2010–2019
Ingatlah Kepada Siapa Kita Telah Percaya
Oktober 2015


Ingatlah Kepada Siapa Kita Telah Percaya

Harapan kita untuk hidup bersama Bapa bergantung kepada Korban Tebusan Yesus Kristus.

Semasa saya berumur sembilan tahun, nenek saya yang setinggi 4 kaki dan 11 inci (150 cm) tinggal di rumah kami buat beberapa minggu. Pada satu petang semasa dia di rumah kami, saya bersama dua orang adik-beradik telah menggali satu lubang di padang seberang rumah kami. Saya tidak tahu mengapa kami menggali lubang itu; kadangkala budak lelaki suka menggali lubang. Kami menjadi sedikit kotor, tetapi tidaklah teruk sampai dimarahi. Budak-budak lelaki jiran mula menyertai kami. Kemudian kami semua menjadi semakin kotor. Tanah itu keras, jadi kami membawa satu hos kebun dan letakkan sedikit air dalam lubang itu untuk melembutkan tanah. Kami dapat lumpur pada badan kami, tetapi lubang itu telah menjadi semakin mendalam.

Seorang dari kumpulan kami membuat keputusan untuk menjadikan lubang itu satu kolam renang, jadi kami isikan lubang itu dengan air. Oleh kerana sayalah yang paling muda dan ingin diterima oleh budak-budak lain, saya dipujuk untuk melompat ke dalam kolam itu. Saya menjadi sangat kotor. Saya tidak merancang untuk diliputi oleh lumpur, tetapi itulah keadaan saya akhirnya.

Apabila saya mula berasa sejuk, saya menyeberangi jalan, berniat untuk masuk ke dalam rumah. Nenek menemui saya di pintu depan dan tidak membenarkan saya masuk. Dia memberitahu jika dia membenarkan saya masuk ke rumah, saya akan membawa lumpur ke dalam rumah yang dia baru kemaskan. Jadi saya pun berlari ke pintu belakang, tetapi dia lebih cepat daripada saya. Saya menjadi marah, menghentakkan kaki, dan menuntut untuk masuk ke rumah, tetapi pintu itu masih tetap tutup.

Saya basah kuyup, berlumpur, sejuk, dan dengan imaginasi seorang kanak-kanak, saya fikirkan saya akan mati di halaman belakang rumah saya. Akhirnya, saya tanya nenek apakah yang harus saya lakukan untuk dibenarkan masuk ke rumah. Tanpa disedari, saya mendapati diri berdiri di halaman belakang dan nenek menyembur saya dengan hos air. Selepas satu jangka masa yang bagaikan keabadian, nenek menyebutkan saya cukup bersih dan membenarkan saya masuk ke dalam rumah. Dalam rumah tidak terasa sejuk dan saya dapat bertukar ke dalam pakaian yang kering dan bersih.

Dengan perumpamaan kisah kehidupan yang benar ini dalam minda, sila timbangkan firman Yesus Kristus berikut: “Dan tidak ada apa pun yang tidak bersih dapat masuk ke dalam kerajaan-Nya; oleh itu tidak ada apa pun yang masuk ke dalam peristirahatan-Nya kecuali mereka yang telah mencuci pakaian mereka dalam darah-Ku, kerana iman mereka, dan pertaubatan di atas segala dosa mereka, dan kesetiaan mereka sehingga akhir.”1

Berdiri di luar rumah dan disembur oleh nenek saya ialah satu perkara yang tidak menyenangkan dan tidak selesa. Dinafikan peluang untuk kembali bersama Bapa Syurgawi kerana pilihan kita untuk tetap menjadi kotor dari lumpur dosa ialah satu perkara yang tragik. Kita tidak patut menipu diri sendiri tentang apa yang harus dilakukan untuk kembali dan tetap berada dalam hadiran Bapa Syurgawi. Kita mesti menjadi suci.

