2010–2019
Keadaan Teratur Bristol: Berkelayakan Bait Suci—Pada Masa Senang Dan Masa Kesusahan
Oktober 2015


Keadaan Teratur Bristol: Berkelayakan Bait Suci—Pada Masa Senang Dan Masa Kesusahan

Mematuhi prinsip-prinsip Injil yang kudus akan membenarkan kita berkelayakan bait suci, membolehkan kita mencari kegembiraan dalam kehidupan ini, dan membimbing kita kembali ke rumah syurgawi.

Nabi Lehi mengiystiharkan, “Jika tiada kesolehan, tiadalah kebahagiaan.”1

Si musuh sudah berjaya menyebabkan ramai orang mempercayai satu mitos. Dia dan utusan-utusannya mengiystiharkan bahawa pilihan benar kita ialah di antara kegembiraan dan keseronokan dalam kehidupan ini atau kegembiraan dalam kehidupan akan datang (si musuh juga menegaskan kehidupan depan mungkin tidak wujud). Mitos ini ialah satu pilihan yang salah, tetapi sangat menggodakan.2

Tujuan termulia rancangan kegembiraan Tuhan adalah untuk membolehkan pengikut-pengikut yang soleh dan keluarga-keluarga perjanjian bersatu dalam kasih sayang, harmoni, dan keamanan dalam kehidupan ini3 dan memperolehi kemuliaan kerajaan selesial dalam kekekalan bersama Bapa Tuhan, Pencipta kita, dan Putera-Nya, Yesus Kristus, Juruselamat kita.4

Semasa saya seorang mubaligh muda ditugaskan di Misi British, daerah pelayanan pertama saya dipanggil Daerah Bristol. Salah seorang pemimpin tempatan menekan bahawa para mubaligh yang melayan di daerah itu perlu berada dalam “keadaan teratur Bristol.”

Imej
Kapal-kapal di pelabuhan Bristol

Pada mulanya saya tidak faham ertinya. Saya cepat belajar tentang asal dan maksud frasa nautika “keadaan teratur Bristol.” Pada suatu masa, Bristol merupakan pelabuhan kedua di United Kingdom. Ia mempunyai jurang pasang surut sebanyak 43 kaki (13 meter), yang terbesar kedua di dunia. Pada waktu air surut, kapal-kapal akan jatuh ke dasar laut, jika kapal itu tidak kukuh, ia akan rosak. Dan semua barang yang tidak disimpan atau diikat dengan baik akan dilempar dan menjadi rosak juga.5 Selepas saya faham maksud frasa ini, jelasnya pemimpin itu memberitahu kami mubaligh untuk berkelakuan soleh, mematuhi peraturan, dan sedia menghadapi situasi yang susah

Cabaran ini juga boleh digunakan ke atas kita. Saya boleh huraikan “keadaan teratur Bristol” sama seperti berkelayakan bait suci—pada masa senang dan masa kesusahan.

Naik turun pasang surut Alur Bristol boleh diramal dan persediaan boleh dilaksanakan, ribut dan godaan kehidupan biasanya tidak dapat diramal. Tetapi kita tahu bahawa kita akan menemui cubaan! Untuk mengatasi cabaran dan godaan yang tidak dapat dielakkan, kita perlukan persediaan yang soleh dan perlindungan ilahi. Kita mesti bertekad untuk berkelayakan bait suci tidak kira apa yang berlaku kepada kita. Jika kita siap, kita tidak akan takut.6

Kegembiraan dalam kehidupan ini dan kegembiraan dalam kehidupan akan datang saling disambung oleh kesolehan. Mahupun di antara waktu kematian dan kebangkitan, “roh-roh mereka yang soleh diterima ke dalam keadaan kebahagiaan, yang dipanggil firdaus, suatu keadaan istirahat, suatu keadaan kedamaian.”7

Pada permulaan pelayanan Juruselamat di Israel dan kemudian di dalam kalangan bangsa Nefi, Juruselamat berucap tentang kegembiraan dalam kehidupan ini dan dalam kekekalan. Dia menekankan tatacara, tetapi Dia juga mementingkan kelakuan moral. Sebagai contoh, para pengikut akan diberkati jika mereka lapar dan haus terhadap kesolehan, penuh belas kasihan, berhati suci, menjadi pendamai, dan ikut princip-princip moral dasar lain. Sebagai satu pesanan doktrin dasar, Tuhan Yesus Kristus menekankan kedua-dua sikap kesolehan dan kelakuan harian. Ajaran-Nya tidak hanya menggantikan dan menjangkau elemen-elemen hukum Musa8 tetapi juga menolak falsafah palsu manusia.

