahan pula, saya, seperti anda, memperoleh kekuatan dan menyokong Presiden Thomas S. Monson sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu, dan saya mengagumi layanan kerasulannya yang beriman dan taat melebihi 50 tahun.

Jadi pagi Selasa minggu ini, sedikit selepas pukul 9 pagi, apabila Lembaga Uskup memulakan pertemuan bersama Presidensi Kawasan Asia yang hadir untuk persidangan, saya dipanggil untuk berjumpa dengan Presiden Monson, bersama penasihat-penasihatnya. Beberapa ketika kemudian, apabila saya memasuki bilik pengarah yang bersebelahan pejabatnya, mungkin saya nampak gementar berduduk seberang meja, dia bercakap dengan baik hati untuk menenangkan saya. Dia mengulas bahawa saya nampak muda dan lebih-lebih lagi muda daripada umur saya.

Kemudian, beberapa ketika selepas itu, Presiden Monson berkata bahawa di bawah hasrat Tuhan, dia melanjutkan suatu panggilan ke Kuorum Dua Belas Rasul kepada saya. Dia bertanya jika saya akan menerima panggilan ini, di mana saya, diikuti tarikan nafas terkejut yang kurang sopan, saya membalas ya. Kemudian, sebelum saya dapat mengungkapkan pelbagai perasaan yang dirasai, kebanyakkannya perasaan yang kurang memadai, Presiden Monson berkata lagi dengan lembut, menghuraikan bagaimana dia telah dipanggil sebagai Rasul bertahun-tahun dahulu oleh Presiden David O. McKay, di mana diapun terasa tidak memadai. Dengan tenang, dia mengarah, “Uskup Stevenson, Tuhan melayaki mereka yang Dia panggil.” Kata-kata seorang nabi yang menenangkan ini telah menjadi sumber keamanan, ketenangan pada masa pemeriksa diri dengan terperinci dan perasaan lembut berikutan jam-jam yang perit sepanjang hari dan malam selepas saya dipanggil.

Saya memberitahu apa yang telah digambarkan kepada teman manisku, Lesa, lewat hari itu, berduduk bersama di satu sudut sunyi Temple Square, bersama pandangan tenteram bait suci dan Tabernacle yang bersejarah di hadapan kami. Ketika kami cuba memahami kejadian hari itu, kami memperoleh kestabilan dari iman kepada Yesus Kristus dan pengetahuan kami mengenai rancangan kegembiraan yang hebat. Ini menerajui perasaan kasih saya yang mendalam terhadap Lesa. Dialah sumber kegembiraan dalam kehidupan saya dan seorang puteri Tuhan yang menakjubkan. Kehidupannya dipenuhi dengan pelayanan yang mulia dan kasih yang tidak terbatas. Saya akan berusaha untuk sentiasa berkelayakan akan berkat penyatuan abadi kami.

Saya mengungkapkan kasih yang mendalam terhadap empat anak lelaki kami bersama keluarga mereka, tiga yang kini berada di sini bersama isteri-isteri cantik mereka, ibu kepada enam cucu kami; keempat, seorang mubaligh, yang telah diberi kebenaran khas untuk melepasi jam malam mubaligh dan sedang menonton persidangan ini secara langsung bersama presiden misi dan isterinya dalam rumah misi mereka di Taiwan. Saya mengasihi setiap satu dan kasihi cara mereka menyayangi Juruselamat dan Injil.

Saya mengungkapkan kasih kepada setiap ahli keluarga saya: ibu dan bapa saya, yang telah meninggal dunia tahun lepas, yang telah menyemaikan satu kesaksian dalam diri saya sejak awal lagi. Saya melanjutkan kesyukuran kepada abang, kakak-adik, dan pasangan beriman mereka termasuklah keluarga Lesa, ramai yang hadir hari ini. Saya juga mengungkapkan kesyukuran kepada saudara mara, rakan-rakan, mubaligh-mubaligh, pemimpin-pemimpin, dan guru-guru yang dikenali sepanjang hidup.

Saya telah diberkati persahabatan rapat dengan ahli-ahli Presidensi Utama, Dua Belas Rasul, Tujuh Puluh dan presidensi badan sokongan umum. Saya mengungkapkan kasih saya dan menghargai setiap anda saudari dan saudara dan akan berusaha melayaki persahabatan kita yang berterusan. Lembaga Uskup bersatu ketahap keilahian. Saya akan merindui persahabatan seharian saya bersama Uskup Gérald Caussé dan Uskup Dean M. Davies dan kakitangan-kakitangan lain.

Saya berdiri di sini sebagai bukti firman Tuhan dicatatkan dalam bahagian pertama Ajaran dan Perjanjian: “Agar kegenapan Injil [ini] boleh dipermaklumkan oleh yang lemah dan yang sederhana ke hujung-hujung [dunia], dan di hadapan raja dan penguasa.”1 Firman ini datang dari pengistyharan Tuhan yang menunjukkan kasih seorang Bapa terhadap anak-anak-Nya: “Kerananya, Aku Tuhan, mengetahui malapetaka yang akan datang ke atas penghuni bumi, meminta kepada hamba-Ku Joseph Smith, Jun., dan berfirman kepadanya dari syurga, dan memberinya perintah-perintah.”2

Bapa Syurgawi penyayang dan Putera-Nya, Yehova, mempunyai suatu pengetahuan mengenai yang akhir dari yang awal,3 berhubung dari syurga dan memulakan kegenapan zaman untuk mengimbangi bencana yang Dia ketahui akan datang. Rasul Paulus menggambarkan bencana yang akan datang sebagai “waktu yang berbahaya.”4 Bagi saya, ini mencadangkan bahawa pampasan murah hati Bapa Syurgawi ketika hidup di waktu berbahaya ini adalah kerana kita juga hidup dalam kegenapan zaman.

Semasa saya berazab kerana ketidak madaian saya minggu ini, saya menerima tanggapan jelas yang mengaku dan menenangkan: iaitu jangan berfokus ke atas apa yang saya tidak dapat lakukan tetapi berfokus ke atas apa yang dapat saya lakukan. Saya boleh bersaksi tentang kebenaran Injil yang benar dan yang berharga.

Berikutlah kata-kata yang saya telah kongsikan beratus kali bersama mereka yang ahli gereja dan mereka yang bukan ahli: “Tuhan ialah Bapa [tersayang] kita. Kita ialah anak-anak-Nya. … Dia menangis bersama kita apabila kita menderita dan bersukacita apabila kita melakukan apa yang baik. Dia ingin berhubung dengan kita, dan kita boleh berkomunikasi dengan-Nya melalui doa ikhlas. …

“Bapa Syurgawi telah sedia bagi kita, Putera-Nya, cara untuk … kembali hidup di hadiran-Nya. … Pusat rancangan Bapa [Syurgawi] ialah Korban Tebusan Yesus Kristus.5

Bapa Syurgawi menghantar Putera-Nya ke bumi untuk menebus dosa-dosa manusia. Dengan kebenaran yang jelas dan yang berharga saya bersaksi, dan lakukannya dalam nama Yesus Kristus, amin.