Sebelum kita datang ke bumi, kita menyertai satu majlis agung sebagai anak-anak roh Tuhan.2 Kita semua memberi perhatian, dan tiada yang tertidur. Dalam majlis itu, Bapa Syurgawi kita mempersembahkan satu rancangan. Oleh kerana rancangan itu mengekalkan hak pilihan kita dan memerlukan kita untuk belajar dari pengalaman diri sendiri dan bukan dari pengalaman-Nya, Dia tahu kita akan berdosa. Dia juga tahu bahawa dosa akan mengakibatkan kita menjadi tidak suci dan tidak layak untuk kembali ke hadiran-Nya, kerana tempat kediaman-Nya adalah lebih suci daripada rumah yang sudah dikemaskan oleh nenek saya.

Kerana Bapa Syurgawi menyayangi kita dan tujuan-Nya adalah “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan kekal bagi [kita],”3 rancangan-Nya termasuk peranan seorang Juruselamat—seorang yang boleh menolong kita tidak kira betapa kotornya sudah kita menjadi. Apabila Bapa Syurgawi mengiystiharkan keperluan seorang Juruselamat, saya percaya kita semua memandang kepada Yesus Kristus, Putera Sulung dalam Roh, yang sudah berkembang menjadi seperti Bapa.4 Saya percaya kita semua tahu bahawa Dialah orang itu, dan tiada sesiapa pun daripada kita yang boleh melakukan perkara itu, tetapi Dia boleh dan Dia akan lakukannya.

Di Taman Getsemani dan pada salib di Golgota, Yesus Kristus menderita secara jasmani dan secara rohani, gementar akibat kesakitan, berdarah dari setiap liang roma, merayu kepada Bapa-Nya untuk menjauhkan cawan penderitaan daripada Dia,5 tetapi Dia masih minumkannya.6 Mengapa Dia berbuat demikiant? Dalam kata-Nya, Dia hendak memuliakan Bapa-Nya dan habis “menyelesaikan persiapan-[Nya] bagi anak-anak manusia.”7 Dia hendak memenuhi perjanjian-Nya dan membolehkan kita untuk kembali. Apakah yang Dia inginkan kita lakukan sebagai balasan? Dia hanya merayu kepada kita untuk mengakui dosa-dosa kita dan bertaubat supaya kita tidak perlu menderita seperti Dia.8 Dia menjemput kita untuk menjadi suci supaya kita tidak ditinggalkan di luar rumah Bapa Syurgawi kita.

Walaupun pengelakan daripada berdosa adalah corak kehidupan yang terpilih, keberkesanan Korban Tebusan Yesus Kristus tidak mengira apa dosa atau betapa banyak dosa yang telah kita buat. Adalah tidak penting jika kita berasa malu kerana dosa-dosa itu, seperti yang diucapkan oleh nabi Nefi, “senang mengganggu” kita.9 Adalah tidak penting jika pada satu ketika dahulu kita menyerahkan hak kita untuk bubur kacang merah.10

Yang penting adalah bahawa Yesus Kristus, Putera Tuhan, menderita “kesakitan dan kesengsaraan dan cubaan daripada setiap jenis” supaya “Dia boleh mengetahui menurut keadaan daging bagaimana menyokong umat-Nya.”11 Yang penting adalah bahawa Dia rela untuk turun12 ke bumi dan “di bawah segala sesuatu”13 dan “menderita lebih banyak penentangan daripada semua manusia”.14 Yang penting adalah bahawa Kristus merayu kepada Bapa bagi pihak kita, “menfirmankan: Bapa, lihatlah penderitaan dan kematian dari Dia yang tidak berdosa, kepada siapa Engkau sangat berkenan; … Kerananya, Bapa, biarkanlah hidup saudara-saudara-Ku ini yang percaya pada nama-Ku, agar mereka boleh datang kepada-Ku dan memperolehi kehidupan abadi.”15 Inilah perkara penting yang berikan kita harapan baru dan satu tekad untuk terus mencuba, kerana Dia tidak lupakan kita.16

Saya bersaksi bahawa Juruselamat tidak akan meninggalkan kita apabila kita mencarikan Dia dengan rendah hati untuk bertaubat; Dia tidak akan fikir bahawa kita tidak boleh diselamatkan; Dia tidak akan kata, “Mengapa kamu berdosa lagi”; Dia tidak akan menolak kita kerana kegagalan untuk memahami betapa sukarnya untuk mengelakkan dosa. Dia faham segalanya dengan sempurna, termasuk perasaan duka, malu, dan kekecewaan yang datang dari dosa.