Buat banyak abad Injil Yesus Kristus mengilhamkan kepercayaan dan menubuhkan standard kelakuan tentang apa yang soleh, yang menjadi idaman, yang moral dan mendatangkan kegembiraan dan kebahagiaan. Tetapi, prinsip-prinsip dan moraliti dasar yang diajar oleh Juruselamat diserang hari ini. Agama Kristian diserang sekarang. Ramai percaya kemoralan sudah ubah.9

Kita tinggal dalam zaman kesusahan. Ada satu kecenderungan untuk “memanggil kejahatan itu baik, dan kebaikan itu jahat.”10 Dunia yang mementingkan pengagungan kedudukan diri sendiri dan sekularisme sangat merisaukan. Seorang pengarang terkenal bukan dari agama kita tulis: “Malangnya saya tidak nampak bukti bahawa orang bergembira pada zaman kita, atau anak-anak mereka akan menjadi lebih baik, atau keadilan sosial wujud, atau kadar perkahwinan serta saiz keluarga yang semakin turun … perkara-perkara ini hanya jaminkan kesunyian bagi kebanyakan orang, dan genangan keseluruhannya.”11

Sebagai pengikut Juruselamat, kita diharap untuk berancang dan bersedia. Dalam rancangan kegembiraan, hak pilihan moral ialah prinsip terutama dan pilihan kita adalah penting.12 Juruselamat menekankan ini sepanjang pelayanan-Nya, termasuk perumpamaan tentang orang-orang gadis yang kurang bijak dan yang bijak.13 Dalam semua perkara ini, Tuhan menegaskan persediaan dan tindakan serta mengutuk perbuatan berlengah-lengah dan kemalasan.

Saya sedar bahawa walaupun adanya kegembiraan yang amat besar dalam rancangan ilahi Tuhan, kadangkala rasanya itu satu perkara yang jauh dari keadaan terkini kita. Sebagai pengikut yang menghadapi kesusahan, mungkin rasanya ia tidak boleh dicapai. Dari perspektif terhad kita, godaan dan gangguan nampaknya menarik hati. Ganjaran untuk menentang godaan-godaan nampaknya jauh dan tidak boleh dicapai. Tetapi satu pemahaman benar tentang racangan Bapa mewahyukan ganjaran kesolehan sedia ada sekarang. Kejahatan, seperti kelakuan tidak bermoral, bukan satu jawapan. Alma berkata kepada anaknya Korianton: “Lihatlah, aku berkata kepadamu, kejahatan tidak pernah merupakan kebahagiaan.”14

Amulek menyatakan doktrin kita dalam Alma 34:32 : “Lihatlah, kehidupan inilah waktu bagi manusia bersedia untuk bertemu dengan Tuhan: ya, lihatlah masa kehidupan inilah masa bagi manusia untuk melaksanakan kerja mereka.”

Jadi, bagaimana kita bersedia dalam masa yang susah ini? Selain daripada berkelayakan bait suci, ada beberapa prinsip yang juga sebahagian kesolehan. Saya akan ucapkan tiga.

Pertama: Kawalan Diri dan Kelakuan Soleh

Saya percaya kadangkala Bapa kita di syurga mestinya memandang kita penuh dengan geli hati seperti kita memandang anak-anak kecil kita belajar dan berkembang. Kita semua tersekat-sekat dan jatuh semasa kita memperolehi pengalaman.

Imej
Eksperimen gula marshmallow

Saya menghargai ucapan persidangan dari Presiden Dieter F. Uchtdorf pada tahun 201015 tentang satu eksperimen gula marshmallow yang dijalankan di Universiti Stanford pada tahun 1960-an. Anda ingat tentang sekumpulan kanak-kanak berusia empat tahun diberi satu gula marshmallow. Jika mereka boleh tunggu selama 15 atau 20 minit tanpa memakan ia, mereka akan terima gula marshmallow kedua. Video yang dirakam menunjukkan peliukan yang yang digunakan oleh kanak-kanak itu untuk mengelak memakan gula marshmallow.16

Tahun lepas, profesor yang menjalankan eksperimen itu, Dr. Walter Mischel, tuliskan satu buku di mana dia jelaskan bahawa salah satu tujuan kajian itu datang daripada kebimbangan ke atas kawalan diri dan ketagihan rokoknya . Dia menjadi bimbang selepas ketua kesihatan Amerika Syarikat melapor pada tahun 1964 bahawa rokok mengakibatkan barah paru-paru.17 Berdasarkan kajian banyak tahun, seorang rakan sekerjanya melaporkan bahawa “kawalan diri adalah seperti satu otot: lebih banyak kamu gunakannya, lebih kuat ia menjadi. Dengan mengelakkan sesuatu yang menggodakan satu kali akan menolong kamu untuk mengembang keupayaan untuk menentang godaan lain pada masa depan.”18

Satu prinsip perkembangan abadi adalah dengan menggunakan kawalan diri dan berkehidupan soleh boleh memperkukuhkan keupayaan kita untuk menentang godaan. Ini adalah benar bagi perihal rohani dan perihal duniawi.

Para mubaligh kita ialah teladan yang baik. Mereka mengembangkan sifat-sifat seperti Kristus dan menekankan pematuhan dan kerohanian. Mereka diharap untuk mematuhi jadual yang ketat dan melayan orang lain sepanjang hari. Mereka berpakaian sederhana serta senonoh dan tidak berpakaian kasual dan yang tidak senonoh yang begitu biasa hari ini. Kelakuan dan pakaian mereka menyampaikan satu pesanan yang bermoral dan serius.19

Kita ada agak-agak 230,000 pemuda-pemudi sedang melayan sebagai mubaligh atau yang sudah pulang dari pelayanan mubaligh dalam lima tahun lepas ini. Mereka sudah mengembangkan kekuatan rohani dan disiplin diri yang perlu terus digunakan supaya sifat-sifat ini tidak menjadi lemah, seperti otot yang tidak digunakan. Kita semua perlu mengembangkan dan menunjukkan kelakuan dan pakaian yang membayangkan bahawa kita ialah pengikut benar Kristus. Mereka yang meninggalkan kelakuan soleh atau pakaian yang senonoh mendedahkan diri kepada gaya hidup yang tidak akan datangkan kegembiraan atau kebahagiaan.

Injil yang dipulih berikan kita satu cetakan biru rancangan kegembiraan dan insentif untuk memahami dan menggunakan kawalan diri dan untuk mengelakkan godaan. Ia juga ajarkan kita cara untuk bertaubat apabila pelanggaran berlaku.

Kedua: Mematuhi hari Sabat Akan Meningkatkan Kesolehan Dan Menjadi Satu Perlindungan Bagi Keluarga

Gereja Kristian zaman purba ubahkan hari Sabat dari hari Sabtu ke hari Ahad untuk memperingati Kebangkitan Tuhan. Tujuan kudus lain hari Sabat tetap tidak berubah. Bagi orang Yahudi dan orang Kristian, hari Sabat melambangkan kerja mahakuasa Tuhan.20