Pertaubatan adalah benar dan ia berkesan. Ia bukan satu pengalaman fiksyen atau hasil “fikiran yang gila-gila.”17 Ia berkuasa untuk mengangkat beban dan menggantikan ia dengan harapan. Ia boleh datangkan satu perubahan hati yang besar sehingga kita “tidak memiliki lagi kecenderungan untuk melakukan yang jahat, tetapi sentiasa melakukan yang baik.”18 Pertaubatan, yang diharuskan, tidaklah senang. Perkara yang mempunyai kepentingan abadi biasanya tidak senang. Tetapi hasilnya sangatlah berharga. Seperti Presiden Boyd K. Packer bersaksi dalam ucapan terakhirnya kepada Tujuh Puluh Gereja: “Korban Tebusan tidak meninggalkan apa-apa pun tanda atau kesan. Perkara yang ia perbaiki menjadi baik semula. … Korban Tebusan tidak meninggalkan apa-apa pun tanda atau kesan. Ia hanya menyembuhkan, dan perkara yang ia sembuhkan, tetap menjadi sembuh.”19

Begitu juga dengan harapan kita untuk hidup bersama Bapa bergantung kepada Korban Tebusan Yesus Kristus, pada kerelaan seorang yang tidak berdosa untuk mengangkat segala dosa manusia ke atas diri-Nya sendiri, berbeza daripada tuntutan keadilan, termasuklah dosa-dosa yang dilakukan oleh anak-anak Tuhan yang tidak semestinya memilih untuk menderita dengan sendiri.

Sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita menghubungkan kuasa hebat Korban Tebusan Juruselamat lebih daripada kebanyakan orang lain, kerana kita tahu jika kita membuat perjanjian, bertaubat dengan berterusan, dan bertahan sampai akhir, Dia akan kongsikan segala yang sudah disediakan oleh Tuhan untuk Dia dengan kita20 dan, seperti Dia, kita akan menerima semua yang Bapa miliki.21 Ini satu ajaran yang penting dan benar. Korban Tebusan Yesus Kristus membuatkan jemputan Juruselamat untuk menjadi sempurna seperti Bapa Syurgawi yang sempurna22 satu kemungkinan dan bukanlah sesuatu yang sangat susah untuk dicapai.

Tulisan suci mengajarkan bahawa setiap individu mesti “dihakimkan menurut penghakiman kudus Tuhan.”23 Pada hari itu kita tidak boleh menyembunyi di kalangan orang ramai atau menyalahkan orang lain sebagai alasan kita untuk menjadi tidak suci. Syukurnya, tulisan suci juga mengajar bahawa Yesus Kristus, Dia yang telah menderita demi dosa-dosa kita, yang juga Pembela kita dengan Bapa, yang memanggil kita rakan-Nya, yang menyayangi kita sampai ke akhirat, akan menjadi hakim kita pada akhirnya. Salah satu berkat Korban Tebusan Yesus Kristus yang sering melepasi perhatian kita adalah bahawa “Bapa … sudah menyerahkan segala kekuasaan untuk menghakimi orang kepada Putera-Nya.”24

Saudara-saudari, jika anda berasa patah hati atau anda tertanya-tanya jika anda akan keluar daripada lubang rohani yang sudah anda gali, sila ingati Dia yang berdiri “di antara [kita] dan keadilan,” yang “dipenuhi dengan rasa kasihan terhadap anak-anak manusia,” dan yang telah mengambil ke atas Diri-Nya dosa-dosa dan kesalahan serta “memuaskan tuntutan keadilan.”25 Dalam kata lain, seperti yang dilakukan oleh Nefi pada saat keraguan diri, ingatlah “kepada siapa [anda] telah percaya,”26 iaitu Yesus Kristus, dan kemudian bertaubatlah dan mengalami semula satu “kecerahan harapan yang sempurna.”27 Dalam nama Yesus Kristus, amin.