Saya bersama isteri saya dan dua orang rakan sekerja serta isteri-isteri mereka, baru-baru ini dijemput oleh seorang rakan baik, Robert Abrams dan isterinya, Diane, untuk mengambil bahagian dalam satu upacara Shabbat (hari Sabat) orang Yahudi, dalam rumah mereka di New York.21 Hari Sabat orang Yahudi bermula pada waktu petang hari Jumaat. Ia berfokus pada menghormati Tuhan sebagai Pencipta. Ia bermula dengan memberkati keluarga dan satu lagu rohani.22 Kami menyertai upacara cuci tangan, berkat roti, doa, makanan kosyer, pembacaan kitab suci, dan nyanyian lagu hari Sabat dengan riang. Kami mendengari kata-kata bahasa Ibrani, semasa mengikut penterjemahan bahasa Inggeris. Ayat suci Perjanjian Lama yang paling memilukan, yang sangat berharga bagi kami, datang dari Yesaya, memaklumkan hari Sabat satu kegembiraan,23 dan dari Ezekiel, bahawa hari Sabat “sebagai tanda perjanjian antara Aku dengan kamu, untuk mengingatkan kamu bahawa Akulah Tuhan, Tuhan kamu.”24

Impresi dari petang itu ialah kasih sayang keluarga, ketaatan, dan kebertanggungjawapan kepada Tuhan. Apabila saya merenung tentang kejadian ini, saya fikir tentang penyeksaan hebat yang dialami oleh orang Yahudi selama berabad-abad. Jelasnya, mematuhi hari Sabat ialah “satu tanda perjanjian,” melindungi dan memberkati orang Yahudi dalam pengenapan ayat suci.25 Mematuhi hari Sabat juga menolong untuk mencapai kehidupan keluarga dan kegembiraan yang jelas dalam kehidupan ramai orang Yahudi.26

Untuk ahli-ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, mematuhi hari Sabat ialah satu tanda kesolehan yang akan memberkati dan memperkukuhkan keluarga, yang menngabungkan kita dengan Pencipta kita, dan meningkatkan kegembiraan. Hari Sabat boleh menolong untuk mengasingkan kita daripada perkara yang berfoya-foya, tidak sesuai, atau tidak bermoral. Ia membenarkan kita berada di dunia tetapi tidak berkelakuan duniawi.

Dalam enam bulan lalu ini, satu perubahan istimewa berlaku dalam Gereja. Ia datang dari balasan ahli-ahli terhadap tekanan baru ke atas hari Sabat oleh Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas dan ke atas cabaran dari President Russell M. Nelson untuk membuatkan hari Sabat satu kegembiraan.27 Ramai ahli faham bahawa mematuhi hari Sabat ialah satu perlindungan daripada ribut kehidupan. Ia juga satu tanda ketaatan kita kepada Bapa Syurgawi kita dan satu pemahaman tentang kekudusan pertemuan sakramen yang lebih mendalam. Kita masih ada banyak untuk diperbaikikan, tetapi kita ada satu permulaan yang baik. Saya mencabar kita semua untuk menerima nasihat ini dan memperbaiki persembahan hari Sabat kita.

Ketiga: Perlindungan Ilahi Sedia Ada Apabila Kita Soleh

Sebagai sebahagian rancangan Tuhan, kita diberkati kurnia Roh Kudus. Kurnia ini “ialah hak untuk mempunyai teman Roh Kudus, apabila seseorang layak.”28 Ahli Kesatuan Ketuhanan ini melayan sebagai satu agen suci jika Injil ialah keutamaan dalam kehidupan kita. Dia juga satu suara amaran untuk menentang kejahatan dan satu suara perlindungan daripada kebahayaan. Semasa kita berjalan di hidup ini, mengikuti tekanan Roh Kudus adalah penting. Roh akan menolong kita untuk mengelakkan godaan dan kebahayaan, dan menyenang hati kita dan membimbing kita melalui cabaran. Hasil Roh ialah “saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia.”29

Mematuhi prinsip-prinsip Injil yang kudus akan membenarkan kita berkelayakan bait suci, membolehkan kita mencari kegembiraan dalam kehidupan ini, dan membimbing kita kembali ke rumah syurgawi.

Saudara-saudari yang aku kasihi, kehidupan ini tidak senang, ia tidak harus menjadi senang. Ini satu masa untuk cubaan dan cabaran. Seperti kapal-kapal di pelabuhan Bristol, akan ada masa apabila arus turun dan nampaknya segala dalam dunia ini yang mengapung kita sudah hilang. Kita mugkin akan capai dasar dan jatuh. Di tengah-tengah kesusahan itu, saya janjikan anda bahawa menjaga satu kehidupan yang berkelayakan bait suci akan menjaga segala yang penting. Berkat manis keamanan, kegembiraan, dan kebahagiaan, bersama dengan berkat kehidupan abadi dan kemuliaan selesial bersama Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya, Yesus Kristus, akan berlaku. saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. 2 Nefi 2:13. Ayat suci ini ialah sebahagian keselarian dalam Kitab Mormon. Banyak tulisan dan khutbah para nabi termasuk dalam Kitab Mormon gunakan keselarian untuk menegaskan kepentingan konsep doktrin. Lihat, sebagai contoh, 2 Nefi 9:25 (Yakub) dan 2 Nefi 11:7 (Nefi).

  2. Lihat 2 Nefi 28.

  3. Lihat 4 Nefi 1:15–17.

  4. Lihat Ajaran dan Perjanjian 59:23.

  5. Lihat Wiktionary, “shipshape and Bristol fashion,” wiktionary.org.

  6. Lihat Ajaran dan Perjanjian 38:30.

  7. Alma 40:12; tekanan ditambahkan.

  8. Lihat Matius 5, ringkasan bab.

  9. Lihat Carl Cederstrom, “The Dangers of Happiness,” New York Times, Julai 19, 2015, seksyen Sunday Review, 8.

  10. 2 Nefi 15:20.

  11. Ross Douthat, “Gay Conservatism and Straight Liberation,” New York Times, Jun 28, 2015, seksyen Sunday Review, 11.

  12. Lihat 2 Nefi 2.

  13. Lihat Matius 25:1–30.

  14. Alma 41:10.

  15. Lihat Dieter F. Uchtdorf, “Continue in Patience,” Liahona, Mei 2010, 56.

  16. Lihat Walter Mischel, The Marshmallow Test: Mastering Self-Control (2014), 136–38; juga lihat Jacoba Urist, “What the Marshmallow Test Really Teaches about Self-Control,” Atlantic, Sept. 24, 2014, theatlantic.com.

  17. Lihat Mischel, The Marshmallow Test, 136–38.

  18. Lihat Maria Konnikova, “The Struggles of a Psychologist Studying Self-Control,” New Yorker, Oct. 9, 2014, memetik Roy Baumeister, seorang profesor psikologi di Florida State University, yang mengkaji kesungguhan hati dan kawalan diri.

  19. Lihat Malia Wollan, “How to Proselytize,” New York Times Magazine, Julai 19, 2015, 21. She memetik Mario Dias dari São Paulo Brazil MTC.

  20. Lihat Bible Dictionary, “Sabbath.”

  21. Elder Von G. Keetch dan isterinya, Bernice, dan John Taylor isterinya, Jan, menyertai saya dan isteri saya pada satu hari Sabat bersama Robert Abrams dan isterinya, Diane, pada Mei 8, 2015. Encik. Abrams sudah melayan sebagai peguam negara sebanyak empat kali untuk negeri New York dan seorang rakan Gereja buat banyak tahun. Encik Abrams juga menjemput dua orang rakan sekerjanya dan isteri mereka.

  22. The Sabbath table hymn Shalom Aleichem (“Peace upon You”) dinyanyikan.

  23. Lihat Yesaya 58:13–14.

  24. Yehezkiel 20:20.

  25. Lihat Keluaran 31:16–17.

  26. Lihat Joe Lieberman, The Gift of Rest: Rediscovering the Beauty of the Sabbath (2011). Buku Senator Lieberman menghuraikan hari Sabat Yahudi dan berikan pendapat yang berilham.

  27. Lihat Yesaya 58:13–14. Juga lihat Russell M. Nelson, “The Sabbath Is a Delight,” Liahona, Mei 2015, 129–32.

  28. Bible Dictionary, “Holy Ghost.”

  29. Galatia 5:22.